Monday, January 18, 2016

Untuk Jadi Ejen / Consultant Unit Trust CWA


Bismillah


Unit Trust - CWA


Banyak Keyword Search blog aku yang tanya macam mana nak jadi ejen unit trust CWA. So meh sini aku brief serba ringkas bagi yang taip kat google tu;


1.  Requirement. 

- Boleh buat simple calculation : Jujur cakap, kau tak perlu jadi pandai akademik 10A + bintang-bintang pun untuk layak jadi ejen. Kau kena jadi seorang yang boleh buat kira-kira. Aku kata 'BOLEH' buat kira-kira. Bukan wajib HEBAT buat kira-kira macam pencipta kalkulator, iaitu Thomas Edison. 

Haaa...jangan buat muka pelik lah. Thomas Edison tu buat mentol. Aku saja test korang. Bagi yang tak dapat jawab tu, jangan risau! Sebab korang still boleh jadi ejen/consultant unit trust CWA tanpa perlu kenal pun siapa Thomas Edison.

Kalau rasa takut juga dengan kira-kira ni, jangan risau sebab upline korang akan ajar cara-cara kira, table, projection, segala bagai. 

- Minat : Bila kau dah tau scope profession sebagai consultant ni, kau kena tau kau minat ke tidak. Kalau kau rasa kau tak minat, tak payah lah gigih sangat. Sebab apa? Sebab kau dah bawa title sebagai consultant, so act like one. Kalau kau cuma naksuruh orang invest, tapi service consulting tu tahap bangkai, tak payahlah. Tak berkat income kau nanti.

- Niat : BUKAN untuk beli KERETA MEWAH! Aku ulang lagi, BUKAN untuk beli KERETA MEWAH! Walaupun insyaAllah korang mampu memiliki satu, dua or tiga, tapi please lah jangan selitkan niat macamtu dalam hati korang. Mainstream sangat consultant ni amek gambar posing peluk lengan sambil silang kaki sikit, sandar kat depan kereta sebelah lampu, tayang nombor plat kereta pastu censoredkan pulak nombor plat tu. Motif???

Niat yang betul adalah utk BANTU CLIENT CAPAI PROJECTION YANG DIORANG NAK. Basically tu lah mission seorang financial consultant. Simple je kan? Dan apa-apa niat yang baik pun adalah baik juga. Nak tolong family ke, nak sara anak ramai ke, tak kesahlah. Janji baik.


2. Upline/Mentor

Upline atau mentor ni korang kena cari individu yang betul. Yang mengular, malas tolong elakkan.  Pandai-pandailah cari. Ada yang kuku besi, ada yang sempoi. Sesuaikan karakter upline dengan karakter sendiri. Honestly speaking, kita semua manusia kot. Tak semua approach sesuai dengan kita. 

Contoh eh. Kau bujang dan dapat upline yang kuku besi. Tu bagus sebab kau akan BERGERAK! Bergerak means buat kerja. Nak-nak kau jenis yang tak disiplin. Time belajar ponteng kelas, Panjat pagar. Homework tak buat (macam aku). Tapi ikut pula kesesuaian keadaan korang juga. If korang ada anak kecik, mak ayah yang sakit, or diri sendiri yang tak sehat, jujur cakap eh..carilah upline yang bertoleransi. 

Kena ingat, duit boleh cari tapi kalau family, beranak 10x pun takkan dapat sama sebiji macam anak kita, wife kite atau parents kite.

Sedeh tak cerita aku? lalala....~


3 . EXAM

Nak qualified jadi consultant ni, walaupun tak perlu bijaksana-bijaksini-bijaksinun, korang kena lulus ujian juga. Ye lah, kerja kau handle duit orang kot. Tak kesahlah duit EPF atau cash, tapi duit orang tu oiii. Amanah tu. RM100 pun kalau boleh kita nak bagi dapat untung. Apa lagi kalau duit EPF. Orang tu dah kerja 20,30 tahun, invest EPF kat kau, jadi jahanam. Profit pun dapat RM 20K, 30K. Tak ke naya. Padahal orang tu bleh dapat ratus ribu kot. Sampai hati kau kan.....

Hmmm..sedeh kan cerita aku ni.

Ok. Exam ni ada facts dan calculation. Ada bayaran fees untuk exam ni around RM100+. So kalau rasa diri tu miskin hina dan taknak bazir duit amik exam banyak kali, belajar la betul2 dengan upline masing-masing dan luluslah dengan cemerlang! *background music happy dengan jalur pelangi~


Nak tanya apa lagi pasal unit trust CWA?

Penat tau taip kat sini. Nak-nak internet asyik mintak maki je. Draft ni kalau tak sempat save, boleh buat perang juga ni. So apape hal, Whatsapp or email je okeh!


Syed Hasan bin Syed Ahmad (Financial Consultant)
019 3804988 
syedhasans@yahoo.com
Facebook Page





0 tindakbalas kimia: