Wednesday, January 13, 2016

Reunion SRP 2016


Bismillah 






Ikutkan hati dengan perangai malas ni, memang tak terupdate dah blog ni. Tapi aku tak boleh untuk kali ni. Aku mesti nak tulis juga dalam blog, so that one day if aku nak recall balik kenangan ni, boleh baca kat sini je. Or maybe waktu Ilham dah bujang, masuk era-era nak menikah, aku nak suruh dia baca ni.So that dia tau ibu dia ni kadang-kadang beriya tak bertempat.



So it was all started bila Alia Whatsapp cakap Mariah (schoolmate kitorang) ajak hang out coz lama dah tak jumpa. Dan tau-tau je lah, bila dah lama sangat tak jumpa (since aku pindah 2003, sekarang dah 2016. Kau rasa?) then tiba-tiba nak jumpa, haruslah rasa macam omg nervousnya-nak-borak-apa-nanti-omg. Then aku suggest kat Alia, why not kita buat reunion je terus. Alang-alang nak catching up session, marilah bercatching up beramai-ramai. Then Alia ok je. Aku rasa half lifetime Alia dia cuma Yes, No, OK je. 


Esoknya, aku dah dapat invitation Whatsapp Group. Alia memang pantas. Benda-benda macamni boleh serah kat dia. Then dia start add one by one nombor-nombor contact yang aku memang tak ada. Then aku pun tambah orang yang aku kenal. Then yang dah join group tu add pulak orang lain. Daripada max 100 numbers dalam group, kita cecah 80+. Which was good. So the news spread fast. Tapi of course, later sorang sorang leave group coz tak boleh join, tak interested or annoyed dengan notification yg boleh bawak bergaduh.


Nak confirmkan attendance pun tersangatlah payah. Kadang-kadang mengucap panjang jugak tapi aku kena acah-acah tenang. Sambil-sambil tu di Whatsapp group yg lain, kitorang tubuhkan komuniti AJK reunion pulak, which consists of aku, Alia, Izzati, Xera & Nadia. Malangnya Nadia tak boleh join sebab tengah pantang anak kedua. Xera pulak bertugas di perantauan tapi turun KL one day before event. 


At first nak cari venue.  Cari punya cari, aku berkenan kat satu event space which is called Cabana Avenue.  Aku tengok fees dia sangat worth it dengan facilities yang dia provide. So aku pilih satu slot (Caban Avenue sehari bukak 3 slot. 7am-12pm, 2pm-6pm, 7pm-11pm) 2pm-6pm on 9th Jan, 2016. Untuk RM600, aku dapat venue seluas 1+++ sq ft, complete with PA system sekali dengan mic, projector, screen, whiteboard (suitable for seminars, classes, etc), Wi-Fi, kerusi meja (max 100 kerusi/30 meja). Dan jugak, an area provided inside the venue macam bilik khas la. Multipurpose room. So during the event, untuk kawan-kawan atau wife kepada kawan-kawan yang nak breastfeeding ke, betulkan kain terlucut ke, cangkuk bra terbukak ke,or else, boleh la guna bilik tu. And also, ada play area for kids upon request which included dalam RM600 rental  fees tu. 


Nak tambah gempak, washroom ada sekali dalam venue tu so tak payah gelabah nak tahan kencing jauh-jauh.  Sekali dengan cermin berlampu yang untuk make up tu. So kalau make up guna cermin tu confirm cantik la. Tak cantik jugak aku tak tau nak cakap apa. Kena guna lampu spotlight stadium mungkin. Oh ya, nak set karok pun ada, Cuma top up RM 190 saja chuolssss. If anything you guys can contact Mr Eddy from Cabana Avenue at 019-289 8840. He’s very helpful! Seriously!



Ok. Berbalik pada group wasep AJK. Entah kenapa diorang angkat aku jadi Project Manager, tapi aku layankan jugak. Tugas dah bahagi masing-masing. Catering tak jadi ambik sekali dengan cabana sbb bajet ciput, so Alhamdulillah kebetulan mak Izzati (also AJK and schoolmate) buat catering. So order kat mak dia je. Instead of RM 1,350 aku dapat RM 1,000 dengan mak Izzati, termasuk upah. And FYI, food dpt variety ok. Campur sponsored dessert and food lagi, dah macam makan buffet hotel 4 star ok. Omg tak?


Menu Hi-Tea yang Vaa Vaa Voommm!!! Dah la sedap, portion pulak banyak Ya Rabbi! Sila tengok IG Izzie's Bakery or boleh direct contact owner Izzati 012-956 1292.


1.       Mihun goring

2.       Spaghetti w/ tomato sauce – sedap. Laki aku sebok puji walhal bukan suka spaghetti pun.

3.       Nugget

4.       Sandwich

5.       Teh Tarik

6.       Sirap ais

7.       Kuih Bingka ubi

8.       Kuih Seri Muka

9.       Chocolate cake (sponsored by me. Kek coklat kukus. Padat! Link IG IMBakerylicious )

1.     Brownies (sponsored by Alia & Xera.  Brownies ni tak manis sgt. Just nice! Contact Alia 012-978  2693)

1.      Satay & Nasi Impit (sponsored by Anis)


Doorgift pulak;

1.       School badge

2.       School magnet

3.       Miniature perfume

4.       Chocolate cupcake

5.       Mini towel (sponsored by Azie)

6.       Mini shawl (sponsored by Azie)

7.       Disposable bag (sponsored by Fyda)


Fees cuma RM40/person. Dapat semua makanan di atas + doorgift + rental space. Kau rasa? Kalau kau masih tak tahu apa erti syukur, pergi meninggal sana. 


Miniature perfume tu aku beli online je. Ya Tuhannnnn, tolonglahhhhhh beli kat IG Al-Wardah Gallery sebab tokey dia yang bernama Shauqi adalah baikkk ya amattt!!  In fact, sebenarnya bajet untuk perfume tak cukup, so dia bagi discount, on discount, on discount! Aku tak tau lah dia ada untung ke tak sebab dia kesian bila aku cakap bajet aku tak cukup. Dari RM2++, dia bagi RM180, then kurang lagi to RM160. Me is terharu~ Thanx Shauqi!








Dan yang paling pentingggggg……








..aku sayaaaaaang sangat bebudak dalam gambar atas ni atas kerjasama yang sungguh Super Saiya! Dan jugak Nadia walaupun tak datang tapi dia sponsor duit okkk omg omg omg!. Terharuu iolsssss.



So, Ilham? 


Nampak tak kegigihan ibu di waktu muda.?




1 tindakbalas kimia:

Dewi Aja said...[Reply to comment]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)