Tuesday, January 19, 2016

Bukan Best Pun Jadi Akauntan

Bismillah.


Akauntan. 
Bunyi gah. Bunyi professional. Mungkin sebab tu ayah mati-mati nak saya jadi akauntan.

1996.
Dengan uniform sekolah, free-hair, kasut Bata jenis lekat yang sekali buka berbunyi 'srap!srap!' sekampung dengar. Macam hari-hari biasa, saya masuk dalam kelas 2 Nilam. Kelas ketiga. Kiranya nak kata pandai sangat, tidak. Tak pandai pun tidak. Sederhana. Konon. Saya duduk, keluarkan pensel dan kertas A4 jenama murah yang nipis, dan kerat dua. Saya mula melukis. Sehelai siap. Tarik sehelai lagi. Siap. Tarik sehelai lagi. Kawan-kawan sekelas mula kerumun meja. Acah-acah karyawan, semua kata lukisan cantik. Dan hari itu, saya dapat RM 2 belanja sekolah hasil jualan lukisan. Sehelai lukisan 20 sen.

2004.
Tingkatan 4. Semua pelajar mula isi borang untuk aliran kelas. Saya pun mula isi nama, kelas, dan semua detail lain. Bahagian aliran, saya pilih lukisan kejuruteraan. Balik rumah, saya beritahu ayah. Ayah angguk, tapi muka ayah tak ada perasaan. Ayah kata, "Buatlah akaun. Ayah suka kalau Iqa buat akaun. Senang cari kerja nanti." Saya diam. Esoknya sebelum hantar borang, saya ambil liquid-paper, padam bahagian kotak tick Lukisan Kejuruteraan dan saya tick kotak Perakaunan. Hantar borang.

2006.
"Iqa pilihlah UIA dalam UPU. Ayah suka kalau Iqa masuk UIA. Buatlah course akaun. UIA bagus. Nanti ada kelas agama sekali. Mengaji Quran." Mungkin ayah yakin saya minat akaun yang amat sangat memandangkan result SPM saya dapat A1 untuk subjek Prinsip Perakaunan. Dia tak tahu otak saya dah berapa kali jatuh bergolek bawah meja sepanjang subjek akaun di kelas.

Dan rezekinya, result UPU saya betul-betul dapat UIA. Ayah menjerit seronok.

"Tapi Iqa minat melukis. Iqa nak buat architecture."

Ayah diam. "Bukan ayah tak bagi. Tapi ekonomi kurang bagus. Mungkin in future tak banyak position untuk arkitek. Kalau akaun, semua tempat, kedai, company mesti nak pakai orang akaun." Ayah betul. Memang tak salah. Cumanya akaun langsung tak ada tempat dalam hati. Kalau hati ni bentuknya empat segi, akaun belum tentu duduk di bucu-bucu sudut hati aku pun.

Tapi, satu hari ayah ajak saya keluar berdua. Kata ayah nak bawa saya jalan-jalan. Ayah drive ke Cyberjaya. Saya nampak ada bangunan besar, gah, cantik, kreatif gila dan saya teruja sampai rasa nak terjun keluar tingkap kereta. Rasa nak peluk dinding bangunan Universiti Lim Kokwing tu.

"Iqa suka tak kalau belajar sini? Kalau nak buat art ke, architecture, ayah hantar Iqa belajar sini lah."

Saya excited jangan tanyalah tahap apa. Berdebar hati rasa macam ada crush bagi surat cinta. Tapi..

"Cuma tu lah.. Kalau Iqa nak belajar sini, ayah kena kerja kuat sikitlah. Sini mahal." Saya diam.

Saya toleh arah tingkap sayu tengok bangunan Lim Kokwing dan jawab, "Takpelah,yah.. UIA pun ok."..sambil meleleh airmata. Solehahnya saya tak nak susahkan ayah. Emmm...


2012.
Saya selamat grad dengan Ijazah Perakaunan dari UIA. Tuhan saja tau keadaan otak saya sepanjang 4 tahun nak habiskan ijazah. Menangis malam-malam sebab stress. Paksa sesuatu yang secara naturalnya tak ada roh langsung dalam jiwa saya, untuk masuk dalam otak. Waktu tu saya cuma harap ayah gembira dan bangga tengok saya berjalan atas pentas untuk terima skrol.

Dan satu hari ayah tanya.. "Iqa sambunglah belajar Masters. Ayah hantar pergi Universiti Jordon nak? Iqa buatlah pengajian Islam." 

*Airliur tersembur~

Dan idea itu hanyalah tinggal krik-krik di angin lalu.

2014.
Dah lebih setahun saya bekerja di satu syarikat multi-nasional manufacturing Jepun sebagai coordinator. Saya rasa gaji saya waktu tu lebih tinggi dari kebanyakan kawan sekuliah yang baru mula kerja bidang akaun. Buat masa ni, saya seronok dengan kerja saya. Tapi dalam masa sama, ayah masih sibuk carikan saya kerja baru untuk position akaun. Dia minta resume saya, dan dia juga yang akan hantarkan resume saya ke sana-sini. 

Satu malam. Lepas solat Maghrib berjemaah. Ayah, mama dan saya. Macam biasa, ayah akan beri tazkirah lepas solat. "Ayah menyesal sekarang sebab dulu ayah sibuk hantar anak-anak ayah belajar ilmu dunia." Saya cuma diam. "Kalau ayah boleh ulang balik masa, ayah suruh korang semua belajar agama." Saya masih diam. Tunduk. Main bucu sejadah. "Ayah ada sijil. Ayah ada degree. Ayah ada Masters. Tapi semua tu ayah tak bawak ke mana. Habis." Aku masih diam. Bucu sejadah dah berpintal teruk. "Tapi kalau korang faham sepotong ayat Quran sekalipun, itu dah boleh bawak korang pergi jauh. Sangat jauh," Mata aku mula merah. Ayah perasan. Ayah mula tanya.

"Iqa ada apa-apa nak cakap.?"

Sekarang! Sekarang lah masanya saya nak lepaskan semua dalam hati. Dan saya keluarkan semuanya sambil menangis. Tersedu-sedu saya cerita semua perasaan saya. 

Senyap. Situasi teramatlah krik-krik. Mama langsung tak menyampuk, cuma mata dia bergenang dan merah. 

"Ayah minta maaf.."

Sepotong ayat ni cukup buat saya menangis 13 keturunan. Macam mana ayah boleh minta maaf dari anak? Teruk betul tahap derhaka saya ni agaknya. Habislahh.. Panas lah api neraka ceritanya. 

"Ayah takkan paksa dah. Yang sudah tu sudah. Ayah tak kisah anak-anak ayah kerja apa, janji halal. Rezeki kalau berkat, sikit pun terasa cukup."

................................................................................................................................................................

2015.
Orang kata, kalau benci satu benda, jangan benci sangat. Nanti jadi jodoh.

Baca elok-elok. Jodoh. Bukan bodoh.

Nah. Padanlah dengan muka sebab sekarang saya selamat jadi akauntan. Walaupun hari-hari  penuh penyeksaan batin, dan ada hari saya harus sediakan telinga yang kalis maki, saya masih buat-buat power. Ada hari saya diherdik bos, dan hari-hari saya menipu supplier. Tapi bila teringatkan gaji yang saya kira boleh tahan tinggi dari average orang seusia saya, untuk buat bayar macam-macam komitmen, maka saya sengih acah-acah lawa jugalah ke pejabat walau hati menangis.

Sekarang bila fikir-fikir balik, saya puas hati sebab cita-cita ayah tercapai. Saya tau, ayah nak anak dia senang. Dia tak nak anak dia menoreh getah macam dia waktu kecil. Dia tak nak anak dia tak mampu nak ada apa yang dia tak ada waktu dia kecil. Pernah sekali saya minta ayah gambar dia waktu kecil. Nak tengok juga level hensem dia takat mana. Tapi kata ayah, "Ala..ayah tak pernah ada gambar kecik-kecik. Dulu keluarga ayah tak ada duit nak beli kamera. Bukan macam keluarga mama kau." Ayah cari pasal pula dengan mama. 

Dan ayah tak tahu, dalam saya berjuang dengan perasaan sendiri hari-hari, saya curi-curi nasib untuk bekerja untuk apa yang saya minat. Ayah dah jadi ahli kelab 60-an. Berapa lama lagi saya boleh gembirakan ayah? Waktu kecil, bila saya penat berjalan, ayah julang angkat saya duduk kat tengkuk. Kadang ayah suruh saya pijak atas dua-dua kaki dia, dan biar dia berjalan tanggung beban badan saya suapa saya tak penat melangkah. Sampai saya dah ada anak sekarang pun ayah masih bersusah-payah tolong saya. Saya pula pergi buat ayah menangis. Nampak tak tahap derhaka tu?

Dah lah. Menyampah lah taip sorang-sorang sambil menangis ni. Nak habiskan cerita mesti ada satu ayat penyata,kan?. Dalam dunia ni, cuma ayah saja idola saya. Ayah tak payah buat apa pun. Ayah duduk bergolek saja pun dah boleh buat saya menangis.

Ayah saya power. Sayang ayah.


*Dah kenapa panjang sangat pula artikel ni.?



3 tindakbalas kimia:

Aneesa Nuraim said...[Reply to comment]

Fara,

Pagi2 buta kau buat aku touching la...Aku tak sangka selama ni kau pendam hal ni sorang2x..di sebalik wajah kau yang sentiasa ceria dan happy go lucky tu.. :(

Bila ingat balik zaman matrik, zaman uni baru aku faham..mencuba dan lakukan apa yang bukan minat kita pada asalnya sangat sukar.. but, finally..alhamdulillah we did it! for ourselves, for our father and mother kan :)

pssst keja bidang akaun ni memang stress tapi gaji masyuk..aku ni yang banyak kali nak resign tak ter resign lagi...hehehehe

Azizan BIN ABU SAMAH said...[Reply to comment]

Assalam Ika...ramai pelajar yg nk kerja kena ikut minat...sebenarnya x begitu. Belajar perlu berdasarkan asas pembinaan kerjaya. Coz kerja itu yg diberi oleh majikan...kita kena ada kelulusan apa yg majikan cari.. kerja skrg mana yg x teruk, x stress... sebut jer higher professional apa.. arkitek, akauntan, doktor, jurutera, jurukur & peguam..semuanya bermula dgn stress, teruk dll. How fast you can adapt dgn toughness..it involves yr strong mental & fizikal.the faster the better..the success will await you...so Ika my advice now ambil professional accountancy ie ACCA, CIMA...lebih laku, lebih lumayan & buka mata majikan utk middle & top mgmt position..Good Luck

Azizan BIN ABU SAMAH said...[Reply to comment]

Assalam Ika...ramai pelajar yg nk kerja kena ikut minat...sebenarnya x begitu. Belajar perlu berdasarkan asas pembinaan kerjaya. Coz kerja itu yg diberi oleh majikan...kita kena ada kelulusan apa yg majikan cari.. kerja skrg mana yg x teruk, x stress... sebut jer higher professional apa.. arkitek, akauntan, doktor, jurutera, jurukur & peguam..semuanya bermula dgn stress, teruk dll. How fast you can adapt dgn toughness..it involves yr strong mental & fizikal.the faster the better..the success will await you...so Ika my advice now ambil professional accountancy ie ACCA, CIMA...lebih laku, lebih lumayan & buka mata majikan utk middle & top mgmt position..Good Luck