Thursday, January 21, 2016

Aku Nak Cari Harness Untuk Anak Aku. Kau Ada Masalah Ke?


Bismillah


Kau tau tak sejak Ilham dapat kaki sekarang, dia suka buat aksi-aksi stunt. Panjat grill rumah, panjat kotak, nak terjun sofa, dan lain-lain lagi lah. Tempat favourite dia memang bilik air dengan dapur.

Aku ni adalah antara parents yang tengah mencari tali harness untuk toddler. So that if keluar, Ilham tak lari jauh. Masih dalam jangkauan aku.

Antara parents terawal yang guna harness untuk anak-anak ni is Scha dan Awal. Jangan kata kau tak kenal lahhhh. Padahal tiap Ahad tengok Melodi. Elehhh sangat kalau tak kenal. Dan betapa teruknya mereka dikecam netizen sebab guna tali ni kat anak diorang. 

Apa netizen cakap?

1. Dosa. Buat anak macam anjing
2. Pemalas.
3. Tak belajar cara kawal anak
4. Bagi anak makanan bergula sampai anak jadi liar tak boleh kawal
5. Kenapa nak ikut cara barat?
6. Orang dulu boleh je kawal anak 4,5 orang guna tangan sendiri.

1. Ok. First, untuk yang kata guna harness tu buat anak macam anjing. Dan biasalah, demi nak menampakkan impak-impak teruk-keji-hina-dina-jijik, diorang gunakan 'anjing' sebagai comparison. Walhal ada je binatang lain, kambing contohnya. Tapi kalau kambing nanti bunyi tak cukup teruk, so kena pinjam nama anjing. Oklah. 

Guys, anjing tu sah-sah lah pakai tali kat tengkuk. Aku tak tau la kalau ada parents yang sakai sangat pasang tali harnes kat tengkuk anak diorang,kan. And guys, anjing tu kalau terhilang, diorang tau cari jalan balik sebab Allah bagi kebolehan deria bau dia kuat. Anak kau setahun, jalan punya jalan entah ke mana, sesat. Kau rasa? Anak kau nak gi balai polis buat report?

2. Yang kata parents guna harness ni pemalas. Cuba bagitau, korang pergi mall, naik lif ke tangga? Naik eskalator ke tangga? Kenapa tak guna tangga? Sebab kemudahan, keselamatan, kondusif. Adakah sebab aku pilih untuk tidak berlari mengejar anak aku setiap 7 saat, aku ni pemalas? Dah kejar, tarik, peluk, letak. Lari. Kejar lagi. tarik. Letak. Lari lagi. Kejar lagi. Kalau kau dah ada anak nanti kau tau la macam mana. Bukan masalah malas tak malas. Benda untuk memudahkan ada. Dan aku tak nampak apa keburukan dia. So apa salahnya nak guna?

3. Tak belajar cara kawal anak. Ini lagilah tuduhan paling tak kukuh. Aku terbaca orang komen macamtu, aku rasa nak hiris jari-jari dia guna pisau cukur. Dik, kau kena tau, budak-budak ni lain ragam dia. Lain approach dia. Lain kemampuan dia. Lain genetik dia. Ada yang cepat, ada yang slow. Ada yang hyper (bukan sebab gula sekalipun) dan ada yang Autism. Dan semua ni tak boleh nak gunakan approach yang sama je. Fikir logik sudahlah. Akal ada kan?

Parents mana yang tak nak buat yang terbaik untuk anak dia? Cuba kau cakap.

4. Yang kata anak liar sebab makan gula, aku malas nak komen sebab bodoh dia tahap tiga-belas-ribu-juta. Kau ada anak esok, dan kalau rezeki kau dapat anak yang hyper liar tak duduk diam ni, kau fikir-fikirlah balik apa kau dah cakap.

5. Kenapa nak ikut cara Barat? Eeeeeee.... izinkanlah aku carutkan siapa yang cakap ni. Kau rasa baby carseat tu siapa yang start invent? Orang negara mana? Azerbaijan? Checzh Republik? Barat jugak nyahhhhh. Dan kenapa undang-undang jalanraya kita wajibkan penggunaan carseat ni start 2017? Ke 2018 aku tak ingat. Tapi hakikatnya kita tiru benda yang baik salah ke? Untuk keselamatan,kan? Ada aku ajar anak aku makan babi ke? 

Alah...Kau pun makan Mekdonel. Mohon meninggal.

6. Orang dulu boleh buat, kenapa kita tak boleh? 

Gais...tolong faham betapa ketaranya beza zaman dulu dengan sekarang. Zaman dulu teknologi tak hebat, kereta tak banyak, bangunan tak tinggi. Zaman dulu mak kau bawak pergi Mydin yang paling hebat pun besar macam bangunan sekolah rendah 3 tingkat. Tu pun panjat tangga.

Tahun lepas (2015) je berapa banyak kes budak mati jatuh eskalator? Kan tempat tangan eskalator yang getah hitam tu, yang duk berputar ikut eskalator tu kan..tau ke tak ni? Aku malas nak tunjuk video eskalator plak. Ada budak duk main-mainkan tangan dia kat benda hitam yang berputar tu. Sudahnya tertarik, terangkat, tangan terlepas, jatuh 3 tingkat. Arwah.

Tahun lepas jugak (2015), ada sorang perempuan cina dengan anak lelaki (dah besar jugak lah. mungkin tadika) tengah bagi direction pada sorang lelaki melayu kat public kawasan perumahan ni.. CCTV capture moment lelaki tu sepantas kilat angkat dukung budak lelaki tu,lari, masuk van, hilang. Padahal budak tu duk sebelah kaki mak dia je kot. Sampai tahap tu teruknya jenayah culik budak sekarang. 

Dan kau nak aku tengok sambil main kejar-kejar dengan Ilham kat tempat awam yang lebih luas bangunan, lebih padat dengan orang, dan lebih ramai orang jahat? Pergi matilah kau.



Wei, aku penat tau taip panjang-panjang ni. Dah lah tengah lapar. Emo pulak, makin bertambah lapar.
Dah lah, aku nak cari harness untuk anak aku. Kau nak cakap apa, cakaplah. Anak aku sakit bukan kau datang melawat pun.

okbai.



3 tindakbalas kimia:

Cik Muda said...[Reply to comment]

Wah ungu... Senjak ko buat prevet tuk invite reader tu.....

Lama nya x bersua......

Aneesa Nuraim said...[Reply to comment]

kalo kita nak dengar cakap org sampai ke sudah tak settle .. apa yang kita rasa terbaik untuk family kita, go for it :)

Farhana Cantik said...[Reply to comment]

Ibu kenapa garang sangat niiiiiii