Saturday, June 25, 2016

Sampai Bila Nak Berlakon

Bismillah


Orang kata bulan Ramadhan bulan mustajab. Apa saja yang kita minta tak terhijab. Aku percaya.

Untuk berapa lama aku dah kurang berdoa untuk diri sendiri. Aku kurang tekankan doa untuk diri sendiri, tapi lebih kepada untuk orang sekeliling.

Mungkin sebab tu, semua yang aku doakan jauh sangat dari jadi kenyataan, in fact yg opposite pulak jadi.

Aku mula harap benda yang tak sepatutnya, tapi aku rasa itu je yang aku boleh minta sekarang.

Selain dari tu, aku macam..dah berhenti berdoa.



Sunday, March 20, 2016

Segalanya Tentang Perunding Kewangan Unit Amanah CWA




BISMILLAH

Adakah anda bahagia dengan kerjaya anda sekarang?
Adakah anda tertekan dengan kos sara hidup sekarang?
Adakah anda mengalami sindrom GHBBH (Gaji Habis Bulan Belum Habis)?
Adakah anda tiada masa dengan keluarga anda sebab asyik balik malam?
















Sudah macam macam kerja part time, dua kerja yang telah anda buat dan hasilnya juga tidak memuaskan. Mungkin disebabkan tidak di dorong, tiada pengalaman dan macam macam lagi.

Alhamdulillah, kini kami di OTYE EXCELLENCE CONSULTANCY iaitu salah satu agensi di CIMB Wealth Advisor bertempat di Kota Damansara mengalu alukan kedatangan anda untuk mencapai kejayaan bersama kami. 


Anda inginkan kejayaan sebenar?

Anda ingin mencapai pendapatan 5 dan 6 angka sebulan?
Anda inginkan sindrom BHGBH (Bulan Habis Gaji Belum Habis)?
Anda inginkan kerjaya dan perniagaan konsultansi yang hanya mengikut time dan jadual anda?

ANDA PERLUKAN SYARIKAT, AGENSI, PEMIMPIN DAN SISTEM YANG SANGAT BETUL DAN TERBUKTI BERKESAN!!!!!! 


DAN KAMI LAH YANG ANDA CARI!!!!!



OTYE EXCELLENCE CONSULTANCY ditubuhkan oleh dua SUPER GAM iaitu Ramlan Idris dan Azri Mohd Noor dan sudah mencapai pendapatan 6 angka sebulan sebagai perunding kewangan. Pencapaian mereka dalam industri unit amanah memang tidak boleh di sangkal lagi seperti MILLION DOLLAR PRODUCER SEBANYAK 50 KALI, TOP RECRUITER, OWNER OF AGENCY, MDRT SEBANYAK 4 KALI DAN MACAM MACAM LAGI. Mereka juga telah membantu dan menghasilkan ramai jutawan unit amanah di luar sana. Adakah anda yang seterusnya???











INI ANTARA GAMBAR GAMBAR AKTIVITI KAMI DI MANA ANDA BOLEH LIHAT SISTEM DAN SOKONGAN YANG KAMI BERIKAN. 100% KAMI KOMITED!!!



 


WE WILL SHOW YOU THE WAY!!!
 







 

TIADA YANG MUSTAHIL JIKA ANDA BERPEGANG KEPADA

D- DOA
U- USAHA
I- ISTIQAMAH
T- TAWAKKAL


KAMI TELAH TERBUKTI BERJAYA MEMBANTU RAMAI DI LUAR SANA KERANA KAMI MEMPUNYAI

P- PEMIMPIN
A- AGENSI
S- SYARIKAT
S- SOKONGAN

YANG MANTAPPPPP!!!!!!!!



KENAPA KERJAYA INI SENANG???

KERANA RAMAI INSAN DI LUAR SANA MEMERLUKAN PERANCANG DAN PERUNDING KEWANGAN SEPERTI KAMI. LEBIH LEBIH LAGI, INSAN DI LUAR SANA IALAH IBU BAPA, SANAK SAUDARA, SAHABAT HANDAI DAN RAKAN SEKERJA KAMI SENDIRI
OLEH ITU, SERTAI LAH KAMI DAN BANTU LEBIH RAMAI LAGI DI LUAR SANA. IN SHAA ALLAH











2016 INTAKE NEW FINANCIAL CONSULTANT

KAMI TIDAK MEMERLUKAN INDIVIDU YANG BIJAK 4 FLAT, PAKAR DEBAT DAN HANDSOME TERLETAK. KAMI HANYA MEMERLUKAN INDIVIDU YANG BENAR BENAR INGIN MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA, MENCAPAI PENDAPATAN YANG LEBIH BAIK DAN MAHU BERUBAH. ITU SAHAJA!!! SELEBIHNYA SERAHKAN KEPADA KAMI IN SHAA ALLAH


SERTAI KAMI SEBAGAI PART TIME ATAU FULL TIME


MAN JADDA WA JADA



Job Requirements:
  • Aged 21 Years and above
  • Energetic and positive
  • No need skills (we will guide you from zero to hero)
  • Experience in sales, banking, insurance is an advantage
  • Candidates must possess a minimum qualification of SPMwith a credit in either Bahasa Malaysia or English or Mandarin + a credit in Mathematics (Modern Mathematics)- New requirement by FIMM starting 1st January, 2012

BENEFITS:
  • Attractive Commission Based scheme ( 6 JENIS INCOME!!!)
  • Superb Bonus ( up to 5 kali ganda income) WOOOWWW
  • Incentives
  • Free Travelling Tour - ( Ini serius! setahun sekali dapat pergi oversea)
  • Free insurance
  • Agency office support (free training, free sales kit, booth activity ETC)
  • Car loan subsidy


 
 

Dan anda dengar dengan tawaduk.



Ini. Adalah. Cool. 


For those who are interested to find out more about joining us, with no obligation, you are welcome to forward your contact number to me Syed Hasan bin Syed Ahmad (Financial Consultant, Life Planner and Recruitment Executive) 019 3804988 or email me at syedhasans@yahoo.com 



Thank you and kind regards

ASSALAMUALAIKUM

Thursday, January 21, 2016

Aku Nak Cari Harness Untuk Anak Aku. Kau Ada Masalah Ke?


Bismillah


Kau tau tak sejak Ilham dapat kaki sekarang, dia suka buat aksi-aksi stunt. Panjat grill rumah, panjat kotak, nak terjun sofa, dan lain-lain lagi lah. Tempat favourite dia memang bilik air dengan dapur.

Aku ni adalah antara parents yang tengah mencari tali harness untuk toddler. So that if keluar, Ilham tak lari jauh. Masih dalam jangkauan aku.

Antara parents terawal yang guna harness untuk anak-anak ni is Scha dan Awal. Jangan kata kau tak kenal lahhhh. Padahal tiap Ahad tengok Melodi. Elehhh sangat kalau tak kenal. Dan betapa teruknya mereka dikecam netizen sebab guna tali ni kat anak diorang. 

Apa netizen cakap?

1. Dosa. Buat anak macam anjing
2. Pemalas.
3. Tak belajar cara kawal anak
4. Bagi anak makanan bergula sampai anak jadi liar tak boleh kawal
5. Kenapa nak ikut cara barat?
6. Orang dulu boleh je kawal anak 4,5 orang guna tangan sendiri.

1. Ok. First, untuk yang kata guna harness tu buat anak macam anjing. Dan biasalah, demi nak menampakkan impak-impak teruk-keji-hina-dina-jijik, diorang gunakan 'anjing' sebagai comparison. Walhal ada je binatang lain, kambing contohnya. Tapi kalau kambing nanti bunyi tak cukup teruk, so kena pinjam nama anjing. Oklah. 

Guys, anjing tu sah-sah lah pakai tali kat tengkuk. Aku tak tau la kalau ada parents yang sakai sangat pasang tali harnes kat tengkuk anak diorang,kan. And guys, anjing tu kalau terhilang, diorang tau cari jalan balik sebab Allah bagi kebolehan deria bau dia kuat. Anak kau setahun, jalan punya jalan entah ke mana, sesat. Kau rasa? Anak kau nak gi balai polis buat report?

2. Yang kata parents guna harness ni pemalas. Cuba bagitau, korang pergi mall, naik lif ke tangga? Naik eskalator ke tangga? Kenapa tak guna tangga? Sebab kemudahan, keselamatan, kondusif. Adakah sebab aku pilih untuk tidak berlari mengejar anak aku setiap 7 saat, aku ni pemalas? Dah kejar, tarik, peluk, letak. Lari. Kejar lagi. tarik. Letak. Lari lagi. Kejar lagi. Kalau kau dah ada anak nanti kau tau la macam mana. Bukan masalah malas tak malas. Benda untuk memudahkan ada. Dan aku tak nampak apa keburukan dia. So apa salahnya nak guna?

3. Tak belajar cara kawal anak. Ini lagilah tuduhan paling tak kukuh. Aku terbaca orang komen macamtu, aku rasa nak hiris jari-jari dia guna pisau cukur. Dik, kau kena tau, budak-budak ni lain ragam dia. Lain approach dia. Lain kemampuan dia. Lain genetik dia. Ada yang cepat, ada yang slow. Ada yang hyper (bukan sebab gula sekalipun) dan ada yang Autism. Dan semua ni tak boleh nak gunakan approach yang sama je. Fikir logik sudahlah. Akal ada kan?

Parents mana yang tak nak buat yang terbaik untuk anak dia? Cuba kau cakap.

4. Yang kata anak liar sebab makan gula, aku malas nak komen sebab bodoh dia tahap tiga-belas-ribu-juta. Kau ada anak esok, dan kalau rezeki kau dapat anak yang hyper liar tak duduk diam ni, kau fikir-fikirlah balik apa kau dah cakap.

5. Kenapa nak ikut cara Barat? Eeeeeee.... izinkanlah aku carutkan siapa yang cakap ni. Kau rasa baby carseat tu siapa yang start invent? Orang negara mana? Azerbaijan? Checzh Republik? Barat jugak nyahhhhh. Dan kenapa undang-undang jalanraya kita wajibkan penggunaan carseat ni start 2017? Ke 2018 aku tak ingat. Tapi hakikatnya kita tiru benda yang baik salah ke? Untuk keselamatan,kan? Ada aku ajar anak aku makan babi ke? 

Alah...Kau pun makan Mekdonel. Mohon meninggal.

6. Orang dulu boleh buat, kenapa kita tak boleh? 

Gais...tolong faham betapa ketaranya beza zaman dulu dengan sekarang. Zaman dulu teknologi tak hebat, kereta tak banyak, bangunan tak tinggi. Zaman dulu mak kau bawak pergi Mydin yang paling hebat pun besar macam bangunan sekolah rendah 3 tingkat. Tu pun panjat tangga.

Tahun lepas (2015) je berapa banyak kes budak mati jatuh eskalator? Kan tempat tangan eskalator yang getah hitam tu, yang duk berputar ikut eskalator tu kan..tau ke tak ni? Aku malas nak tunjuk video eskalator plak. Ada budak duk main-mainkan tangan dia kat benda hitam yang berputar tu. Sudahnya tertarik, terangkat, tangan terlepas, jatuh 3 tingkat. Arwah.

Tahun lepas jugak (2015), ada sorang perempuan cina dengan anak lelaki (dah besar jugak lah. mungkin tadika) tengah bagi direction pada sorang lelaki melayu kat public kawasan perumahan ni.. CCTV capture moment lelaki tu sepantas kilat angkat dukung budak lelaki tu,lari, masuk van, hilang. Padahal budak tu duk sebelah kaki mak dia je kot. Sampai tahap tu teruknya jenayah culik budak sekarang. 

Dan kau nak aku tengok sambil main kejar-kejar dengan Ilham kat tempat awam yang lebih luas bangunan, lebih padat dengan orang, dan lebih ramai orang jahat? Pergi matilah kau.



Wei, aku penat tau taip panjang-panjang ni. Dah lah tengah lapar. Emo pulak, makin bertambah lapar.
Dah lah, aku nak cari harness untuk anak aku. Kau nak cakap apa, cakaplah. Anak aku sakit bukan kau datang melawat pun.

okbai.



Tuesday, January 19, 2016

Tolong-tolong Je


Bismillah



Nah!
Aku tolong promote je. Jangan ingat aku full-time modelling pulak. Aku tolong orang je.









Convincing-kan aku acah-acah model? Bhahahahahahaahahahahhhahh!



Nah la. Nak tengok lebih-lebih usha IG : flora hijab

Kalau duk dekat-dekat area Shah Alam, usha IG : flora hijab shah alam

Kalau duk area-area Johor sinun, usha IG : flora hijab jb




Dah. Aku nak gi amek anak. hahahaha


Bukan Best Pun Jadi Akauntan

Bismillah.


Akauntan. 
Bunyi gah. Bunyi professional. Mungkin sebab tu ayah mati-mati nak saya jadi akauntan.

1996.
Dengan uniform sekolah, free-hair, kasut Bata jenis lekat yang sekali buka berbunyi 'srap!srap!' sekampung dengar. Macam hari-hari biasa, saya masuk dalam kelas 2 Nilam. Kelas ketiga. Kiranya nak kata pandai sangat, tidak. Tak pandai pun tidak. Sederhana. Konon. Saya duduk, keluarkan pensel dan kertas A4 jenama murah yang nipis, dan kerat dua. Saya mula melukis. Sehelai siap. Tarik sehelai lagi. Siap. Tarik sehelai lagi. Kawan-kawan sekelas mula kerumun meja. Acah-acah karyawan, semua kata lukisan cantik. Dan hari itu, saya dapat RM 2 belanja sekolah hasil jualan lukisan. Sehelai lukisan 20 sen.

2004.
Tingkatan 4. Semua pelajar mula isi borang untuk aliran kelas. Saya pun mula isi nama, kelas, dan semua detail lain. Bahagian aliran, saya pilih lukisan kejuruteraan. Balik rumah, saya beritahu ayah. Ayah angguk, tapi muka ayah tak ada perasaan. Ayah kata, "Buatlah akaun. Ayah suka kalau Iqa buat akaun. Senang cari kerja nanti." Saya diam. Esoknya sebelum hantar borang, saya ambil liquid-paper, padam bahagian kotak tick Lukisan Kejuruteraan dan saya tick kotak Perakaunan. Hantar borang.

2006.
"Iqa pilihlah UIA dalam UPU. Ayah suka kalau Iqa masuk UIA. Buatlah course akaun. UIA bagus. Nanti ada kelas agama sekali. Mengaji Quran." Mungkin ayah yakin saya minat akaun yang amat sangat memandangkan result SPM saya dapat A1 untuk subjek Prinsip Perakaunan. Dia tak tahu otak saya dah berapa kali jatuh bergolek bawah meja sepanjang subjek akaun di kelas.

Dan rezekinya, result UPU saya betul-betul dapat UIA. Ayah menjerit seronok.

"Tapi Iqa minat melukis. Iqa nak buat architecture."

Ayah diam. "Bukan ayah tak bagi. Tapi ekonomi kurang bagus. Mungkin in future tak banyak position untuk arkitek. Kalau akaun, semua tempat, kedai, company mesti nak pakai orang akaun." Ayah betul. Memang tak salah. Cumanya akaun langsung tak ada tempat dalam hati. Kalau hati ni bentuknya empat segi, akaun belum tentu duduk di bucu-bucu sudut hati aku pun.

Tapi, satu hari ayah ajak saya keluar berdua. Kata ayah nak bawa saya jalan-jalan. Ayah drive ke Cyberjaya. Saya nampak ada bangunan besar, gah, cantik, kreatif gila dan saya teruja sampai rasa nak terjun keluar tingkap kereta. Rasa nak peluk dinding bangunan Universiti Lim Kokwing tu.

"Iqa suka tak kalau belajar sini? Kalau nak buat art ke, architecture, ayah hantar Iqa belajar sini lah."

Saya excited jangan tanyalah tahap apa. Berdebar hati rasa macam ada crush bagi surat cinta. Tapi..

"Cuma tu lah.. Kalau Iqa nak belajar sini, ayah kena kerja kuat sikitlah. Sini mahal." Saya diam.

Saya toleh arah tingkap sayu tengok bangunan Lim Kokwing dan jawab, "Takpelah,yah.. UIA pun ok."..sambil meleleh airmata. Solehahnya saya tak nak susahkan ayah. Emmm...


2012.
Saya selamat grad dengan Ijazah Perakaunan dari UIA. Tuhan saja tau keadaan otak saya sepanjang 4 tahun nak habiskan ijazah. Menangis malam-malam sebab stress. Paksa sesuatu yang secara naturalnya tak ada roh langsung dalam jiwa saya, untuk masuk dalam otak. Waktu tu saya cuma harap ayah gembira dan bangga tengok saya berjalan atas pentas untuk terima skrol.

Dan satu hari ayah tanya.. "Iqa sambunglah belajar Masters. Ayah hantar pergi Universiti Jordon nak? Iqa buatlah pengajian Islam." 

*Airliur tersembur~

Dan idea itu hanyalah tinggal krik-krik di angin lalu.

2014.
Dah lebih setahun saya bekerja di satu syarikat multi-nasional manufacturing Jepun sebagai coordinator. Saya rasa gaji saya waktu tu lebih tinggi dari kebanyakan kawan sekuliah yang baru mula kerja bidang akaun. Buat masa ni, saya seronok dengan kerja saya. Tapi dalam masa sama, ayah masih sibuk carikan saya kerja baru untuk position akaun. Dia minta resume saya, dan dia juga yang akan hantarkan resume saya ke sana-sini. 

Satu malam. Lepas solat Maghrib berjemaah. Ayah, mama dan saya. Macam biasa, ayah akan beri tazkirah lepas solat. "Ayah menyesal sekarang sebab dulu ayah sibuk hantar anak-anak ayah belajar ilmu dunia." Saya cuma diam. "Kalau ayah boleh ulang balik masa, ayah suruh korang semua belajar agama." Saya masih diam. Tunduk. Main bucu sejadah. "Ayah ada sijil. Ayah ada degree. Ayah ada Masters. Tapi semua tu ayah tak bawak ke mana. Habis." Aku masih diam. Bucu sejadah dah berpintal teruk. "Tapi kalau korang faham sepotong ayat Quran sekalipun, itu dah boleh bawak korang pergi jauh. Sangat jauh," Mata aku mula merah. Ayah perasan. Ayah mula tanya.

"Iqa ada apa-apa nak cakap.?"

Sekarang! Sekarang lah masanya saya nak lepaskan semua dalam hati. Dan saya keluarkan semuanya sambil menangis. Tersedu-sedu saya cerita semua perasaan saya. 

Senyap. Situasi teramatlah krik-krik. Mama langsung tak menyampuk, cuma mata dia bergenang dan merah. 

"Ayah minta maaf.."

Sepotong ayat ni cukup buat saya menangis 13 keturunan. Macam mana ayah boleh minta maaf dari anak? Teruk betul tahap derhaka saya ni agaknya. Habislahh.. Panas lah api neraka ceritanya. 

"Ayah takkan paksa dah. Yang sudah tu sudah. Ayah tak kisah anak-anak ayah kerja apa, janji halal. Rezeki kalau berkat, sikit pun terasa cukup."

................................................................................................................................................................

2015.
Orang kata, kalau benci satu benda, jangan benci sangat. Nanti jadi jodoh.

Baca elok-elok. Jodoh. Bukan bodoh.

Nah. Padanlah dengan muka sebab sekarang saya selamat jadi akauntan. Walaupun hari-hari  penuh penyeksaan batin, dan ada hari saya harus sediakan telinga yang kalis maki, saya masih buat-buat power. Ada hari saya diherdik bos, dan hari-hari saya menipu supplier. Tapi bila teringatkan gaji yang saya kira boleh tahan tinggi dari average orang seusia saya, untuk buat bayar macam-macam komitmen, maka saya sengih acah-acah lawa jugalah ke pejabat walau hati menangis.

Sekarang bila fikir-fikir balik, saya puas hati sebab cita-cita ayah tercapai. Saya tau, ayah nak anak dia senang. Dia tak nak anak dia menoreh getah macam dia waktu kecil. Dia tak nak anak dia tak mampu nak ada apa yang dia tak ada waktu dia kecil. Pernah sekali saya minta ayah gambar dia waktu kecil. Nak tengok juga level hensem dia takat mana. Tapi kata ayah, "Ala..ayah tak pernah ada gambar kecik-kecik. Dulu keluarga ayah tak ada duit nak beli kamera. Bukan macam keluarga mama kau." Ayah cari pasal pula dengan mama. 

Dan ayah tak tahu, dalam saya berjuang dengan perasaan sendiri hari-hari, saya curi-curi nasib untuk bekerja untuk apa yang saya minat. Ayah dah jadi ahli kelab 60-an. Berapa lama lagi saya boleh gembirakan ayah? Waktu kecil, bila saya penat berjalan, ayah julang angkat saya duduk kat tengkuk. Kadang ayah suruh saya pijak atas dua-dua kaki dia, dan biar dia berjalan tanggung beban badan saya suapa saya tak penat melangkah. Sampai saya dah ada anak sekarang pun ayah masih bersusah-payah tolong saya. Saya pula pergi buat ayah menangis. Nampak tak tahap derhaka tu?

Dah lah. Menyampah lah taip sorang-sorang sambil menangis ni. Nak habiskan cerita mesti ada satu ayat penyata,kan?. Dalam dunia ni, cuma ayah saja idola saya. Ayah tak payah buat apa pun. Ayah duduk bergolek saja pun dah boleh buat saya menangis.

Ayah saya power. Sayang ayah.


*Dah kenapa panjang sangat pula artikel ni.?



Monday, January 18, 2016

Untuk Jadi Ejen / Consultant Unit Trust CWA


Bismillah


Unit Trust - CWA


Banyak Keyword Search blog aku yang tanya macam mana nak jadi ejen unit trust CWA. So meh sini aku brief serba ringkas bagi yang taip kat google tu;


1.  Requirement. 

- Boleh buat simple calculation : Jujur cakap, kau tak perlu jadi pandai akademik 10A + bintang-bintang pun untuk layak jadi ejen. Kau kena jadi seorang yang boleh buat kira-kira. Aku kata 'BOLEH' buat kira-kira. Bukan wajib HEBAT buat kira-kira macam pencipta kalkulator, iaitu Thomas Edison. 

Haaa...jangan buat muka pelik lah. Thomas Edison tu buat mentol. Aku saja test korang. Bagi yang tak dapat jawab tu, jangan risau! Sebab korang still boleh jadi ejen/consultant unit trust CWA tanpa perlu kenal pun siapa Thomas Edison.

Kalau rasa takut juga dengan kira-kira ni, jangan risau sebab upline korang akan ajar cara-cara kira, table, projection, segala bagai. 

- Minat : Bila kau dah tau scope profession sebagai consultant ni, kau kena tau kau minat ke tidak. Kalau kau rasa kau tak minat, tak payah lah gigih sangat. Sebab apa? Sebab kau dah bawa title sebagai consultant, so act like one. Kalau kau cuma naksuruh orang invest, tapi service consulting tu tahap bangkai, tak payahlah. Tak berkat income kau nanti.

- Niat : BUKAN untuk beli KERETA MEWAH! Aku ulang lagi, BUKAN untuk beli KERETA MEWAH! Walaupun insyaAllah korang mampu memiliki satu, dua or tiga, tapi please lah jangan selitkan niat macamtu dalam hati korang. Mainstream sangat consultant ni amek gambar posing peluk lengan sambil silang kaki sikit, sandar kat depan kereta sebelah lampu, tayang nombor plat kereta pastu censoredkan pulak nombor plat tu. Motif???

Niat yang betul adalah utk BANTU CLIENT CAPAI PROJECTION YANG DIORANG NAK. Basically tu lah mission seorang financial consultant. Simple je kan? Dan apa-apa niat yang baik pun adalah baik juga. Nak tolong family ke, nak sara anak ramai ke, tak kesahlah. Janji baik.


2. Upline/Mentor

Upline atau mentor ni korang kena cari individu yang betul. Yang mengular, malas tolong elakkan.  Pandai-pandailah cari. Ada yang kuku besi, ada yang sempoi. Sesuaikan karakter upline dengan karakter sendiri. Honestly speaking, kita semua manusia kot. Tak semua approach sesuai dengan kita. 

Contoh eh. Kau bujang dan dapat upline yang kuku besi. Tu bagus sebab kau akan BERGERAK! Bergerak means buat kerja. Nak-nak kau jenis yang tak disiplin. Time belajar ponteng kelas, Panjat pagar. Homework tak buat (macam aku). Tapi ikut pula kesesuaian keadaan korang juga. If korang ada anak kecik, mak ayah yang sakit, or diri sendiri yang tak sehat, jujur cakap eh..carilah upline yang bertoleransi. 

Kena ingat, duit boleh cari tapi kalau family, beranak 10x pun takkan dapat sama sebiji macam anak kita, wife kite atau parents kite.

Sedeh tak cerita aku? lalala....~


3 . EXAM

Nak qualified jadi consultant ni, walaupun tak perlu bijaksana-bijaksini-bijaksinun, korang kena lulus ujian juga. Ye lah, kerja kau handle duit orang kot. Tak kesahlah duit EPF atau cash, tapi duit orang tu oiii. Amanah tu. RM100 pun kalau boleh kita nak bagi dapat untung. Apa lagi kalau duit EPF. Orang tu dah kerja 20,30 tahun, invest EPF kat kau, jadi jahanam. Profit pun dapat RM 20K, 30K. Tak ke naya. Padahal orang tu bleh dapat ratus ribu kot. Sampai hati kau kan.....

Hmmm..sedeh kan cerita aku ni.

Ok. Exam ni ada facts dan calculation. Ada bayaran fees untuk exam ni around RM100+. So kalau rasa diri tu miskin hina dan taknak bazir duit amik exam banyak kali, belajar la betul2 dengan upline masing-masing dan luluslah dengan cemerlang! *background music happy dengan jalur pelangi~


Nak tanya apa lagi pasal unit trust CWA?

Penat tau taip kat sini. Nak-nak internet asyik mintak maki je. Draft ni kalau tak sempat save, boleh buat perang juga ni. So apape hal, Whatsapp or email je okeh!


Syed Hasan bin Syed Ahmad (Financial Consultant)
019 3804988 
syedhasans@yahoo.com
Facebook Page





Wednesday, January 13, 2016

Reunion SRP 2016


Bismillah 






Ikutkan hati dengan perangai malas ni, memang tak terupdate dah blog ni. Tapi aku tak boleh untuk kali ni. Aku mesti nak tulis juga dalam blog, so that one day if aku nak recall balik kenangan ni, boleh baca kat sini je. Or maybe waktu Ilham dah bujang, masuk era-era nak menikah, aku nak suruh dia baca ni.So that dia tau ibu dia ni kadang-kadang beriya tak bertempat.



So it was all started bila Alia Whatsapp cakap Mariah (schoolmate kitorang) ajak hang out coz lama dah tak jumpa. Dan tau-tau je lah, bila dah lama sangat tak jumpa (since aku pindah 2003, sekarang dah 2016. Kau rasa?) then tiba-tiba nak jumpa, haruslah rasa macam omg nervousnya-nak-borak-apa-nanti-omg. Then aku suggest kat Alia, why not kita buat reunion je terus. Alang-alang nak catching up session, marilah bercatching up beramai-ramai. Then Alia ok je. Aku rasa half lifetime Alia dia cuma Yes, No, OK je. 


Esoknya, aku dah dapat invitation Whatsapp Group. Alia memang pantas. Benda-benda macamni boleh serah kat dia. Then dia start add one by one nombor-nombor contact yang aku memang tak ada. Then aku pun tambah orang yang aku kenal. Then yang dah join group tu add pulak orang lain. Daripada max 100 numbers dalam group, kita cecah 80+. Which was good. So the news spread fast. Tapi of course, later sorang sorang leave group coz tak boleh join, tak interested or annoyed dengan notification yg boleh bawak bergaduh.


Nak confirmkan attendance pun tersangatlah payah. Kadang-kadang mengucap panjang jugak tapi aku kena acah-acah tenang. Sambil-sambil tu di Whatsapp group yg lain, kitorang tubuhkan komuniti AJK reunion pulak, which consists of aku, Alia, Izzati, Xera & Nadia. Malangnya Nadia tak boleh join sebab tengah pantang anak kedua. Xera pulak bertugas di perantauan tapi turun KL one day before event. 


At first nak cari venue.  Cari punya cari, aku berkenan kat satu event space which is called Cabana Avenue.  Aku tengok fees dia sangat worth it dengan facilities yang dia provide. So aku pilih satu slot (Caban Avenue sehari bukak 3 slot. 7am-12pm, 2pm-6pm, 7pm-11pm) 2pm-6pm on 9th Jan, 2016. Untuk RM600, aku dapat venue seluas 1+++ sq ft, complete with PA system sekali dengan mic, projector, screen, whiteboard (suitable for seminars, classes, etc), Wi-Fi, kerusi meja (max 100 kerusi/30 meja). Dan jugak, an area provided inside the venue macam bilik khas la. Multipurpose room. So during the event, untuk kawan-kawan atau wife kepada kawan-kawan yang nak breastfeeding ke, betulkan kain terlucut ke, cangkuk bra terbukak ke,or else, boleh la guna bilik tu. And also, ada play area for kids upon request which included dalam RM600 rental  fees tu. 


Nak tambah gempak, washroom ada sekali dalam venue tu so tak payah gelabah nak tahan kencing jauh-jauh.  Sekali dengan cermin berlampu yang untuk make up tu. So kalau make up guna cermin tu confirm cantik la. Tak cantik jugak aku tak tau nak cakap apa. Kena guna lampu spotlight stadium mungkin. Oh ya, nak set karok pun ada, Cuma top up RM 190 saja chuolssss. If anything you guys can contact Mr Eddy from Cabana Avenue at 019-289 8840. He’s very helpful! Seriously!



Ok. Berbalik pada group wasep AJK. Entah kenapa diorang angkat aku jadi Project Manager, tapi aku layankan jugak. Tugas dah bahagi masing-masing. Catering tak jadi ambik sekali dengan cabana sbb bajet ciput, so Alhamdulillah kebetulan mak Izzati (also AJK and schoolmate) buat catering. So order kat mak dia je. Instead of RM 1,350 aku dapat RM 1,000 dengan mak Izzati, termasuk upah. And FYI, food dpt variety ok. Campur sponsored dessert and food lagi, dah macam makan buffet hotel 4 star ok. Omg tak?


Menu Hi-Tea yang Vaa Vaa Voommm!!! Dah la sedap, portion pulak banyak Ya Rabbi! Sila tengok IG Izzie's Bakery or boleh direct contact owner Izzati 012-956 1292.


1.       Mihun goring

2.       Spaghetti w/ tomato sauce – sedap. Laki aku sebok puji walhal bukan suka spaghetti pun.

3.       Nugget

4.       Sandwich

5.       Teh Tarik

6.       Sirap ais

7.       Kuih Bingka ubi

8.       Kuih Seri Muka

9.       Chocolate cake (sponsored by me. Kek coklat kukus. Padat! Link IG IMBakerylicious )

1.     Brownies (sponsored by Alia & Xera.  Brownies ni tak manis sgt. Just nice! Contact Alia 012-978  2693)

1.      Satay & Nasi Impit (sponsored by Anis)


Doorgift pulak;

1.       School badge

2.       School magnet

3.       Miniature perfume

4.       Chocolate cupcake

5.       Mini towel (sponsored by Azie)

6.       Mini shawl (sponsored by Azie)

7.       Disposable bag (sponsored by Fyda)


Fees cuma RM40/person. Dapat semua makanan di atas + doorgift + rental space. Kau rasa? Kalau kau masih tak tahu apa erti syukur, pergi meninggal sana. 


Miniature perfume tu aku beli online je. Ya Tuhannnnn, tolonglahhhhhh beli kat IG Al-Wardah Gallery sebab tokey dia yang bernama Shauqi adalah baikkk ya amattt!!  In fact, sebenarnya bajet untuk perfume tak cukup, so dia bagi discount, on discount, on discount! Aku tak tau lah dia ada untung ke tak sebab dia kesian bila aku cakap bajet aku tak cukup. Dari RM2++, dia bagi RM180, then kurang lagi to RM160. Me is terharu~ Thanx Shauqi!








Dan yang paling pentingggggg……








..aku sayaaaaaang sangat bebudak dalam gambar atas ni atas kerjasama yang sungguh Super Saiya! Dan jugak Nadia walaupun tak datang tapi dia sponsor duit okkk omg omg omg!. Terharuu iolsssss.



So, Ilham? 


Nampak tak kegigihan ibu di waktu muda.?