Saturday, August 15, 2015

Dress-dress Murah


Bismillah


Kadang-kadang aku ni feminin orangnya.


*bunyi cengkerik~

Hmm... selamba je korang buat muka macam tu. Apa? Ingat aku tak gurly2 ke?


Biasanya untuk orang-orang malas-tapi-nak-cantik macam aku ni, berat punggung nak bangun bersiap keluar beli baju semata-mata. Tambah pulak bila dah ada anak kecik kan. Baru nak acah-acah cantik depan cermin, Ilham dah tarik tudung aku herot. Saje je dia tu tak bagi ibu dia nampak cantik. Dengki kan.

Em... rindu pulak budak bulat tu.
Sindrom mak-mak sangat kan? Hmm....

Lepas-lepas ada anak ni, nak jugak nampak macam anak dara. Hmm.. Nan hadooo sangat impian tu kan. At least tak la orang kata lepas beranak sorang nampak macam beranak lima. Pakai kain batik, baju kelawar. Emm..tercalar lah imej aku nanti. Nak jugak pakai dress lawa. Nak jugak nampak sweet-sweet, kiyut, lovely dan mempesonakan. Emm...


*bunyi cengkerik makin kuat~


Ok sambung.
So, solution untuk orang-orang macam aku ni haruslah online shopping!! 

*background bunyi duit syiling jatuh bertimpa-timpa~


Senang je nak cari koleksi dress murah online. Semuanya samada di hujung jari anda, atau hujung left-click mouse anda.Tak perlu berlari-lari nak mandi dan bersiap sampai terlanggar bucu katil.


Yang macamni pun tak sampai RM 50 kat Zalora.


Sumpah yang ni memang taste aku sangat!!!! Zalora.

Scroll skrin, pilih baju, bayar dan tunggu je sampai ada orang tekan loceng rumah untuk hantar dress. Cantik pun cantik. Kualiti pun kualiti. Murah pun murah. Kenapa aku kata murah? Ye lah, dah kau tak payah buang masa nak bersiap, drive sambil bergaduh dengan Ilham yang sebok nak tekan hon kereta. Tak payah cari parking, cari baju pulak lagi sehelai-sehelai. Tak payah bayar duit minyak kereta, duit tol, duit parking. Tak payah duit ubat klinik sebab tertepis Ilham dalam kereta sampai jatuh bergolek hantuk kepala kat gear. Hanya nganga je kat rumah, dress sampai. Gila kau tak murah?


So sekarang ni macam mana aku nak buat laki aku belikan dress kain merah kat atas ni guna duit dia.?


*lambai-lambai Hasan~

Okbai.

0 tindakbalas kimia: