Monday, September 7, 2015

Simple


Bismillah


Hati aku kotor, sebab tu aku iri hati.




Saturday, August 15, 2015

Dress-dress Murah


Bismillah


Kadang-kadang aku ni feminin orangnya.


*bunyi cengkerik~

Hmm... selamba je korang buat muka macam tu. Apa? Ingat aku tak gurly2 ke?


Biasanya untuk orang-orang malas-tapi-nak-cantik macam aku ni, berat punggung nak bangun bersiap keluar beli baju semata-mata. Tambah pulak bila dah ada anak kecik kan. Baru nak acah-acah cantik depan cermin, Ilham dah tarik tudung aku herot. Saje je dia tu tak bagi ibu dia nampak cantik. Dengki kan.

Em... rindu pulak budak bulat tu.
Sindrom mak-mak sangat kan? Hmm....

Lepas-lepas ada anak ni, nak jugak nampak macam anak dara. Hmm.. Nan hadooo sangat impian tu kan. At least tak la orang kata lepas beranak sorang nampak macam beranak lima. Pakai kain batik, baju kelawar. Emm..tercalar lah imej aku nanti. Nak jugak pakai dress lawa. Nak jugak nampak sweet-sweet, kiyut, lovely dan mempesonakan. Emm...


*bunyi cengkerik makin kuat~


Ok sambung.
So, solution untuk orang-orang macam aku ni haruslah online shopping!! 

*background bunyi duit syiling jatuh bertimpa-timpa~


Senang je nak cari koleksi dress murah online. Semuanya samada di hujung jari anda, atau hujung left-click mouse anda.Tak perlu berlari-lari nak mandi dan bersiap sampai terlanggar bucu katil.


Yang macamni pun tak sampai RM 50 kat Zalora.


Sumpah yang ni memang taste aku sangat!!!! Zalora.

Scroll skrin, pilih baju, bayar dan tunggu je sampai ada orang tekan loceng rumah untuk hantar dress. Cantik pun cantik. Kualiti pun kualiti. Murah pun murah. Kenapa aku kata murah? Ye lah, dah kau tak payah buang masa nak bersiap, drive sambil bergaduh dengan Ilham yang sebok nak tekan hon kereta. Tak payah cari parking, cari baju pulak lagi sehelai-sehelai. Tak payah bayar duit minyak kereta, duit tol, duit parking. Tak payah duit ubat klinik sebab tertepis Ilham dalam kereta sampai jatuh bergolek hantuk kepala kat gear. Hanya nganga je kat rumah, dress sampai. Gila kau tak murah?


So sekarang ni macam mana aku nak buat laki aku belikan dress kain merah kat atas ni guna duit dia.?


*lambai-lambai Hasan~

Okbai.

Wednesday, June 24, 2015

Bukan Entri Puasa


Bismillah


Haiii!!

Sementara bos aku tak masuk ofis lagi, meh aku update sikit laju-laju.

Aku da resign kerja lama. Dah pindah duduk Selayang, dan kerja Ampang. Akaun.
Biasalah. Selalunya benda yang kita tak suka tu lah kita kena buat. Elak punya elak, last-last hari-hari tekan kalkulator jugak. Fine.

Ilham dah 6 bulan.









semua da besar, gemuk dan tua!
ok dah lah, aku nak kerja ni. orang sebok mintak duit ni.

bye.



Monday, March 9, 2015

Sejak-sejak Dah Tak Muda Ni...


Bismillah


Hai.

*lambai tangan


Aku dah takde masa nak merapu-rapu kat sini. Nampaklah bz sikit kan. Kalau aku rajin sangat hapdet kang korang cakap anak aku terabai dan menjadi anak gelandangan pulakk.
So, sementara encik Kapten aku tak sampai-sampai lagi, aku jenguklah sekejap tempat aku membesar ni.

                                                   


Ni hero aku. Ilham. kejap lagi aku nak pi amek dia kat babysitter la ni. Hahahahahahha. Rasa kelakar. Dulu main blog ni aku muda remaja trang tang tang lagi. Ni apahal tiba-tiba dah ada anak bagai ni oii! Betul la orang cakap, dah ada anak otometik semua benda nak fikir mesti kena fikir pasal anak dulu. Hatta aku nak beli baju pun kena fikir pasal Ilham dulu. 

Haritu masa pantang, maklumlah kena kurung dalam rumah kan. Badan je kena kurung, nafsu membazir masih berlegar-legar. So, aku sebok la online sopim kat instagram. Beli baju lawa ni, sampai sekarang dah 3 bulan tak pakai. Sebab baju tu ada butang-butang. Takut tengah dukung Ilham, dia duk hantuk-hantuk muka kat butang tu. Dah lah kepala mcm burung belatuk, tak boleh duduk diam. Mereput lah baju tu dalam almari. Ilham masuk MRSM nanti baru boleh pakai. Hmm...

Japgi laki aku nak sampai, so aku kena buang air siap-siap. Belanja la muka cik ungu latest. Cik apa, cik??? Puanlahhhhhhhhhhhhhh. Huwaaaa dah tuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!
  

                                          

Dah lahh. Mak balik dulu ye anak-anakkkk...!