Tuesday, November 18, 2014

Goncang Perut Satu Kaleeeyyyy

Bismillah
Wah.. Tak sangka blog aku masih hidup lagi.
Benda pertama yang aku buat lepas log in blog ni adalah check comment.
Maaflah yang mana tak terbalas. *Saja buat ayat macamni supaya impak konon komen masuk beratus-ratus walhal sebenarnya nan hadoooo.
Ya.
Untuk perenggan di atas aku dah ambil masa 3 minit. I'm loosing my touch. See how poyo my statement is??
Last hapdet post mungkin 13 Masihi dulu. Jadi apa yang releven untuk aku hapdet sekarang? Tips blog? Ah...Jangan buat aku tergelak hina. Dah sarat-sarat macamni, rasanya 'Tips Kembali Langsing' lebih relevan dengan aku. Ehh takde pasal la aku nak Google 'Tips Kaya Melalu Blog'.
Oh. Saja nak cakap aku dah mau cecah 9 bulan muatan-berat-ikut-kiri.
Apa? Gemuk?
BHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAHA
Apa tu gemok?
Pelis lah.. Artis kan. Haruslah jaga badan. Em..em.. Tak percaya, tengok instagram aku.
*private IG laju-laju~
Selalunya mak-mak buyung ni akan tulis tips waktu hamil. Hm... cliché sangat tu. Demi mengelakkan statistic cliché yang lebih tinggi, so lain kali lah aku cerita semua tu. Eh, tu pun kalau selera lah nak cerita. Maklum nanti dah ada anak, pantang on laptop, harus anak aku terjun dari atas kipas siling tu menjunam atas keyboard.
Izinkan aku merakamkan keharuan di atas ke-concern-an rakan-rakan blog duk bertanya perkembangan kehamilan aku. Dapatlah rasa percik-percik bajet artis di situ bila orang tanya-tanya, kann.. em.. *flipperut~
Dah lah.
Malas lah tulis panjang-panjang. Korang bukan wujud lagi pun kat blog ni.
Balik dulu lah. *goncang perut
Bai.