Tuesday, June 24, 2014

Bukan Pengalaman Bersunat



Bismillah


*lambai tangan~

Uhuk-uhuk!


Kena buat-buat batuklah sikit untuk menimbulkan impak kurang sihat. Patutnya sambil uhuk-uhuk tadi kena letak mode vibrate sikit kat laptop, baru lagi real.


Alhamdulillah kandungan aku dah cecah 14 minggu. Tapi janji-janji manis doktor yang kata kesakitan dan kepayahan yang aku tengah lalui sekarang akan berakhir pada minggu ke 12, hanyalah madah berhelah. Alahan aku boleh dikategorikan sebagai agak teruk. 

Teruk ya. Bukan beruk.
Baik-baik sikit.

Segalanya serba tak kena dengan aku sepanjang pregnant ni. Hmm.. Rasa tua sebenarnya asyik post entri pasal pregnancy,kan? Ehhh dah tu nak wat guaneeee..Tu yang aku lalui sekarang. Aneh la pulak kan kalau tiba-tiba aku post entri pasal Pengalaman Bersunat, Tapi Tak Putus. Kan lagi suwei tu.

Aku tak ingat, bila kali terakhir aku menikmati makanan. Kalau tak silap, 3 bulan lepas agaknya. Biasalah kalau sindrom tak lalu makan. Ada orang tak lalu makan ayam. Ada orang tak lalu makan nasi. Yang tu pulak tak lalu makan makanan bersantan.

Parahnya aku ni, aku apa bentuk makanan pun tak boleh telan. Aku pun tak boleh bau semua jenis bau makanan. 3 bulan ni aku benci pada dapur, kuali, minyak masak, makanan mentah, hatta senduk sekalipun.
Dan apa yang lebih dahsyat, alahan aku bukan hanya pada rasa dan bau makanan, hatta kalau aku nampak gambar makanan dalam fb ataupun instagram, aku jadi tertekan dan nak nangis sambil tahan loya. 

Aku masih manusia,kan..?

Hidup aku bergantung pada air dan buah-buahan sahaja. Tu pun lepas 10 minit, keluar balik semua. Sebab kehebatan alahan ni, aku hilang 6,7 kg. Aku jadi lesu. Turun naik tangga rasa macam baru sudah marathon. Aku nampak kurus amat. Kira kalau masuk pertandingan bikini, bukan je tak layak. harus ada riot seluruh negara.


Selalu lepas muntah teruk, Hasan papah aku. Aku baring sambil usap rahim. Tiap kali macamtu, aku senyum. Bila terfikir segala susah payah sakit perit ni semua untuk budak kecik dalam perut, aku rasa terpujuk. Bila teringat macam mana dia bergerak-gerak tak duduk diam masa tengah scan haritu, aku jadi sejuk hati. Rasa bersalah pulak sebab tak larat. 

2 minggu aku ambil cuti tanpa gaji.Tapi rupanya tak cukup. Tak ada improvement langsung. Dan aku hampir ada semua ciri-ciri pregnancy depression. 

Ya, baru aku perasan.
Aku dah tak lucu.

Hmphhh..


Mana boleh macam ni...



* Ni menaip ni meleleh airmata tahan sakit ni. Power Renjes nampak ni tergugat ni.