Tuesday, January 21, 2014

Tribute to My Late Little Guardian Angel & AzminaSarif


Bismillah


Hari ni Selasa.
Hari Ahad, 19 Januari 2014. Kurang 72 jam lepas, aku terjaga dari tidur.
Aku toleh kiri. Hasan masih lena. Pagi ni Hasan tak berdengkur. 
Aku bangun dan duduk sebelah dia. Rasa katil bergerak, Hasan buka mata.

Aku senyum.
Hasan mengeliat. Macam biasa, aku peluk dada Hasan yang tak berapa nak tough sambil membebel macam setiap weekend yang biasa.
"Bangunlaa..mandi. Harini nak jalan!" Aku tak mintak. Aku paksa.
Hasan masih tersepet-sepet mata mamai-mamai tanya, "Nak jalan mana?"

Aku cakap nak tengok wayang.
Pagi tu lain sebab Hasan senang bangun. Selalu kena kejut 3,4 kali. 
Tapi pagi tu kejut sekali, Hasan bangun.

12.00 tengahari dah sampai Subang Parade.
Lapar. Hasan kata beli tiket dulu. Tak banyak cerita seronok tapi nak juga tengok. Pilih satu cerita, bayar, terus pergi makan.


"Awak, jom lah amek gambar." Aku tau Hasan mesti membebel.
-"Nantilah lepas makan. Kan tengah makan ni jangan nak buat gila." Kan betul dia membebel.
"Hm..Ok. Jangan cakap dengan saya..-
-"..sampai besok! Awak nak cakap macamtu,kan.? Yess betol! Saya memang pandai!" Hasan mencelah.

Betul lah tu. Kalau aku merajuk dengan Hasan, aku mesti cakap macamtu.
Aku sengih.


Petang tu, dalam wayang. Rahim aku sakit amat. 
Aku tau, senggugut aku teruk. Aku dah biasa. Yang aku tak biasa, kalau aku tak senggugut.
Sepanjang petang tangan aku cengkam erat rahim. Konon boleh kurangkan sakit. Muka Hasan berkerut. 

-"Jom lah kita balik je lah sayang." Hasan tak sampai hati.

Aku kata takpe. Dah start pun movie. 
Dalam wayang, Tuhan je tau macam mana aku boleh survive 2 jam.
Setiap kali orang ramai ketawa, aku rasa perit nak bukak mulut. Sungguh.

Dalam kereta aku tak boleh duduk.
Aku tak boleh baring. Semua serba sakit.
Sepanjang jalan aku cengkam rahim. Aku tepuk dashboard.
Aku genggam seat. Aku menangis.
Bukan airmata mengalir.
Ini nangis teresak-esak. Cuba tahan sakit.
Kenapa senggugut ni teruk sangat? 2 kali, 3 kali lebih sakit dari biasa.

Sampai rumah Hasan suruh baring, tido, rehat.
Tak boleh. Rahim aku terasa macam nak meletup. Macam mana nak pejam mata?
Sampai lepas maghrib tu.

Malam tu dalam tandas, aku tersentak.

"Awak.. Saya rasa lain." Aku mengadu pada Hasan.
Hasan agak sesuatu yang buat aku terfikir-fikir.
Kami Google. Web search. Images search. Semua.

Sampai satu gambar, aku tunjuk pada Hasan.
"Macam ni.. Sama macam ni. Sumpah." Aku mula rasa berdebar.

Kami siap-siap, pergi klinik.

Doktor keluarkan kad-kad nombor, bulan.
Doktor tanya macam-macam.
Doktor suruh baring.

Doktor angguk-angguk.
Aku pandang Hasan. Hasan pandang aku.

Aku menangis depan doktor.

Doktor tepuk bahu aku. Doktor cakap,
"Who doesn't love babies? Everyone loves 'em."

___________________________________

Dah 2 hari aku duduk rumah.
Tak ada apa yang aku boleh buat kat rumah.
Jadi aku tulis sendiri.

Kadang-kadang aku tulis untuk memberitahu.
Kadang-kadang aku tulis untuk berkongsi. 
Kadang-kadang aku tulis utk melepas rasa.
Kadang-kadang aku tulis untuk orang baca. 
Tapi kadang-kadang aku tak tulis untuk orang baca.
Macam kali ni.

Aku tulis sekarang,
sebab satu hari nanti, 
kalau-kalau aku akan sedih, aku akan ingat aku dah pernah se-sedih ni.
kalau-kalau aku akan sakit, aku akan ingat yang aku dah pernah se-sakit ni.

Tak banyak benda sedih pernah aku tulis dalam ni.
Sebab aku tak nak ingat apa yang buat aku sedih. 
Aku tak nak ingat siapa yang buat aku sakit. Sebab mereka tak layak.

Tapi, kali ni aku sengaja tulis.
Sebab walau sedih atau sakit macam mana pun, aku tetap nak ingat kisah ni.

Ini kisah kali pertama aku.. 

walaupun gagal, aku tetap sayang .




** Kadang-kadang, yang selalu mendoakan bukan semesti yang paling dekat.
   Bukan semesti yang paling rapat. 
   Bukan semesti bertalian suami. Bukan semesti bertalian famili.
   Bukan semesti kawan yang rapat. Bukan semesti peminat.

   Tapi, di satu tempat, Allah utuskan untuk aku orang yang mengambil berat.
   Yang tak kenal asal siapa. Seorang adik yang aku tak pernah ada. 

   Mien,
   Terima kasih untuk semangat.
   Separuh tenaga menulis sebab untuk Mien, tanda terima kasih untuk ini.
   I acknowledged your existence. I said you were skinny enough in you Instagram.
   Your pic nearby a beach. Remember.? I visit your page once a while.
   
   There's some sweetness in everything bitter.
   In my case, you are one of 'em.
   Thank you.




Friday, January 17, 2014

Stemcell dan Devil's Due


Bismillah


Harini Thaipusam. Cuti.
Semalam dah amek half day. Jaga orang demam konon.
Jaga sejam. Siap-siap. Keluar. Tengok wayang.
Apa punya perangai tu??



Makan Stemcell! Makan Stemcell! Makan Stemcell!


Lamaaa takde muka tayang diri kan.
Rasa macam dah kawen sangat rupanya. Tak boleh nak tindik hidung ke, buat tatu kat pipi ke.
Tak pun buat-buat hiris bulu kening gaya 'wanted dead or alive'.

Oh.
Semalam aku tengok movie Devil's Due.
Ibu mengandung dilarang menonton. Silap-silap terberanak anak terpelanting melekat kat skrin.

Jangan.


Perenggan ni aku nak promote Stemcell.
Beli dan gunalah Double Stemcell & Triple Stemcell untuk sihat dan cantik. 

Dah.
Convincing tak promosi aku? Bhahahahahah. Lantak kau.
Aku nak guna sorang-sorang. Bhahahahahahhaaahahah


* Aku nak tunggu cerita I, Frankenstein.Sejak bila aku suka cerita-cerita yang fiksyen merepek ni. Jangan sampai aku terpengaruh rejam tengkuk sendiri dengan paku.