Thursday, May 8, 2014

Mohon Pinjamkan Sikit Untuk Aku

Bismillah
Dah diam. Diam.
Lama aku tak menaip ni. Aku lupa mana letaknya huruf A atas keyboard.
Ha'ah,kan? Over,kan?
Previous entri yang menikam kalbu tu, masih menikam kalbu jugak kadang-kadang. Tapi hidup kena move on. Macam kecewa bercinta. Kena move on.
Kawan-kawan,
Sekarang aku tengah pregnant lagi. Alhamdulillah, nak masuk 7 minggu.
Ya.. Gembira,bukan?
Haruslah gembira. Lagi-lagi bagi aku yang baru 4 bulan lepas gugur. Kali ni, aku dapat detect awal sebelum aku buat ujian. Sebab naluri aku cakap. Dan emosi aku cakap. Dan badan aku cakap. Bila kita kenal badan kita, kita dapat detect setiap perubahan walaupun kecil.
Ya lah.
Sepatutnya aku jadi detektif.
Kali ni, aku datang check up setiap minggu kat hospital pakar sakit puan. Dari rahim aku kosong, lepastu mula nampak titik hitam. Lepastu kantung. Last sekali dah nampak objek dalam kantung tu. Tapi gembira-gembira jugak, pregnancy kedua ni anak aku ada pesaing.Cyst tu normal untuk perempuan. Yang tak normalnya bila Cyst tu hidup. Dia membesar-membesar-membesar setiap hari. Dari 4 cm, sampai last aku scan, dah hamper 8 cm.
"You punya Cyst dah terlalu besar dan perlu di-operate. If not, Cyst ni boleh menjejaskan kandungan you dan anak dalam kandungan you boleh gugur."
"No, you can't take medicine sebab you sedang mengandung dan meds boleh menjejaskan kandungan you."
"Tapi there's only 50-50 percent yang kandungan you boleh selamat kalau kita operate Cyst tu."
There.
What choice do I have.?
Sejak aku tau Cyst aku makin teruk, aku jaga makan. Aku google, aku Tanya, aku baca. Semua yang aku boleh buat untuk selamatkan kandungan kali ni, aku cuba. Apa yang patut aku makan, aku makan. Tapi setiap kali aku check up, jawapan doctor sama..
"Your Cyst semakin membesar."
"We'll give you time until 12th May and see how. Kalau baby you dah start berdenyut, we will inject and try to save your baby. If not, we had no choice but to remove your baby together."
There..
Setiap hari aku usap rahim aku, berdoa dalam hati supaya dia selamat. Sampai aku termimpi-mimpi. Aku harap sangat kali ni aku dapat kandungkan baby ni betul-betul. Sempurna. Doktor kata jangan stress, sebab bila stress, hormon jadi tak stabil. imbalance hormon pun menyumbang Cyst tu jadi besar.

Jadi,
bagi aku cara untuk buat-buat lupa ..


Bagi aku cara..



*    *    *    *    *

Harini 8hb May. Ada lagi 4 hari untuk next check up, 12 Mei.


Birthday aku 14 Mei.


Aku harap aku tak menangis hari birthday aku tahun ni.  :)




* Redha tu susah sebenarnya. Kali pertama, susah.
   Kali kedua, lagi susah.

   Tapi apalah gunanya aku Islam, kalau aku tak redha.
   Berdoa dalam senyap. Apa-apa yang aku sangkakan dalam hati tu doa.
  
   Aku nak pinjam kekuatan korang sorang sikit..
  



14 tindakbalas kimia:

Juno Rocket said...[Reply to comment]

Aku doakan yang baik-baik untuk kau okay. :)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

harap semuanya ok...

husna zahidi said...[Reply to comment]

berat.. sangat berat.. tak taw nak buat apa dan hanya berdoa mohon ketabahan..

Anonymous said...[Reply to comment]

cik ungu..try produk lumiglow..ada dlm fb..

Pp guSi said...[Reply to comment]

cik ungu.. aku punya kekuatan 20% sekarang.. ambillah semua.. semoga dengan segelumit itu mampu membuatkan kakimu teguh utk berjalan.
80% ambillah dari 2: 214 & 2 :216 ..
semoga dengan itu mmbuatkan hatimu teguh utk menerima ujian..
semoga dipermudahkan ke Jalan-Nya.

Cik As said...[Reply to comment]

salam akak.... xsangka kt sama..sy alami apa yg akak alami saat ni..huhu

anisyuhada said...[Reply to comment]

Moga selamat semuanya kak:)

nhdaughter said...[Reply to comment]

semoga sentiasa kuat dan tabah akk :'

Amir said...[Reply to comment]

Aku harap kandungan kau sihat dan kau boleh bersalin tanpa komplikasi nanti.

Dapat anak nanti namakan dia Amir.

armidila said...[Reply to comment]

Assalam... my sis pon hv same probs with u... dia ada cyst.tapi lepas dia amek byoung ok... try la. My sis dulu teruk.. sampai lpas operate pon stil jd blik. Try google about byoung from zhulian... semoga dapat membantu...

armidila said...[Reply to comment]

Assalam... my sis pon hv same probs with u... dia ada cyst.tapi lepas dia amek byoung ok... try la. My sis dulu teruk.. sampai lpas operate pon stil jd blik. Try google about byoung from zhulian... semoga dapat membantu...

AZNI AZIZAN said...[Reply to comment]

Salam. ..dik tabah yaa...jgn lupa berdoa....

Anonymous said...[Reply to comment]

Fes, Tuhan uji ikut kemampuan. Seken, berdoalah kepada Tuhan dgn hati yg hanya bertawakal kepadaNya dan bkn kepakaran doc. Ujian tu ialah kasih sayang Tuhan ;)

MehmetHillme

i am S!L4H.. said...[Reply to comment]

Ungusayo pregnant? Omooo. Tak tengok gamba kawin lagi ni. Semoga tabah mengharungi ye.

*nampak sgt lama tak lalu lalang sini