Wednesday, December 25, 2013

Baju Melayu Aaron Aziz Lah Sangaaattttttt !


Bismillah



Harini aku penat ok. Jangan nak melintas-lintas depan aku sangat. Silap-silap aku tackle kaki kau, jatuh gedebab..

*betulkan mood..~

Harini cuti Krismas. 

Ya. Tak menarik betul cuti ni. Tak ada perasaan langsung. 
Takkanlah aku nak tiba-tiba bangun pagi, pergi bukak kotak-kotak hadiah bawah pokok krismas pulak kan. Yang ada depan rumah tu pun pokok mangga. Pokok mangga yang berbuahnya dalam 2 tahun lepas, lepastu sampai ke sudah tak nampak apa.

Habis tu kenapa aku penat?
Haaa... Tertanya-tanya, bukan..?


Haa.. harini seharian aku meneman mak, makcik dengan sepupu aku pergi cari kain-kain buat kahwin. Diulangi... meneman aje. Bukan aku kahwin lagi sekali. Bukan. 
Tolong jangan bagi aku harapan. Haha.

Dari pukul 1.00 tengahari, sampai lepas Asar. Nampak tak? Nampak tak gaya orang kaya banyak duit shopping macam mana? Haaa... Sebab aku belum kaya lah aku teman je. 

Jakel Shah Alam seksyen 7 tu aku tengok dah macam pasar malam. Siap menjerit-jerit sana sini duk offer harga runtuh, harga runtuh macam orang hilang akal. Orang ramai pun hilang akal bila dengar ada harga runtuh, dan terus meruntuhkan simpanan duit masing-masing. 

Termasuklah kitorang.
Haha!

Ok. Gelak sikit je sebab nanti mak marah kutuk family sendiri.

*lambai-lambai mama ~


Kau tau,
sebelum ni aku punya lahhhh rasa jengkel dengan baju melayu Aaron Aziz tu.
Mana tak.. Jual je nama Aaron, tepek kat belakang leher baju tu.. Nahhhh!! Beratus ribu pasang orang beli. Tepek nama dia je, bhaiiiii...


Cuba kau tepek nama aku, tengokk. 'Cik Ungu' belakang leher baju. Memang terjual 2 pasang je lah. Satu aku beli, lagi satu aku paksa mak aku beli. Padahal kain sama je jugak. 

Kalau pakai baju melayu tu boleh jadi kacak macam Aaron Aziz, lain lah ceritanya kan. Harus aku sendiri beli, aku sendiri pakai. 7 pasang. Isnin kaler lain. Selasa kaler lain. Sampai Ahad. Rotate kaler, dengan kekacakan yang sama. Tapi sebab nama 'Aaron Aziz', tak pasal Jakel untung juta-juta dari baju tu je.

Itu baru cerita letak nama tu. Cuba kalau letak bulu kening Aaron sehelai setiap baju. Aku rasa boleh ishtihar darurat dah sebab ada berita rakyat marhaen perempuan ramai maut mati terpijak di dalam Jakel angkara berebut baju melayu Aaron Aziz.


Hm...
Sekarang ni aku punya baju untuk majlis tu yang tak ada lagi. Tapi bila dah ada suami ni...err... *sipu-sipu~.. kena fikir la pulak baju untuk dua orang. Sepasang konon. Sehati sejiwa konon. Tapi nak yang cantik gorgeous sepasang, haruslah menangis waktu nak bayar, bukan begitu.? 


Alah...
Aku tengok-tengok, langsir rumah aku ni kalau setakat 10 meter, dah cukup sangat ni.


Ehhh..
Kata nak sepasang dengan suamiii..?



** Ahhh.. malas nak layan. Aku lapar. Laki takde. Time ni la boleh makan dengan aksi naga.        Bye!







Tuesday, December 3, 2013

Generasi yang Tertindas


Bismillah


Kali ni.
Malam ni.
Buat julung-julung kalinya aku percikkan post berbaur politik.


Bukan..
Bukan nak buat provokasi murahan.
Tapi sebab penat. Penat dah dengan isu ekonomi negara yang ya-ampunnn-tak-boleh-blah.


Dah ramai yang cakap. Dah ramai yang ingatkan. Bukan setahun. Bukan tiga tahun. Bukan sekali PRU. Bukan dua kali PRU. Ini serius wahai rakyat marhaen seperti aku.. Masih tak nampak lagi ke?


Banyak amat aku nak tulis. Jari aku ni kalau tak ditenangkan, boleh retak keyboard dibuatnya. Aku bukan nak jadi keyboard warriors. Percayalah, yang membangkang di laman-laman sosial tu semua bukan mau jadi keyboard warriors. Cuma ni medium yang kita boleh meluah tanpa sekatan. Nak usul ke TV3? Lagi jahanam jadinya ada.


Bagi aku satu contoh, rakyat marhaen yang tak terbeban dengan ekonomi negara sekarang. Tolak tepi orang-orang atas yang kerja tak seberapa tapi duit masuk berkoyan-koyan. Yang isu rasuah-rasuah ni aku malas nak cakap sebab bingit pulak kalau orang mintak aku usulkan bukti. Baik. Aku memang takde bukti.


Aku ambil contoh, fresh grad yang baru mula kerja. Average gaji untuk lulusan ijazah sekarang, berapa?
RM 2,300? RM 2,500? Tak. Pergi google sekarang. Bukak Mudah.my sudah. Scroll dari atas sampai bawah. Average gaji fresh grad (tanpa pengalaman maknanya), majoritinya antara RM 1,500 ke RM 1,800.
Sekarang kira. Dengan gaji banyak tu, kau tolak EPF RM 200. Tolak lagi sewa rumah dengan kawan2, RM 150 (ni kira murah gila kalau duduk berempat sekalipun). Tolak duit kereta RM 500 (Proton cukuplah). Tolak duit makan tengahari, RM 7.50 (Ni kira lauk paling sakai, nasik + 1 lauk + sayur + air (Anggapla breakfast dengan lunch masak sendiri) darab 20 hari berkerja = RM 150. Tolak duit mak ayah kat kampung, RM 200. Tolak duit minyak yang amat murah sekarang ni, RM 200 (ni kira tempat kerja dekat gila dengan rumah kononnya). Tolak duit beli barang basah dengan barang rumah, RM 100.Tolak hutang PTPTN, RM 100. Baki ada lah dalam RM 200. Tu aku belum tolak duit bil air dengan elektrik. Belum tolak duit tol. Belum tolak duit bil telefon atau topup. Belum tolak kalau ada parts kereta meragam. Belum tolak.Belum lagi.


Dengan baki berapa sen tu, kau naikkan harga minyak petrol. kau naikkan harga gula. kau naikkan tariff elektrik. Budak-budak yang baru nak hidup ni pakai kereta 2nd hand yang dah 5 tahun cuma sambung bayar. Cukup 4 tahun habis hutang, dah kena readykan duit untuk beli kereta baru sebab umur kereta dah nak cecah 12 tahun. Maka mengabdikanlah diri dalam kitaran 12 tahun yang sama sampai mati. Sedangkan harga kereta sentiasa depreciate, tapi tu lah hakikatnya. Simpan duit untuk beli benda yang tak menguntungkan. Bila masanya rakyat marhaen mampu nak beli rumah? 


Itu aku cerita kalau gaji RM 1,800. KALAU gaji RM 1,800. 

Kau naikkan umur bersara dari 55 jadi 60 tahun. Simpan beberapa kerat pekerja senior yang dah sakit lutut, lemah sendi yang patut duduk berehat kat rumah untuk tambah amal ibadat dan spend masa dengan cucu. Sudahnya penganggur fresh grad melimpah-limpah. Bila semua dah desperate nakkan kerja, syarikat banyak ambil kesempatan. Offer gaji RM 1,200 pun lulusan ijazah terpaksa terima sebab terdesak. RM 1,200 tu kau harapkan dapat langsaikan hutang PTPTN. Nama nak buat loan? Selamat datang ke alam barzakh namanya tu.

Itu aku cerita kalau lulusan Ijazah. KALAU lulusan ijazah.

Itu aku cerita kalau bujang. KALAU bujang. Belum ada anak.


Baru setengah tahun lepas PRU, macam-macam naik. Tiga tahun dari sekarang, entah tahap apa sengsaranya generasi anak muda baru nak hidup.


Malas pulak nak elaborate statement cerdik pandai 'elak diabetis, naikkan harga gula'.
Harga rumah baru siap pun makin lama makin hilang akal. Mungkin nak elakkan orang ramai dari duduk dalam rumah. Wah.. lepas ni berkampunglah kita ramai-ramai bawah jambatan. Senang sikit nak bergosip dengan jiran tetangga, ye dak?



** Budak sekolah pun boleh fikir logik. Aku rasa pro kerajaan sebenarnya dah sedar dalam hati. Tapi sebab ego, masih nak tegakkan benang yang basah.