Saturday, April 13, 2013

Memang Setahun Aku Tak Pergi 7-Eleven


Bismillah


Kejap.

Berat baldi ni.


*celup mop dalam baldi


Begitu haaaa..dia punya lama tak sentuh blog sendiri, ada la lebih kurang 16 dekad. Last entri pun rasanya sekitar zaman P. Ramlee darftar kelas darjah 2 Anggerik.


Tepi!Tepi!Artis nak makan!
*mengemop lantai blog


Bukan aku malas nak hapdet. Bukan sangat-sangat. Pernah ke aku bersifat malas selama ni? Pernah? Haaa... Perkataan malas tak ada pun dalam kamus hidup aku sebab minggu lepas da padam perkataan tu guna liquidpaper. 


*kait sawang kat siling blog


Sejak-sejak hidup berumahtangga ni, aku memang sibuk sangat.


Haaaaaa... Nampak?
Gosip sangat. Bhahahahahah!~


Pembetulan. 
Sejak-sejak hidup sebagai wanita kota yang berkerjaya ni, rekod tidur paling mulia aku pernah catat adalah start pukul 8.30 malam. Isyak pun pukul 4.00 pagi. Isyak ok. Isyak. Bukan tahajjud. 


Apa? 
Kenapa tak tahajjud.?


Ehm..emm...
Panas pulak telinga bila terpaksa perli diri sendiri ni.


Sudah. Sudah. 
Meh tukar topik.



Semalam aku bawak Iman teman keluar bungkus makanan. Dan harus bunuh diri lah kalau kedai makanan tu dah sah-sah tepi 7-Eleven,tapi Iman tak mintak jajan. Mustahil sangat namanya tu. Berbekalkan duit kais  pagi makan pagi aku dalam purse, aku bawak Iman masuk 7-Eleven. 

Aku  : Pilih satu je. Ciksu kata 1 barang je.


Mata Iman berpusing-pusing keliling 7-E. Nampak benar kerakusan dalam sanubari dia bila berdiri dikelilingi jajan. Aku ulang suara pada Iman..

Aku  : Satu je tau! Pilih satu je. Nak coklat ke, keropok ke, roti ke, biskut ke.


Iman masih buat survey keliling 7-E. Dah tawaf rak 2 kali, masih tak dapat buat pilihan.  Aku yang terkenal dengan sifat sabar-sabar-ayam ni pun tunggu kat tepi. Berapa minit lepas tu Iman tuding jari ke arah jajan yang dia nak sambil cakap...

Iman  : Yang tu lah ciksu.

Aku terkedu. 


Aku   : Nak itu? Dah kenapa nak yang tu pulak?
Iman  : Alaa.. Nak yang tu laaaa
Aku   : Buat apaa. Iman bukan guna pun. 
Iman  : Yelaa.. Tapi ciksu kan guna.


Orang kaunter 7-E dah mula pandang-pandang sengih. Aku cuma mampu tarik tangan Iman dan heret dia dari rak yang penuh Kotex tu.




p/s : Ha'ah kan Iman... Jajann sangaatttt..!~