Monday, February 25, 2013

Jangan Sampai Hati Guwa Penyek Digelek Bulldozer


Bismillah


Aku nak nukilkan dalam blog aku, cerita paling sadis untuk tahun 2013 ni. Nampak tak aku guna perkataan 'nukil' kat situ? Tu dia bukti betapa sadisnya cerita ni.

Suatu hari di ofis...


Aku angkat fon. Dalam tempoh 4 bulan baru kerja sini, dah beratus kali aku dail extention 208 untuk line production model ACB. Dan macam biasa, mangsa yang aku cari mestilah abang Hafiz. Tapi hari tu abang Hafiz tak ada, tapi ada staff ni yang angkat fon.


Aku : "Hello, abang Hafiz ada.?"

Staff : "Tak ada." 

Aku : "Oh.. Takpelah, nanti saya call balik."

Staff : "Aa..ini si orang cantik kan?"

Aku : Ha..?  *sebenarnya aku dengar, tapi saja nak dengar banyak kali..~

Staff : "Ini orang yang cantik itu kan?"

Aku : "Orang cantik? Siapa?" 

*buka tin cat merah..celup jari..sapu-sapu kat pipi~

Staff : "Orang baru yang cantik tu la..dari Blok A tu."

*angkat tin cat tinggi-tinggi..
 dongak kepala...

Aku : "Saya kat Blok A la ni. Awak cakap pasal siapa ye?" 

Staff : "Ini siapa ye?"

Aku : "Saya Farah.."

*...jirus cat merah atas muka~


Staff : "....oh.. tak apalah."


Dan talian terputus.


*batuk-batuk kecil...



Ya. Kadang-kadang kita hidup dalam dunia yang kejam.
Sudahlah..


Em.. Em..


*panjat klcc..



Moral : Yang penting, yakin.


Saturday, February 16, 2013

Wayang dan Kulit


Bismillah


Dah 3 hari demam, selsema, sakit tekak, batuk dan pening. Aku namakan ini pakej bulan-madu-di-awan-biru-tiada-yang-mengganggu. Nak feel lagi boleh sebut nama pakej sambil buat suara nyaring 17 oktaf macam Amy Search. Tengah menaip ni pun air hidung menitik-nitik atas keyboard ni. Haa.. jatuh atas 'spacebar'...               Haaa...dah bersih dah. Bhahahahhahaha!


Sejak-sejak ada akuarium ni, ayah sebok betul dengan ikan-ikan dia. Kadang tu tengah rumah senyap sunyi, tiba-tiba ayah gelak kuat-kuat gaya macam nampak penguin Antartika menari zapin. Ruapanya dia tengok ikan dia buat gaya jatuh bebas dalam akuarium. Hm..hm... Orang warga emas ni hiburan dia lain macam sikit,kan.? Nasib baiklah aku baru nak amik suntikan BCG minggu depan.


Haaa....Buat muka percaya sekarang, pelisss..


*toleh kanan

Ayah nampaknya sedang gagah membersihkan akuarium dia dengan mengaplikasikan teori tekanan di tempat tinggi akan turun ke tekanan di tempat rendah. Tu diaaa.. bekas pensyarah chemical Fizik. Apalah nasib dapat anak bangang Fizik. 


Harini aku ambik cuti sebab tak sehat. Walaupun harini Sabtu. Loser tak loser kerja Sabtu. Kesian abang-abang GSC dengan TGV, menanti kedatangan aku di hari Sabtu yang tak kunjung tiba. Ahhh.. tak heran la nak tengok movie raya cina ni. Minggu lepas nak gi usha cerita apa best kat cinema, Dari 8 cerita, 7 cerita semua cerita Mandarin. Rasa macam terkandas di Planet Kuih Bulan. Aku pernah je tengok movie kat cinema cerita Cantonese. Cerita apa ntah tajuknya. Tapi ada Afdlin berlakon. Memang tak menyesal tengok sebab kelakar macam bangkai. Dan tu sejarah satu-satunya cerita cina aku tengok kat movie sebanyak 3 kali. Aku ulang, 3 kali. Haruslah cina-cina seMalaysia peluk cium aku beramai-ramai tanda keamanan dan kemakmuran negara. Boleh?


Cerita Tamil kat movie belum pernah tengok pulak lagi. Selalunya cerita Tamil tak keluar kat cinema biasa. Ada cinema Tamil sendiri,kan? Wahh.. berani mati lah aku nak pergi cinema Tamil sorang-sorang. Dan cinema Tamil pulak memang tak ada bagi subtitle. Dah tu nak aku bawak kamus dwibahasa masuk cinema ke camne? Ke nak bawak Google Translate? Ke nak extreme sikit, pergi tengok wayang dengan manager India aku? Wow sangat.



p/s : Blogspot ni tak ada pembaharuan ke? Bosan ah. Hidup Twitter!


Sunday, February 10, 2013

Aku Atlet Tarian Singa


Bismillah



Oyehh cuti!cuti! 

*sarung kostume tarian singa..


Ehem. Baiklah. Entri ini sila bayangkan aku bercakap dalam kostum singa. Demi meluap-luapkan impak tahun baru cina harini. 


*Dum!Dum!Cenggg!!~ *lompat!~


Ikut salasilah, aku layak merayakan tahun baru cina ni sebab arwah nenek aku orang cina. Tapi bukan tentang genetik yang aku nak cakapkan. Sempena raya cina ni, kompeni aku bercuti dari Sabtu sampai Selasa. Sambung kompeni shutdown hari Rabu. So lama jugak lah cutinya. Betapa aku bosan sampai aku duk rayu-rayu kat ayah mintak balik kampung.


Nampak tak tahap tragis kebosanan aku tu. Kalau tak, nama nak balik kampung suka-suka?
Memang tak kuasa lahhhh~


*Bam!Bam!Dum!Cengg!!~ *guling-guling~


Pagi ni..

*gerak-gerakkan bulu mata singa laju-laju~


..aku nak pergi buat medical check up. Dan nak check sekali masalah-masalah kesihatan yang lain. Kalau doktor tu kacak luar biasa, mungkin aku akan check sekali masalah akidah, masalah laptop, masalah kesesakan lalulintas serta masalah global warming. Untung-untung dapat nombor telefon. Malam-malam duk Whatsapp dengan doktorrr kauuuuuu. Mohon jeles sambil berjalan kaki ke atas,kepala di bawah.


Owh, dulu waktu belajar. Aku ada berkawan dengan mamat bakal doktor ni. Memang tak pernah berayat-ayat chenta pun. Cumanya dia mintak aku tunggu dia balik Malaysia bila habis belajar. 


Perrghhh... 

Nampak takk betapa Ombak Rindu-nya cerita aku niii? Bhahahah. Geli,bhaii...


Dah. Cukup.


Entri ni tak ada tujuan khusus pun. 

*tanggal kostume singa..


Aku cuma nak ucap..

*bulu mata singa tersekat kat rambut~ Adeih~


..Selamat Tahun Baru Cina buat sedara-sedara aku belah cina dan masih beragama cina. walau di mana jua anda berada. 



*kesat peluh..Berat la gila kostume niee..~





Thursday, February 7, 2013

Tikar yang Power


Bismillah



Individu cenderung untuk back up apa yang diri sendiri alami supaya nampak lebih kukuh, stabil dan mampu berdiri lebih gah berbanding orang yang bertentangan.


Nampak.?

Macam bangang payahnya nak faham sebaris ayat kat atas tu kan? Biasa la tu. Ayat pertama mestilah bagi berbelit sikit. Baru terpercik-percik impak intelektual-bajet-setinggi-gunung gituuhhh..


Meh duduk sini meh.. Aku bagi contoh yang mudah.


Katakanlah, aku ni ada kereta Nissan Murano sebijik. Katakanlah ye. Dan jiran aku kononnya ada Scirocco putih sebijik. Aku akan kata lebih baik beli Murano. Tapi jiran aku kata, duit banyak, baik beli Scirocco. So, aku cakap, aku prefer Murano sebab ruang luas, boleh main sepak takraw kat seat belakang. Dan jiran aku akan argue, cakap Scirocco dia nampak solid, kecik dan design moden.

Atau contoh lain. Aku beli rumah baru dengan dinding kaler coklat gelap. Jiran aku pulak beli rumah dengan dinding kaler kuning cair. Bila ditanya, dia akan cakap dinding kaler tu buat rumah nampak lagi luas. Dan aku pulak akan cakap, dinding coklat gelap aku buat rumah nampak lebih warm dan cozy


Nampak tak macam mana dua-dua individu akan defend pilihan masing-masinglah yang terbaik?


Tentulah. Kalau hidup nak ikut pilihan orang lain, baik jadi orang lain. 
Ada point tak kat sini?


Sebenarnya, dua-dua pun tak salah. Sebab dua-dua pun ada alasan masing-masing. Pokoknya kat sini, bukanlah pokok krismas, tapi apa yang aku kejarkan dalam pemilihan kereta? Apa yang aku cari dalam pemilihan cat rumah?


Manusia ni sebenarnya suka mempersoalkan apa pilihan orang lain buat. Asal tak sependapat, tembak.

Bertanya tu memang tak salah, tapi cuba elakkan dari mintak orang lain supaya ikut atau setuju dengan pendapat kau. Adalah sebab-musababnya yang kita tak tau, dan orang taknak kita tau. So, biarkanlah. Dalam hidup, dalam setiap pilihan, mesti ada tujuan. Kita tau apa kita nak, samada kita nak rahsiakan atau nak orang tau, terpulang.


Tapi apa pun tujuannya, biarlah yang baik-baik dan tak bertentangan dengan syarak.


Allah pun kata, tak semestinya apa yang kita suka tu baik untuk kita. Dan tak semstinya apa yang kita tak suka tu buruk untuk kita.


Tambah tolak bahagi darab, pokoknya, tawakkal. 


Ramai orang suka sangka macamni..;


Tawakkal je tak cukup kalau tak usaha. Bagi kebanyakkan orang yang mendengar konsep tawakal ni rasa konsep ni sesuai untuk orang yang malas dan taknak majukan diri. Merasa serba cukup dan pasrah.


Salah tu abang-abang. Tawakkal dengan usaha memang sifatnya seiring sejalan. Kalau kita bertawakkal yang kita takkan lapar sebab yakin dengan rezeki Allah, itu betul. Tapi kalau nasik depan mata, nak harapkan tawakkal je, takdenye nasik tu boleh terbang masuk mulut. Usaha nak menyuap tu kena ada. Terma tawakkal tu tak wujud pun sebenarnya kalau tak ada usaha.

Yang malas dan taknak majukan diri tu bukan kategori tawakkal. Itu namanya pasrah. Orang yang dah putus asa biasanya cuma pasrah. Dan pasrah tu tak sama dengan tawakkal. Pasrah tu menyerah. Tawakkal tu berserah bersama keyakinan. 

Bak kata tazkirah Ustaz Kazim tadi, bila Siti Hajar dengan Nabi Ismail ditinggal dek Nabi Ibrahim kat tengah-tengah nowhere, Nabi Ibrahim cuma berpesan "Aku tinggalkan kamu bersama-sama Allah."(kenapa nabi tinggalkan diorang kat sana, tolong gi beli buku kisah nabi. Panjang sangat pulak nak ceritanya kat sini.) Dan Siti Hajar bertawakkal. Sebulat-bulat tawakkal. Tapi bila baby dia Nabi Ismail menangis-nangis lapar/haus, Siti Hajar bagai nak gila berlari ulang-alik 7x dari bukit Safa ke Marwah. Nampak tak konsep usaha dia kat sini? Kalau dia duduk je kira pasir kat selipar, takdenye anak dia kenyang. Tapi Siti hajar dapat ke cari sumber air hasil dari larian dia ulang-alik tu? Tak. Bukan dari usaha dia lari-lari tu yang dia dapat air, tapi dari hentakkan kaki Nabi Ismail yang tengah menangis.


Nampak tak?


Punca rezeki kita bukan semestinya dari apa yang kita kerjakan. Tapi mungkin dari sekeliling kita. Punca rezeki Siti Hajar bukan ada di bukit Safa. Bukan jugak Marwah. Bukan jugak di antara kedua-dua bukit. Tapi rupanya dekat kaki anak dia di sinunn. Tapi siapa kata usaha Hajar berlari-lari lama-lama tu sia-sia? Tak. Mungkin kalau dia tak lari, dia mesti duk dukung Nabi Ismail sambil dodoi-dodoi nak bagi stop menangis. Kalau dah dukung, mana nak datang scene hentak-hentak kaki sampai kuar air zam-zam tu.?


Semua benda jadi bersebab. Allah dah aturkan. Allah dah susun. Jalan utara mungkin jalan aku. Jalan selatan mungkin jalan kau. Tak ada orang yang malas atau taknak majukan diri. Tak ada orang yang nak hidup susah. Tak ada orang yang nak benda yang tak best. Tapi kadang-kadang yang tak best tu yang terbaik untuk dia.


Aplikasikan dalam kehidupan. Tawakkal tu susah. Memang susah. 



Sekian sesi menganyam tikar bersama aku.




* Nampak tak betapa panjangnya tikar aku anyam ni? Tak pasal-pasal.