Saturday, November 30, 2013

Unit Trust - Apakah Itu?



Bismillah


Ok diam semua, diam. Dah lama aku tak buat entri berilmiah ni. Maka bersiap sedialah semua. Dah boleh readykan popcorn depan pc.

Selalu tak korang dengar ..


Apa? Selalu?

Ya..tenang ya. Aku tak habis tanya lagi. Setan sangat perangai tu kan.


Selalu tak dengar tentang Unit Trust?
Tipu kalau tak pernah. Aku dengar benda ni sejak aku sekolah menengah. Aku pun macam korang. Tak ambil peduli binatang apakah Unit Trust ini. Sebagaimana aku mengelak dari penjual insurans, seperti itulah aku mengelak dari consultant kewangan Unit Trust.


Tapi perangai 'eh-kesah-pulak-aku-dengan-Unit-Trust-engkau~' aku mula berubah setahun lepas aku kerja. Bila aku baru tau konsep Unit Trust ni sebenarnya macam mana, aku tak lagi jadi sinikal pada golongan-golongan macam mereka ni. Nampak tak betapa teratur serta tawaduknya penggunaan tatabahasa aku pada ayat sebelum ni? Tu tanda serius la tu haa.. nampak dah saka serius nak merasuk ni haa.. jaga-jaga.


Aku terangkan konsep Unit Trust bagi golongan yang belum tau. Setakat yang aku tau je la ye. 

Ok? Sedia? Popcorn dah topup? 


Baik.
Lepas habis study, korang akan start cari kerja. Betul? Ya... sama macam aku. Ini terkecuali bagi gadis-gadis yang berjaya memikat hati lelaki-lelaki kaya, sebab berkemungkinan gegadis ini akan kawin dan jadi surirumah. So, yang dapat kerja dengan syarikat swasta, sila baca dengan teliti. Untuk fokus yang lebih tajam, boleh pergi amek air sembahyang dulu sebelum sambung baca. Pergi, pergi! Cepat!


Baik. Lepas start kerja, korang semua akan mencarum EPF setiap bulan, kan? 

Ya..ya.. tak faham mencarum EPF tu apa kan? Aku pun baru je tau binatang apa 'mencarum EPF' tu.
Maknanya, syarikat buat potongan gaji setiap bulan masuk akaun EPF korang. Yakni duit dalam akaun tu taj boleh keluar sampai umur korang 55 tahun. Ya..ya.. aku nampak typo aku tadi.. 'Tak' ye..bukan 'taj'. Aku malas nak backspace. Jadi, makin lama korang kerja, makin banyaklah duit EPF terkumpul. Sampai sini semua faham,kan?

Sambung.

Apa kaitan dengan Unit Trust? Ya.. memang mereka bukan adik-beradik. Unit Trust ni bertujuan untuk melaburkan duit EPF korang yang terkumpul tu, dan sampai tempoh at least 3 tahun (bear in mind investment ni sesuai utk medium to long term. Kalau harini invest, minggu depan nak profit, pergi meninggal.), keuntungan dari pelaburan tadi akan diberi balik kat korang sebagai 'return on investment'.  Sampai sini dah faham konsep?

Beberapa tahun lepas, tak ramai yang tau kenapa penting untuk ada Unit Trust. Tapi makin lama, baru rancak dengar terma 'Unit Trust'. Memang benda ni bukan satu benda wajib untuk dibuat. Tapi satu benda je yang aku fikir..

Kalau memang kita tak boleh keluarkan duit EPF yang terkumpul tu sampai 55 tahun, kenapa tak laburkan untuk dapat pulangan lebih? 


Nampak tak ayat aku dah jadi macam ayat salesman? Aihh.. Macam mana nak bagi nampak ayat sedap sikit eh.. Sebab kena faham. Konsultan Unit Trust ni bukan salesman. Mereka tak jual barang. Mereka ni orang yang menguruskan duit simpanan korang. Tapi mereka tak akan mengurangkan duit poket korang sebab diorang cuma boleh sentuh duit simpanan EPF korang je. 

Nak keluarkan duit EPF untuk beli rumah? 

Keluarkanlah! Eh, kesah pulak aku?
Guys, FYI, duit EPF yang korang guna untuk beli rumah tu adalah dari akaun 2. While duit EPF untuk unit trust adalah dari akaun 1. Sila take note bahawa akaun 1 ni tak boleh diusik sampai umur 55 tahun KECUALI untuk investment unit trust sahaja! 

Dah clear tak sekarang.?


Dan kalau difikirkan balik, duit EPF ni pun korang tak boleh usik sampai umur 55 tahun. Kalau katakan korang taknak invest, by the time umur korang 55 tahun, duit EPF korang ada RM 100,000. Tapi kalau korang buat Unit Trust awal-awal, korang boleh dapat baki EPF RM 150,000, contohnya. So, kenapa nak stay dengan RM 100,000.? Extra RM 50,000 tu at least boleh buat biaya hari tua korang yang kejap-kejap sakit gaot, kejap-kejap ostopeorosis, kejap-kejap kencing manis. Tak pun, boleh guna untuk education anak-anak korang yang waktu tu tengah further study. Emm..untuk yang berani sikit tu, bolehlah guna untuk kahwin lagi satu. Untuk yang berani je lah..



Nampak tak berapa besar difference yang boleh dibuat kalau ambil langkah awal? At least 5 tahun lepas berkerja kita dah mampu start buat unit trust ni. 


Sekali lagi ayat sangat serius di situ. Saka serius masih dalam badan nampaknya. 




** Sekarang aku fikir nak ambil lesen untuk qualify jadi financial consultant CWA. Kita tengok sampai mana otak karat ni boleh belajar lagi.

*** Kalau ada yang nak jadi Financial Consultant atau sekadar nak invest portion dalam EPF untuk dapat lebih by umur 55tahun, saya suggest minta pertolongan Encik Syed Hasan Syed Ahmad, 019-380 4922. Beliau consultant dari CWA (CIMB Wealth Advisor). Setakat ni client dia tak ada yang complaint. Next time kita cerita pasal consultant pulak!




9 tindakbalas kimia:

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

Leh invest setahun-setahun ke? Ke ada had masa minima.

Khai faiz said...[Reply to comment]

dah jd ajen ker

cik ungu said...[Reply to comment]

Setahun2 boleh jugak. Selaluny matang 3tahun

cik ungu said...[Reply to comment]

Tak lagi. Belom layak. Baru nak amek lesen haa

cik ungu said...[Reply to comment]

Setahun2 boleh jugak. Selaluny matang 3tahun

Aini Azman said...[Reply to comment]

Unit trust is one of the best place to invest your money, especially duit yg dlm kwsp akaun 1, bayangkan akaun 1 yg hanya boleh dikeluarkan bila umur 55 tpi gov bagi keluarkan utk unit trust.. sbb gov pun tahu mmg unit trust bg return lebih.. 10-20% per year, n within 3-4 years, some funds can give more than 100% dividend.. :)

pelaburan unit trust bukan utk short term, tapi medium-long term. to gain more, buat investment regularly..

another interesting part, bila some unit trust companies, contoh Public Mutual yang bagi fully div. cnth Public Mutual declare 12% div on 31 Dec, if i invest on 28dec pun, i still dapat full 12% div tu, kalau ASB tak, dia akan kira ikot hari. Pro-rate..


TAPI make sure bila invest dlm unit trust, pilih consultant yang bagus n boleh service kita dgn baik. certain hanya tahu carik client, lepas tu client terkontang kanting monitor market sendiri..

All the best dear utk menjadi Unit Trust Consultant :)

cik ungu said...[Reply to comment]

Yes true true.
Unless if consultant tu bg refer kat another consultant yg bagus then ok la.

Sy prefer cwa :D

But for now x layak lg

Jas Elegant said...[Reply to comment]

Sharing yang bagus to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & berlokasi di Johor Bahru. Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

Jas Elegant said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.