Sunday, June 23, 2013

Jerebu Tidak Halang Keseksian


Bismillah


Hebat jugak jerebu kali ni.

Konon bangun pagi feeling-feeling nak bukak tingkap.
Harapannya angin sejuk masuk sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambut dan langsir.
Sumpah seksi gila kalau macamtu.
Ala-ala drama romantik dekat negara omputeh gituh ken, kenn..
Kabus pagi sejuk tebal. Feeling sangat.
Sekali bukak tingkap... 'kohok!kohok!'.. 

hmphh.. 
seksi sangat..


Orang semua nasihat, minum air suam banyak-banyak.
Ye.. banyak betul aku minum. 
Tanah Melayu ni gersang sebab air semua habis kat aku je.

Nampak penipuan hakiki kat situ..?

Tapi nampaknya tekak sangat degil. Ia masih istiqamah dalam kesakitan.
Ni suara tengah sedap. Setakat masuk Kilauan Emas tu, haruslah menang mudah.
Mujurlah menaip ni tak memerlukan anak tekak. 
Kot tak, mau rabak anak tekak den.
Tersepit mati di celah-celah keyboard.


Lagi 2 minggu nak Ramadhoonnnn ni. 
Kalau jerebu ni tak hilang, dah macam mana?

Kalau Malaysia isytihar darurat?

Tak boleh puasa kalau memudaratkan kesihatan niiii...
Saya perlukan air yang cukupp.


Alalalaallaaaaa......~








6 tindakbalas kimia:

Carlos Santiago said...[Reply to comment]

jgn jadikan alasan. kt padang pasir nu lagi panas. mesti ada perkara baik buruk setiap yg berlaku. yg penting, teruskan beribadat.

diba's chan said...[Reply to comment]

salam.
awak,tumpang lalu.
kte nak promote sikit.
kte ade jual aura white RM130 je.
free postage + shaker + 5 free gift.
kalau nak, contact kte ae.
Diba 012 7009100 :)

Umie Artoqiemie said...[Reply to comment]

alalalalala, panasnya summer kat malaysia. haha.

Tukang Karut said...[Reply to comment]

alasan!

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

Nampaknya jerebu telah berjaya menghalang keseksian itu. Teruk benor batuk kohok kohok tu. :p

Cik Muda said...[Reply to comment]

cehhh.....

dah abis ganti kew?? tahun lepas? dua, tiga, pat , lima thn lepas???

erkk...

jgn lupe ajak aku buka puasa sama ye..