Monday, February 25, 2013

Jangan Sampai Hati Guwa Penyek Digelek Bulldozer


Bismillah


Aku nak nukilkan dalam blog aku, cerita paling sadis untuk tahun 2013 ni. Nampak tak aku guna perkataan 'nukil' kat situ? Tu dia bukti betapa sadisnya cerita ni.

Suatu hari di ofis...


Aku angkat fon. Dalam tempoh 4 bulan baru kerja sini, dah beratus kali aku dail extention 208 untuk line production model ACB. Dan macam biasa, mangsa yang aku cari mestilah abang Hafiz. Tapi hari tu abang Hafiz tak ada, tapi ada staff ni yang angkat fon.


Aku : "Hello, abang Hafiz ada.?"

Staff : "Tak ada." 

Aku : "Oh.. Takpelah, nanti saya call balik."

Staff : "Aa..ini si orang cantik kan?"

Aku : Ha..?  *sebenarnya aku dengar, tapi saja nak dengar banyak kali..~

Staff : "Ini orang yang cantik itu kan?"

Aku : "Orang cantik? Siapa?" 

*buka tin cat merah..celup jari..sapu-sapu kat pipi~

Staff : "Orang baru yang cantik tu la..dari Blok A tu."

*angkat tin cat tinggi-tinggi..
 dongak kepala...

Aku : "Saya kat Blok A la ni. Awak cakap pasal siapa ye?" 

Staff : "Ini siapa ye?"

Aku : "Saya Farah.."

*...jirus cat merah atas muka~


Staff : "....oh.. tak apalah."


Dan talian terputus.


*batuk-batuk kecil...



Ya. Kadang-kadang kita hidup dalam dunia yang kejam.
Sudahlah..


Em.. Em..


*panjat klcc..



Moral : Yang penting, yakin.


12 tindakbalas kimia:

Spirogyra said...[Reply to comment]

baca 2 kali baru faham.malu gila..

the malay male said...[Reply to comment]

terperasan sekejap yea...huhu

Miss Aina said...[Reply to comment]

hehe comel la akk ni.. :)

AKU CHUN said...[Reply to comment]

oh maknanya yang cantik itu bukan farah lah ye? betul ke apa aku faham?

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

Orang lain maksudnya. huhuhu.

Juno said...[Reply to comment]

Eh ni bukan aku dah komen ke? Brengsek kau unguuuu

Shawn Razaleigh said...[Reply to comment]

Kiranya dia tahu lah sapa yg call. Ke gua pun salah faham entry lu no. Kikiki

jaga hati said...[Reply to comment]

warna ungu kepurplean..kan kan

Cik Muda said...[Reply to comment]

alaaaa farah, sebenarnya memang ko la tu... dia nak tau nama ko. pastu berdebar-debar, tu yg trus tertekan end call tu. nak call balik tak tau no plak kan? hmmm.....

mesti lepas tu dia mengharapkan ko call balik. tapi ko tak call, aihhh betapa dia mengharapkan ko call dia...

menyesal tak??? Huh?? Huh??

¿n0die? said...[Reply to comment]

Sadis! HAHAHAHAHA

NIA SI DRUMSTICK said...[Reply to comment]

memang mandi cat merah habis 1 tin..
xpe..kite pon selalu kene camtu..sakit at betol..jiwa rs nk pecah dipermainkan.. *ciss!over.haha

fizafantagirO said...[Reply to comment]

hahaha! lama wehh tak jengah sini, terbaca pulak entry jelup cari dalam tin.kakakaka .

psst- jujurnya awk mmg cantik :)