Saturday, January 19, 2013

Pokok dan Kilang yang Tak Ada Kena-Mengena


Bismillah


Rumah belakang aku ni tengah bingit duk tebang pokok.
Rumah pulak style hutan hujan tropika. Dari semalam dia tebang tak habis-habis.

Aku menaip ni pun duk menghadap tingkap.
Dah terang semacam sebab banyak cahaya luar masuk.
Tak boleh lah nak beraksi seksi tepi tingkap lagi.


Haaa....
Tu mesti tiba-tiba berebut nak jadi jiran aku kann..


Harini Sabtu,

Sepatutnya aku plan nak pergi kerja harini. Tapi rupanya plan memang sekadar plan.
Kalau tak, setiap pagi aku akan sampai pukul 7.40. Lepak dalam kereta, membaca, dengar radio lebih kurang 15 minit lepastu baru keluar kereta. Scan tangan kat punch-hand machine dan naik tangga setingkat.


Setiap kali aku naik tangga tu, cuma satu peristiwa je yang aku akan ingat.


Oh bukan...

Harapan kau untuk dengar peristiwa aku jatuh bergolek di tangga tu takkan jadi kenyataan.


Dulu,
Minggu pertama aku kerja. Macam biasa aku panjat tangga tu pagi-pagi. Depan tangga tu aku nampak ada sorang operator tengah bercakap kat handphone. Operator kat sini maksudnya pekerja kilanglah. Makcik lingkungan 30-an. Dia bercakap membelakangkan laluan jalan, memebelakangkan aku. Dia menyorok balik pintu. Mungkin try nak cari privacy sikit sebab kat laluan tu tengah ramai orang dan bising.


Mungkin makcik tu bukan dalam golongan orang senang. Aku perasan jugak handphone dia bukan handphone canggih. Secara kasarnya aku boleh agak berapa gaji dia bulan-bulan. 


Aku dengar perbualan makcik tu dengan anak dia lebih kurang macamni..


"Ye.. Nanti pergi sekolah baik-baik ye. Ibu da buat sarapan tu nanti suruh ayah bawakkan bekal ye..

Ha..iye,iye.. Ibu ada letak duit belanja atas meja tadi kann.. Adik bawak ye 2 ringgit bawak pergi sekolah ye.."



..Hati aku menangis.



Doakan aku boleh jadi ibu yang baik satu hari nanti.




Moral : Mak mana tak sayang anak.


4 tindakbalas kimia:

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

tangis. hati aku juga rasa itu.

the malay male said...[Reply to comment]

kasihnya ibu... duit belanja anak tak pernah miss bagi.

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

daya memerhati yg amat tinggi. ^_^

Marilah kita lebih menyayangi famili especially parents~ Banyak dah mereka korbankan utk kita.

Tukang Karut said...[Reply to comment]

kesimpulan entry ni: ko dah gatal nak kawen kan kan kannnnn?