Sunday, January 20, 2013

Satu-satunya Idola Rock Aku


Bismillah


Usai solat maghrib tadi. Berjemaah cuma kami bertiga. Aku, mama dan ayah.
Interval time lepas maghrib ke isyak tadi, ayah bagi tazkirah. Biasanya macamtu. Biasanya cuma mama dan ayah berjemaah, Aku yang malas dan cepat leka ni cuma join bila rasa nak join. Buat malu je.

Aku ni sensitif orangnya.
Terutama bab keluarga, jangan dicuit. Harus jadi Niagara Falls lah mata aku.


Macam lepas tazkirah tadi..


"Ayah takut..
Takut sangat, apa yang ayah cuba nak ajar, nak cakap, tak sampai kat anak-anak ayah."


"Ayah tak mintak satu sen dari anak-anak ayah. "

"Ayah cuma tak boleh..Tak boleh sangat-sangat, kalau ayah dengar ada antara anak ayah yang susah. Ayah cukup tak boleh.."


"Ayah bukan nak anak-anak ayah ada keluarga yang kaya-raya. Bukan."

"Ayah cuma mintak, biarlah anak-anak ayah dapat rezeki tu, tapi cukup. Berkat."


"Dalam Dhuha ayah selalu ayah doa apa,kau tau.? 
Ayah mintak kat Allah, kurniakan keluarga aku, anak-anak aku rezeki yang berkat. 
Ayah tak mintak rezeki banyak, tapi ayah mintak rezeki korang berkat."

"Dan supaya anak-anak ayah sentiasa tahu rasa bersyukur..."


"Kalau ada antara kata-kata ayah yang tak betul, ayah mintak maaf..."


..tiap kali ayah mintak maaf, aku wajib menangis. 
Wajib.


"Ayah taknak korang risau pasal rezeki, pasal kerja, pasal gaji. Ayah cuma nak pesan satu je, jaga agama. Jangan compare diri kita dnegan orang lain yang nampak lagi kaya, lagi tinggi, lagi hebat. "

"Ingat pesan ayah.. 
Kalau kau jaga betul-betul agama kau, dalam apa keadaan pun kau akan rasa tenang.."



**masih menangis sejak 50 minit lepas



Moral : Aku mungkin tak selalu jadi anak yang taat. Tak selalu mendengar kata.
           Tapi aku tak fikir aku boleh ganti ayah dengan apa-apa pun kat dunia ni.

10 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

kalau aku, aku pun nangis gak kot...

cik anim said...[Reply to comment]

banjir~

Niza Romli said...[Reply to comment]

sapa tak tacing kalo kata-kata macm tu keluar dr mulut ayah kita..

the malay male said...[Reply to comment]

Untung dapat ayah macam tu tau.

Amilia Ami said...[Reply to comment]

Bagusnya dapat ayah macam tu.. =D

izzamri said...[Reply to comment]

Bertuah mempunyai ayah yang menitikberatkan nilai agama dalam hidup.dapat lihat keakraban hubungan di situ.jeles.heeee =)

miza kimbum said...[Reply to comment]

debaek ! miss my arwah ayah :')

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

Berkat~ takde jual kat mana2 kedai.

Sweet ✿ said...[Reply to comment]

Masha-Allah. Tersentuh hati..
Cik Ungu, jaga ayah baik-baik :)

Cik Muda said...[Reply to comment]

ttbe rs cm nak berkongsi ayah dgn ko..

ayah...