Wednesday, December 25, 2013

Baju Melayu Aaron Aziz Lah Sangaaattttttt !


Bismillah



Harini aku penat ok. Jangan nak melintas-lintas depan aku sangat. Silap-silap aku tackle kaki kau, jatuh gedebab..

*betulkan mood..~

Harini cuti Krismas. 

Ya. Tak menarik betul cuti ni. Tak ada perasaan langsung. 
Takkanlah aku nak tiba-tiba bangun pagi, pergi bukak kotak-kotak hadiah bawah pokok krismas pulak kan. Yang ada depan rumah tu pun pokok mangga. Pokok mangga yang berbuahnya dalam 2 tahun lepas, lepastu sampai ke sudah tak nampak apa.

Habis tu kenapa aku penat?
Haaa... Tertanya-tanya, bukan..?


Haa.. harini seharian aku meneman mak, makcik dengan sepupu aku pergi cari kain-kain buat kahwin. Diulangi... meneman aje. Bukan aku kahwin lagi sekali. Bukan. 
Tolong jangan bagi aku harapan. Haha.

Dari pukul 1.00 tengahari, sampai lepas Asar. Nampak tak? Nampak tak gaya orang kaya banyak duit shopping macam mana? Haaa... Sebab aku belum kaya lah aku teman je. 

Jakel Shah Alam seksyen 7 tu aku tengok dah macam pasar malam. Siap menjerit-jerit sana sini duk offer harga runtuh, harga runtuh macam orang hilang akal. Orang ramai pun hilang akal bila dengar ada harga runtuh, dan terus meruntuhkan simpanan duit masing-masing. 

Termasuklah kitorang.
Haha!

Ok. Gelak sikit je sebab nanti mak marah kutuk family sendiri.

*lambai-lambai mama ~


Kau tau,
sebelum ni aku punya lahhhh rasa jengkel dengan baju melayu Aaron Aziz tu.
Mana tak.. Jual je nama Aaron, tepek kat belakang leher baju tu.. Nahhhh!! Beratus ribu pasang orang beli. Tepek nama dia je, bhaiiiii...


Cuba kau tepek nama aku, tengokk. 'Cik Ungu' belakang leher baju. Memang terjual 2 pasang je lah. Satu aku beli, lagi satu aku paksa mak aku beli. Padahal kain sama je jugak. 

Kalau pakai baju melayu tu boleh jadi kacak macam Aaron Aziz, lain lah ceritanya kan. Harus aku sendiri beli, aku sendiri pakai. 7 pasang. Isnin kaler lain. Selasa kaler lain. Sampai Ahad. Rotate kaler, dengan kekacakan yang sama. Tapi sebab nama 'Aaron Aziz', tak pasal Jakel untung juta-juta dari baju tu je.

Itu baru cerita letak nama tu. Cuba kalau letak bulu kening Aaron sehelai setiap baju. Aku rasa boleh ishtihar darurat dah sebab ada berita rakyat marhaen perempuan ramai maut mati terpijak di dalam Jakel angkara berebut baju melayu Aaron Aziz.


Hm...
Sekarang ni aku punya baju untuk majlis tu yang tak ada lagi. Tapi bila dah ada suami ni...err... *sipu-sipu~.. kena fikir la pulak baju untuk dua orang. Sepasang konon. Sehati sejiwa konon. Tapi nak yang cantik gorgeous sepasang, haruslah menangis waktu nak bayar, bukan begitu.? 


Alah...
Aku tengok-tengok, langsir rumah aku ni kalau setakat 10 meter, dah cukup sangat ni.


Ehhh..
Kata nak sepasang dengan suamiii..?



** Ahhh.. malas nak layan. Aku lapar. Laki takde. Time ni la boleh makan dengan aksi naga.        Bye!







Tuesday, December 3, 2013

Generasi yang Tertindas


Bismillah


Kali ni.
Malam ni.
Buat julung-julung kalinya aku percikkan post berbaur politik.


Bukan..
Bukan nak buat provokasi murahan.
Tapi sebab penat. Penat dah dengan isu ekonomi negara yang ya-ampunnn-tak-boleh-blah.


Dah ramai yang cakap. Dah ramai yang ingatkan. Bukan setahun. Bukan tiga tahun. Bukan sekali PRU. Bukan dua kali PRU. Ini serius wahai rakyat marhaen seperti aku.. Masih tak nampak lagi ke?


Banyak amat aku nak tulis. Jari aku ni kalau tak ditenangkan, boleh retak keyboard dibuatnya. Aku bukan nak jadi keyboard warriors. Percayalah, yang membangkang di laman-laman sosial tu semua bukan mau jadi keyboard warriors. Cuma ni medium yang kita boleh meluah tanpa sekatan. Nak usul ke TV3? Lagi jahanam jadinya ada.


Bagi aku satu contoh, rakyat marhaen yang tak terbeban dengan ekonomi negara sekarang. Tolak tepi orang-orang atas yang kerja tak seberapa tapi duit masuk berkoyan-koyan. Yang isu rasuah-rasuah ni aku malas nak cakap sebab bingit pulak kalau orang mintak aku usulkan bukti. Baik. Aku memang takde bukti.


Aku ambil contoh, fresh grad yang baru mula kerja. Average gaji untuk lulusan ijazah sekarang, berapa?
RM 2,300? RM 2,500? Tak. Pergi google sekarang. Bukak Mudah.my sudah. Scroll dari atas sampai bawah. Average gaji fresh grad (tanpa pengalaman maknanya), majoritinya antara RM 1,500 ke RM 1,800.
Sekarang kira. Dengan gaji banyak tu, kau tolak EPF RM 200. Tolak lagi sewa rumah dengan kawan2, RM 150 (ni kira murah gila kalau duduk berempat sekalipun). Tolak duit kereta RM 500 (Proton cukuplah). Tolak duit makan tengahari, RM 7.50 (Ni kira lauk paling sakai, nasik + 1 lauk + sayur + air (Anggapla breakfast dengan lunch masak sendiri) darab 20 hari berkerja = RM 150. Tolak duit mak ayah kat kampung, RM 200. Tolak duit minyak yang amat murah sekarang ni, RM 200 (ni kira tempat kerja dekat gila dengan rumah kononnya). Tolak duit beli barang basah dengan barang rumah, RM 100.Tolak hutang PTPTN, RM 100. Baki ada lah dalam RM 200. Tu aku belum tolak duit bil air dengan elektrik. Belum tolak duit tol. Belum tolak duit bil telefon atau topup. Belum tolak kalau ada parts kereta meragam. Belum tolak.Belum lagi.


Dengan baki berapa sen tu, kau naikkan harga minyak petrol. kau naikkan harga gula. kau naikkan tariff elektrik. Budak-budak yang baru nak hidup ni pakai kereta 2nd hand yang dah 5 tahun cuma sambung bayar. Cukup 4 tahun habis hutang, dah kena readykan duit untuk beli kereta baru sebab umur kereta dah nak cecah 12 tahun. Maka mengabdikanlah diri dalam kitaran 12 tahun yang sama sampai mati. Sedangkan harga kereta sentiasa depreciate, tapi tu lah hakikatnya. Simpan duit untuk beli benda yang tak menguntungkan. Bila masanya rakyat marhaen mampu nak beli rumah? 


Itu aku cerita kalau gaji RM 1,800. KALAU gaji RM 1,800. 

Kau naikkan umur bersara dari 55 jadi 60 tahun. Simpan beberapa kerat pekerja senior yang dah sakit lutut, lemah sendi yang patut duduk berehat kat rumah untuk tambah amal ibadat dan spend masa dengan cucu. Sudahnya penganggur fresh grad melimpah-limpah. Bila semua dah desperate nakkan kerja, syarikat banyak ambil kesempatan. Offer gaji RM 1,200 pun lulusan ijazah terpaksa terima sebab terdesak. RM 1,200 tu kau harapkan dapat langsaikan hutang PTPTN. Nama nak buat loan? Selamat datang ke alam barzakh namanya tu.

Itu aku cerita kalau lulusan Ijazah. KALAU lulusan ijazah.

Itu aku cerita kalau bujang. KALAU bujang. Belum ada anak.


Baru setengah tahun lepas PRU, macam-macam naik. Tiga tahun dari sekarang, entah tahap apa sengsaranya generasi anak muda baru nak hidup.


Malas pulak nak elaborate statement cerdik pandai 'elak diabetis, naikkan harga gula'.
Harga rumah baru siap pun makin lama makin hilang akal. Mungkin nak elakkan orang ramai dari duduk dalam rumah. Wah.. lepas ni berkampunglah kita ramai-ramai bawah jambatan. Senang sikit nak bergosip dengan jiran tetangga, ye dak?



** Budak sekolah pun boleh fikir logik. Aku rasa pro kerajaan sebenarnya dah sedar dalam hati. Tapi sebab ego, masih nak tegakkan benang yang basah.



Saturday, November 30, 2013

Unit Trust - Apakah Itu?



Bismillah


Ok diam semua, diam. Dah lama aku tak buat entri berilmiah ni. Maka bersiap sedialah semua. Dah boleh readykan popcorn depan pc.

Selalu tak korang dengar ..


Apa? Selalu?

Ya..tenang ya. Aku tak habis tanya lagi. Setan sangat perangai tu kan.


Selalu tak dengar tentang Unit Trust?
Tipu kalau tak pernah. Aku dengar benda ni sejak aku sekolah menengah. Aku pun macam korang. Tak ambil peduli binatang apakah Unit Trust ini. Sebagaimana aku mengelak dari penjual insurans, seperti itulah aku mengelak dari consultant kewangan Unit Trust.


Tapi perangai 'eh-kesah-pulak-aku-dengan-Unit-Trust-engkau~' aku mula berubah setahun lepas aku kerja. Bila aku baru tau konsep Unit Trust ni sebenarnya macam mana, aku tak lagi jadi sinikal pada golongan-golongan macam mereka ni. Nampak tak betapa teratur serta tawaduknya penggunaan tatabahasa aku pada ayat sebelum ni? Tu tanda serius la tu haa.. nampak dah saka serius nak merasuk ni haa.. jaga-jaga.


Aku terangkan konsep Unit Trust bagi golongan yang belum tau. Setakat yang aku tau je la ye. 

Ok? Sedia? Popcorn dah topup? 


Baik.
Lepas habis study, korang akan start cari kerja. Betul? Ya... sama macam aku. Ini terkecuali bagi gadis-gadis yang berjaya memikat hati lelaki-lelaki kaya, sebab berkemungkinan gegadis ini akan kawin dan jadi surirumah. So, yang dapat kerja dengan syarikat swasta, sila baca dengan teliti. Untuk fokus yang lebih tajam, boleh pergi amek air sembahyang dulu sebelum sambung baca. Pergi, pergi! Cepat!


Baik. Lepas start kerja, korang semua akan mencarum EPF setiap bulan, kan? 

Ya..ya.. tak faham mencarum EPF tu apa kan? Aku pun baru je tau binatang apa 'mencarum EPF' tu.
Maknanya, syarikat buat potongan gaji setiap bulan masuk akaun EPF korang. Yakni duit dalam akaun tu taj boleh keluar sampai umur korang 55 tahun. Ya..ya.. aku nampak typo aku tadi.. 'Tak' ye..bukan 'taj'. Aku malas nak backspace. Jadi, makin lama korang kerja, makin banyaklah duit EPF terkumpul. Sampai sini semua faham,kan?

Sambung.

Apa kaitan dengan Unit Trust? Ya.. memang mereka bukan adik-beradik. Unit Trust ni bertujuan untuk melaburkan duit EPF korang yang terkumpul tu, dan sampai tempoh at least 3 tahun (bear in mind investment ni sesuai utk medium to long term. Kalau harini invest, minggu depan nak profit, pergi meninggal.), keuntungan dari pelaburan tadi akan diberi balik kat korang sebagai 'return on investment'.  Sampai sini dah faham konsep?

Beberapa tahun lepas, tak ramai yang tau kenapa penting untuk ada Unit Trust. Tapi makin lama, baru rancak dengar terma 'Unit Trust'. Memang benda ni bukan satu benda wajib untuk dibuat. Tapi satu benda je yang aku fikir..

Kalau memang kita tak boleh keluarkan duit EPF yang terkumpul tu sampai 55 tahun, kenapa tak laburkan untuk dapat pulangan lebih? 


Nampak tak ayat aku dah jadi macam ayat salesman? Aihh.. Macam mana nak bagi nampak ayat sedap sikit eh.. Sebab kena faham. Konsultan Unit Trust ni bukan salesman. Mereka tak jual barang. Mereka ni orang yang menguruskan duit simpanan korang. Tapi mereka tak akan mengurangkan duit poket korang sebab diorang cuma boleh sentuh duit simpanan EPF korang je. 

Nak keluarkan duit EPF untuk beli rumah? 

Keluarkanlah! Eh, kesah pulak aku?
Guys, FYI, duit EPF yang korang guna untuk beli rumah tu adalah dari akaun 2. While duit EPF untuk unit trust adalah dari akaun 1. Sila take note bahawa akaun 1 ni tak boleh diusik sampai umur 55 tahun KECUALI untuk investment unit trust sahaja! 

Dah clear tak sekarang.?


Dan kalau difikirkan balik, duit EPF ni pun korang tak boleh usik sampai umur 55 tahun. Kalau katakan korang taknak invest, by the time umur korang 55 tahun, duit EPF korang ada RM 100,000. Tapi kalau korang buat Unit Trust awal-awal, korang boleh dapat baki EPF RM 150,000, contohnya. So, kenapa nak stay dengan RM 100,000.? Extra RM 50,000 tu at least boleh buat biaya hari tua korang yang kejap-kejap sakit gaot, kejap-kejap ostopeorosis, kejap-kejap kencing manis. Tak pun, boleh guna untuk education anak-anak korang yang waktu tu tengah further study. Emm..untuk yang berani sikit tu, bolehlah guna untuk kahwin lagi satu. Untuk yang berani je lah..



Nampak tak berapa besar difference yang boleh dibuat kalau ambil langkah awal? At least 5 tahun lepas berkerja kita dah mampu start buat unit trust ni. 


Sekali lagi ayat sangat serius di situ. Saka serius masih dalam badan nampaknya. 




** Sekarang aku fikir nak ambil lesen untuk qualify jadi financial consultant CWA. Kita tengok sampai mana otak karat ni boleh belajar lagi.

*** Kalau ada yang nak jadi Financial Consultant atau sekadar nak invest portion dalam EPF untuk dapat lebih by umur 55tahun, saya suggest minta pertolongan Encik Syed Hasan Syed Ahmad, 019-380 4922. Beliau consultant dari CWA (CIMB Wealth Advisor). Setakat ni client dia tak ada yang complaint. Next time kita cerita pasal consultant pulak!




Wednesday, October 30, 2013

Amboii.. Mentang Dah Kahwin, Ye Dak?


Bismillah



Scene : Hasan memandu kereta. Saya di sebelah.

Hasan termenung sambil drive.

"Termenung ape?"

- " Takde ape."

Hasan termenung lagi.
"Termenung jee.. Fikir ape?"

- "Takde fikir ape pun."

"Cakap la..fikir ape ni.?"

- "Hmm..tengah fikir..

...macam mana nak jadi hensem.."

Cukup serius jawapan.

Cukup serius.





*aku copy paste dari facebook sendiri. 
 dah jadi isteri orang pun malas lagi, apa cerita ni?

*facebook?? eghh.. so tua..~


Saturday, October 12, 2013

Eh Betul.. Aku Masih Hidup.


Bismillah


Ya, aku masih hidup.


Cukuplah satu gambar untuk ungkai cerita hilangnya aku selama 3 bulan ni.






Doakan kami.




Tuesday, July 23, 2013

Tertipu di Bulan Ramadhan (Sebut Romodhooonnn)


Bismillah


5.03 pagi.
Babak bersahur.


Along melangkah longlai tuju ke dapur. Mata sepet-sepet tahan silau lampu.
Dia belok ke arah sinki untuk basuh tangan.

Malas-malas tarik kerusi. Duduk.

Mula makan.
Suap nasi.
Cedok lauk.
Suap nasi.


Along bersuara..

"Entah nape Along dah start rasa malas nak bangun sahur.
 Dah tak selera."


Beberapa saat lepas tu, Along angkat punggung dari kerusi,

dan tambah nasi.



Hmmphhhh..

Tak selera sangat kau kan..


Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Terakhir


Bismillah


Ramadhan. 2013. 


Ni entri bulan Ramadhan untuk tahun ketiga dalam blog.
Gila tua rasanya. 

*membelek kedutan-kedutan di muka..~


Ramadhan tahun ni bagi aku sangat pilu.
10 tahun punya Ramadhan, semua dalam kepala. 
Bergilir.
Menangis. 
Menangis,


Ini gila.


"Kalau tabah tu boleh dijual gadai,
 dah lama aku kaya.
 Banyak sangat aku dah kumpul."

Sungguh.
Lillahi Ta'ala.


Derita 10 tahun sungguh bukan sekejap.
Itu hampir separuh umur hidup aku.
Syukur. Tuhan masih biar aku hidup.


Tahun ni tahun akhir.
Aku mau bina tangga-tangga ke syurga baru.


Kau tahu mana.?


InsyaAllah...
Aku tahu.


Sunday, June 23, 2013

Jerebu Tidak Halang Keseksian


Bismillah


Hebat jugak jerebu kali ni.

Konon bangun pagi feeling-feeling nak bukak tingkap.
Harapannya angin sejuk masuk sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambut dan langsir.
Sumpah seksi gila kalau macamtu.
Ala-ala drama romantik dekat negara omputeh gituh ken, kenn..
Kabus pagi sejuk tebal. Feeling sangat.
Sekali bukak tingkap... 'kohok!kohok!'.. 

hmphh.. 
seksi sangat..


Orang semua nasihat, minum air suam banyak-banyak.
Ye.. banyak betul aku minum. 
Tanah Melayu ni gersang sebab air semua habis kat aku je.

Nampak penipuan hakiki kat situ..?

Tapi nampaknya tekak sangat degil. Ia masih istiqamah dalam kesakitan.
Ni suara tengah sedap. Setakat masuk Kilauan Emas tu, haruslah menang mudah.
Mujurlah menaip ni tak memerlukan anak tekak. 
Kot tak, mau rabak anak tekak den.
Tersepit mati di celah-celah keyboard.


Lagi 2 minggu nak Ramadhoonnnn ni. 
Kalau jerebu ni tak hilang, dah macam mana?

Kalau Malaysia isytihar darurat?

Tak boleh puasa kalau memudaratkan kesihatan niiii...
Saya perlukan air yang cukupp.


Alalalaallaaaaa......~








Monday, June 3, 2013

Aku Datang Nak Mengadu Je Ni..


Bismillah


Ok semua. 

Beri laluan. Beri laluan.


Kalau boleh beri laluan kasik luas sikit. Bukan apa. Sejak tak menaip blog, struktur badan semakin membesar. Jalan masuk dalam rumah pun asek terlanggar bingkai pintu.

Nampak tak betapa overnya kaedah penceritaan aku ni.?


Untuk 3,4 hari ni aku runsing fikirkan keadaan kereta comel aku kat luar rumah tu. Kau pernah tak terbayang keadaan tapak pelupusan sampah kat satu cerun bukit, lepastu ada lori najis lalu tebing cerun tu, tergelincir. Lalu menumpahkan isi najis-najis tu ke dalam tapak pelupusan sampah tadi.

Ya.
Itulah keadaan kereta aku sekarang.


Apa usaha yang aku jalankan demi mengatasi keadaan ini?


Inilah.

Aku tolong merunsingkan otak sendiri sambil menaip blog.
Dengan harapan, ayah yang pinjam kereta bawak pergi surau tu akan bermurah hati bawak
terus kereta pergi cuci kat car park Giant belakang tu.



Amin.


Saturday, April 13, 2013

Memang Setahun Aku Tak Pergi 7-Eleven


Bismillah


Kejap.

Berat baldi ni.


*celup mop dalam baldi


Begitu haaaa..dia punya lama tak sentuh blog sendiri, ada la lebih kurang 16 dekad. Last entri pun rasanya sekitar zaman P. Ramlee darftar kelas darjah 2 Anggerik.


Tepi!Tepi!Artis nak makan!
*mengemop lantai blog


Bukan aku malas nak hapdet. Bukan sangat-sangat. Pernah ke aku bersifat malas selama ni? Pernah? Haaa... Perkataan malas tak ada pun dalam kamus hidup aku sebab minggu lepas da padam perkataan tu guna liquidpaper. 


*kait sawang kat siling blog


Sejak-sejak hidup berumahtangga ni, aku memang sibuk sangat.


Haaaaaa... Nampak?
Gosip sangat. Bhahahahahah!~


Pembetulan. 
Sejak-sejak hidup sebagai wanita kota yang berkerjaya ni, rekod tidur paling mulia aku pernah catat adalah start pukul 8.30 malam. Isyak pun pukul 4.00 pagi. Isyak ok. Isyak. Bukan tahajjud. 


Apa? 
Kenapa tak tahajjud.?


Ehm..emm...
Panas pulak telinga bila terpaksa perli diri sendiri ni.


Sudah. Sudah. 
Meh tukar topik.



Semalam aku bawak Iman teman keluar bungkus makanan. Dan harus bunuh diri lah kalau kedai makanan tu dah sah-sah tepi 7-Eleven,tapi Iman tak mintak jajan. Mustahil sangat namanya tu. Berbekalkan duit kais  pagi makan pagi aku dalam purse, aku bawak Iman masuk 7-Eleven. 

Aku  : Pilih satu je. Ciksu kata 1 barang je.


Mata Iman berpusing-pusing keliling 7-E. Nampak benar kerakusan dalam sanubari dia bila berdiri dikelilingi jajan. Aku ulang suara pada Iman..

Aku  : Satu je tau! Pilih satu je. Nak coklat ke, keropok ke, roti ke, biskut ke.


Iman masih buat survey keliling 7-E. Dah tawaf rak 2 kali, masih tak dapat buat pilihan.  Aku yang terkenal dengan sifat sabar-sabar-ayam ni pun tunggu kat tepi. Berapa minit lepas tu Iman tuding jari ke arah jajan yang dia nak sambil cakap...

Iman  : Yang tu lah ciksu.

Aku terkedu. 


Aku   : Nak itu? Dah kenapa nak yang tu pulak?
Iman  : Alaa.. Nak yang tu laaaa
Aku   : Buat apaa. Iman bukan guna pun. 
Iman  : Yelaa.. Tapi ciksu kan guna.


Orang kaunter 7-E dah mula pandang-pandang sengih. Aku cuma mampu tarik tangan Iman dan heret dia dari rak yang penuh Kotex tu.




p/s : Ha'ah kan Iman... Jajann sangaatttt..!~


Monday, February 25, 2013

Jangan Sampai Hati Guwa Penyek Digelek Bulldozer


Bismillah


Aku nak nukilkan dalam blog aku, cerita paling sadis untuk tahun 2013 ni. Nampak tak aku guna perkataan 'nukil' kat situ? Tu dia bukti betapa sadisnya cerita ni.

Suatu hari di ofis...


Aku angkat fon. Dalam tempoh 4 bulan baru kerja sini, dah beratus kali aku dail extention 208 untuk line production model ACB. Dan macam biasa, mangsa yang aku cari mestilah abang Hafiz. Tapi hari tu abang Hafiz tak ada, tapi ada staff ni yang angkat fon.


Aku : "Hello, abang Hafiz ada.?"

Staff : "Tak ada." 

Aku : "Oh.. Takpelah, nanti saya call balik."

Staff : "Aa..ini si orang cantik kan?"

Aku : Ha..?  *sebenarnya aku dengar, tapi saja nak dengar banyak kali..~

Staff : "Ini orang yang cantik itu kan?"

Aku : "Orang cantik? Siapa?" 

*buka tin cat merah..celup jari..sapu-sapu kat pipi~

Staff : "Orang baru yang cantik tu la..dari Blok A tu."

*angkat tin cat tinggi-tinggi..
 dongak kepala...

Aku : "Saya kat Blok A la ni. Awak cakap pasal siapa ye?" 

Staff : "Ini siapa ye?"

Aku : "Saya Farah.."

*...jirus cat merah atas muka~


Staff : "....oh.. tak apalah."


Dan talian terputus.


*batuk-batuk kecil...



Ya. Kadang-kadang kita hidup dalam dunia yang kejam.
Sudahlah..


Em.. Em..


*panjat klcc..



Moral : Yang penting, yakin.


Saturday, February 16, 2013

Wayang dan Kulit


Bismillah


Dah 3 hari demam, selsema, sakit tekak, batuk dan pening. Aku namakan ini pakej bulan-madu-di-awan-biru-tiada-yang-mengganggu. Nak feel lagi boleh sebut nama pakej sambil buat suara nyaring 17 oktaf macam Amy Search. Tengah menaip ni pun air hidung menitik-nitik atas keyboard ni. Haa.. jatuh atas 'spacebar'...               Haaa...dah bersih dah. Bhahahahhahaha!


Sejak-sejak ada akuarium ni, ayah sebok betul dengan ikan-ikan dia. Kadang tu tengah rumah senyap sunyi, tiba-tiba ayah gelak kuat-kuat gaya macam nampak penguin Antartika menari zapin. Ruapanya dia tengok ikan dia buat gaya jatuh bebas dalam akuarium. Hm..hm... Orang warga emas ni hiburan dia lain macam sikit,kan.? Nasib baiklah aku baru nak amik suntikan BCG minggu depan.


Haaa....Buat muka percaya sekarang, pelisss..


*toleh kanan

Ayah nampaknya sedang gagah membersihkan akuarium dia dengan mengaplikasikan teori tekanan di tempat tinggi akan turun ke tekanan di tempat rendah. Tu diaaa.. bekas pensyarah chemical Fizik. Apalah nasib dapat anak bangang Fizik. 


Harini aku ambik cuti sebab tak sehat. Walaupun harini Sabtu. Loser tak loser kerja Sabtu. Kesian abang-abang GSC dengan TGV, menanti kedatangan aku di hari Sabtu yang tak kunjung tiba. Ahhh.. tak heran la nak tengok movie raya cina ni. Minggu lepas nak gi usha cerita apa best kat cinema, Dari 8 cerita, 7 cerita semua cerita Mandarin. Rasa macam terkandas di Planet Kuih Bulan. Aku pernah je tengok movie kat cinema cerita Cantonese. Cerita apa ntah tajuknya. Tapi ada Afdlin berlakon. Memang tak menyesal tengok sebab kelakar macam bangkai. Dan tu sejarah satu-satunya cerita cina aku tengok kat movie sebanyak 3 kali. Aku ulang, 3 kali. Haruslah cina-cina seMalaysia peluk cium aku beramai-ramai tanda keamanan dan kemakmuran negara. Boleh?


Cerita Tamil kat movie belum pernah tengok pulak lagi. Selalunya cerita Tamil tak keluar kat cinema biasa. Ada cinema Tamil sendiri,kan? Wahh.. berani mati lah aku nak pergi cinema Tamil sorang-sorang. Dan cinema Tamil pulak memang tak ada bagi subtitle. Dah tu nak aku bawak kamus dwibahasa masuk cinema ke camne? Ke nak bawak Google Translate? Ke nak extreme sikit, pergi tengok wayang dengan manager India aku? Wow sangat.



p/s : Blogspot ni tak ada pembaharuan ke? Bosan ah. Hidup Twitter!


Sunday, February 10, 2013

Aku Atlet Tarian Singa


Bismillah



Oyehh cuti!cuti! 

*sarung kostume tarian singa..


Ehem. Baiklah. Entri ini sila bayangkan aku bercakap dalam kostum singa. Demi meluap-luapkan impak tahun baru cina harini. 


*Dum!Dum!Cenggg!!~ *lompat!~


Ikut salasilah, aku layak merayakan tahun baru cina ni sebab arwah nenek aku orang cina. Tapi bukan tentang genetik yang aku nak cakapkan. Sempena raya cina ni, kompeni aku bercuti dari Sabtu sampai Selasa. Sambung kompeni shutdown hari Rabu. So lama jugak lah cutinya. Betapa aku bosan sampai aku duk rayu-rayu kat ayah mintak balik kampung.


Nampak tak tahap tragis kebosanan aku tu. Kalau tak, nama nak balik kampung suka-suka?
Memang tak kuasa lahhhh~


*Bam!Bam!Dum!Cengg!!~ *guling-guling~


Pagi ni..

*gerak-gerakkan bulu mata singa laju-laju~


..aku nak pergi buat medical check up. Dan nak check sekali masalah-masalah kesihatan yang lain. Kalau doktor tu kacak luar biasa, mungkin aku akan check sekali masalah akidah, masalah laptop, masalah kesesakan lalulintas serta masalah global warming. Untung-untung dapat nombor telefon. Malam-malam duk Whatsapp dengan doktorrr kauuuuuu. Mohon jeles sambil berjalan kaki ke atas,kepala di bawah.


Owh, dulu waktu belajar. Aku ada berkawan dengan mamat bakal doktor ni. Memang tak pernah berayat-ayat chenta pun. Cumanya dia mintak aku tunggu dia balik Malaysia bila habis belajar. 


Perrghhh... 

Nampak takk betapa Ombak Rindu-nya cerita aku niii? Bhahahah. Geli,bhaii...


Dah. Cukup.


Entri ni tak ada tujuan khusus pun. 

*tanggal kostume singa..


Aku cuma nak ucap..

*bulu mata singa tersekat kat rambut~ Adeih~


..Selamat Tahun Baru Cina buat sedara-sedara aku belah cina dan masih beragama cina. walau di mana jua anda berada. 



*kesat peluh..Berat la gila kostume niee..~





Thursday, February 7, 2013

Tikar yang Power


Bismillah



Individu cenderung untuk back up apa yang diri sendiri alami supaya nampak lebih kukuh, stabil dan mampu berdiri lebih gah berbanding orang yang bertentangan.


Nampak.?

Macam bangang payahnya nak faham sebaris ayat kat atas tu kan? Biasa la tu. Ayat pertama mestilah bagi berbelit sikit. Baru terpercik-percik impak intelektual-bajet-setinggi-gunung gituuhhh..


Meh duduk sini meh.. Aku bagi contoh yang mudah.


Katakanlah, aku ni ada kereta Nissan Murano sebijik. Katakanlah ye. Dan jiran aku kononnya ada Scirocco putih sebijik. Aku akan kata lebih baik beli Murano. Tapi jiran aku kata, duit banyak, baik beli Scirocco. So, aku cakap, aku prefer Murano sebab ruang luas, boleh main sepak takraw kat seat belakang. Dan jiran aku akan argue, cakap Scirocco dia nampak solid, kecik dan design moden.

Atau contoh lain. Aku beli rumah baru dengan dinding kaler coklat gelap. Jiran aku pulak beli rumah dengan dinding kaler kuning cair. Bila ditanya, dia akan cakap dinding kaler tu buat rumah nampak lagi luas. Dan aku pulak akan cakap, dinding coklat gelap aku buat rumah nampak lebih warm dan cozy


Nampak tak macam mana dua-dua individu akan defend pilihan masing-masinglah yang terbaik?


Tentulah. Kalau hidup nak ikut pilihan orang lain, baik jadi orang lain. 
Ada point tak kat sini?


Sebenarnya, dua-dua pun tak salah. Sebab dua-dua pun ada alasan masing-masing. Pokoknya kat sini, bukanlah pokok krismas, tapi apa yang aku kejarkan dalam pemilihan kereta? Apa yang aku cari dalam pemilihan cat rumah?


Manusia ni sebenarnya suka mempersoalkan apa pilihan orang lain buat. Asal tak sependapat, tembak.

Bertanya tu memang tak salah, tapi cuba elakkan dari mintak orang lain supaya ikut atau setuju dengan pendapat kau. Adalah sebab-musababnya yang kita tak tau, dan orang taknak kita tau. So, biarkanlah. Dalam hidup, dalam setiap pilihan, mesti ada tujuan. Kita tau apa kita nak, samada kita nak rahsiakan atau nak orang tau, terpulang.


Tapi apa pun tujuannya, biarlah yang baik-baik dan tak bertentangan dengan syarak.


Allah pun kata, tak semestinya apa yang kita suka tu baik untuk kita. Dan tak semstinya apa yang kita tak suka tu buruk untuk kita.


Tambah tolak bahagi darab, pokoknya, tawakkal. 


Ramai orang suka sangka macamni..;


Tawakkal je tak cukup kalau tak usaha. Bagi kebanyakkan orang yang mendengar konsep tawakal ni rasa konsep ni sesuai untuk orang yang malas dan taknak majukan diri. Merasa serba cukup dan pasrah.


Salah tu abang-abang. Tawakkal dengan usaha memang sifatnya seiring sejalan. Kalau kita bertawakkal yang kita takkan lapar sebab yakin dengan rezeki Allah, itu betul. Tapi kalau nasik depan mata, nak harapkan tawakkal je, takdenye nasik tu boleh terbang masuk mulut. Usaha nak menyuap tu kena ada. Terma tawakkal tu tak wujud pun sebenarnya kalau tak ada usaha.

Yang malas dan taknak majukan diri tu bukan kategori tawakkal. Itu namanya pasrah. Orang yang dah putus asa biasanya cuma pasrah. Dan pasrah tu tak sama dengan tawakkal. Pasrah tu menyerah. Tawakkal tu berserah bersama keyakinan. 

Bak kata tazkirah Ustaz Kazim tadi, bila Siti Hajar dengan Nabi Ismail ditinggal dek Nabi Ibrahim kat tengah-tengah nowhere, Nabi Ibrahim cuma berpesan "Aku tinggalkan kamu bersama-sama Allah."(kenapa nabi tinggalkan diorang kat sana, tolong gi beli buku kisah nabi. Panjang sangat pulak nak ceritanya kat sini.) Dan Siti Hajar bertawakkal. Sebulat-bulat tawakkal. Tapi bila baby dia Nabi Ismail menangis-nangis lapar/haus, Siti Hajar bagai nak gila berlari ulang-alik 7x dari bukit Safa ke Marwah. Nampak tak konsep usaha dia kat sini? Kalau dia duduk je kira pasir kat selipar, takdenye anak dia kenyang. Tapi Siti hajar dapat ke cari sumber air hasil dari larian dia ulang-alik tu? Tak. Bukan dari usaha dia lari-lari tu yang dia dapat air, tapi dari hentakkan kaki Nabi Ismail yang tengah menangis.


Nampak tak?


Punca rezeki kita bukan semestinya dari apa yang kita kerjakan. Tapi mungkin dari sekeliling kita. Punca rezeki Siti Hajar bukan ada di bukit Safa. Bukan jugak Marwah. Bukan jugak di antara kedua-dua bukit. Tapi rupanya dekat kaki anak dia di sinunn. Tapi siapa kata usaha Hajar berlari-lari lama-lama tu sia-sia? Tak. Mungkin kalau dia tak lari, dia mesti duk dukung Nabi Ismail sambil dodoi-dodoi nak bagi stop menangis. Kalau dah dukung, mana nak datang scene hentak-hentak kaki sampai kuar air zam-zam tu.?


Semua benda jadi bersebab. Allah dah aturkan. Allah dah susun. Jalan utara mungkin jalan aku. Jalan selatan mungkin jalan kau. Tak ada orang yang malas atau taknak majukan diri. Tak ada orang yang nak hidup susah. Tak ada orang yang nak benda yang tak best. Tapi kadang-kadang yang tak best tu yang terbaik untuk dia.


Aplikasikan dalam kehidupan. Tawakkal tu susah. Memang susah. 



Sekian sesi menganyam tikar bersama aku.




* Nampak tak betapa panjangnya tikar aku anyam ni? Tak pasal-pasal.

Thursday, January 24, 2013

I Choose.


Bismillah



Things happen for a reason. 

I knew that it had rained.


For the different path i had taken that led me home,
For the pieces i had buried into the soul,
and for every single drop of blood i washed with tears.


Right in the middle of a concrete desert, i died.



So as a person who loves,
no one has been loving you like I did.

And so as a person who waits,
no one has been waiting for you like I did.



No floating ballons.
The body of years fly.
The spirits die.


Kiss the middle star a farewell in salty falls.
I had taken a long bath of prayers.



Farewell.




p/s : If only you are the raindrops.