Tuesday, December 25, 2012

Himpunan Soalan Mencabar Maruah


Bismillah


Berikut disiarkan himpunan-himpunan soalan paling genius taraf Bill Gates yang pernah diajukan pada aku:










Moga menjadi panduan kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil SPM tahun depan.



Moral : Kadang-kadang kena kawan juga dengan orang gila.


Sunday, December 23, 2012

Tips Medium Apply Kerja


Bismillah


Sebenarnya aku tak rasa nak menulis sekarang. Tadi usha-usha Google+, bila nak bangun dari kerusi tiba-tiba kaki terasa semut-semut. Pastu pulak terlanggar kaki kerusi. Tahu tak penderitaan waktu tu? Air mata aku dah bergenang tapi senyum sorang-sorang jugaklah depan laptop. Memang menuntut jihad namanya.

Dah 5 bulan lebih kurang aku kerja. Tak tau kenapa rasa macam dah lama gila aku berpura-pura sibuk di ofis. Sampai kadang-kadang aku nyaris sangka aku ni manager. *selak rambut~


Baik. Bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak kongsi sikit tips cari kerja ni. Bagi adik-adik yang dah final year, dah boleh cari-cari tempat kerja dan mula edarkan resume masing-masing. Bila akak sebut 'edar' ni, janganlah pulak kau berdiri depan pintu masuk Tesco atau Giant sambil hulur resume kau sekeping-sekeping kat semua orang yang lalu lalang. Atau janganlah terlebih extreme dengan naik lif sampai ke level paling tinggi, dan campak semua copy resume kau ke bawah. Dengan harapan semua orang berebut-rebut nak sambut resume-resume kau yang berterbangan tu. Amboi.. najis sangat perangai tu.


Beginilah..

*batuk-batuk kecil~

Mula-mula sekali, macam mana nak apply kerja sebenarnya. Sebenarnya ada banyak cara. Aku bagi cara paling senanglah ye. Tolong jangan apply kerja dengan mengetuk pintu rumah ke rumah. Pelis... Nak jadi pembantu rumah pun guna ejen ok. Secara kasarnya ada 5 cara ;


1. Dari website rasmi syarikat.

Mudah. Buka website, cari kata kunci 'career, hiring, recruitment,kerjaya' dan yang sedarah-daging dengannya. Ni cara paling selamat nak pastikan resume yang kau hantar tu sampai terus pada alamat yang dia bagi, samada alamat emel atau pos. Cara ni lebih sesuai kalau kau dah ada target company mana kau nak kerja nanti. Contohnya kau dah plan nak kerja dengan Sirim. Bukak terus website Sirim sendiri.

Yang tak cantiknya pasal cara ni, banyak website yang tak update website diorang. Bangang bunyinya,bukan? Aku pernah 3,4 kali tengok position yang di-offer dalam website tu due date applicationnya dah tamat beberapa bulan sebelumnya. Neraka tak perangai moderator website tu? Ni sebab company lebih suka iklankan peluang kerjaya dalam company melalui Jobstreet atau ejen-ejen lain. Lebih cepat, mudah dan banyak pilihan. Lebih cepat sebab majoriti pencari-pencari kerja ni memang mencari update-update terkini kerja dari Jobstreet. Sekali update masuk emel, 20 kerja kosong diorang boleh tau. Berbanding nak apply satu-satu kat website. Kalau nak apply 10 company, dah 10 website kena masuk. Belum kira nak kena register la, isi online resume la. Leceh kan.


2. Jobstreet

Jobstreet ni bagus untuk korang tau update-update terkini tentang kekosongan kerja. Tapi kalau nak harapkan Jobstreet semata, sampai kucing kau layak amek SPM pun belum tentu dapat kerja dari Jobstreet. Sebabnyaaaaaaa... orang yang apply kerja melalui Jobstreet ni teramat neraka ramainyaaa. Konsepnya, bila Jobstreet update ada kerja kosong kat bank A, dia takkan hantar update kat kau sorang je Kiah oii.. Nun haaa.. kat 10,000 orang yang lain pun dia hantar update jugak. Kalau dari 10,000 tu, tak payah banyak la aku bagi contoh.. Kata lah 5% je yang berminat nak apply. Mampu sangat mak nak bersaing dengan 500 applicants lain untuk satu kekosongan jawatan? Mohon meninggal.

Tapi kalau suka cara mudah dan cepat macamni, aku sarankan register dengan JobsCentral. Penggunanya tak seramai Jobstreet dan updatenya lebih niche berbanding Jobstreet. Atau boleh cuba JenJobs cuma Jenjobs ni tak mesra pengguna online. Bagi aku la, website Jenjobs ni macam kelam-kabut dan link yang dibagi pun macam haram.


3. Job agent

Yang ni lebih praktikal dari Jobstreet walaupun konsepnya lebih kurang Jobstreet jugak. Cuma lebih fokus sebab penggunanya tak ramai macam Jobstreet, JobsCentral atau Jenjobs. Contohnya kau cari kerja melalui Agensi Pekerjaan Janggut. 

Aku kata contoh.

Contoh.


Agensi Pekerjaan Janggut ni iklankan kerja kosong kat Kencana Jaya Holdings sebagai technician. Ada 200 orang apply sama macam kau. Dari 200 ni ejen akan screening dari resume kau dulu. Resume kau ok, cantik, mengagumkan dan penuh riak, kau boleh lepas screening kedua yakni interview dengan Agensi Pekerjaan Janggut. Bukan interview terus dengan Kencana Jaya Holdings ye! Stage ni mungkin tinggal 100 orang. Lepastu kena screening lagi, sampai yang qualified je akan di-propose namanya pada bahagian Human Resource Kencana Jaya Holdings. 

Bergantung pada agensi. Lain agensi, lain cara interviewnya. Bab interview ni aku kongsi kat next entri. Sekarang tak sempat. Pasni nak keluar shopping. Maklumla sejak kerja, baju rasa macam tak cukup je. Takkan nak pakai baju kotak-kotak tu gi kerja. Gila rasa otai. Nak pulak tambah rantai basikal sangkut kat leher kan. Paling dapat naik pangkatlah gayanya.

Hm..

Bukan susah nak lari topik.


4. Jobfair & Talk program

Pernah dengar? Bagi student-student ipta dan ipts, kalau dengar je ada jobfair ni, tolonglah pergi.Tak dapat yang jauh-jauh, tolonglah pergi yang dekat-dekat tu. Universiti dan kolej selalunya ada banyak aktiviti jobfair ni, especially yang tahun ketiga atau keempat. Datang bawak resume 10 salinan. Pergi booth-booth company yang kau minat, buat-buat tanya soalan, lempar resume sekeping, balik. Untung-untung rezeki murah, terus dipanggil interview on the spot kat booth tu jugak. Cara ni yang bagusnya, saingan tak banyak. Kalau buat kat universiti sendiri, bebudak batch kau gak yang hantar. Takdelah satu Malaysia. 

Atau bagi yang rajin ikut dengar program-program gaya Talk ni, sila hadir. Selalunya company-company yang bagi talk ni ada buka peluang untuk siapa-siapa yang berminat. Boleh hantar resume sekali. Nasib baik, dapatlah call dari diorang lepas beberapa hari. Kalau tak pun takpelah. Bukan rugi ape pun.

Tapi tolong ye.. Kalau kau gi Talk pasal party tupperware, tak payah nak bawak resume sangatlahhhh!


5. Practical Training

Atau Latihan Industri. Yang pastinya, kebanyakkan universiti memang cerdik. Selalunya LI ni dibuat tahun akhir, semester akhir. Jadi student yang perform kalau tak ada aral melintang, boleh terus stay kerja kat tempat LI. Tak payah berhenti kerja atau apply banyak kali. Tapi ni pilihan je. Kalau agak malas nak bergerak, kerja je lah terus. Dah ada pengalaman sikit, boleh dibuat modal nak cari kerja tempat lain. Senang sikit.



Next entri maybe aku share pasal interview. Kalau rajin la. Tapi hormon malas aku ni macam menggelegak je pulak. Entah kenapa entah...



Sunday, December 16, 2012

Ayah Aku Lagi Best Dari Pizza Hut


Bismillah



Suatu malam, lepas aku balik kerja dan baru nak duduk kat sofa, ayah baru balik dari masjid. Comel je dengan jubah dan kopiah dia, datang pada aku penuh excited bertanya..

"Iqa, Ustaz Firdaus asek suruh ayah buat Sawab? Ke Aswab? Iqa tolong buatkan, Qa. Dia kata senang kalau ada Sawab tu."


Tahik. 

Binatang apa Sawab, Aswab ni.? 


Aku berikan pandangan paling jijik sambil kecilkan sebelah mata dan kerutkan kening sebagai tanda protes tak faham apa kemahuan ayah sebenarnya. Otak aku tak dapat connect dengan baik setiap info yang masuk ke telinga menyebabkan refleksi aku tunggang-langgang dan sekatan jalanraya berlaku di kerongkong. Apa yang keluar dari mulut aku cuma berbunyi "Huh..??


Ayah nampak cuba sedaya upaya untuk mengolah ayat supaya aku faham apa yang dia nak katakan. Tapi gagal. Ayah kata lagi..

"Ustaz Firdaus kata senang ada Swap ni..."


Ok. Swap ni binatang apa pulak?


Aku buntu. Cuba huraikan hubungan konflik antara Sawab, Aswab dan Swap.Aku cuma boleh terbayangkan lelaki lingkungan umur 30-an yang pakai t-shirt warna cokelat muda, tengah buat kira-kira guna kalkulator sambil rujuk buku akaun lejar atas meja kayu kecil. Kemudian scene beralih pula pada seorang makcik berkain batik dengan baju kurung kedah yang tengah berjalan masuk ke kedai runcit milik lelaki tadi. 

Itulah dia Kedai Runcit Ahmad Sawab. 

Aku tak tahu kenapa gambaran ni bermain-main kat otak aku. Siap rupa Ahmad Sawab tu sekali aku leh bayangkan.


"...nanti boleh buat group discuss ramai-ramai. Ayah nak buat group dengan geng kelas Arab ayah." Ayah masih dalam proses mengolah contoh terbaik untuk buat aku faham.



Aku terfikir-fikir sendiri.
Group discussion dalam fon..?


Tiba-tiba terasa ada kurniaan hidayah Allah berkelip-kelip dalam otak. 


Oh. Ayahanda.




Whatsapp.






Moral : Ayah aku comel juga kadang-kadang. 


Saturday, December 8, 2012

Sebenarnya Aku Bukan Watak Utama



Bismillah


Baru aku nak renovate blog, dah nampak pesanan penaja ni :




Ya.. aku tau last entri aku adalah sebulan sepuluh hari yang lepas. Terima kasih sebab bertanya walaupun ayat kau tu macam berbelit sikit. Tapi memandangkan aku rakyat Malaysia berjiwa 1 Malaysia, aku masih boleh faham ayat belit kau tu.

Baiklah.

Disebabkan dah sebulan setengah aku tak update, maka aku sajikan entri ringkas dan bangang untuk tatapan khalayak. Kalau aku tepek entri berjela-jela sangat, risau juga.. Ye lah, keyboard lappy pun macam dah rapuh-rapuh. Taip sikit, berkecai.

Sekarang ni dah pukul 9.40 malam
Rumah kosong. Mama ayah pergi kenduri kahwin. Nun kat johor.


Lepas maghrib, aku fikir nak masak apa. 
Perut masih kenyang. Takkan nak masak nasik.


Selalunya bila mama tanya soalan 'nak masak apa eh harini.?'
Aku cuba menjadi seorang yang lucu dengan menjawab,
'kita fikir masak-masak je lah.'

Dan selalunya muka mama tak ada ekspresi. Aku kecik hati.
Bakat lucu aku semakin pudar.


Hmm..
Bukan tu yang aku nak ceritakan tadi.


Sedang aku berfikir-fikir nak masak apa, aku terpandang majalah atas lantai dapur depan tv.
Cantik je mukasurat majalah tu terbuka iklan gambar pancake.


Pancake.
Atau bila aku nak nampak ayu raudhah sikit, aku akan sebut lempeng.

Aku mula kumpul bahan untuk buat adunan pancake aku. Hujan kat luar lebat menggila.
Aku kacau-kacau adunan pancake tadi sambil cuba mempraktikkan gaya mengacau adunan dengan betul. Selalu tengok Masterchef US tu, katanya gaya mengacau adunan kena betul. 


Jap..

Bila aku sebut mengacau kat sini, apa yang aku maksudkan adalah 'memutar-mutar adunan pancake dalam bekas tadi menggunakan sudu'. 
Bukan mengacau seperti berkata 'hai awak..emm..boleh saya nak nombor telefon awak.?' sambil kenyit mata ke arah bekas adunan pancake aku tadi. 

Pelis jangan bangang sangat. 
Pelis..


Tengah aku mengacau-yakni-menggunakan-sudu adunan tadi, tiba-tiba guruh sekuat alam berdentum dan serentak tu rumah aku gelap gelita.

Dari teknik mengacau aku seperti profesyenel, terus aku mengacau bak pesakit Parkinson. Aku cuba cari punca cahaya samar-samar dari bulan, tapi tak ada. Dengan mangkuk adunan tu jugak aku meraba-raba jalan ke arah pintu. Aku bukak pintu dengan harapan cahaya bulan dari luar boleh masuk. Masih gelap. Cuma sesekali kilat sekelip mata.

Waktu tu lah otak aku berebut-rebut nak ingat balik segala babak cerita hantu yang pernah aku tengok sepanjang 24 tahun aku hidup. Lucu apakah ini.? Masa aku exam, otak aku takde pulak nak se-aktif macamtu. Biadap..biadap..

Hampir 2 minit aku tercegat pegang pintu yang terbukak luas sambil peluk mangkuk adunan pancake yang tak siap-siap. Aku nampak hujan ribut kat luar. Muka aku terkena percik-percik air hujan yang menggila. Aku berfikir-fikir. Aku tak berani nak pergi belakang ke dapur. Tapi jadah nya aku nak tercegat depan pintu ni sampai hujan berenti. Aku beranikan diri kunci balik pintu. Dengan bantuan lampu henpon, aku cari jalan ke dapur. Cari mancis dalam laci. Mangkuk adunan pancake aku letak atas meja. Terketar-ketar tangan cuba nak nyalakan mancis. Dalam hati aku kutuk diri sendiri. Nak nyalakan mancis pun gaya tenat habis. Total 8 bijik lilin berjaya aku nyalakan. Aku pegang satu kaki lilin dan bawak ke switchboard. Aku tarik kerusi. Panjat. On balik main switch. Dan rumah aku terang.

Oh Tuhan. Syukur.
Aku tarik nafas panjang tanda lega.
Waktu tu aku terasa sangat macho bila berjaya melalui saat-saat getir seorang diri. 
Dan bila berjaya terangkan rumah, aku terasa amat maskulin.
Dalam hati kata, kalaulah jiran sebelah nampak kualiti hero aku tadi..Pehh...


Aku turun kerusi. 
Jalan ke arah ruang tamu. Aku nekad nak tunggu mama ayah sampai dari johor.
Nak tunggu kat ruang tamu je. Tak berani nak naik tingkat atas.


Baru aku duduk,
rumah aku gelap gelita.



Dan kau kena tahu,
saat-saat maskulin tak datang selalu.



Dan sebenarnya watak utama untuk entri ni adalah
mangkuk adunan pancake.




Moral : Sekarang nampak tak ke-relevan-an tajuk entri aku.?