Wednesday, August 29, 2012

Ayah Den Idola Den



Bismillah





" Aku ada Master,
  aku ada Bachelor,
  aku ada sijil.
  Tapi aku tak tau nak buang ke mana semua tu.
  Tapi kalau kau hafal separuh Al-Quran,
  itu boleh bawak kau lebih jauh
  dengan nikmat yang lebih luas."


- Ayah



Bukanlah maksudnya tak perlu mencari ilmu di dunia. Ilmu tu wajib dicari. 
Selagi mampu, carilah. Selagi mampu, belajarlah tinggi-tinggi.
Sesetengah orang, bila disebut ilmu agama lebih penting, terus melenting.
Katanya kita berfikiran sempit, berasa cepat puas, taknak majukan diri.
Bukan semestinya bila orang itu namanya ustaz, 
dia cuma tahu ilmu agama dan bodoh tentang ekonomi,
atau bodoh tentang politik, atau bodoh tentang sains, atau bodoh tentang hal dunia.
Bukan itu.

Cuma,
andainya aku mampu belajar sampai korbankan tidur malam,
andainya aku mampu wat research pagi petang siang malam,
andainya orang panggil aku Doktor atau Professor,
hafal references buku tebal-tebal dengan tulisan font 8,
tapi bila solat balik-balik baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dengan An-Nas..

..malu lah dengan Tuhan.



Walaupun yang wajib tu Al-Fatihah. 
Tapi kalau dari sijil kita nak majukan diri dapat Diploma,
dari Diploma kita nak majukan diri dapat Degree, Master, PhD,
lebih lagi sepatutnya kita majukan diri dari duk ulang-ulang Surah Al-Ikhlas aje,kan.


Untunglah berjaya dunia dan akhirat.
Kalau tak berjaya dunia, biarlah berjaya akhirat. 
Kalau berjaya dunia, tapi tak berjaya akhirat, itu risau.




*pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri. 
 ketidaksukaan anda pada pendapat saya, tidak akan dihalang.



Wednesday, August 15, 2012

Kata-kata Aluan Pra-Raya Yang Menjengkelkan



Bismillah




Bapak segala pemalas di dunia aku sekarang. Tunggu blog osteoporisis baru nak hapdet. Ahh.. Kesahhh..!


Memandangkan semua sebok nak prepare untuk raya, sebok kejar ayam lembu di kampung wat sembelih, sebok memenuhkan almari rumah dengan baju raya dan juga sebok mengira berapa batang jari lagi yang tak meletup dek mercun, maka aku pun nak gak turut sama buat-buat bz. Barulah nampak gaya orang-orang penting. Saangaatttt...!


Selamat balik kampung kepada semua. Yang tak balik pulak tak perlu menangis sambil cucuk buluh lemang ke lubang hidung sendiri. Raya mana-mana pun ada sentimental value yang tersendiri. Maka selamat berselamat semuanyaaaaaaaaa...!~




Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri (semangat mengalahkan Lee Chong Wei)


Wednesday, August 1, 2012

Kerana Asam Itu Membunuhku



Bismillah



Hampir 20 tahun lepas, aku mula belajar berpuasa. Waktu tu aku masih belum sekolah. Aku ada sorang sepupu yg lebih muda dari aku. Afiq nama dia. Tahun tu aku baru belajar puasa. Afiq pun nak belajar puasa.

Mana boleh. Dia lagi muda dari aku. Mana boleh dia dapat puasa penuh kalau aku tak dapat puasa penuh. Entah mana datang perangai hasad dengki shaiton waktu tu. Bila kenang-kenang balik, agak kagum jugak aku pada level kedengkian diri sendiri waktu kecik lagi.

Sambung cerita. Waktu tu baru pukul 11 pagi. Dah nak masuk tengahari. Afiq masih lagi gigih berpuasa. Aku mulai stress. Aku bingit betul kalau kena banding-banding dengan mak, maksu dan ahli keluarga lain tentang ke-terer-an Afiq yang jauh lebih muda dari aku tapi mampu menyaingi aku dalam acara berpuasa 400meter. Mana boleh..mana boleh..

Siang tu aku bawa Afiq turun dapur. Aku tunjukkan dia jajan asam yang aku beli malam sebelumnya. Aku makan tak habis malam tu sebab masam sangat. Tak sedap. Pembaziran lagi. Haruslah shaiton suka kawan dengan aku kan. Aku cakap kat Afiq...

"Sedap ni asam ni. Cuba la makan." 

Boleh tahan jahanam perangai kecik-kecik menghasut orang supaya buka puasa. Gila berdosanya diriku ini. Afiq pandang plastik asam dengan mata bercahaya, tapi lepas tu Afiq kata...

"Taknak lah.. Nanti masam.."

Kuang aja..
Berani dia membantah cubaan bisikan nafsu hasad dengki aku ni. Aku cuba yakinkan Afiq.

"Taklahh. Tak masam. Sedap je. Cuba la rasa sikit." Masih berusaha.

Afiq geleng-geleng. "Masam.". Masih berpegang pada paksi keimanan nampaknya budak 3 tahun lebih ni.


Penat argue seminit,dua. Aku geram. 

"Kak Iqa kata tak masam, tak masam lahh. Sedapp! Tak caya, tengok.." kata aku, lantas aku melakukan suatu bentuk demonstrasi terhadap asam itu. Dalam sekelip mata kepingan kecil asam tu berguling-guling dalam mulut aku. 


Aku terdiam tiba-tiba. Terkebil-kebil.


Aku pandang Afiq. Afiq terkebil-kebil pandang aku sebelum blah dan kata..


"Masam ah."





Moral : Aku berjaya puasa sampai pukul 11 pagi. *hnssfff hnnssff....~