Friday, July 20, 2012

Entri Gula-gula Picisan



Bismillah



Komfem ramai duk post entri puasa ni. Bagi orang yang puasa tak penuh macam aku, terasa malu lah nak buat entri puasa sehari sebelum Ramadhan. 


Aku masih ingat entri-entri yang aku putarbelitkan setahun yang lepas. Alih-alih esok dah sampai Ramadhan lagi. Rasa macam masa cepat sangat berjalan walaupun aku tak berapa nak komfem yang masa tu ada kaki ke tidak.


Tak perasan ke cubaan lawak loyar buruk aku yang gagal di atas tadi..?

Hmm.. Tak ada penonton gelak nampaknya.
Terluka hatiku.

Takpe..takpe. Ayuh tukar topik.


Seminggu lepas Angah aku beranak sudah. Secara tak langsung tanggungjawab aku bertambah kena jaga anak-anak saudara. Tapi melihatkan kredibiliti aku sebagai makcik yang pengasih dan penyayang, aku rasa tak ada masalah. Hah... Sekarang nampak tak cubaan masuk-lif-tekan-butang-sendiri aku tadi.? 

Dan atas faktor itu, aku berfikir untuk mula bekerja Isnin ni 23 Julai. Walhal ikutkan hati aku nak kerja lepas raya je. Gila tak feeling kerja bulan puasa kan. Bayangan-bayangan suci aku mengemas meja dengan gaya amboi-bajet-keje-banyak-nak-mati bila jam tepat pukul 1 tengahari untuk bergegas makan, nampaknya tidak kesampaian. Ahh.. Pedih hulu hati camneh.

Aku kalau boleh nak ngulur kat anak-anak saudara aku nanti duit raya. Kalau ada rezeki lebih nak ngulur kat mak ayah aku jugak bulan pertama kerja kan. Aku tak bercadang nak kerja lama sebab niat nak sambung belajar tu ada. Cuma atas faktor malas dan miskin ni yang niat terbantut tu. Jadi kepada sesiapa individu kaya yang nak support aku sambung belajar, memang dialu-alukan lah ye. Tapi tak ada refund, harap maaf.


Doakan aku serasi dengan kerja ni ye. 

Dan selamat berpuasa. Tolong hentikan taktik simpan karipap sahur pagi tadi dalam laci meja untuk ponteng puasa. 

Tu semua taktik klasik. 

Zaman sekarang orang simpan dalam beg laptop. * sambil lap beg laptop yang penuh semut~



Saturday, July 14, 2012

Speech-less



Bismillah









When the positive adrenalin overflowed just by one look.
That sort of feeling you wouldn't just passed.