Saturday, June 30, 2012

Kerana Aku Cuma Orang Kampung



Bismillah




Semua orang tahu apa refreshment yang wujud kat cinema-cinema seluruh dunia. Yang paling popular haruslah popcorn dan air berkarbonat. Selain tu ada Twisties, coklat, dan sebagainya. 

Itu normal.



Suatu waktu dahulu, Cathay Cineplax buat survey dan mintak opinion dari customer-customer panggung mereka.

Sila baca elok-elok. 

Panggung ok.
Panggung.



Semua orang diedarkan sehelai kertas bertanyakan pendapat 
"Apakah snack yang sesuai bagi menggantikan popcorn.?"


Kertas situ tertulis..    'Aiskrim'.

Kertas sana tertulis..    'Cotton candy'.



Tapi kertas sini unik.

Kertas sini tertulis...






... kuey tiaw kerang.






*cerita adaptasi



Wednesday, June 27, 2012

Yang Senang Disebut Itu Yang Susah



Bismillah




Betul lah tu. Benda senang kat dunia ni mmg susah nak dibuat. Aku bagi satu contoh la. Sedekah.

Ya..ya.. tahu. Sedekah ni memang satu proses yang susah. Kalau tengah duduk makan kat gerai, tiba-tiba ada pakcik buta bertongkat datang dengan pinggang bergantung tisu-tisu kecil. Oh sungguh susah bagi sesetengah orang nak keluarkan barang seringgit dua. Ye lah, nak berhenti makan tu bukan senang. Kena letak sudu, garfu. Kena alih pinggan sikit takut terlanggar. Kena tolak kerusi ke belakang, angkat punggung. Nak-nak badan berat pulak kan..makin susah la nak angkat punggung. Nak keluarkan wallet kat poket belakang lagi. Pulak tu wallet dicipta penuh bentuk dan gaya yang komplikasinya tahap kostum Maharaja China Dinasti Ching. 

Oh susahh!


Maka mari kita beralih pada bentuk sedekah yang satu tingkat lebih mudah. Yakni, menghilangkan halangan di laluan untuk kesenangan orang ramai. Atau contoh termudah, kau jalan kat koridor nak ke toilet, ada bola snooker sebijik kaler merah kat tengah-tengah jalan tu. Kau tunduk, ambil, buang. Dah siap satu sedekah. Satu sen pun tak payah keluar.

Oh kenapa bola snooker?
Korang ada masalah dengan bola snooker ke?

Takde? Sila diam-diam.


Dan tolong jangan bebal sangat bila aku bagi contoh camni, korang nampak duri landak kat tengah-tengah jalan lalu korang biarkan saja. Bila tanya 'kenapa tak alihkan duri landak tersebut?' Korang nak jawab 'sebab contoh diberi cuma bola snooker.' Ayuh ke mari! Sesi menampar bakal berlangsung!


Percaya atau tidak, itulah intro untuk entri ni. Haaa.. Yang mana dah letih tu boleh pergi buat air sirap sejuk sikit. Yang mana terbaca waktu bulan Ramadhan tu, boleh habiskan Terawih dulu pastu nanti sambung.


Aku nak bercerita tentang satu konsep yang masih aku sedang gilap, insyaAllah. Yang bunyinya senang, tapi implementation-nya susah. Yakni, tawakal.

Senang nak sebut. Sebut nama hospital pun boleh. Bila tanya apa maksud tawakal ni, semua orang tau maknanya berserah. 'Berserah' itu adalah sesuatu yang susah gila, kau tahu takkk?? 


Eh, kenapa tiba-tiba ada aura patriotik di situ?

Hmm ehem.. Ulang suara..


'Berserah' itu adalah sesuatu yang susah gila..kau tahukah..? 


Dan tawakal tu bukan sekadar berserah kosong. Tawakal itu 'penyerahan secara total' kepada apa pun yang Allah tentukan dengan kepercayaan yang terbaik dariNya. Dua konsep besar di sini adalah 'berserah' dan 'percaya'.


Contoh yang semua orang pernah lalui atau sedang lalui. Exam. Ya aku tahu contoh ini cliche. Tapi kalau bagi contoh tahap Maharaja China Dinasti Hu nanti ada yang tak faham. Baik. Selesai proses study, selesai proses menjawab exam. Cuma tunggu hari announcement result. Maka dari habis masa menjawab exam dan pengawas peperiksaan suruh berhenti menulis, sampailah waktu tangan nak klik check result, itulah tempoh tawakal yang dilalui. Iringan doa itu tak susah, kan? Berdoa semua orang tahu. dan doa waktu-waktu susah SAHAJA tu memang ramai yang expert...kan..?


Eh panas pulak telinga bila perli diri sendiri ni. Hmpphhhh..!


Tapi siapa boleh bagi 100% jaminan bahawa sepanjang tempoh tu, tak terlintas dalam hati bunyi-bunyian seperti..

"Kalau fail macamana..."

"Kalau dapat B nanti jatuh la CGPA.." (gila..aku dapat B pun dah bersyukur tahu?? Lempang kang..)

"Kalau kertas aku terbakar macamana.."


Tak ramai yang boleh lupakan saja semua dan cuma kata 'InsyaAllah. Aku tawakal saje..' dengan penuh kepercayaan bahawa Allah boleh handle. 

Ya. Allah boleh handle. Maka biarlah Dia handle. Setakat subjek Add-Math atau Programming tu bagi Allah kacang gila ok. Maka bila kata tawakal, berserahlah. Berserah sungguh-sungguh. Jangan sekat-sekat. Dan percayalah. Percaya sungguh-sungguh- Jangan sekat-sekat.


Memang susah nak elak rasa ragu-ragu kalau keputusan tak elok. Doa aja yang tinggal. Maka berdoa pun sungguh-sungguh. Jangan sekat-sekat. Orang kiri kanan depan belakang mungkin akan duk berlawak tentang keputusan kau yang entahkan elok entahkan tidak. Kata-kata itu doa. Dan bila mereka dah berdoa macamtu, lawanlah. Lawan jugak dengan doa. Berharap dalam doa. Dan percaya dalam doa. 


"Aku mengikut persangkaan hamba-hamba-Ku.."

..kalau baik yang kita sangkakan pada Allah, maka baiklah Allah pada kita.


Andai takdirnya apa yang kau harapkan A tu akhirnya dapat A-. Cukup. Itu yang terbaik untuk kau, untuk hal itu, untuk waktu itu. Makanya cukup. Adalah sebabnya kenapa itu yang Allah bagi dan sebabnya tu kita tak tahu. Jangan persoalkan. Jangan bagi syarat pada Allah. Allah dah susun semuanya cantik mengikut strategi Allah sendiri. Allah tahu kerja Allah.


Aku pun masih dalam proses menyempurnakan konsep tawakal bila waktu aku bertawakal. Serius tak se-senang menyebut. Cantiknya ibadah tawakal ni tak terzahir macam ibadah yang lain. Puasa nampak berpuasa. Bila ibadah yang dinampak orang, boleh timbul rasa riak. Mengaji dinampak orang. Bila timbul rasa nak menunjuk, maka datang riak. Tawakal tu tersembunyi. Tak perlu pong-pang-pong-pang bercerita hebat. Tawakal ni bila jadi, menusuk kat hati. Dan yang keluar dari mulut adalah 'Alhamdulillah'.


Ya. Memang selalu orang kata kalau usaha sungguh-sungguh, mesti dapat lagi elok. Walhal kau dah usaha sesungguh kau. Tapi selalunya kawan-kawan dan orang sekeliling yang bergolongan hebat dan berdarjat tinggi ada moto hidup sendiri. Moto hidup yang lebih kurang sama. 'Semua benda dalam dunia ni kalau nak berjaya kena ada usaha! Second place is not number one and that means you lose." Kepala hotak!! Mana perginya perasaan bersyukur kau tuu?? 


Ini dilema zaman moden. Orang mengejar dunia dengan berpegangkan konsep usaha terlalu tinggi. Nak mengejar kejayaan bermati-matian. Prosesnya dah betul, tapi kesudahannya salah. Bila dah berjaya, katanya 'sebab aku usaha kuat. Aku kerja pagi petang siang malam. Kejar client. Cari contact. Nak berjaya kena usaha.' 

Betul. Dah cantik. Cumanya kau berjaya bukan sebab usaha kuat. Kau berjaya sebab Allah bagi kesihatan untuk kerja siang malam pagi petang. Allah bagi masa untuk kau kejar client. Allah bagi laluan untuk dapat contact bagai. Semua Allah bagi. Apa salahnya sebut Alhamdulillah.?


Tak kira fesyen telefon cawan kertas bersambung benang, mahupun fesyen telefon touch screen. Agama tu tak pernah berubah ikut fesyen. Dia tetap nombor satu. Utamakan.


 Cuba pelan-pelan. Kita sama-sama belajar. 



Saturday, June 23, 2012

Kegelian Di Waktu Cuti



Bismillah



Geli pulak mengenangkan ada member-member suruh hapdet blog. Terasa bajet Cameron Diaz di situ. 2 hari lepas result final exam aku keluar. Maka dengan rasminya aku menjadi penganggur tetap selama dua hari ni. Entah sampai bila, aku pun tak tahu. 

Sudah lah.. geli pulak nak cerita tentang kerja lepas dua hari keluar result. Jadi izinkan aku lagha dulu lah sekarang ni. 

Hari keluar result tu juga hari parent aku balik dari holiday. Menjelajah tanah Eropah, merentasi 8 buah negara. Bencinya... Tapi nak benci sangat pun mak ayah sendiri jugak. Esok bangun jadi batu kang siapa nak bertanggungjawab?

Dalam beratus gambar, ada beberapa gambar yang aku rasa sungguh pilu melihatnya...








dan juga ini walaupun aku bukan fan mereka...




Fine. Fine.


Walaubagaimana pun, terima kasih kepada parent sebab masih ingat anak kandung di kampung halaman..




Nampaknya kena terima hakikat. Cucu diutamakan. Sekarang boleh nangis pelan-pelan belakang pintu bilik. Siapalah aku ni...


Haa..
Nampak tak gaya kufur nikmat aku? Istighfar sikit pelissss.. *tepuk-tepuk bahu sendiri~


Memandangkan sekarang dah pukul 12 tengah malam, eloklah aku tunggu bola Germany vs Greece pukul 2 pagi nanti. Dan tolong.. 

Tolong jangan persoalkan 'kenapa sanggup sengkang mata tengok bola tapi qiamulail tak buat..?'... 


Tolong...

Tak nampak aku dah menyorok bawah sofa ni..?


Ehh.. Cantiknya langit tu..! *sambil jari tuding langit luar tingkap~



Nampak tak macamana taktik aku taknak jawab persoalan qiamulail tuhh..? Nampak? Nampak?





Oh ya.
Antara German dengan Greece aku sokong mana.?





Aku sokong Selangor FC.




Thursday, June 14, 2012

Hari Merdeka Di Bulan Jun



Bismillah



Alhamdulillah, tamat degree sudah!






Izinkan aku lupa diri dalam 2 minggu ni.

Nak pergi packing buku, letak dalam kotak, balut dengan plastik, pagar dengan papan, kunci dengan mangga besi, kambus dalam tanah...


... atau campak dalam laut.?


Owh jangan..jangan..
Ilmu tu.


Sampai mati aku terus belajar, insyaAllah~



Tuesday, June 5, 2012

Satu Waktu Di Satu Sudut ..



Bismillah





Tepi tingkap bilik.
Menghadap meja study.
Duduk bersila atas kerusi.
Rambut bertutup dengan tuala.
Mata renung buku teks atas meja.
Otak kosong.
Kepala tunduk..



















..airmata menitik.

Monday, June 4, 2012

Entri Buat Penat Baca



Bismillah



Aku mau tulis something,
tapi aku malu ..





(gerak cursor, klik publish.)



*jangan tampar saya~