Thursday, May 31, 2012

Tips Study Untuk Exam Gaya Tak Efektif


Bismillah


Sekarang ni universiti banyak tengah berdepan dengan musim final exam. Ya. Akulah salah seorang mangsanya. Dari darjah satu aku kena jawab peperiksaan. Korang ingat aku dah tak ada kerja lain nak buat?


Aku dah lama tak tulis tentang tips. Ye lah kan.. Memandangkan setiap kali aku bagi tips, ada je disusuli dengan berita kehilangan jiwa pada keesokan harinya. Emm.. Emm.. Jadi memandangkan bila aku takde bagi tips pun, kemalangan jiwa tetap berlaku, maka aku bagilah sekarang ya. Tak ada beza pun kan.


Tips Study / Revise untuk Exam (Cara Saya)

Hah!

Tengok. Baru bagi tajuk topik dah ramai yang mencarut. Aku tau aku tak sesuai nak bagi tips-tips berfaedah macamni. Tapi kau rasa aku kesah ke.?

Tips 1 :
Mula dengan doa penerang hati. Alahh.. yang selalu korang baca sebelum start kelas waktu sekolah-sekolah dulu. Tak perlu doa panjang-panjang macam tajuk Rancangan Malaysia Ke-9 dalam buku teks Sejarah form 5. Pendek sudah cukup, asalkan doa.

Apa? Dulu tak pernah baca?

Canteekkkkkkkkk...!


Walaupun tips ini agak cliche, tapi ini serius. InsyaAllah walaupun korang baca menggunakan kaedah 'Malas', apa yang korang baca tu akan melekat kat kepala. Tak perlu nak ikat kain kat kepala gaya gigih sangat. Oh ya.. Kalau tak keberatan, start study dalam keadaan berwudhu'. 


Tips 2 :
Pilih waktu yang sesuai. Waktu all-time favourite aku untuk study adalah malam dan awal pagi. Waktu macamni adalah lebih sejuk, tenang dan senyap. Lebih mudah info nak masuk dalam kepala. Tapi bila ada banyak subjek yang nak study, waktu-waktu begini memang tak cukup.

So, bila subjek yang aku nak study tu melibatkan nombor dan kira-kira, aku pilih waktu petang. Subjek yang perlukan aku untuk membaca, aku pilih waktu malam atau pagi. Aku ingat lagi cikgu aku bagitau masa nak UPSR tentang benda ni. Dan aku jarang study tengahari sebab faktor panas dan mengantuk boleh bikin kalkulator aku menemui ajal di dalam bakul sampah.


Tips 3 :
Jangan study secara konsisten untuk jangka masa yang lama. Katalah aku dah bernawaitu-sawma-ghodin nak start sesi study selama 2 jam, jangan mimpilah aku duk istiqamah depan buku tu 2 jam.Gila apa? Selalunya lepas study secara konsisten dan fokus selama setengah jam, aku akan ada waktu kecederaan barang 2,3 minit untuk aku berfoya-foya. Lepastu baru start balik selama setengah jam. Ada eloknya di waktu kecederaan tu stretchkan badan, jari, tangan, kaki dan medula oblongata supaya lebih segar.

Ni terpulang pada individu. Kalau dah set nak study selama 3 jam, mungkin masa kecederaan boleh dibuat tiap 40 minit. Kalau tahap fokus dan gigih korang boleh straight sejam setengah, terpulanglah. Tips ni untuk elak aku rasa bosan waktu study je.

Tapi pelis jangan kata kau nak masa kecederaan setiap 10 minit kalau kau set nak study 20 minit je. Elok pergi tampar diri sendiri. Aku juga boleh tolong tampar kau untuk impak yang lebih meriah.

Tips 4 :
Jangan paksa otak. Ya, sebab kalau dah bengap tu bengap jugalah kan.

Ehh bukan, bukan.

Maksud aku kat sini, bila sampai satu maklumat yang aku tak boleh nak faham, tak kira macamana aku ulang-ulang baca ayat tu sampai mata aku terhakis sekalipun, aku masih tak dapat nak faham, maka berhentilah. Aku akan pergi cari air. Minum-minum dulu. Berak jika perlu. Bila agak-agak hakisan di mata tadi mula berkurang, baru aku start balik baca kat mana yang aku berhenti tadi. InsyaAllah, selalunya second time approach maklumat senang nak masuk tanpa dipaksa-paksa.

Tips 5 :
Kadang-kadang, bila hormon Rajin-Melampau mula aktif, aku cenderung untuk study hingga mulut buih. Tapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang elok untuk otak sebab otak jadi stress, mata jadi stress dan badan pun jadi stress. Aku masih ingat masa kem kecemerlangan dulu..


Apa?

Pelis ok.. kem kecemerlangan tak semestinya disertai oleh pelajar cemerlang. Yang tak berapa nak cemerlang pun boleh join.


Hahh..Tak payah nak pandang-pandang aku sangatlahhh.

*baling kalkulator~

Emm..enm.. Izinkan aku sambung.

Fasilitator tu pernah kata, kalau dalam keadaan tak berminat nak study tapi kena study, maka standby sesuatu yang boleh release tension kita bersama-sama di sebelah. Itu akan motivate diri korang untuk stay study. Contohnya bagi yang suka coklat, prepare coklat kat sebelah time study. Sambil study, sambil makan coklat. Atau handphone. Lepas satu chapter, stop jap, main mesej. Lepas satu subtopik, stop jap, main Twitter (aku la nie). Lepas jawab satu soalan latihan yang panjang dan susah, stop jap, melukis. Secara tak langsung benda ni akan buat kita keep on going study secara sedar tak sedar sehingga berjam-jam, berchapter-chapter sebab sentiasa fresh dan tak restless atau bosan.

Tapi ini bahaya bagi mereka yang kalah dengan benda-benda yang mereka suka tu. Ada yang bila dah makan coklat, terus khusyuk sampai habis satu coklar bar saiz XXL. Pastu kenyang, nantok, tido. Takpun bagi yang setiap minit update status Twitter atau FB, itu bahaya. Jangan ada yang update blog time tengah study pulak. Haruslah minggu depan baru kau sambung study.

Tips 6 :
Baca notes sendiri. Aku tak boleh masuk kepala kalau baca notes orang lain atau notes yang lecturer bagi. Aku kena tulis sendiri. Yang ni perlukan kegagahan individu untuk mencatit nota dengan pantas tiap kali tengah lecture. Sebab kita cenderung untuk ingat apa yang kita tulis berbanding baca apa yang orang tulis. Kaedah ni dah boleh save masa study sebab dah ingat 30%-40% waktu tulis notes sendiri. 

Tapi kadang-kadang aku malas jugak. Ada jugak chapter-chapter yang aku bergantung dengan notes lecturer bagi. Tapi haruslah aku conteng notes tu dengan tambahan nota sendiri sampai kotor. Serius. Aku lebih senang faham notes sendiri yang kotor dan serabut dari nota yang kemas ber-print-kan tulisan komputer.


*     *     *     *     *     *

Exam aku start 4 Jun. Dah tak lama lagi. Tak boleh buang masa. Tak kira macamana pun kaedah yang aku guna, aku harus study. Tak boleh malas-malas dan tidur banyak.


Goodluck kepada semua mangsa-mangsa exam seluruh Malaysia.


Aku nak pergi tido dulu sekejap ni.

Emm..emm..



Wednesday, May 23, 2012

Kelemahan Keyboard Laptop dan PC atau Keypad Qwerty


Bismillah


Aku baru discover satu lagi kelemahan keypad jenis qwerty atau keyboard seperti laptop dan pc anda.


Perasan tak huruf  'i'  dan huruf  'o'  adalah bersebelahan?



Itu hari aku tengah chat YM sama member.

Aku nak tulis '..jawab soalan ...'


Aku tertulis '..jawab sialan ...'.



... Sumpah itu terjadi tanpa niat. Sumpah. 









Sunday, May 20, 2012

Aku Manusia Biasa Yang Kadang-kadang Nak Mengkritik



Bismillah



Manusia ni, tak boleh buat baik sikit, atau cakap benda agama sikit, mesti ada yang tak suka akan kata 'Ala...nak tunjuk baik je tu..'

Bila yang berbuat baik tu adalah orang-orang yang memang alim, dia buatlah apa pun, semuanya terkecuali dari dipandang tak baik. Tapi bila orang yang biasa-biasa ni nak buat baik, adalah mulut berbunyi. Kononnya bila kau tak alim, kau tak sesuai nak bercakap hal agama.


Buat baik dan tunjuk baik adalah dua benda yang sangat tak berkaitan.


Buat baik.

Tak perlu ada situasi yang spesifik pun nak buat baik dari segi agama. Aku pun tak tahu, tapi ini pendapat akulah. Bila ada orang perangai shaiton, atau rambut merah, atau pakai skirt pendek, atau lelaki tindik telinga, dan mereka sentuh soal agama, semua orang pandang slack. Termasuk aku. Aku mengaku. Kadang-kadang terasa diri lagi bagus dari orang macamtu. Kadang-kadang rasa diorang tak layak nak bercakap soal agama. Tapi kita lupa. Belum tentu iman kita lagi tebal dari diorang. Perempuan pe***** itu masuk syurga hanya sebab bagi anjing yang haus minum air. Belum tentu kita mati dalam islam dan mereka mati dalam munafik. Belum tentu. 

Tunjuk baik.

Ini susah nak cakap sebab ini bergantung kat niat. Kalau aku cakap 'harini buka puasa kat bla bla bla...'

Akan ada orang nampak ayat ni sebagai just nak bagitahu aku buka puasa kat mana. Tapi akan ada jugak orang akan nampak ayat ni sebagai menunjuk yang harini aku puasa sunat. Oh, baiknya aku~ 

Faham tak? Sudahnya, semua bergantung pada niat aku yang menulis. Kalau betul niat, maka luruslah. Kalau salah niat aku, maka sengetlah.

Memang kita akan fikir, 'pedulikan apa orang nak kata'. Memang tanggungjawab setiap orang untuk selalu bersangka-baik. Tapi pelis,lah... Aku manusia kot. Kadang-kadang aku sendiri gagal nak bersangka-baik. Jadi aku tahu aku pun selalu disangka-buruk. Bukan aku buruk. Aku cantik. Eh?? Sempat lagi???

Klik button 'share' atau 'retweet' benda-benda islamik, tak menandakan kita seorang islamik. Sila faham. Tu sekali lagi bergantung pada niat. Tulis quote islamik, tidak menandakan aras iman di mata Allah. Ada orang rasa bila klik button tu, orang akan nampak kita sebagai seorang yang islamik, tapi ada juga yang rasa kita amat bajet untuk share benda-benda macamtu. 

Kalau dengan share benda-benda islamik tu kita rasa cukup untuk meng-gah-kan islam, maknanya kita silap besar. Kalau kita share benda tu untuk tunjuk refleksi pada orang lain bahawasanya aku-pun-tau-jugak-bab-agama, lebih besar silap kita. Kalau kita share benda tu sebab benda tu ada efek pada diri sendiri dan harap orang lain pun dapat efek yang sama, maka silakanlah. Siapa tahu benda yang kita share tu boleh bawak kebaikan pada orang lain. Tapi asasnya sekarang, apa niat kita?

Hal niat memang bukan dalam bidang kuasa manusia. Kalau aku kata 'malam ni tarawih kat Masjid Tunku Mizan pulak~' pada waktu bulan Ramadhan, mungkin orang tak rasa aku menunjuk sebab waktu bulan puasa, solat tarawih tu adalah perkara biasa. Macam korang duk 4Square masjid mana korang gi solat Jumaat,kan? Tapi kalau aku cakap 'tengah nak masuk duit kat tabung masjid nieee..'.. tidak kah korang semua rasa nak lastik aku dengan laju-laju? Atau aku cakap 'baru lepas solat n mengaji. Pasni nak baca Yaasin n solat Taubat~'. Korang fikir apa? 

Maaf cakap, tapi aku rasa benda macamtu takde faedah untuk nak dikongsi dengan orang lain. 10 kali lebih digalakkan untuk klik je button 'share' dan 'retweet' quote-quote islamik itu, sekurang-kurangnya dapat bagi peringatan kat orang lain. Kadang-kadang aku macamtu jugak. Siyes. Ini bapak segala jujur dah aku mengaku ni. Tapi cubalah.. Kita je tahu apa niat kita. Bila mulut dah mula nak sebut,.. stop. Bila tangan dah mula menaip,.. Backspace. Backspace. Backspace. Sampai niat kita betul, maka silakanlah.

Ini bukan tentang cakap-cakap 'harini nak makan nasik ayam femes kat JB!' atau 'dapat Dean's List!' atau 'pakwe i bagi hadiah tedi beaarr!shukeeww..!~'. Itu kegembiraan kau, kami tak kisah. Kadang-kadang statement bodoh macamtu buat kami senyum, itu pun sudah ok. Tapi bila sampai bab agama, kami nak kita bersama-sama. 

Aku tak point kat siapa-siapa. Sebab semua kategori di atas aku berani jamin selama 24 tahun hidup, semua perkara di atas aku pernah buat, pernah rasa, pernah nampak. Mungkin entri ni pun korang akan kategorikan sebagai 'tunjuk baik'. Ahh lantakk. Aku tak kata aku bajet islamik atau aku betul-betul islamik bila tulis entri ni. Anggaplah entri ni sebagai satu 'klik button share' dari aku.



p/s  : Tak senang aku nak tulis ni tanpa rasa bersalah akan menyakitkan hati sesiapa.
        Tak senang aku tulis ni tanpa jaminan yang aku pun akan sama 2x5.
        Tapi kita cuba sama-sama. Tak jadi, takpe. Janji cuba.




** thanx bez untuk teguran fakta.

Saturday, May 19, 2012

Kesedihan Dalam Kekenyangan


Bismillah



17hb Mei lepas adalah hari kelas terakhir aku di semester ini. Juga kelas terakhir sepanjang kehidupan aku di Uni aku sekarang. Lepas dari kelas tu, rakan-rakan yang juga junior aku telah membelanja aku sempena belated birthday dan jugak ala-ala farewell untuk aku. Ini adalah ke-ter-haruan-makan-anak.


Mereka bawa aku makan kat Seoul Garden, di KL City Festival Mall, Setapak. Aku percaya ramai antara korang yang dah pernah datang sini. Mungkin sebab restoran ni memang terkenal dengan steamboat, atau mungkin korang bajet korang KPop. Mungkin..


Konsep makan kat sini sebijik macam konsep makan kat Flaming Steamboat yang aku pernah cerita dulu. Sebijik, dua bijik, tiga bijik serupanya. Ada section makanan laut, ada section vege, ada section makanan darat, ada section mi, ada section air, kuih, dessert dan lain-lain. 

Dan semua ini adalah buffet. Macam buffet Ramadhan. Cuma buffet ini boleh makan sebelum Azan Maghrib. Buffet Ramadhan tak boleh. 


Ya, aku tahu tak kelakar.




Kami sampai dalam pukul 1. Makan first round sampai pukul 2. Sampai pan grill tu dah kering minyak dan melekat-lekat dengan makanan, baru kitorang rehat. Kemudian staff kat sana akan datang ganti pan baru dengan minyak baru. Maka, tunggu apa lagi? Makan second round sampai muntah keluar ikan. 




Qhal yang rupa-rupanya peng-obses tegar pada cendawan, first round dah ambik sepinggan penuh dengan cendawan dari pelbagai kaum dan etnik. Aku nak makan pun macam cuak. Kot-kot aku makan cendawan pelik-pelik tu nanti terus jadi cantik jelita kang, naya je. 


Amboi.. Setannya mengutuk di dalam hati tuuu...


Dan Fitrah dengan penuh jatidiri ambil daging yang diperam dengan kopi. Konon nak try kelainan. Nah kauuu.. Betapa kopi-nya rasa daging itu. Aku kunyah sambil gelak sebab tak boleh terima rasa dia. Ikan keli, salmon, pari, semua selamat masuk perut. Ayam maca,-macam jenis ayam. Daging macam-macam jenis daging. Sayur macam-macam jenis sayur. Kerang, kupang, sotong, segala bagai.




Aku agak kalau tenuk boleh dimakan, haruslah kami grill tenuk-tenuk itu dengan kejam.


Mungkin kalau nak dibandingkan antara Seoul Garden dan Flaming Steamboat, ini keputusan aku :


Dekorasi Restoran : Seoul Garden. Confirm lah kan. Nama pun bajet Korea. Dan equipment tempat merebus dia pun lebih canggih dan sistematik dari Flaming Steamboat.

Kondusifikasi : Seoul Garden. Susun atur kedai lebih kemas dengan tempat makan yang lebih selesa. 

Sistem makanan : Seoul Garden. Kat sini boleh merebus dan meng-grill. Kat Flaming boleh merebus je.

Harga : Seoul Garden @ RM 28/person, dan Flaming Steamboat @ RM 27/person. 

Pilihan makanan : Flaming Steamboat. Seleksi makanan kat Flaming lebih meriah bagi aku.

So, bagi orang yang gila makan, mereka pasti pilih Flaming Steamboat. Kerusi cantik atau tidak, itu tak penting. Tapi keseluruhannya tak banyak beza pun. Konsep masih sama. Bayar sekali, makan sampai mati.



Apape pun, thanx untuk adik-adik akak yep!  Best kenal korang walaupun perut masing-masing tak serupa manusia. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi~ :')



** A bunch of thanx and love to Sakinah, Ain, Qhalilah & Fitrah. 

Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman Aku Laser Mata Untuk Hapuskan Rabun


Bismillah


Sebelum tu, agak bodoh bukan title entri ni? Macam tajuk karangan.

Dari pertengahan bulan 4 sampai awal minggu lepas, aku bercuti dari blog, twitter, ym, dan segala apa yang memperuntukkan untuk aku memandang skrin laptop, termasuklah assignment. Bukan lah tak tengok langsung tapi boleh la kira berapa kali. 

Persoalannya, ke mana kah aku?

Tak, tak. 
Jangan risau. 

Aku belum kahwin.
Tolong berhenti buat muka kecewa tu.
Nanti apa pula orang kata. Em..em..


28 April lepas aku selamat menyempurnakan pembedahan laser untuk dua-dua mata aku di Optimax Eye Specialist Centre cawangan Shah Alam. Quoted that "OPTIMAX Eye Specialist Centre, Malaysia's only ISO certified Lasik Centre and pioneer in the Malaysian eye care industry". Mari aku cerita proses dan pengalaman aku. Kepada mereka yang bernawaitu-sawma-ghodin nak buat treatment laser mata ni, sila baca dengan teliti.


Proses pertama, kau akan lalui beberapa ujian mata. Termasuklah ujian rabun untuk tengok power mata kau. Tak ada power rangers yang terlibat dalam proses ni. Tapi, bagi mereka yang pakai contact lens, kau tak dibenarkan pakai lens untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari sebelum boleh datang buat first step ni.

Kemudian, kau akan dibawak ke satu mesin untuk mereka tengok keadaan anak mata. Mesin ni agak menakutkan rupanya sebab muka kau akan disirami cahaya gegelung warna merah. Waktu tu terasa diri akan bertukar menjadi mutant. Tapi jangan risau, tak ada orang mati pun. Test ni menunjukkan mata aku normal, cuma ada urat-urat mata aku dah masuk sikit dalam bahagian anak mata kiri. Ni maybe sebab terlalu lama pakai lens, sebab bila pakai lens, anak mata tak dapat oksigen, Jadi pembuluh-pembuluh darah ni di-push masuk dalam anak mata untuk bantu mata aku dapat oksigen.

Tenang,ya. Aku masih manusia.

Test selepas itu adalah menakutkan. Kau akan di titiskan ubat dua jenis ubat untuk kebaskan mata. Bila dah kebas, kau akan rasa nak tido. Ikutkan hati aku tido je atas kerusi tu, tapi nampak tak sopan pulak kan? Dengan mata kebas, kau disuruh duduk, pandang depan dan jangan bergerak juga jangan kelip mata. Dengan satu alat besi macam pen, mata kau akan dicucuk sikit. Sikit je untuk ukur ketebalan tisu lapisan mata. Test ni lah yang akan menentukan banyak mana duit kau akan keluar.

Disebabkan tisu mata aku adalah sangat nipis. Saaangaatt nipiisss.. (sumpah. Aku masih manusia.) Maka tak semua kaedah laser sesuai untuk aku. 

Laser ada beberapa kaedah. Yang paling popular adalah kaedah Lasik. Ini untuk keadaan mata normal. Angah aku tahun lepas dah buat, dia buat kaedah Lasik ni lah. Tapi untuk insan istimewa macam aku, yang tisu sangat nipis atau sangat tebal, kaedah laser yang mata sesuai adalah Lasek. Ya.. tukar satu huruf saja. Senang hidup.

3 minggu lepas hari test pertama, akan ada test kedua. Mata kau akan dititiskan ubat baru yang pedih sikit. Fungsinya untuk merehatkan otot-otot mata. Dalam tempoh ubat tu masih bereaksi, pandangan mata kau akan jadi gila. Bila nak membaca, makin dekat kau tengok, makin tak nampak. Haa.. cacat kan? Secara automatik rabun jauh aku jadi rabun dekat. Reaksi ubat ni akan kekal dalam tempoh 24-28 jam

Lepas seminggu, hari cuak tiba. Peringatan penting, tidak dibenarkan pakai alat kosmetik pada muka, dan juga tidak dibenarkan pakai minyak wangi. Ini untuk elakkan dari apa-apa bahan chemical memenuhi atmosfera bilik pembedahan. Kau akan dimintak salin pakaian kepada pakaian bilik bedah. Baju yang surgeon pakai tu. Siap stokin dengan penutup kepala. Assistant surgeon akan bagi briefing apa kau kena buat. Pastu macam biasa, titis-titis ubat. Mata kau akan disapu iodin untuk bunuh bakteria. Kemudian doktor akan mark dalam mata kau guna marker. Setan bunyinya, bukan? Aku tak tipu, dia memang betul-betul tanda dalam mata kau guna pen. Doktor cuma tanda bahagian anak mata mana yang nak dibakar tu je, bukanlah dia lukis gambar Doraemon bagai. Senonoh sikit otak tu,boleh? 

Masuk bilik operation, 4 orang makhluk berbaju surgeon serta bertopeng dah menanti dan renung kau masuk bilik. Waktu tu rasa nak mencarut dalam hati. Apakah semua kena buat gaya macam nak bawak aku ke tali gantung tu?? Nak nanes pun ada gak, tapi terpaksa buat gagah di situ.

So, aku baring atas katil tu. Tak bagi salam, tak bagi apa, terus bahagian atas dan bawah kelopak mata aku ditarik dan di-plaster supaya aku tak berkelip. Dalam keadaan seram tu, aku nampak besi cangkuk diletak kat mata aku untuk elakkan mata aku bergerak. Titis-titis ubat lagi. Kemudian doktor letakkan satu besi logam bulat berlubang tengah yang sama saiz dengan anak mata. Ya.. dia letak besi tu atas mata aku. Atas. Diulangi. ATAS. Aku dapat rasa waktu dia tekan besi tu atas mata aku tapi tak sakit sebab mata dah bius. Titis ubat lagi. Banyak betul ubat yang dia titis.

Pastu aku nampak doktor tu pegang pisau dan toreh-toreh mata aku. Keadaan ini adalah sangat shaitan dan puaka. Kau nampak pisau tu menari-nari atas mata kau tapi kau tak mampu nak berkelip pun. Ini lebh seram dari Final Destination. Ini proses di mana doktor potong lapisan pertama dan kedua mata aku. Sebab area untuk di-laser adalah pada lapisan ketiga.

Tiba-tiba aku dengar suara assistant surgeon tu kata 'In 10. 9. 8. 7. 6...' Dalam hati aku dah baca macam-macam, selawat bagai nak rak. Silap-silap khatam satu quran. Punyalah cuak. Bila aku dengar countdown habis '3. 2. 1. Start', aku dengar bunyik mesin yang kuat. Dengan anak mata yang cuma pandang tepat ke atas, aku cuma nampak cahaya lampu merah bergerak-gerak dan aku tahu itulah cahaya laser. Selang 4,5 saat lepastu, aku terbau benda hangit terbakar. Aku tau bahagian anak mata aku yang bertanda marker tu dah terbakar. Lepas beberapa saat, bunyi mesin berhenti. Aku nampak tangan doktor tu cepat-cepat titis air ubat ntah apa-apa. Masa tu aku dah boleh nampak mesin laser tu lagi jelas. Kemudian doktor akan letak contact lens tanpa power atas anak mata tadi. Ini berfungsi sebagai bandage/plaster sebab lapisan pelindung tadi dah kena toreh kan. Punya lah hepi time tu. Lepastu doktor bukak besi cangkuk, dan alih ke mata sebelah dan ulang semua proses di atas.

Sakit tak?
Serius waktu laser langsung tak rasa apape. Terima kasih kepada ubat bius yang mujarab.

Lepas salin baju dan bayar payment, pakai spek hitam dan balik rumah. Oh ye, sila bawak spek hitam pada hari laser sebab mata korang masih belum dapat berfungsi dengan baik. Cahaya yang terang akan menyakitkan mata. Jangan gatal nak drive waktu malam dan jauhi tempat-tempat berhabuk. 

Hari kedua.
Gila aahhh artis siuttt!~
Kau akan ada follow-up beberapa kali selepas laser. sehari selepas, seminggu selepas, sebulan selepas. Contact lens atau bandage yang masih ada dalam mata tu akan dibukak lepas selang seminggu-10 hari. 

2,3 jam lepas laser, ubat bius tadi akan hilang kesan. Maka bersedialah menempuh jam-jam penyeksaan selama 3-7 hari pertama. 3 hari pertama tu aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. Pedihnya sikit, tapi airmata tak berhenti mengalir. Ada waktunya kau langsung tak boleh angkat kelopak mata sebab bila cahaya masuk dalam anak mata, kau rasa pedih. Nak gosok tak boleh sebab mata masih dalam keadaan 'cedera' dan ada contact lens dalam tu. Malam pulak kau akan diberi eye shield untuk pakai waktu tido supaya tak ada tekanan pada mata. Tapi sebab aku jenis tido sopan dan tawaduk, maka aku guna eye shield tu dua malam pertama je.


Masih ada beberapa ubat yang tak masuk dalam
gambar. Mereka kata mereka malu.
Beg ini akan dibekalkan oleh Optimax Eye Specialist Centre.


Eye shield. Pakai tiap kali nak tido.

Hari ni dah lebih kurang 3 minggu aku hidup selepas hari laser. Buat masa ni pandangan masih belum 100% clear. Vision akan fluctuate untuk dua-dua mata dan untuk treatment Lasek, tempoh untuk baik adalah lebih lambat. Average 3 bulan untuk vision yang clear. So buat masa ni masih pakai spek hitam di waktu siang. Sepatutnya kena pakai dalam kelas jugak, tapi bukankah sungguh jahanam perangai itu? Mulan Jameelah pun tak pakai spek pergi kelas.


Harga.
Untuk Lasik, harga jauh lebih murah sebab kaedah ni adalah untuk mata normal. Maka risikonya rendah. Risiko rendah maknanya bayaran ada sedikit murah. Angah aku dulu buat lebeh kurang RM 3,000/mata.
Tapi untuk kaedah Lasek, risikonya lebih tinggi. Maka harganya pun tinggi sikit. Harga asal adalah RM 3,800 untuk satu mata. Tapi aku dapat in-house promotion, jadi RM 2,900 untuk satu mata.

Jangan risau. Tak semestinya korang kena guna kaedah aku sebab mungkin mata korang sesuai untuk kaedah Lasik. Apape pun kena check dulu, baru doktor tentukan yang mana sesuai.


*     *     *     *     *


Currently aku ada 8 jenis ubat untuk guna lepas laser. Aku ambil ubat lebih kerap dari aku buang air kecik. Macamana tu?



** Thanx kepada family aku yang tolong tong-tong sorang sikit untuk kos laser treatment.
     Duit bank aku pun dah habis, so sekarang aku nak gi tanah depan umah tu.
     Nak kais. Buat makan petang.



Follow up Laser Mata ----> klik sini

Thursday, May 10, 2012

Kadang-kadang Perangai Kami Macam Manusia Juga


Bismillah



Kau tahu kan bagaimana hubungan aku dengan adik-beradik yang lain?
Kami tak pernah menunjukkan kasih-sayang secara terang-terangan. Tapi kami lebih selesa menunjukkan kebencian masing-masing.


Ya.

Seperti contohnya, bila ada lauk ayam, Along aku akan berlari ke arah meja. Tanpa mengambil pinggan dan nasi terlebih dahulu, Along akan rembat ayam bahagian peha dan pegang dengan ketat-ketat. Kemudian baru dia ambil pinggan. Shaitan, bukan..?

Dan dulukala, bila kami sekeluarga nak keluar jalan-jalan, kami menunjukkan rasa iri hati sesama sendiri. Bila antara kami dah mula sarung selipar, yang lain akan cepat-cepat lari ke arah kereta dan cop kerusi depan sebelah driver. 

Pernah sekali akibat nak berebut seat depan, pinggang aku terlanggar side mirror dan aku meninggal di tempat kejadian. Ya... Sekarang yang sedang menaip entri ni adalah hantu.


Ok. Tak dengar orang ketawa.

Fine. Tak lucu.


Walaubagaimanapun (dah lama tak guna kata sendi macamni.. eh, sendi ke? ke senda? sendawa?) ini tak bermakna kami adik-beradik angkat. Kami sayang satu sama lain, cuma kami tak pandai tunjuk. Mulut kami tak reti nak cakap 'goodluck' sambil tepuk-tepuk bahu. Kami juga takkan wish 'congrats' bila salah sorang dari kami mengalami sesuatu kejayaan.

Tapi tak tunjuk tak bermakna tak rasa. 

Malam Angah bernikah, dia duduk bersimpuh atas kusyen putih.
Dia pakai baju kurung putih. Dia tunduk. Waktu baca doa, Angah tadah tangan tutup separuh muka, dan aku masih nampak mata Angah. Angah cantik sangat..
Tangan angah berinai merah cantik. Dan doa aku malam tu cuma untuk Angah. Aku tau, walaupun kami tak tunjuk, kami selalu doa untuk satu sama lain.

Along pun. Walaupun perangai dia mulia sikit dari puaka, Along masih cuba nak bajet sebagai abang yang berdedikasi. Bila aku diam dan tak ada mood, Along akan buat lawak murahan depan aku supaya aku gelak. Sebenarnya aku tahu, dia nak ceriakan aku dan dia betul-betul nak tahu kenapa aku tak ok. Tapi, tu bukan cara kami. Faham..? Bukan cara kami berkomunikasi. 

Tapi, betul lah kata orang. Setiap keburukan itu akan datang bersamanya kebaikan. Ada suatu masalah menimpa kami waktu aku nak SPM. Tak perlulah aku cerita apa, tapi aku hampir putus asa dengan hidup. Seluruh hidup. Dan lepas 17 tahun hidup, baru pertama kali Along peluk aku. Nangis sama-sama dengan aku. Dari situlah Along menjadi sangat 'Along'. 

Aku benci Along yang selalu kutuk aku macam-macam.
Tapi aku sayang Along aku yang puji masakan aku sedap walaupun gaya tak ikhlas.


Habis perenggan ini.
Di sinilah part kau orang semua harus menangis bersama-sama aku.


Ok dah cukup.
Tak perlu meraunglah..


Over je..


*   *   *   *   *

Tengahari tadi Angah mesej.

'Iqa, kau nak apa? Nak Angah belikan emas?'

Kau bayang.. Tengah-tengah panas buta camtu, dan berjalan nak balik lepas beratur setahun nak draw duit kat ATM dan peluh menitik, tiba-tiba kakak kau mesej tanya kau nak emas tak?
Tak cam aneh tahap sembilan elektron di petala ke-lapan kah itu?

Aku reply aku kata aku tak faham. Beli apa ni? Dan Angah reply.

'Takde. Aku masuk bonus. Angah kan jarang2 bagi Iqa.sbb miskin la katekan.so ade duit sikit ni.nak la ngulur.mane tau esok2 xde umur.at least merasa duit angah.haha'

Langkah aku terhenti tiba-tiba. Rasa macam sebak.
Bukan sebab Angah nak bagi hadiah, tapi sebab part 'mane tau esok2 xde umur.at least merasa duit angah.haha' itu... Dan perkataan 'haha' itu langsung tak kelakar bagi aku.

Dalam hati aku kata...

Takpelah Angah. Aku pun dah nak grad. Takde buku ke keperluan nak dibeli. Kalau kau nak bagi, ikut sukalah nak bagi pape. Tak kesah pun. Kalau tak pun, guna la duit tu. Kau kan nak kena pindah rumah nanti. Guna lah duit tu buat beli perabot semua.


Tapi apa yang aku reply adalah..


"Nak bagi duit ke barang? Ferrari?"




Moral of the story :

Aku sayang adik-beradik aku yang sewel.
Cuma itu bukan cara kami.

Btw, Angah tolong sponsor sikit duit treatment mata aku.
Trimas sis!~



Monday, May 7, 2012

Plot Drama Dan Filem Yang Membunuh



Bismillah


Tayang buku lima yang membunuh


Sesetengah orang dari kita pernah hidup seiras babak drama atau filem. Jadi watak protagonist, atau antagonist. Selalunya watak sampingan.

Bila ada dalam babak macamtu, kita cenderung untuk harapkan plot yang sama macam filem. Atau boleh diklasifikasikan sebagai angan-angan.


Sila sedar.


Kalau kau ada dalam babak diserang perempuan gedik di shopping complex dan sedang mengangkat tangan nak tampar kau, sedarlah takkan ada watak hero hensem datang dari belakang dan tiba-tiba tahan tangan perempuan si gedik dari sentuh pipi kau.


Kalau kau ada dalam babak terpijak kulit pisang dan hampir terjatuh, sedarlah takkan ada kemungkinan kau diselamatkan jejaka hensem. Atau mungkin kau terlanggar tiang lampu dan buku-buku kat tangan kau jatuh, sedarlah takkan ada hero hensem datang tunduk untuk tolong kau kutip buku dan selit nombor telefon.


Kalau kau ada dalam babak terjatuh dari bangunan yang tinggi, takkan ada langsung kemungkinan yang kau akan jatuh tepat ke dalam tong sampah besar berisi kotak kosong atau bantal sehingga kau selamat tanpa sebarang kecederaan. 


Kalau kau ada dalam babak terlibat dengan cinta tiga segi, sedarlah takkan jadi plot kau direbut dua-dua orang tu. Takkan jadi.



Sekarang boleh bangun dan pergi cuci muka.