Monday, April 23, 2012

Unit Trust - CWA


Bismillah

 
Zaman sekarang ramai orang buat duit dengan jadi ejen produk. Ada yang jual insurans, ada yang jual servis contohnya jadi consultant. Hari ni aku nak cari orang yang berminat dan yang tak berminat untuk jadi consultant bawah lessen CIMB Wealth Advisor. Tapi sekarang dah tukar nama jadi CIMB Principal Asset Management.

(A subsidiary company of CIMB Group)

2016 intake of Unit Trust and Financial Consultant 


Yang berminat tentang finance dan sales, digalakkan untuk join recruitment CWA. Yang belajar atau yang dah ada karier tetap, digalakkan untuk join sebagai part-timer sebab waktu bekerja adalah flexible. Kalau yang jenis malu-malu macam aku (lah sangattt), ahli keluarga dan rakan terdekat adalah first target approach yang terbaik. 


Job Requirements:
  • Aged 20 Years and above
  • Energetic and loves to travel
  • Good negotiation and sales skills
  • 2 Years of experience in sales but fresh grads are encouraged to apply
  • Candidates must possess a minimum qualification of SPM with a credit in either Bahasa Malaysia or English or Mandarin + a credit in Mathematics (Modern Mathematics) - New requirement by FIMM starting 1st January, 2012.

Ya. Pengetahuan Matematik sangat diperlukan sebab ini berkaitan dengan duit. Macamana nak consult orang tentang kewangan kalau sifir 5 pun fail? Pelis lahhhh....


A consultant's role:
  • To help clients analyse their financial situation, establish their investment goals and propose an investment plan to achieve their goals with CIMB Wealth Advisors diverse range of products and services.
  • To advise clients in building a well diversified unit trust investment portfolio after considering their risk tolerance and time horizon.
  • To continuously monitor and rebalance clients’ portfolios to check on their investments' potential returns.
  • To build a trusted relationship with clients by providing ethical and professional advisory services.
  • To continuously upgrade skills and knowledge with the aspiration of being a ‘valucreating’ consultant.
Benefits:
  • Attractive Commission Based scheme
  • Incentives
  • Free Travelling Tour - ini serius! 6 bulan sekali dapat pergi oversea.
  • Free insurance
  • Agency office support
  • Car loan subsidy


 
Tak semua yakin untuk consult orang lain. Maka CWA ada conduct classes for training and skills developments.

Patutlah ada orang kata kerja financial consultant/planner ini sangat cool. Serius. Tak cool ke kalau aku kata berapa kau patut simpan, kat mana kau patut labur, berapa persen kerugian kau kalau kau nak buat A, berapa lama kau akan recover balik initial investment kalau kau buat apape. Short-term dan long-term benefits and effects dari setiap sen yang kau ada dalam poket tu. 

Dan kau dengar dengan tawaduk.



Ini. Adalah. Cool. 

Sila beli spek hitam sekarang untuk nampak lebih sesuai dengan kerjaya ini.


For those who are interested to find out more about joining us, with no obligation, you are welcome to forward your contact number to me Syed Hasan bin Syed Ahmad (Financial Consultant) 019 3804988 or email me at syedhasans@yahoo.com





Atau boleh direct klik https://www.facebook.com/AlMashoorA untuk intai-intai maklumat lanjut.

Thank you and kind regards

 

Tuesday, April 17, 2012

Mari Menjadi Polis Penyiasat Tak Bertauliah


Bismillah



Petang semalam aku selamat ponteng kelas buat pertama kalinya dalam semester ini.
Hah!! Kagum, kann??!


Ya, aku pun tak percaya ini baru kali pertama aku memonteng. Tak sia-sia mama aku lahirkan aku.
Syabas! *tepuk-tepuk bahu sendiri~


Petang semalam mama aku baru balik dari Terengganu dan call aku yang tengah ada kat hostel.
Mama aku kata rumah kena rompak.
Lagi.

Diulangi. Lagi.


First time dulu masa aku praktikal. Dan selambanya balik rumah. Naseb baek encik bos baik.
Ya. Baik. Sebab encik bos aku selalu stalk blog aku ni dan kadang-kadang tinggalkan komen berpuaka.
Nak tak nak terpaksa aku kata dia baik. 

Oh..
Hai encik bos. *lambai-lambai tangan~


Maka petang semalam lepas mendapat khabar itu, aku terus pulang.
On the way tu aku menangis sikit. Bukan sebab rumah kena rompak. Aku tak terkesan langsung pasal tu.
Tapi yang aku tacing adalah sewaktu mama aku call, mama aku tanya..;

"Letak kat mana benda tu?"

Aku jawab 'dalam almari'. Dan mama bersuara..;

"Dah habis, Dah kena curi."

Aku dapat sense suara mama frust gila tahap jembalang tanah sebab 'benda' tu hilang.
Padahal mama dah sebulan duk sebut kat aku suruh guna, guna, guna. Sayang beli mahal tapi tak guna.
Masalahnya aku taknak guna lagi sebab aku sayanglah! Mama bagi hadiah. Tu yang sedeh sangat tu.

Time tu macam regret gila sebab tak dengar cakap mama aku. Aku tau benda tu tak murah, sebab bila mama call, itu barang pertama yang dia tanya. Kan dah padan muka aku.
Terus kena curik. Hahahahahahha gelakkan aku!

Sampai rumah selepas 45 minit drive, aku terus memulakan tugas aku sebagai polis penyiasat.


Tinggal kotak kosong je. Haaa magik an??

Ni siapa nak kemas balik ni?

Ha.. kau nak kemas ke?

Aku taknak kemas!


Cantik je dia tergantung camtu.
Yang ni berlian palsu. Komfemlah tak kena curi.

Aksesori jenis galian batu (kristal,etc) tak kena curi.
Memang lah tak mahal mana. Tapi kalu satu utas 30USD,
kau darab je la.

Koleksi minyak wangi 2 kotak tak hilang. Alah,
semua tak full pun.
Apa yang hilang?

Adalah sikit-sikit. Anggaran kerugian tak perlulah nak cakap kan. Sekitar 2,3 ringgit je punn.
Sampai tengah malam aku mengemas balik. Stress pulak rasanya. Kalau sehelai dua baju, takpe weii.
Dia selongkar semua almari pulak tuuuuuu. Rajin sangatlah aku nak lipat sebijik-sebijik kheennnnnn!!

Semua laci dan pintu meja, almari dibukak. Cuma aku rasa pintu mikrowave dengan oven je yang selamat.
Untunglah jadi mikrowave dengan oven. Hidup selamat. Aman sejahtera.

Dan ini pula kreativiti mereka dalam bidang pertukangan..

Perkenalkan... Ini pintu dapur saya.

Siapa kata kami tak ambil langkah
berjaga-jaga selepas kes pertama dulu?
Nampak padlock sebesar mesin pembajak sawah tu?

Mereka sudah pecahkan gril dan
kasi patah sama tempat cangkuk padlock tadi.
Itu pasal pagar ini berlubang sudah, bhai..


Komen ayah :

"Aku bosan betul la dengan perompak ni.."

Komen aku :

"Malasnya nak kemaaaaaasssss!!"

Komen Along :

"Tali pusat Sofea diorang tak curik pulak ye."

Komen mama :

"Dah orderkan jubah mama haritu.?"



Apa ada hal. Takde rezeki tak perlu nak frust sangat lah kan. Alhamdulillah family aku pun semua selamba je. Gaya macam jutawan kan. Padahaaaallllllll... petang kang kais tanah depan rumah lah tu kang buat makan malam. 

Oh ye, hadiah mama aku bagi tu rupanya tak hilang. Aku jumpa dalam longgokkan baju-baju. 

Ahahahahha gelakkan perompak tu balik!!



Moral of the story :
Untuk kawasan kediaman yang memang hot dengan jenayah macam kawasan rumah aku yang berkali-kali masuk tv sebab kes rompak, rogol, hatta bunuh juga, eloklah pertingkatkan sistem sekuriti rumah anda agar mampu berdiri gagah setanding dengan sistem sekuriti unit pertahanan tentera darat Amerika Syarikat.





Saturday, April 14, 2012

Kerana Tandatangan Seorang Artis


Bismillah



Kelmarin,
purse syiling warna biru bercorak gajah kuning kepunyaan aku hilang.


Comelnya??

Pelis lah wei... Takkan korang baru perasan?
Aku perangai je ganas, tapi dalam hatiku ada hutan hujan tropika.

Hilang kat mana?
Itu yang korang nak tanya?


Kalau aku tau kat mana, bukan hilanglah namanya.
Pelis.. 
Tingkatkan kadar IQ anda sebab aku tak ada mood nak pukul orang harini.


Maka, semalam dari pagi sampai ke petang, aku membesar di dalam pejabat kerajaan. Hari Jumaat, haruslah sibuk di sana sini. Kebanyakkan ofis kerja separuh hari dan lama rehatnya. Aku pulak harus bergegas untuk buat kad ATM baru. Aku terpaksa parking kereta kat bangunan yang lain dari bangunan yang aku nak pergi. Agak tak cerdik bunyinya,kan? Shadap yu...


Berjalan meredah panas dalam jubah hitam (pilihan yang sangat baik) menuju ke bangunan sebelah. Sampai di Bank Muamalat Shah Alam, dah tulis report, dah ambil nombor giliran, dah sampai giliran, dah duduk kenyit mata kat brother kaunter, sekali salinan fotostat police report tertinggal kat kereta yang di sinuuunnnnnnnn..!

Malaysia memang sejuk pun nak main ulang-alik jalan tengah panas..kan.?


Takpe. Dugaan.


Babak kedua di kaunter Bank Muamalat pun bermula. Dah bagi dokumen tu, dah bagi dokumen ni. Sain sana, sain sini. Penat duk main lentik-lentik jari nak sain segala.


Apa?
Sain tu apa?


Sain itu maksudnya tandatangan. Pelis lah jangan buat aku macamni...
Bukan tahap aku nak jawab soalan-soalan tahap ayam macamni.


Ya, ayam. 
Yang 'binatang apa keris di kaki' tu lahhh.
Kau tanya la ayam tu apa kalau nak kena tendang punggung tu.


Mana tadi?


Haaa...

Banyak dokumen menuntut sain dariku. Waktu main sain-sain tu muka haruslah berlagak sikit. Terasa gaya macam orang-orang penting nak approvekan bisnes jota-jota punya cerita, bhaiiiii...! Rugi tak pakai spek hitam waktu sain-sain tu. Kot tak memang bergaya maharaja-berlagak-nya lah aku kan. Selesai sain-sain, brother kaunter suruh duduk dulu tunggu.


Tunggulah. Tunggulah.
Sambil main game apps Triple Town dalam fon.


Tiba-tiba brother kaunter panggil..'Cik Fara!'. Aku dengan lagak Mulan Jameelah-versi-dah-taubat sebab tengah pakai jubah, terus ke kaunter. Betul lah.. Kalau aku pakai spek mata waktu tu, makin banyak nak kena sain autograf semua orang dalam bank kan. Takpe.. Dah biasa pun. Aku sangka kad aku dah siap, tapi rupa-rupanya brother tu kata..


'Cik Fara, sain cik tak valid'.



Pelis lah weiiii.......!!!

Sebelum kad ATM hilang


Selepas kad ATM hilang


Sunday, April 8, 2012

#3 Fakta Keji


Bismillah



Tahu tak salah satu fakta yang membuatkan aku rasa annoyed dan rimas?


Adalah apabila aku tengok tv, selalunya berita.
Dan bila ada seseorang di-temubual oleh wartawan.
Dan apabila ramai orang di belakang seseorang yang di-temubual itu.
Dan orang yang ramai itu berasak-asak mahu masuk dalam tv.
Dan orang yang ramai itu sengih-sengih bangga-ala-ala-malu sebab berjaya berada dalam keadaan 'interframe'.
Dan mereka memandang ke arah kamera.
Dan...



..mereka angkat jari 'peace'.


Sungguh.


Perlu ke..?




p/s : mungkin orang yang bukan Mulan Jameelah memang begitu.


Fakta Keji #1
Fakta Keji #2

Wednesday, April 4, 2012

Aku Tak Ada Kebolehan Untuk Nampak Hantu. Tapi Aku Ada Kebolehan Lain.


Bismillah



Setiap manusia ada satu simptom aneh dalam diri.


Betul.

Aku juga ada satu simptom aneh.


Oh sebelum itu..
Ya.
Aku manusia.


Bila aku nervous, aku akan tergelak.

Aneh, kan?


Dulu, bila aku kena present depan kelas dengan perasaan yang sangat gemuruh,
aku tergelak secara tiba-tiba di depan kelas.

Kau mampu bayangkan?

Berlatarbelakangkan projektor slide besar, dengan nota kecil di tangan yang terselit pen Stabilo warna biru.
Tengah aku bercakap-cakap, aku akan tergelak secara tiba-tiba.


Tidak. Tidak. Ini bukan perkara lucu.

Ini berkaitan reputasi, tahu?
Reputasi...

Sekarang, bila aku tengah present dan tahu aku rasa nak tergelak, aku akan sedaya upaya cuba cover. Satu pertempuran refleks antara nak teruskan presentation atau nak tutup mulut atau nak lepaskan gelak..

..ini lebih susah dari Addmath topik pengamiran.

Lagipun nama aku bukan Amir. Kalau nama aku Amir mungkin topik itu senang bagi aku.

Ah..
mana tadi?

Oh ya.
Dan kau boleh bayangkan macamana muka orang yang tengah bercakap lebat mulut menganga, tiba-tiba dengan drastiknya cuba tahan gelak..?

Tak manis dipandang orang.

Serius tak manis.

Dan macamana pulak kalau dalam situasi macamtu, ada jejaka berpotensi di meja baris belakang kelas?
Inilah yang aku katakan..

..reputasi.


Tapi keadaan macamtu aku dah pakar.
Cuma baru hari itu tadi aku discover satu lagi simptom aneh pada diri aku.



*   *   *   *   *   *

Tahu tak hari itu tengah hujan lebat. Aku pergi toilet ambil wudhu'. 
Hujan, sejuk. Kena air, dua kali ganda sejuk. Angin kuat, tiga kali ganda sejuk.

Dan sedang aku menggigil menahan sejuk yang amat,



tiba-tiba aku ketawa.



Reputasi.... Reputasi...





Monday, April 2, 2012

Mari Aku Bisik Sesuatu Yang Bukan Rahsia



Bismillah




Patah hati sebab kecewa bercinta?


Ya..ya..
Aku tahu itu sakit.



Well..
Tahu tak kau dah terlalu banyak disogok cerita cinta yang tak masuk akal?
Dan telinga kau dah disumbat dengan lagu-lagu cinta mendayu yang merepek.


Dari lagu-lagu tu kau berharap orang yang patahkan hati kau tu akan datang cari kau.
Pujuk kau balik. Dan bila ada lagu cinta dengan lirik menyesal-lah-sangat-meninggalkan-dikau-pergi tu,
kau berharap orang yang patahkan hati kau tu akan tujukan lagu tu kat kau,kan..?


Hoiiyyaaa..
Bangun! Bangun! *tepuk dahi~


Madah mendayu-dayu yang memuja cinta kau yang dah hancur tu, cuma buat kau lebih parah.
Sila buang lagu-lagu yang buat kau menangis tu dari iPod, mp3, laptop, smartphone hatta kaset sekalipun.
Semua itu takkan membantu kau tabah.

Bukan tak boleh dengar.
Nak dengar tu boleh, tapi jangan hanyut.
Tapi susah,kan? Mesti nak terhanyut jugak.


Cuba cari something yang buat kau fikir sebaliknya pulak.
Lagu 'I Will Survive' misalnya. Mungkin ia tidak hip-hop. Tidak cool seperti The Fray atau All American Rejects. Jauh sekali classy seperti Michael Buble. 
Tapi lirik 'I Will Survive' itu bukan omong kosong. Ia cerita benar.
Carilah sejarah kisah penyanyinya, Gloria Gaynor dan kau akan appreciate setiap bait lirik itu.


Owh ya.

Mari, aku beritahu satu rahsia.
Surah Ad-Dhuha dan Surah Al-Insyirah.


Mereka itu 'ayat memujuk' bagi aku. 
Mungkin bagi kau juga.