Wednesday, March 28, 2012

Kadang-kadang Aku Jadi Anak Derhaka Juga


Bismillah



Itu hari, aku dan parent dan Sofea balik dari Terengganu. Kat highway, 30 kilometer sebelum sampai Temerloh, aku perhati je setiap penanda kilometer kat sepanjang tepi jalan. Setiap kilometer, papan kecil hijau. Setiap 100 meter, papan kecil putih. Jadi bayangkan setiap 100meter je kau akan nampak penanda kilometer tu, sampai beratus kilometer.


Sekejap.


Tolong jangan tanya kenapa aku buat aktiviti bodoh dan bosan ini dalam kereta.


Maka tiba-tiba mulut aku berbunyi...

"Bosan gila orang yang kerja pacak-pacak penanda ni. Setiap 100meter, kena berhenti, letak penanda. Lagi 100 meter, berhenti lagi, letak penanda lain. Gila bosan kerja macamni..."


Tiba-tiba ayah jawab...


"Kau tak tengok lagi garisan putus-putus tengah-tengah jalan raya ni...


...orang kena cat garisan ni sampai Kolumpo...








...jalan kaki."




Fine ayah. Fine.



Ayah kelakar gila.






Ok.?




Monday, March 26, 2012

Aku Bukan Kanak-kanak Favourite


Bismillah




Aku ni sensitif orangnya.


(gerakkan cursor.. klik 'Publish Post')...


(Dah tahu. Tak kelakar, kan.?)


Masa kecil-kecil dulu, Along dan Angah aku selalu buat aku menangis.

Huh?
Heyy...

Kau tak perasan ke aku taip 'kecil-kecil' instead of 'kecik-kecik'..? Ahh... Bangga Cikgu Sazali kalau tahu kesalahan tatabahasa aku dah berkurang. Tak sia-sia bayar yuran sekolah lambat.


Ehem..

Baiklah.
Kecil-kecil dulu bila aku menangis, mereka akan buat-buat pujuk aku. Termasuklah mama dan ayah. Mereka mempermainkan perasaan kudus aku waktu tu. Dan bila aku menangis, aku harus tebalkan ego aku. Bila mereka pujuk, aku diam. Mereka pujuk, aku jeling. Mereka umpan aku dengan gula-gula, aku tetap diam. Tapi sebenarnya lepas tu aku akan cari gula-gula tu sampai dapat.Mereka pernah cuba geletek aku, namun aku tetap merajuk dan batukan diri. Syukur jugak aku dilahirkan dengan kurang reseptor geli. Aku pun tak tahu kenapa. 

Diam.
Jangan berani-berani nak kata aku cacat.



Dan selalunya mereka gagal untuk buat aku bercakap sepatah perkataan pun bila aku dah merajuk. Mereka tak pernah berjaya memujuk aku.


Tapi itu semua tak lama...



 *   *   *   *   *   *


Satu petang, lebih kurang 20 tahun dulu.
Aku tak ingat apa, tapi aku merajuk dan aku menangis.
Dalam keadaan macamtu, aku mempersiapkan tembok ego aku agar tak mudah roboh dengan asakan pujukan-pujukan mereka.


Sambil tengok aku menangis, angah kata..

'Elehh elehh.. tipuu. Tak nangis pun tuu..'

Dah start!
Sesi memujuk dan memprovok aku supaya bercakap sudah start!
Aku diam. Membatu.

Ayah juga nak ambil bahagian...

'Alalaa.. Cakk! Cak!!'  (jangan tanya samada buruk atau tidak rupa ayah aku waktu buat begini..)

Aku masih diam. Jeling.
Aku takkan terpedaya dengan cara-cara lama mereka memujuk aku. Semua aku dah pernah hadapi.

Pelis lah..
Diorang ni dah tak ada idea lain ke..?



Sampai giliran Along...

'Alahh tipuu! Tak nangis pun tuu.. Takde air mata punn!'


Kurang ajar. Dia kata aku tak menangis. Buta ke along ni??
Aku masih kaku. Jeling.


Ayah dan angah memberikan sokongan moral pada provokasi along..

'Ha`ah tipuu. Tak nangis pun tu. Mana air mata? Mana?? Takde puunnnn..!'


Aku sakit hati bila perasaan aku dipermain-mainkan.
Aku angkat tangan dan sentuh jari telunjuk ke arah airmata yang bergenang dan kata..


'Ni.....'


Dan mereka gelak beramai-ramai.


Deym...

Katakanlah mereka cuma keluarga angkat aku.

Katakanlah....


Thursday, March 22, 2012

Aku Cuba Mendapatkan Kembali Momentum Itu



Bismillah


Kali ni aku dapat menulis dengan ikhlas.

Aku takkan main tipu dengan menempek gambar.
Atau sekadar tulis 4,5 baris dan klik 'Publish post'.


Takkan.


(Apakah perasaan korang kalau tiba-tiba sampai baris ini aku terus klik 'Publish post'?)


Yang sebenarnya, aku bebas dari kelas dan tuntutan untuk bangun pagi bersiap ke kelas selama seminggu mulai esok. Esok malam aku akan start cuti mid-term break. Walaupun pada hakikatnya kelas pagi aku cuma ada satu. Tapi kalau aku cakap aku tak ada kelas pagi, korang akan fitnah kata aku bangun tengahari tiap hari.

Tidak. Tidak.

Aku tak dapat menahan tohmahan-tohmahan rakus tu semua.


Dan sebenarnya aku masih tak tahu apa isi entri aku kali ni.
Ok sekarang aku dah nampak nawaitu nak tulis apa. Sungguh pantas, bukan?



Hari Selasa lepas, yakni dua hari lepas. Macam biasa untuk subjek Corporate Finance, ada presentation.
Ya.. Antara aktiviti yang paling aku tak suka adalah present. Heyy... Tak semua artis suka pergi depan orang ramai dan membentangkan repekan-repekan yang kami sendiri tak faham.

Dari survey secara halus yang aku buat tanpa pen dan kertas, aku perhatikan student lelaki lebih suka present. Fakta. Mereka lebih obses untuk present dan rela kena present hari-hari berbanding kena taip report yang berpuluh-puluh mukasurat. Dan ini vice-versa dengan perempuan. Perempuan lebih suka buat kerja menaip belakang tabir dari muncul di depan kelas. Majoriti perempuan. Termasuklah aku.


Tolong jangan tanya soalan bodoh seperti 'eh, kau perempuan ke?' pada aku.
Demi mengawal graf kadar kematian di Malaysia, aku sarankan agar korang jangan tanya soalan camtu.


Dan Selasa lepas, tiba giliran aku. 


Aku berbicara tentang isu syarikat penerbangan MAS yang dah beli 6 bijik pesawat airbus A380 yang kos-nya RM 148 juta sebijik. Tu pun lepas dpt diskaun sebab syarikat Airbus dijadualkan lambat hantar. 5 bijik darinya akan sampai tahun ni ke KLIA. Flight pertama dari A380 pertama MAS dijadualkan pada 1 Julai tahun ni, destinasi ke London. Isunya lebih kepada financial planning MAS yang dah sedia nazak tu bagaimana lah nak merendahkan kadar rugi sehingga kurang RM 200 juta untuk penggal pertama. Juga bagaimana MAS nak dapatkan duit untuk finance semua kos-kos pesawat Boeing dia yang 17 bijik selain dari airbus A380 tu semua. Nak guna debt-finance? Issue rights? Issue new shares? Nak dispose non-core assets? Dah pulak tu kena cakap pasal politik pula sebab saham-saham non-core business MAS sebelum ni pun terjual kat sedara-sepapat orang-orang kenamaan. Takleh sebut nama lah kan. 


Waddehel?

Korang pasti menyesal baca perenggan atas ni, kan?
Takpe. Tak perlu rasa sunyi sebab anda tidak berseorangan.
Sesungguhnya aku pun tak faham apa yang aku auta depan class tu.


Tahu tak bila dalam keadaan macamtu, rasa macam jarum saat menjadi kurang ajar.
Macam taknak bergerak je saat tu. Kalau dah jarum saat tak gerak, sampai matilah aku kat depan tu kan.

Dan tahu tak perasaannya bila lecturer dah bagi duduk, tiba-tiba ada manusia angkat tangan nak bertanya soalan? Aku syak classmate aku tu orang dari China takpun Korea. Sampai sekarang aku ingat muka mamat ni.

Lepas dah jawab soalan dia, aku pun nak balik tempat duduk.

Dan tahu tak perasaannya yang berganda-ganda bila kau dah nak balik tempat duduk, tiba-tiba ada lagi orang angkat tangan. Kali ni aku yakin dia dari Sri Lanka. Dan dia juga.. Aku akan ingat muka dia sampai bila-bila.


Bila balik dari kelas, aku terfikir-fikir...
Nasib baik aku tak ada facebook. Kalau tidak....



..dah lama aku unfriend mereka berdua.



Saturday, March 17, 2012

Kalau Aku Dah Memang Berbakat, Nak Kata Apa Lagi?


Bismillah



Final semester yang sungguh stress.

Projek, presentation, report.

Projek, presentation, report.

Projek, presentation, report.


Dapat step tadi?
Ok cuba sekali lagi.



3 step ke kanan! Projek, presentation, report.

3 step ke kiri! Projek, presentation, report.


Baik! Angkat tangan ke udaraaa..!

Projek presentation, report.

Bagus!
Daaannnn...pusinggg..!

Projek, presentation, report.


Saangat bagus! Baik!

Kita ulang lagi sampai matii.!!




*muzik berhenti. lampu terpadam.


*spotlite suluh pada watak utama



"Heyy lecturer-lecturer sekalian..,
Apa ingat hidup saya ni dah tak ada kerja lain ke selain
nak siapkan kerja anda semua..?





Saya ada blog yang perlu di-hapdet."





*tutup tirai...~


Wednesday, March 14, 2012

Sebelum Februari (updated)


Bismillah


Ini yang aku janjikan dari entri sebelum ni. Lama betul baru tepati janji,kan? Dah kantoi dah sifat mazmumah satu ni. Bukan salah aku. Member yang lambat bagi gambar.

Mini gathering sebelum habis sem lepas. 


Tengah mengumpat tu. Aku amek gambar je terus
mereka toleh senyum2. Siap sempat buat peace.
Dusta punya manusia..

Sebenarnya watak utama dalam gambar ni adalah loceng penggera
kebakaran kaler merah tu.
Jap, sebenarnya muka aku ada 5 tahik lalat. Aku tak pasti kenapa nampak
dua bijik aje. Mungkin lagi 3 bijik tertinggal dalam kereta?
Emm. Mungkinlah.

Bakal pengantin baru lagi dua bulan.

Penyanyi Latin Malaysia pertama, bersama pemain-pemain kompangnya.






p/s : nampak sangat gaya 'sekadar-nak-hapdet-blog'.
        banyak kerja bulan ni. serius.







Sunday, March 11, 2012

Aku Feeling Minah Saleh #Part 2



Bismillah




Ya, aku tau dah berbulan-bulan aku lupakan sambungan cerita ni dari #Part 1.
Heyy.. tak perlu nak jerit-jerit lahh. Tak nampak ke aku tengah berusaha bayar hutang-hutang entri aku ni?
Hutang puasa pun aku belum bayar tau tak?

Hmm..

Habis. 
Kena panah petir karang haa..


Puzzling World, Wanaka, South Island, New Zealand





Dalam banyak-banyak tempat untuk something yang fun, inilah tempat yang menang. Paling Adam-Stacy-Bergabung-Meletup! Basically tempat ni adalah tempat collection segala keajaiban teka-teki-teka-tekuk kat NZ. Bangunan dia pun buat orang rasa excited nak masuk. 


The Great Maze


Dalam Puzzling World ni ada kota sesat. Namanya The Great Maze. Ya, perlu bayar. Dalam kota sesat ada 4 menara berlainan warna dan setiap orang kena sampai semua empat-empat warna menara. Masa maximum dibagi sejam. Dalam sejam tak dapat jumpa pintu naik 4 menara, bolehlah bunuh diri. Tapi kami 9 orang, cuma sampai satu menara je. Dah lah sampai satu je, tapi tangkap gambar gaya macam menang. Lepas dah bosan sesat tak jumpa-jumpa, kami amek keputusan main tipu dan keluar ikut pintu kecemasan. Style kan kami?


The Great Maze. Siap ada jambatan. Wajiblah sesat.


Rugi duit?

Baik rugi duit dari mati tua kat dalam tu tahu tak?!


Dalam bangunan Puzzling World ni ada section lain juga. Kat bahagian lobby, ada banyak meja dan kerusi. Tiap-tiap meja ada banyak jenis mainan puzzle yang korang kena settlekan. Bukan puzzle bodoh-bodoh yang macam dam ular tu ok. Puzzle ni memang puzzle cari mati. Sebab kami taknak mati, kami pun malas la nak buat. So terus proceed masuk satu section puzzle lain dalam bilik besar.


Hall of Following Faces.



Muka-muka tu nampak macam timbul kan? Sebenarnya semua tu cuma lubang-lubang yang ditebuk dalam dinding. Dan bila kita berdiri tengah-tengah hall sambil tutup sebelah mata dan buat pusing 360 darjah, semua muka-muka tu akan tertoleh ikut gerakan pusingan kita. Shaitan sungguh,kan? Haruslah jangan pergi sini malam-malam bagi yang sembahyang tak cukup 5 waktu tuh.


Ames Room

Aku sudah menjadi gergasi.

Ames Room ni pun agak kurang hajar jugak. Dalam satu bilik yang sama, bila ada bahagian kanan bilik, saiz kita besar. Bila ada bahagian kiri bilik, saiz kita kecik. Tak ada cermin, atau apa-apa magic dalam bilik ni. Taktiknya cuma guna satu sudut dari dalam bilik ni untuk dapat reflection seperti di atas. Nampak tak garisan kuning atas karpet tu? Selagi kita tengok belakang dari garisan tu, imej macamni akan terhasil. 

Dua orang baby yang tak sampai dua tahun adalah sama tinggi dengan
kami yang dewasa bila ada dalam Ames Room ni.
Apa yang membuatkan saiz jadi seperti begitu neraka di dalam sana??? Hahahaha.. Haruslah pergi tengok sendiri yu ollsss..!~


Tilted House

Satu section paling favourite kitorang adalah Tilted House inilah! Inilah yang paling neraka sekali! Bilik ni terangkat dari lantai sebab bilik ni condong 15 darjah dari paras lantai. So bila nak masuk bilik ni kena mendaki sikit. Tapi yang setannya, susun-atur dalam bilik ni adalah pada kedudukan normal konon-konon bilik tu tak condong. Ini membuatkan otak masing-masing condong dan gila.

Bukan. Aku bukan sedang mengetuai tarian poco-poco di depan.



Ya.. Gambar atas ni bukan aku ajar senaman aerobik atau poco-poco. Hakikatnya kami harus mendaki sepanjang masa untuk bergerak. Kalau kami berdiri tegak, kami akan terhumban ke belakang. Ingat tak aku kata bilik ni sebenarnya condong 15 darjah? Tapi susun atur barang dalam rumah ni buat kami fikir kami jejak tanah.

Sila abaikan aksi rempit superman aku di atas.

Nampak gambar tangga slide atas ni? Nampak tak gambar gegar-tangan-parkinson-along-amek abang ipar aku dukung anak dia atas kerusi slide tu? Bukan... Slide tu bukan turun ke bawah, tapi sedang naik ke atas. Dan nampak kenapa semua orang harus pegang sesuatu untuk berdiri? Sebab jikalau tidak, kami sume akan terbang ke belakang. Ya! Terbang! Gambar aku adalah contoh terbaik!

Sumpah, boleh buat orang jadi gila. Tilted House ni tak benarkan orang mengandung atau sakit jantung untuk masuk sebab boleh bawak maut. Sila takut sekarang.


Nampak macam lukisan 3D biasa,kan? Cuba perhatikan bayang-bayang.




Ini tandas zaman orang-orang Romania dulu.


Sebelah tandas, ada ruang tandas lama-lama orang Roman. Peti panjang macam keranda, dan ada lubang-lubang kat tengah. Nampak dalam gambar macam ramai,kan? Mana ada..lukisan je semua tu. Owh, dan lihatlah part paling comel... Anak-anak saudara aku semua masuk dalam lubang jamban~







Sambung Part 3 dalam tahun 2034 nanti ok!



Wednesday, March 7, 2012

Sila Jadi Doktor Peribadi Saya




Bismillah




Sejak kebelakangan-kedepanan-kekananan dan kekirian ni, aku kurang selera makan. Aku jugak kurang selera minum. Ini membawa kepada kurang selera berak juga sebab tak ada benda yang nak diberakkan. Mungkin sebab tu aku rasa sistem dalam badan aku ni semakin pelik. 


Aku seorang yang susah untuk sakit. Susah untuk demam, susah untuk selsema, susah untuk batuk. Tapi bila sekali aku sakit, nahhh...! Sediakan keranda cepat sebab selalunya aku akan sakit teruk. Tapi malam tadi aku demam. Gigil. Makan ubat cepat-cepat. Harini Alhamdulillah dah ok.


Aku tak pernah kena admitted di mana-mana. Sekali je dulu, waktu mama aku baru pas beranakkan aku. Aku teringin sebenarnya nak merasa duduk hospital. Makan free. Pakai baju seragam. Oih.. Baju seragam pesakit tu lahh. pejadah aku nak pakai baju pengakap pulak dalam wad kan? Aku jeles dengan Angah aku. Rekod habiskan duet kompeni sebab masuk wad memang dia pegang. Sakit merepek-merepek pulak tu. Kau tahu dia pernah operation buang pekejadah-ntah-namanya yang sama sebanyak 3 kali. Aku agak doktor pun malas nak layan sebenarnya. Setakat nak operate bodoh-bodoh camtu, aku pun boleh tolong buat kat rumah laa.. Tapi insyaAllah meninggal la Angah aku tu kang.

Haaaiippp!!
Saya manusia sehat dan gagah sebab makan
muntah sendiri!

Tapi bila aku tak penah masuk wad, itu menandakan sesuatu yang Alhamdulillah la kan. Saje je buat gaya tak bersyukur kan kau ni Fara. Owh.. Tapi sebenarnya jantung aku sangat membimbangkan aku. Harap-harap simptom bertahun-tahun ni tak ada pape.



** Harus sehat sebab saya belum kawen. 


Sunday, March 4, 2012

Atlet Harimau Jadian Malaya


Bismillah



Kan sebelum ni aku menggemuk menggembar-gemburkan tentang training aku untuk hari sukan. Maka itu semua berakhir dengan kekalahan.

Aku wakil mahallah. Untuk yang tak tahu, mahallah tu maksudnya kolej. Malam sebelum hari game, kitorang dapat la baju sponsor tu. Dalam plastik. Waktu tu aku rasa nak mencarut-carut sambil bergelek. Aku rasa sungguh geli melihat warnanya yang sungguh berdiri-hujung-dunia-tengah-gelap-pun-orang-komfem-nampak itu. Pastu siap ada logo harimau kan. Bajet team netball Malaysia Harimau Malaya ahh? Kau aphal admin? Aphal bagi baju pelik-pelik neh??

Tapi bila sampai hari game, aku tengok baju mahallah lain lagi jahanam punya warna. Warna tahik pun ada. Terus membuak-buak rasa bersyukur. Gila ah.



Yang tengah-tengah tu, yang juling sikit tu, paling cool ok. 


Satu team 12 orang. Sekali turun dalam court 7 orang, 5 sub. Aku main position GA/GS. Oh ye, dalam team aku tu ada sorang nama Yus. Dalam gambar atas ni dia adalah yang kiri sekali. Aku baru kenal dia dan rupanya dia blogger femes jugak lah. Bloggername dia Bluewendy. Bilik dia atas bilik aku rupanya. Sungguh kebetulan. Yus main position GK. Mantap ok! Susah nak tengok dia penat.

Ada 3 group. Result game mula-mula cantik je. Pastu last-last ternoda jua akhirnya.

16-5
16-9
13-7
9-15

Lebih kurang gitu la nombornya. Lupa lak aku. 

Satu kesedihan bila fikir ini last game aku boleh main kat uni. Pasni dah kena join pasukan ragbi Malaysia. 



Mereka sungguh best!~ Ini adalah rindu!


Overall no 4. Buduh.




Aku rasa ini salah baju. 



Saturday, March 3, 2012

Penderitaan Kerana Terung Sambal


Bismillah



Satu fakta suci tentang aku adalah
aku sangat suka makan lauk terung sambal.


Ya.
Maintenance aku sangat mudah.
Makan terung sambal 5 hari seminggu sekalipun, aku rasa aku mampu.
Tapi suami aku mungkin akan bunuh diri.
Mungkin juga dia akan jadi gila dan cuba membunuh terung-terung yang ada.
Atau mungkin dia akan baring mengiring di dalam peti ais sebab dia ingat dia juga adalah terung.


Aku jenis yang makan sedikit, tapi berulang.
Namun begitu, asalkan dalam pinggan aku cuma ada nasi putih dan terung sambal,
aku mampu makan dengan pinggan tu sekali.


Sungguh.



*penonton senyap~



Ok fine. Aku tipu.
Hiperbola sangat.


Kisah cinta aku dan terung sambal bolehlah dikategorikan seglamer Hombak Wendu.

Tapi, semua kisah cinta ada memori pilu, bukan.?



*   *   *   *   *


Petang itu, aku makan nasi putih dengan lauk terung sambal macam biasa.
Setiap suapan penuh dengan momentum kegembiraan yang tak putus-putus.
Hampir saja airmata mengalir dek kerana perasaan terlalu bahagia itu.

Sampai suapan terakhir, mata aku terpaku.


Aku rasa diri aku sedang diperhatikan.
Walaupun begitu kecil, aku masih mampu mengesan sepasang matanya yang sangat kecil..
Serta bilangan-bilangan kakinya yang banyak dan halus...
Juga perutnya yang berlipat-lipat kecil....


Tak syak lagi..

Ada jenazah di sebalik terung sambal aku.



Kali ni aku betul-betul mahu mengalirkan airmata.


Airmata derita.



*  *  *  *  *  * 


Dari saat tu, aku habiskan masa 3,4 hari asyik terfikir,
apakah 9 bulan dari sekarang, aku akan melahirkan seekor ulat berkaki banyak...?



Shetonnn...



Shetoonnnn...




Moral of the story :

Hidup ini ibarat roda.
Bila bergolek, akan langgar semua benda.
Kadang-kadang terlenyek nasi.
Kadang-kadang terlenyek bukan-nasi.