Tuesday, February 28, 2012

Mat Jenin Kategori Pop Rock



Bismillah



Kau tahu tak, waktu aku baru nak taip entri ni, aku perasan seluar yang aku pakai ni, koyak kat lutut.


Bukan..bukan..


Bukan aku merempit dan amek corner lipat baring cecah lutut mahupun cecah telinga.
Jauh sekali roti canai cecah kari.

Bukan aku sengaja tikam seluar ni di bahagian lutut menggunakan pisau lipat.
Lalu merabakkan sedikit untuk impak yang lebih maksima.
Membiarkan benang-benang sedikit huru-hara di bahagian koyakan.



Walaupun kadang-kadang aku impikan imej macamtu.

Muka penuh bekas jerawat dan rupa ala-ala pecah rumah.
Ada parut sikit kat kening tanda pernah bergaduh dalam group.


Ehh..bukan group discussion.


*tepuk dahi~



Aku teringin nak simpan rambut panjang serabai ala-ala hantu Jenglot.
Pakai jaket kulit murah yang beli kat uptown.
Dengan t-shirt lusuh gambar tengkorak ahli neraka.
Sambil ikat bandana merah kat kepala.
Spek hitam yang tak berjenama dan bila pakai harus batang hidung berdarah sebab spek tajam.
Jeans lusuh koyak di lutut serta berambu-ramba.

Kasut...

Hmm..

Aku tak pasti rockers pakai kasut apa sebenarnya.
Yang pasti, bukan Crocs.
Jauh sekali kasut tumit tinggi kaler pink yang ada reben ropol-ropol di depan.
Neraka apa rockers pakai kasut cemtu...


Dan..

Ini semua tak sempurna tanpa angin sepoi-sepoi yang membantu menerbangkan
rambut panjang ala-ala Jenglot aku tadi.
Dan bila helaian-helaian rambut itu terbang dihanyut angin,
aku sisir pulak rambut guna tangan kepala sambil sengetkan kepala.

Oh ya..


Aku juga harap rambut tak melayang masuk lubang hidung.
Jatuh imej la kalau berlaku situasi macamtu.


Dan suara serak-serak basah.



Jangan buat muka pelik lah kalau aku jadi vokalis Guns' & Roses.






*   *   *   *   *   *   *

Nampak?

Nampak tak macamana hanya kerana seluar terkoyak sikit kat lutut,
aku mampu berangan-angan jauh.?


Hmm..
Tapi..

Camne boleh koyak sebelah kiri je ni.



Takleh jadi ni..


*belek-belek seluar bahagian lutut kanan..



Mana pisau lipat tadi..?





Moral of the story : Setakat ni moral masih tak dapat dikenalpasti.




Friday, February 24, 2012

Mulan Jameelah Balik Kampung #1



Bismillah


Baik. Lepas beli kompas, baru aku boleh fokus balik dengan entri sebelum ni. Sambung.


Plane kami. Royal Deutch Airlines

Kami sampai Jakarta waktu sana tengah Maghrib. Macam biasa, foreigner haruslah melalui pemeriksaan visa dan passport. 5 kaunter itu semua lelaki yang jaga. Brader kaunter nombor 3 dah usha-usha time aku tengah beratur.

Ohh..

Kacak.


Dalam kepala aku dah mula congak-congak. Aku cuba pastikan sampai je giliran aku, kaunter nombor 3 harus kosong. Dalam aku cuba atur strategi, pegawai kaunter 3 pandang-pandang lagi. Aku rasa dia nak mintak autograf. Tapi sayang, aku salah congak. Sepupu aku punya turn dapat kaunter nombor 3. Stress. Aku terpaksa berjalan catwalk ke kaunter nombor 1, yang pegawainya pakai spek dan muka macam sembelit. Langsung tak senyum. Aku jeling sekilas nametag dia.

Daddy.

Aku cuba untuk tak kutuk. Aku cuba. Aku cuba.


Tunggu di ruang arrival Soekarno-Hatta International Airport dalam 15 minit, sebijik minibus datang ambil kitorang dan hantar ke rumah yang dah siap kitorang sewa untuk 3 hari kat Jakarta. Jalan nak ke rumah kitorang tu cuma berkeluasan 3 depa orang dewasa. Sangat sempit. Tak ada ruang antara rumah, cuma sekangkang kera halaman untuk dibuat letak pokok. Walaupun begitu uolss, rumah kat kawasan tu semua cantik-cantik dan gah. Sama standard dengan design rumah-rumah kat Bukit Antarabangsa, cuma kecik sikit je. Sebab design rumah-rumah kat Jakarta banyak dipengaruhi ciri-ciri rekabentuk dari Belanda. Indonesia dulu dijajah Belanda, tahu? 

Mesti tak tahu, kan?

Nampak sangat Sejarah dulu repeat SPM. 


Rumah kitorang terselit di celah-celah kepadatan perumahan kat sana. Banglo kecil 3 tingkat. 5 bilik tidur, 4 bilik air, 2 ruang tamu, dapur open-air dan roof-top balcony. Design rumah ni memang sangat cantik. Aku dah berangan, kawin nanti aku nak duk rumah camni. Nampak tak betapa amboinya angan-angan itu?

Aku cepat-cepat duduk bilik tingkat 3. Maklumlah, rumah sendiri tak sampai 3 tingkat. Haruslah batak sikit kan. Bila lagi nak merasa.

Tangkuban Parahu


Tempat kawah gunung berapi. Aku pun tak pasti dengan gunung ni. 'Tangkuban' maksudnya 'terbalik'. Kat atas ni sejuk. Berkabus. Kalau nasib baik, nampak clear kawah ni. Tapi kalau berkabus, sia-sia je lah datang. Kalau tengok dari satu sudut puncak gunung ni, kawah gunung kat sini nampak macam bentuk perahu yang terbalik. Kitorang sampai je kat sini, terus kena serbu dengan penjaja. Macam-macam mereka try jual untuk dapat duit, tapi wajiblah pada harga yang sangat merepek. 

Kau bayangkan, magnet bodoh yang lekat kat peti ais tu, dibuat dari getah, sekeping tu dia jual RM 30. Diulangi, RM. Bukan Rupiah. Merayu-rayu suruh beli sampai kena kejar, penjaja tu tawar harga sampai harga jadi kurang dari RM 1 sekeping. Betapa nerakanya mereka ambik untung masa awal-awal tu. Driver kitorang pun dah pesan awal-awal hati-hati dengan penjaja sebab diorang akan kikis duit kita habis-habisan.







Jalan kat sini memang amat sesak lah. Lebih kurang sesak macam jalanraya kat India. Tapi trafik kat Jakarta masih senonoh lagi kalau nak dibandingkan dengan daerah lain sebab Jakarta ni kan ibu negara. 

Kitorang jalan-jalan bawak dua kereta siap dengan dua orang driver. Bukanlah satu benda yang pelik untuk tengok warung-warung kecik dengan 2 meja dan 4 kerusi, berderet kat tepi-tepi jalan. 


Tapi yang bagusnya, walaupun negara susah dan rakyatnya miskin,    penduduk Indonesia sangat berdikari dan pandai cari duit sendiri walaupun cuma jual gula-gula tepi jalan. 

Bukan benda pelik kat sana untuk tengok merata-rata orang berjalan dengan satu bundle barang kat tangan untuk dijual. At least mereka berniaga. Halal.








Yang pastinya, aku rasa nasik goreng kat sana memang sangat sedap. Tak kesah lah yang masak kat hotel atau tepi jalan, memang bagi aku sangat sedap. Sangat asli. 

Kat sini sangat banyak public transport dari berbagai kelas. Yang kaya banyak naik teksi. Yang kaya sikit naik van angkutan kota. Yang susah sikit naik macam van yang takde aircond. Yang susah banyak naik beca. Paling susah, kena lah jalan.



Aku tak pasti kenapa tapi sepanjang kat sana, ada 2,3 kali aku nampak diorang buat demonstrasi. Ada yang buat depan bangunan kerajaan, ada yang buat dalam kawasan universiti. Driver kitorang pun sengih je macam benda tu dah biasa sangat.

Indonesia memang sangat haruslah bershopping,kan. Siapa pergi sana tapi tak pernah jejak Mangga Dua, Rumah Mode, etc, memang sangat menipulah. Kat sana pun ada jugak shopping mall macam Jusco. Ada jugak hypermarket macam Carrefour. Tapi itu mungkin banyak kat Jakarta je.



Ada satu hari, tengah shopping-shopping, ada kedai kecil tepi jalan. 

Owhh..bukan jual nasik goreng. Bukan..bukan..

Dia jual senapang. Diulangi, senapang.


Memang kat sana tak dilarang jual senapang tetengah bandar camtu. Siap boleh try test shoot kat botol-botol yang sengaja digantung atas pokok tinggi kat seberang jalan. Sekali tembak bayar dalam 30,000 Rupiah. Siapa-siapa nak beli pun boleh. Ayah aku nak beli, sebab dia tak berfikiran waras waktu tu. Tapi mana lah boleh masuk Malaysia nanti. Mau tido lokap la satu family kang.





Aku banyak hutang entri sebenarnya.
Tahun depan aku sambung lagi.




Tahun depan.



Monday, February 20, 2012

Semasa Ini

Bismillah


Sekarang aku tengah bajet rajin seorang diri di cafe kuliyyah. Perkara biasa la buat-buat bz dengan fon bila sorang-sorang camni kan. Baru la bebudak kuliyyah ni nampak macam hebat dan mantap.

Petang ni lepas class dah start match. Sila doakan team kami. Kalau menang bleh berlagak. Kalau kalah pun nak berlagak gak. Kesah apa aku.

Sambung baca case study.



posted from Bloggeroid

Saturday, February 18, 2012

Perut Seksi Yang Elastik



Bismillah


Semalam Along aku belanja semua orang makan. Maksud aku 'semua orang' di sini adalah ahli keluarga. Setan apa nak belanja seluruh rakyat Malaysia. Najib pun tak mampu tahu tak. Kami makan kat Flamming Steamboat Buffet, cawangan baru kat Kota Kemuning.


Kalau dah nama restoran pun Steamboat, tipu lah kalau aku kata kedai ni specialty-nya dalam nasik lemak. 

Aku bukan penggemar tegar makanan seperti steamboat atau yong tau fu atau yang sewaktu dengannya. Tapi kalau dah free orang belanja, agak banganglah untuk aku tak ikut sekali dan cuma makan roti Gardenia cicah Milo panas sorang-sorang di rumah.

Restoran dua tingkat ni boleh jadi syurga makanan bagi orang-orang yang hidupnya didedikasikan untuk makanan, dan juga bagi orang-orang yang makan tak baca bismillah. Cukup seronok membazir makanan yang banyak di sini.

Nasib baik aku jenis makan baca bismillah. *selak rambut~




Tempat ni ada baaaaanyakk section untuk makanan. Nama pun konsep buffet, maka topuplah makanan sebanyak mana yang kau nak.

Section raw food untuk steamboat macam kat pic sebelah ni. Ada berpuluh-puluh jenis makanan untuk korang celup dalam dua pilihan air rebusan; tomyam dan air-rebus-apa-entah-aku-pun-tak-tau. 

Pilihan untuk kepah dan kupang aje pun dah 5,6 jenis. Kadang-kadang aku nak amik pun takut sebab rasa haiwan tu macam baru turun dari langit.



Untuk mi je pun dah ada 6,7 jenis. Ada yang warna putih, kuning, oren, hijau. Tak ke ngeri kau nak makan tu? Bagi yang vegetarian pula jangan nak menangis bila tengok banyak ketam, sotong, udang, mentibang laut serta ikan paus di atas meja. Ada section untuk sayur-sayur juga.


Macam pic sebelah, ni section untuk makanan biasa bagi mereka yang tak makan steamboat. Ada mi goreng, nasik goreng, wedges, kari ayam, etc. Gaya macam makanan hotel la. Tu belum termasuk kuih-kuih pau kukus, dan makanan sampingan lain.


Untuk desert pun ada section sendiri mak jemah. Flamming Steamboat Buffet ni ada sediakan 4 peti aiskrim macam kat pic sebelah ni. Siap dengan section untuk dressing lagi. 

Dressing di sini maksudnya benda-benda yang kau tambah pada aiskrim kau seperti biskut, coklat cair, jeli, kacang, sprinkles, etc. Bukan dressing ni maksudnya kau pakaikan aiskrim kau dengan seluar dalam.

Bukan, bukan, bukan.



Dan section air ya, tuan-tuan dan puan-puan. Ada 6 pilihan minuman yang kau boleh pilih macam kat pic sebelah. Macam-macam kaler sampai nak minum pun rasa ngeri.

Air panas pun ada. Kopi, teh. Bagi yang poyo sangat nak jaga kesihatan tu, air suam pun ada. So tak payah nak menangis sangat.

Oh ya,
ini tak termasuk air batu campur yang jugak disediakan di sectionnya sendiri.




Kami semua ada 12 orang semalam. Dan buffet kat sini cas RM 27 untuk satu kepala. Err.. satu kepala maksudnya seorang makan. Bukan kepala aku ni harganya 27 hengget. Ehhh pelisss jangan bangang sangattt. Peliissssssss...!~ 



Mahal? Tak mahal kot kalau makan boleh sampai meninggal. Bagi yang kuat makan dan mempunyai perut yang sangat elastik, sungguh tak rugi. Tapi yang cuma makan seciput steamboat, nasik goreng dan aiskrim seperti aku, maka sangatlah rugi. Pastikan perut anda betul-betul puaka kalau nak makan di sini.



Penutup mesti nak tepek muka sendiri, kan? Aku pun tak faham kenapa ada habit macamni. 


Dah cantikkk, kenalah tepek muka sendiriii... *libas rambut ke kanan~



Oii oii..!

Ni siapa baling selipar kat aku ni??



Shetoonnnnn..!






Thursday, February 16, 2012

Bersukan Pun kadang-kadang Bikin Stress


Bismillah




Bukan gambar harini
2 jam lepas, dengan jersi FBT warna emas, tracksuit NikeFIT, sarung lengan hitam Giant dan tudung bawal coklat, aku bersiap keluar bilik. Selit kunci hostel dalam poket. Tangan kiri capai air mineral, tangan kanan pegang kasut sukan warna ungu yang terselit stokin kelabu dalamnya, aku bergerak-gerak-gerak-khaasss menuju ke court. 

Dalam 4,5minit berjalan, baru aku sampai kompleks sukan perempuan. Ya. Maaflah, uni aku ini memang begini. Lelaki ada stadium sendiri, perempuan ada stadium sendiri. Tak ada apa-apa yang boleh bercampur. Termasuklah meja makan. 

Ya, untuk pengetahuan, meja-meja makan dalam kawasan tempat belajar aku ni sungguh unik. Di atas setiap meja ada sticker tertampal 'Brothers' atau 'Sisters'. Sila duduk meja mengikut jantina masing-masing. Ok, abaikan tentang meja. Tapi waktu-waktu nak ada sukan macam sekarang, itu semua dah tak penting. Siapa sampai court dulu, itu court dia punya. Setan betul,kan. 

Adalah sesuatu yang tak seronok bila semua court penuh. Kat court itulah dia main bola jaring, kat court itulah dia main bola baling, dan kat situ jugalah dia training futsal. Aku tunggu juga kalau-kalau ada team berani mati nak training kayak atas court tu jugak, haruslah aku terajang punggung mereka sorang demi seorang. Maka jangan pelik kalau sehingga di bucu-bucu tanah lapang mahupun tembok-tembok, akan ada orang bersama alat sukan masing-masing. 

Kat sana jugaklah padang hoki sebesar alam sebok nak menyempit sama. Sana jugaklah court basketball, bola tampar, badminton. Semua pakat main outdoor sebab berangin. Maksud aku berangin itu, angin udara. Bukan angin dalam badan yang sendawa-sendawa tu. Eeee tolonglah jangan bangang sangat.

Jadi aku kena sentiasa berhati-hati sewaktu training. Bila-bila masa saja aku akan terkena bola hoki, raket badminton, mahupun dilanggar basikal. 

Dah seminggu, inilah aktiviti aku setiap petang. Dan aku masih ada 4 hari sebelum hari sukan universiti start.


Percaya atau tidak,
itulah intro untuk entri ini. 


Macam jahanam punya panjang, bukan.?


Isi utama entri kali ni adalah,

petang tadi aku turun training macam biasa.
Dan bila sampai court, budak yang pegang bola 3 bijik itu tak datang.

Aku duduk mengumpat player lain yang tengah training, dan setelah merasa haus, aku pun balik.


Sekian.



Moral of the story :

Amboiiii.. Penatnya training hariniiiiiiiiiiiii....!!~



Sunday, February 12, 2012

Tips Menjaga Muka Yang Agak Bajet




Bismillah




Aku nak kongsi sesuatu.



Sila jangan klasifikasikan entri ini sebagai menunjuk baik atau bajet.
Aku tampar nanti.



Kau tahu kan, apa-apa doa yang baik, bertujuan yang baik,
maka baiklah ia.


Jadi aku nak bagi tips yang aku rasa tak ramai yang buat walaupun sangat senang. Sampai sekarang, antara keyword paling panas kat dalam carian Google ke blog aku adalah 'elak muka berjerawat'.

Ya..
Poyo, bukan?


Sebelum-sebelum ni aku beri tips elak jerawat secara jasmani dan fizikal. Aku elakkan untuk bagi tips rohani sebab aku tak nak kelihatan bajet. Dan aku juga taknak nanti timbul riak pula. Dan jangan kerana riak itu membuatkan aku munafik. Mintak jauh ye. Maka boleh tak aku mintak kita sama-sama husnuzhon untuk entri aku kali ni.


Jaga muka ya. Nak sangat jaga muka, kannn. Hamekkaww..!


Berdekad sudah aku amalkan ini. Harap sama-sama cuba.

Bila tiap kali nak ambil wudhu', aku tau korang fokus pada niat wudhu' aje,kan? Yelah, mesti dalam kepala tu dah set, 'ok, nak start cuci muka ni, niat..niat..' sebab kadang-kadang dah lepas sampai part basahkan sebahagian kepala tu baru korang teringat korang tak niat. Canteekkkkk..!~


Cuba waktu basuh muka dalam wudhu' tu, lepas dah niat, doa pula dalam hati. Kalau tanya aku, aku doa simple je. 'Pancarkan nur dari wajahku.' Dah. Tak ke bangang punya senang tu? Tak payah study buku teks tebal atau pergi kelas agama pun. Common sense ok. Bila nak makan, kita mintak rezeki tu berkat. So kenapa tak amalkan bila ambil wudhu', mintak muka berseri. 

Senang, bukan? 'Pancarkan nur dari wajahku', dan aku selalu amalkan untuk ulang 3x apa-apa doa yang aku nak. 'Allah itu ganjil (Esa). Dia suka pada yang ganjil.' Ini yang aku pernah baca banyak tahun dulu. Kau boleh nak doa 33x kalau nak angka ganjil jugak, tapi aku rasa baik kau mandi wajib je kalau nak ambil wudhu' lama-lama. Sila jangan jadi kurang cerdik.


Apa?
Muka je ke ada doa?

Taklahh.
Kau nak muka kau je selamat?

Common sense.
Bila nak basuh tangan kanan ke siku tu, doa la kita diberi buku catatan amalan dengan tangan itu.
Bila nak basuh tangan kiri ke siku tu, doa la kita dijauhkan dari terima buku catatan amalan dengan tangan itu. Ataupun dari belakang.
Ataupun kau tak pernah terfikir nak relate-kan antara situasi basuh tangan tu dengan buku catatan amalan?

Takpe. Belajar.
Itu pasal belajar itu wajib.


Owh, tak perlu..
Tak perlu carik kamus arab pun nak baca doa tu.
Doa dalam hati bahasa melayu pun tak apa.
Allah tu faham segala jenis bahasa ok.


Apa-apa ilmu yang kau kumpul dari hidup, dari kelas KAFA, dari buku-buku agama dan ilmiah, dari majlis-majlis ilmu, dari buku nota, semua tu kan boleh dipraktikkan. Kenapa nak sia-siakan pulak. 



InsyaAllah.






p/s: Tak semestinya semua orang rasa kau cantik.
       Tapi tak semestinya semua orang nampak kau buruk.
       

Thursday, February 9, 2012

Blog Gila Trafik-Lait


Bismillah


*regangkan jari-jemari halus~


Kauu..
Kau pandang sini.
Tepat ke arah skrin.
Jangan langsung berani nak alihkan anak mata kau ke kanan atau ke kiri.
Melainkan kau juling macam aku, maka sila jangan.


Sebenarnya, kalau kau tertanya-tanya tentang apa jadah blog aku ni sebenarnya,
baik jangan tanya. Sebab aku pun nak tanya kau jugak.
Pejadah blog aku ni sebenarnya?




Jangan berani nak tanya apa yang blog aku perjuangkan.
Sebab nanti aku gelabah nak bagi jawapan.
Kantoi pulak blog tak ada perjuangan,kan. Eh eh tak cantik statement ni.


Ya..
Aku tak menulis tentang AJL.
Aku tak menulis tentang Adam Adli.
Aku tak menulis tentang global warming.
Dan aku tak menulis tentang Pilihan Raya Umum.
Lagipun kau pernah tengok blog politik ada background rama-rama kat tepi??
Tak jahanam ke tu?

Serta apa-apa tajuk SEO yang boleh meningkatkan trafik semasa, itu bukan cara aku.
Walaupun aku pernah gila dengan Khairul Fahmi dulu.
err... 


Kalau setakat nak search tentang Momok Dalam Botol Susu, pelis jangan. 
Hanya keyword-keyword unik saja yang mampu sampai ke blog ni.
Sebab aku unik.




Ya, aku tau ada yang muntah di depan laptop tu, kan?
Ahh..
Malas nak layan orang hasad dengki macamtu.  *tiup kuku kilat~


Blog aku blog picisan.
Tak ada cerita-cerita gah dunia luar. Aku ini begini.
Dan...
Apakah shetoonn sangat ayat aku tiba-tiba sungguh mengikut format SPM ni??


Tapi kadang-kadang, aku taip jugak entri intelektual tanpa kerelaan hati.
Mana tahan tengok orang lain bercakap hal-hal masalah negara bagai.
Terpaksalah buat-buat bijak walaupun tak suka.
Menyatakan pendapat yang tak-berapa-nak-dapat-sangatlahhh tu. Tapi aku tulis untuk aku.
Aku go for atau go against, itu aku.

Haa..nampak?
Aku dah start speaking berhabuk.
Nampak ke-gelabahan aku di situ?


Kau kena tahu bahawasanya, kadang-kadang aku suka menggelabah tanpa sebab.
Macam waktu kau tunggu train sampai dan kau sorang-sorang. Berdiri tegak akan membuatkan kau berasa teramatlah loser. Jadi, aku ada penyelesaian sendiri.
Aku cuma perlu buat-buat gelabah seperti tengok-jam-kerut-dahi-toleh-kanan-kiri-laju-laju. 
Dan aku terus rasa aku termasuk golongan yang cool. Nak jadi cool bukan susah.


Tak faham?

Owh, takpe.
Tak perlu rasa hina.


Orang tak se-hot macam Mulan memang selalu lembab skit.


Dah tu ada hati nak mengaku diri Mulan.
Krisis identiti.



Moral of the story :
Jap..
Sebenarnya entri ni nak cakap pasal apa...?


Sunday, February 5, 2012

Tolong Sedar Diri


Bismillah



Kau tahu tak Fatin Liyana ada 36,000 followers?

Dan dari 36,000 tu, dia mampu dapat maksimum 400 komen per-entri.
Atau nisbah seorang dari 90 orang yang akan drop komen.


Sekarang tengok followers sendiri.


Apa?
Tak nampak nombor?


Ehh, ada tuu.
Mesti ada. Cuba tengok betul-betul.


Tak nampak jugak?
Ishh... Tengok dekat-dekat sikitt..


Haaa... Berapa?

Owhh... Seribu ya?



Dahtu kau expect apa?



*monolog~


Friday, February 3, 2012

Somehow I love To Read This 2 Sentences Repeatedly




Bismillah








"I would like to walk you to your car again sometime.










Even if it's not raining."










- Nicholas Sparks





p/s :  sesuatu yang simple tu kadang-kadang lebih memberi kesan berbanding sesuatu yang havoc.
        owh by the way,
        siapa kata cik ungu tak ada side romantis?
       




Wednesday, February 1, 2012

Bergurau Dan Menghina Itu Dua Benda Berlainan


Bismillah


Harini aku tak ada nafsu nak berjenaka.


Aku taknak ada sorang pun senyum atau sengih. Aku taknak tengok.
Harini aku akan berpura-pura gigih untuk menyatakan pendapat intelektual aku.
Ya...
Bukan senang nak tengok aku bereaksi cerdik, bukan?


Biasa tak dengar member kata 'alahh..aku gurau je. Rilek aarr..!' selepas menendang punggung kau lalu menyebabkan kau jatuh berguling ke bawah dan tangan tersimpul jadi reben.

Atau mungkin member kau kata 'chill ar..aku gurau je punn!' selepas sebarkan pada member-member lain perihal seluar dalam kau yang berlubang dan tertetas jahitan benang lalu menyebabkan setiap kali kau menyarungkan seluar dalam itu dan memulakan langkah pertama, ia lucut semula ke paras lutut.

Tak pun, member kau kata 'alahh lek arr..gurau pun tak blehhh.' selepas menggelakkan parut hodoh yang ada kat muka kau walaupun diorang tak tahu parut tu kesan melecur waktu rumah kau terbakar tahun lepas akibat kebodohan korang main api dalam kain telekung.


Sayang, sayang..
Harini kita belajar, bezakan antara bergurau dan menghina.


Rule no 1.
Bergurau tak sepatutnya melibatkan sentuhan fizikal yang tidak sepatutnya.

Kau tak perlu hempuk member dengan buku teks yang setebal alam. Kau jangan nak bergurau dengan cara menghalang member yang tengah jalan menggunakan skill tackle tanpa sebab, lalu member kau tersungkur. 


Rule no 2.
Bergurau tak sepatutnya melibatkan akhlak dan cara ajaran ibubapa.

Pernah tak mak ayah kau marah bila kau main tunjal-tunjal dahi orang lain? Atau tepuk kepala orang lain secara tiba-tiba? Aku di ajar begitu. Jadi jangan ada yang berani nak tunjal kepala aku kalau taknak terkejut tengok aku tinggi suara maki-maki.

Dan untuk lelaki, adalah sesuatu yang sungguh jahanam andai korang duk main tarik-tarik tudung budak perempuan. Ya.. Aku rasa ramai buat macamtu nak-nak waktu zaman sekolah. Sememangnya lelaki lambat matangnya 2,3 tahun sebelum perempuan. Jadi untuk yang masih tak matang tu, sila ambil perhatian. Jangan nak main tarik-tarik tudung perempuan, sebab itu gurauan bodoh.


Rule no 3
Bergurau tak sepatutnya melibatkan rupa fizikal.

'Kau gemok macam shaitonnnn!' Tau pulak kau shaitonnirrojim tu gemok. Jangan nak kata punggung member kau gedabak macam badak. Owh, aku pernah sebenarnya. Sebab member aku tiba-tiba kata 'kau ni takde punggung ke oii. Leper je aku tengokk!' Jujurnya, aku tak lah terasa pun sebab aku rasa aku suka je. Tapi bila dia susuli kutukan demi kutukan, aku terus jawab 'tu laa, aku memang takde punggung laa. Tapi aku lagi suka macamni daripada punggung lebar macam kau. Nampak tak seimbang.' Dia terdiam. Lantak kau.


Rule no 4
Bergurau tak sepatutnya melibatkan maruah.

'ehh kau mana boleh join kitorangg. Ni geng-geng anak dara punya hang out je. Kau janda, takleh join. Tak setaraf!~' Kalau kau cakap camni, takyah buat muka pelik kalau tiba-tiba bibir kau berdarah dan pipi kau pedih.


Rule no 5
Bergurau tak sepatutnya melibatkan makian atau carutan.

Terutamanya dengan perempuan. Aku tau lelaki susah nak elak benda ni. Kebanyakkan lelaki sekarang, mencarut, memaki dan melucah itu sama macam ayat-ayat pasif atau prediket yang lain. Perkataan 'F**k' itu dah setaraf dengan perkataan 'selipar' atau 'penyepit baju'. Terlalu biasa sampai nak menyebutnya tak rasa bersalah dan tak fikir 2 kali.

Ramai jugak perempuan yang macamni. Aku rasa 'bodoh, bangang, sewel, bengong, etc' itu masih di tahap awal carutan, dan aku pun gembira menyebut semua tu. Tapi kalau sampai perkataan lucah melibatkan alat sulit segala bagai, dan perempuan sendiri yang sebut dan tak merasa malu, aku rasa harga perempuan tu sedikit jatuh. Sedikit. Mungkin banyak. Mungkin. Pendapat aku je. Takyah nak mengamuk sangat. Cehh..


Rule no 6
Aku malas nak tulis lagi. Izinkan aku berhenti.



Moral of the story :

Melainkan orang yang kau bergurau tu memang sekepala, se-perangai, se-fahaman, dan segala bentuk 'se' yang lain dengan kau, mungkin gurauan hina itu mampu mengeratkan ukhuwah. Tapi sila jangan anggap semua orang sama cara macam kau. Mungkin hati kau keras, hati orang lain lembut. Maka sila berfikir dua kali sebelum bergurau.

Bergurau dan menghina itu dua benda yang berlainan.


Please jangan buat muka macam ada bencana alam.
Kadang-kadang aku serius.