Tuesday, January 24, 2012

Aku Manusia Ilmiah. Kau Tolong Kagum Sekarang.


Bismillah


Aku dah balik!
Haa..tolong jangan cium.
Aku rimaass!!


Ehem.

Aku nak cerita tentang vacation aku tapi kazen aku tak upload gambar lagi.
Stress.
So aku cover dengan cerita bodoh yang lain ok.


Semua pun dah tau pasal voucer buku 200 hengget tu kan?
Kau tolong jangan ingat kau sorang je dapat.
Walaupun Mulan jameelah femes, tapi Mulan masih terjimba-jimba dapat voucer free ok.
Dan yang paling menarik..
Mulan tak dapat 200 hengget...



Ehem.
Jangan buat muka kagum sangat.
Nama pun Mulan kan. Siapa tak tergoda. -.-

So semalam kali kedua aku shopping kat bookstore.

Sebahagian benda yang aku beli.





Buku-buku aku. Buku-buku dan mainan untuk anak-anak saudara.
Gadget. Coklat.

Kau tak tengok lagi Yasser siap borong set speaker bagai. Kapten borong mainan Sahiba, Jengga, Saidina.

Masuk kedai buku boleh jadi gila.
Dah gila boleh masuk syurga. Cuba try.
paling sopan. Ada kamera takkan nak
duduk terkangkang sangat kan.

Semalam saja sudah habiskan total 200 hengget voucer. Campur-campur 4 orang. Dah pening macamana nak genapkan 200 hengget sebab voucer ini tak boleh refund in term of cash. So kami borong coklat bagaikan dunia ini nak kiamat esok.



Kau tahan je la tengok gambar aku banyak-banyak ni.

Aku nak jugak cari bookstore yang ada jual kerusi meja, peti ais dan kasut sport adidas. Tapi tak jumpa pulak. Nak utilize gila-gila voucer lah katakan. Dalam bookstore tu pula kebetulan ada section cd dan dvd. Tapi buat apa nak bazir kalau semua itu boleh kita burn dan download secara haram?

Ahh.. Tak payah buat dahi berkerut sangat.
Yang dalam fon mahal korang tu semua pun korang download jugak kannn.
Confirmmm..!









So setahun pasni tak boleh beli buku sebab entah berapa dekad baru habis nak baca buku-buku tu semua. 

Owh.. Dan sebenarnya, voucer aku masih berbaki 200 hengget lagi.

Tolong jangan tikam bijik mata guna ibu jari kaki sebagai tanda cemburu.



Moral of the story :

Orang memberi, kita merasa.
Siapa suruh dia beri.



Saturday, January 21, 2012

Ehh Rindu Letteewww

Bismillah


Aim kaming hom tunait bebeh!

Apa?
Rindu??

Aku dah lama tau.


Stress. Sini susah betul nak jumpa seterika.
Jangan.
Jangan sampai aku jilat baju ni semua sampai licin.


4 hari kat sini, baru berak sekali.
Kau mampu?


p/s: Doakan perjalanan kami!

posted from Bloggeroid

Monday, January 16, 2012

Bekalan Tak Semestinya Nasik Lemak


Bismillah


Ok. Aku tau aku dah berjanji nak hapdet gambar poyo aku dan rakan-rakan.
Tapi member kata wayar transfer tertinggal, so tak boleh hapdet.
Aku kurang berkenan dengan alasan cikai camtu, tapi aku patuh je la.

Aku tinggalkan entri ni sebagai bekalan sepanjang minggu ni.
Tak berani aku nak kata bekalan hari akhirat. 
Maklumlah, entri lagha dan duniawi macamni, layak sangat lah tu kann..

17hb ni aku dan family pergi bercuti-cuti selama 5 hari.
So, aku tak dapat nak paksa korang masuk blog aku.
Tak dapat nak paksa korang komen.
Tak boleh nak cekik leher korang sampai korang puji aku cun.
Tak boleh nak hunus pisau kat pusat korang sampai korang beli album aku.
Ciss...




Ini gambar paling romantik aku pernah tangkap.
Jangan tanya kenapa ia sedikit bercirikan hindustan di taman bunga.
Jangan sampai aku letak gambar aku sedang berguling di kaki bukit.
Jangan sampai aku letak gambar aku ber-sari ungu bertindik hidung pula.

Jangan tanya kenapa aku pandang kanan.
Itu haruslah kerana kalau aku pandang belakang, tak nampak muka pula.
Jangan tanya kenapa aku bergambar manja dengan bunga.
Haruslah aku rela, dari bergambar manja dengan korang.
Tak 'kelasss-kau-Mariaa~' langsunglahhh..~


Owh, dan tak perlu tertanya-tanya.
Kali ni aku melancong tak jauh.
Dekat saje.

Tak percaya?
Tinggalkan laptop dan pergi ke tingkap terdekat.
Dongak langit.

Nampak aku tengah melambai?

Heyy, kat  sinilahhh!


Tak nampak, kan?


Memanglah.


Jangan bangang sangat boleh tak?
Please...



p/s : kalau rindu (siapa berani tak rindu, dia tenuk..) boleh komen sampai laptop meletup.
       Aktiviti insyaAllah di-update melalui Twitter
       Take care peminat-peminat Mulan~ (siapa tak minat pun dia tenuk juga~)


Sunday, January 15, 2012

Waktu Setan Kembali


Bismillah


Haaaaaaaaaaaaaa..............!!
Tak percaya kan Mulan hapdet blog kannnnnnnn.
Cukup...cukup...
Kesatlah air mata tu. Tak payah nak ber-hombak-wendo sangat dengan aku sekarang.

Exam aku habis semalam. Exam paling tak layak wujud kat mukabumi.
Kau tahu tak apa yang aku menyampah bila waktu exam?
Aku menyampah sangat bila tanya kawan-kawan yang konfem boleh jawab exam, tapi dia kata susah.
Padahal jawab exam sambil silang kaki atas meja, tangan cungkil gigi.
Dan kau nak kata kau tak boleh jawab exam?
Kau pilih sekarang...
Nak pelempang di muka atau hentakkan kaki ke tulang belikat?
Rimas Mak Jemahhhhhhhhhhhh dengan statement poyos kau tu ok.

Harini semua orang dah balik kampung masing-masing. Aku pun kat atas katil rumah ni.
Seronok bergolek di sini. Nak banding dengan tilam hostel yang keras macam tempurung kelapa.
Harus rosak sistem perkumuhan aku kalau hari-hari membesar atas tilam tu.

Nampak?

Nampak tak ayat kufur nikmat aku?

Astaghfirullah..Syukur. Syukur.

Malam tadi hang out kali terakhir dengan member-member lain. Ramai yang dah grad.
Sadis mengingatkan itu semua.
Sebab member aku lembab upload gambar, so hari isnin aku update entri semata-mata tunjuk gambar.
Dan waktu tu tolong...
Tolong jangan shetonn sangat nak mengutuk ok.

Ehh..
Tolong oii..
Tolongg..
Jari aku tak boleh stop menaip ni~
Bahana habis exam dan nak lepas dendam hapdet blog tanpa rasa bersalah.

Siut..
Tak boleh stopppp..
Nak tulis apa lagi ni..
Eh eh eh ehhhhhhhhhhhhh..

Owh..

Tak boleh jadi.
Aku harus ikat jari-jari aku sekarang.
Sekarangggg!!!!

Okbai!~

Saturday, January 7, 2012

Jangan Percaya Muka Aku Yang Kudus


Bismillah


Ya.. Ya...
Aku masih hidup.


Eh?
Kenapa tiba-tiba mengeluh?


Shetooonnnnn!


Maaflah lama tak hapdet. Dan aku tak faham kenapa aku perlu minta maaf.
Sedangkan takde siapa merayu padaku untuk hapdet.
Tacing ok.


Sejak 3 hari lepas, aku berhadapan dengan exam setiap hari. Berturut-turut.
Aku tak faham.
Aku sungguh tak faham macamana uni aku susun jadual.
Diorang tak tahu ke aku ni lain.
Aku tak macam student lain yang banyak masa untuk study 3 hari berderet ni.

Aku lain.
Aku tak banyak masa.

Aku ada rehearsel untuk konsert jelajah semenanjung Malaysia minggu depan.
Tak masuk lagi sesi press conference.
Weekend pulak nak pergi funfair.
Malam pulak nak hafal skrip filem terbaru yang jota-jota tu.

Habis bila aku nak study?

Bilaaa???


Dan kau tahu tak, dua hari lepas aku ada exam paper Zakat Accounting.
Keluar je dari hall exam, riuh sekampung.
Berkerut-kerut muka mereka macam nak menangis.

"Susah gila s**l!!"

"B**i, susah nak mampos bolehhh??"

"Susah gilaa..."

Aku perhatikan keliling semua muka keruh. 
Bila member-member tanya "Kau boleh jawab tak tadi? Mesti boleh kann?"
Aku jawab "huhu..enntahlah~"
Mereka kata tengok gaya aku pun dah tahu aku boleh jawab.
Serta muka aku yang kudus tenang.


Bila balik bilik, aku bawak kertas soalan exam itu masuk toilet.

Dan aku nampak kertas itu lemas kena flush dalam jamban.

Padan muka.


Aku percaya kertas exam tu dah dibomoh.
Sebab soalan dia macam shaitonnirrojiiimmmmm..!



Moral of the story :
Berhibur-berhibur jugeee.
Study smart derrr..


Monday, January 2, 2012

People, Please.



Bismillah




People.
Please.




You may feel sorry for someone,
but that feeling might turn out to be something else.


didn't you keep reminding of the above statement.?




You may feel sorry for someone,
but think really careful when you're about to respond,


coz if you're easy enough to fall for an hour of a sad story,
then you must be brave enough to lose someone for eternity.









Sunday, January 1, 2012

Pembuka Tahun Baru Aku


Bismillah


Tacing gila tak ada siapa pun merindui aku kat blog.
Ok fine.
Tamoh kawan.


1. Hepi Nu Yerr 2012 !~

Selamat tahun baru 2012 untuk semua readers. Sakan sangat korang kan celebrate kat i-City kan.
Malam tadi aku dan parent pergi juga. Celebrate dengan Ustaz Azhar Idrus kat dataran Shah Alam.
Tapi ramai nak maammmppp. 
Tacing la konsert aku takde pun seramai ni.
Haruslah,kan.

New Year Azhar Idrus dengar-dengar datang 70 ribu orang.
Kalau konsert aku, 2 ribu tiket je terjual. Haruslah 2 ribu.
1999 tiket tu semua aku yang beli. 
Yang datang cuma nampak 3 orang. Tapi sebenarnya ramai.
Haruslah ramai.
Shetoonnn je yang datang ramai-ramai tu kan.

Apa-apa pun, cuba lah tahun baru sambut dengan Alhamdulillah.
Lepas lagi setahun, Alhamdulillah.
Meningkat umur setahun, Alhamdulillah.
Tak perlu lah nak ber-countdown jimba-jimba menari peluk girlfriend sambil tengok fireworks sangat.

Yang sekolah, sekolah elok-elok. Yang first year, second year, focus la kat study elok-elok.
Time junior la waktu paling senang kalau nak dapat pointer meletup.
Dah final-final year nanti subjek semua neraka. So, prepare lah awal-awal ye.
Takyah gigih sangat dengan blog nak maki orang sana-sini.

Selamat meningkat kematangan.
Dan semoga bertambah keimanan, insyaAllah.


2. Hepi Nu Status !~


Nak bertandeng dengan heroin,
haruslah aku kalah.
Pelakon extra hari kejadian.
Nak selit ucap tahniah untuk member aku, Anith yang selamat bertunang harini. 
Aku stress ok!
Anithnye tunang, Nodienye nak kawin, Nadia dah nak beranak. 
Uhhh stresss!! Terasa tua dan masih macamni haruslah menimbulkan stress.

*kesat peluh kat dahi~

Congrats cik Anith. Moga kekal sampai syurga, insyaAllah.


Antara kita sape dulu weh? 



Mulan Jameelah andartu?
Mampu kau dengar fitnah pedih macamtu?


*deym...lupa buat boarder..