Sunday, December 23, 2012

Tips Medium Apply Kerja


Bismillah


Sebenarnya aku tak rasa nak menulis sekarang. Tadi usha-usha Google+, bila nak bangun dari kerusi tiba-tiba kaki terasa semut-semut. Pastu pulak terlanggar kaki kerusi. Tahu tak penderitaan waktu tu? Air mata aku dah bergenang tapi senyum sorang-sorang jugaklah depan laptop. Memang menuntut jihad namanya.

Dah 5 bulan lebih kurang aku kerja. Tak tau kenapa rasa macam dah lama gila aku berpura-pura sibuk di ofis. Sampai kadang-kadang aku nyaris sangka aku ni manager. *selak rambut~


Baik. Bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak kongsi sikit tips cari kerja ni. Bagi adik-adik yang dah final year, dah boleh cari-cari tempat kerja dan mula edarkan resume masing-masing. Bila akak sebut 'edar' ni, janganlah pulak kau berdiri depan pintu masuk Tesco atau Giant sambil hulur resume kau sekeping-sekeping kat semua orang yang lalu lalang. Atau janganlah terlebih extreme dengan naik lif sampai ke level paling tinggi, dan campak semua copy resume kau ke bawah. Dengan harapan semua orang berebut-rebut nak sambut resume-resume kau yang berterbangan tu. Amboi.. najis sangat perangai tu.


Beginilah..

*batuk-batuk kecil~

Mula-mula sekali, macam mana nak apply kerja sebenarnya. Sebenarnya ada banyak cara. Aku bagi cara paling senanglah ye. Tolong jangan apply kerja dengan mengetuk pintu rumah ke rumah. Pelis... Nak jadi pembantu rumah pun guna ejen ok. Secara kasarnya ada 5 cara ;


1. Dari website rasmi syarikat.

Mudah. Buka website, cari kata kunci 'career, hiring, recruitment,kerjaya' dan yang sedarah-daging dengannya. Ni cara paling selamat nak pastikan resume yang kau hantar tu sampai terus pada alamat yang dia bagi, samada alamat emel atau pos. Cara ni lebih sesuai kalau kau dah ada target company mana kau nak kerja nanti. Contohnya kau dah plan nak kerja dengan Sirim. Bukak terus website Sirim sendiri.

Yang tak cantiknya pasal cara ni, banyak website yang tak update website diorang. Bangang bunyinya,bukan? Aku pernah 3,4 kali tengok position yang di-offer dalam website tu due date applicationnya dah tamat beberapa bulan sebelumnya. Neraka tak perangai moderator website tu? Ni sebab company lebih suka iklankan peluang kerjaya dalam company melalui Jobstreet atau ejen-ejen lain. Lebih cepat, mudah dan banyak pilihan. Lebih cepat sebab majoriti pencari-pencari kerja ni memang mencari update-update terkini kerja dari Jobstreet. Sekali update masuk emel, 20 kerja kosong diorang boleh tau. Berbanding nak apply satu-satu kat website. Kalau nak apply 10 company, dah 10 website kena masuk. Belum kira nak kena register la, isi online resume la. Leceh kan.


2. Jobstreet

Jobstreet ni bagus untuk korang tau update-update terkini tentang kekosongan kerja. Tapi kalau nak harapkan Jobstreet semata, sampai kucing kau layak amek SPM pun belum tentu dapat kerja dari Jobstreet. Sebabnyaaaaaaa... orang yang apply kerja melalui Jobstreet ni teramat neraka ramainyaaa. Konsepnya, bila Jobstreet update ada kerja kosong kat bank A, dia takkan hantar update kat kau sorang je Kiah oii.. Nun haaa.. kat 10,000 orang yang lain pun dia hantar update jugak. Kalau dari 10,000 tu, tak payah banyak la aku bagi contoh.. Kata lah 5% je yang berminat nak apply. Mampu sangat mak nak bersaing dengan 500 applicants lain untuk satu kekosongan jawatan? Mohon meninggal.

Tapi kalau suka cara mudah dan cepat macamni, aku sarankan register dengan JobsCentral. Penggunanya tak seramai Jobstreet dan updatenya lebih niche berbanding Jobstreet. Atau boleh cuba JenJobs cuma Jenjobs ni tak mesra pengguna online. Bagi aku la, website Jenjobs ni macam kelam-kabut dan link yang dibagi pun macam haram.


3. Job agent

Yang ni lebih praktikal dari Jobstreet walaupun konsepnya lebih kurang Jobstreet jugak. Cuma lebih fokus sebab penggunanya tak ramai macam Jobstreet, JobsCentral atau Jenjobs. Contohnya kau cari kerja melalui Agensi Pekerjaan Janggut. 

Aku kata contoh.

Contoh.


Agensi Pekerjaan Janggut ni iklankan kerja kosong kat Kencana Jaya Holdings sebagai technician. Ada 200 orang apply sama macam kau. Dari 200 ni ejen akan screening dari resume kau dulu. Resume kau ok, cantik, mengagumkan dan penuh riak, kau boleh lepas screening kedua yakni interview dengan Agensi Pekerjaan Janggut. Bukan interview terus dengan Kencana Jaya Holdings ye! Stage ni mungkin tinggal 100 orang. Lepastu kena screening lagi, sampai yang qualified je akan di-propose namanya pada bahagian Human Resource Kencana Jaya Holdings. 

Bergantung pada agensi. Lain agensi, lain cara interviewnya. Bab interview ni aku kongsi kat next entri. Sekarang tak sempat. Pasni nak keluar shopping. Maklumla sejak kerja, baju rasa macam tak cukup je. Takkan nak pakai baju kotak-kotak tu gi kerja. Gila rasa otai. Nak pulak tambah rantai basikal sangkut kat leher kan. Paling dapat naik pangkatlah gayanya.

Hm..

Bukan susah nak lari topik.


4. Jobfair & Talk program

Pernah dengar? Bagi student-student ipta dan ipts, kalau dengar je ada jobfair ni, tolonglah pergi.Tak dapat yang jauh-jauh, tolonglah pergi yang dekat-dekat tu. Universiti dan kolej selalunya ada banyak aktiviti jobfair ni, especially yang tahun ketiga atau keempat. Datang bawak resume 10 salinan. Pergi booth-booth company yang kau minat, buat-buat tanya soalan, lempar resume sekeping, balik. Untung-untung rezeki murah, terus dipanggil interview on the spot kat booth tu jugak. Cara ni yang bagusnya, saingan tak banyak. Kalau buat kat universiti sendiri, bebudak batch kau gak yang hantar. Takdelah satu Malaysia. 

Atau bagi yang rajin ikut dengar program-program gaya Talk ni, sila hadir. Selalunya company-company yang bagi talk ni ada buka peluang untuk siapa-siapa yang berminat. Boleh hantar resume sekali. Nasib baik, dapatlah call dari diorang lepas beberapa hari. Kalau tak pun takpelah. Bukan rugi ape pun.

Tapi tolong ye.. Kalau kau gi Talk pasal party tupperware, tak payah nak bawak resume sangatlahhhh!


5. Practical Training

Atau Latihan Industri. Yang pastinya, kebanyakkan universiti memang cerdik. Selalunya LI ni dibuat tahun akhir, semester akhir. Jadi student yang perform kalau tak ada aral melintang, boleh terus stay kerja kat tempat LI. Tak payah berhenti kerja atau apply banyak kali. Tapi ni pilihan je. Kalau agak malas nak bergerak, kerja je lah terus. Dah ada pengalaman sikit, boleh dibuat modal nak cari kerja tempat lain. Senang sikit.



Next entri maybe aku share pasal interview. Kalau rajin la. Tapi hormon malas aku ni macam menggelegak je pulak. Entah kenapa entah...



8 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

owh... sangat berguna!!!!
aku rasa macam nak berbaring di atas landasan keretapi sekarang!!!

shedameor said...[Reply to comment]

Peeewit. bagi tips gituuu. Huhu

izzamri said...[Reply to comment]

dah try kat jobstreet
sampai skrg nggak dpat pa2
=(

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

aku pulak dapat dari kawan. alhamdullilah kekal.

jobstreet tak pernah panggil pun aku. hantar dah ribu-ribu.

AKU CHUN said...[Reply to comment]

Info yang berguna serta sangat membantu dari wanita bekerjaya!

Anonymous said...[Reply to comment]

Sedikit tips:

1st- Apply for "priority" in jobstreet, insyaAllah byk Company akan call tp it will cost u RM100+- for 1 year. its worth it to try!! Proven okeyh.. jgn kemut kedekut sgt boley tak??

2nd: Sila benci kerjaya yg anda tak suka, InsyAllah akan akan dapat offer keje tu tanpa perlu meng'apply'kan diri anda. *tp pointer jgn lah atas pagar jiran rumah nenek hang.. *kisah benar

last: usaha, tawakal & doa ye adek2..

yg benar,
bukan mulan jameela

CareerOnline said...[Reply to comment]

Terima kasih untuk maklumat

Blogger said...[Reply to comment]

WE'RE HIRING NEW LIVE CAM MODELS!
GENERATE MORE THAN $10,000 PER WEEK.
BECOME A BONGA MODELS WEBCAM MODEL TODAY!