Saturday, December 8, 2012

Sebenarnya Aku Bukan Watak Utama



Bismillah


Baru aku nak renovate blog, dah nampak pesanan penaja ni :




Ya.. aku tau last entri aku adalah sebulan sepuluh hari yang lepas. Terima kasih sebab bertanya walaupun ayat kau tu macam berbelit sikit. Tapi memandangkan aku rakyat Malaysia berjiwa 1 Malaysia, aku masih boleh faham ayat belit kau tu.

Baiklah.

Disebabkan dah sebulan setengah aku tak update, maka aku sajikan entri ringkas dan bangang untuk tatapan khalayak. Kalau aku tepek entri berjela-jela sangat, risau juga.. Ye lah, keyboard lappy pun macam dah rapuh-rapuh. Taip sikit, berkecai.

Sekarang ni dah pukul 9.40 malam
Rumah kosong. Mama ayah pergi kenduri kahwin. Nun kat johor.


Lepas maghrib, aku fikir nak masak apa. 
Perut masih kenyang. Takkan nak masak nasik.


Selalunya bila mama tanya soalan 'nak masak apa eh harini.?'
Aku cuba menjadi seorang yang lucu dengan menjawab,
'kita fikir masak-masak je lah.'

Dan selalunya muka mama tak ada ekspresi. Aku kecik hati.
Bakat lucu aku semakin pudar.


Hmm..
Bukan tu yang aku nak ceritakan tadi.


Sedang aku berfikir-fikir nak masak apa, aku terpandang majalah atas lantai dapur depan tv.
Cantik je mukasurat majalah tu terbuka iklan gambar pancake.


Pancake.
Atau bila aku nak nampak ayu raudhah sikit, aku akan sebut lempeng.

Aku mula kumpul bahan untuk buat adunan pancake aku. Hujan kat luar lebat menggila.
Aku kacau-kacau adunan pancake tadi sambil cuba mempraktikkan gaya mengacau adunan dengan betul. Selalu tengok Masterchef US tu, katanya gaya mengacau adunan kena betul. 


Jap..

Bila aku sebut mengacau kat sini, apa yang aku maksudkan adalah 'memutar-mutar adunan pancake dalam bekas tadi menggunakan sudu'. 
Bukan mengacau seperti berkata 'hai awak..emm..boleh saya nak nombor telefon awak.?' sambil kenyit mata ke arah bekas adunan pancake aku tadi. 

Pelis jangan bangang sangat. 
Pelis..


Tengah aku mengacau-yakni-menggunakan-sudu adunan tadi, tiba-tiba guruh sekuat alam berdentum dan serentak tu rumah aku gelap gelita.

Dari teknik mengacau aku seperti profesyenel, terus aku mengacau bak pesakit Parkinson. Aku cuba cari punca cahaya samar-samar dari bulan, tapi tak ada. Dengan mangkuk adunan tu jugak aku meraba-raba jalan ke arah pintu. Aku bukak pintu dengan harapan cahaya bulan dari luar boleh masuk. Masih gelap. Cuma sesekali kilat sekelip mata.

Waktu tu lah otak aku berebut-rebut nak ingat balik segala babak cerita hantu yang pernah aku tengok sepanjang 24 tahun aku hidup. Lucu apakah ini.? Masa aku exam, otak aku takde pulak nak se-aktif macamtu. Biadap..biadap..

Hampir 2 minit aku tercegat pegang pintu yang terbukak luas sambil peluk mangkuk adunan pancake yang tak siap-siap. Aku nampak hujan ribut kat luar. Muka aku terkena percik-percik air hujan yang menggila. Aku berfikir-fikir. Aku tak berani nak pergi belakang ke dapur. Tapi jadah nya aku nak tercegat depan pintu ni sampai hujan berenti. Aku beranikan diri kunci balik pintu. Dengan bantuan lampu henpon, aku cari jalan ke dapur. Cari mancis dalam laci. Mangkuk adunan pancake aku letak atas meja. Terketar-ketar tangan cuba nak nyalakan mancis. Dalam hati aku kutuk diri sendiri. Nak nyalakan mancis pun gaya tenat habis. Total 8 bijik lilin berjaya aku nyalakan. Aku pegang satu kaki lilin dan bawak ke switchboard. Aku tarik kerusi. Panjat. On balik main switch. Dan rumah aku terang.

Oh Tuhan. Syukur.
Aku tarik nafas panjang tanda lega.
Waktu tu aku terasa sangat macho bila berjaya melalui saat-saat getir seorang diri. 
Dan bila berjaya terangkan rumah, aku terasa amat maskulin.
Dalam hati kata, kalaulah jiran sebelah nampak kualiti hero aku tadi..Pehh...


Aku turun kerusi. 
Jalan ke arah ruang tamu. Aku nekad nak tunggu mama ayah sampai dari johor.
Nak tunggu kat ruang tamu je. Tak berani nak naik tingkat atas.


Baru aku duduk,
rumah aku gelap gelita.



Dan kau kena tahu,
saat-saat maskulin tak datang selalu.



Dan sebenarnya watak utama untuk entri ni adalah
mangkuk adunan pancake.




Moral : Sekarang nampak tak ke-relevan-an tajuk entri aku.?


7 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

nasib baik aku baru lepas terjun bangunan sebelum baca entry ni... Ni pun ada rasa macam nak terjun lagi je...

Khai faiz said...[Reply to comment]

Owh.. Ni cerita scary ke cerita sedih.. Adunan Pancake x berjaya membawa watak dgn baik..

izzamri said...[Reply to comment]

tertanya-tanya,pancake menjadik ke x?
muahahaha,maskulin sekali seumur hidup. =D

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

hahaha. penkek mentah la jadinye eh?

shedameor said...[Reply to comment]

tak tahu nak bagi respon ape tapi kahkahkah. maknanya lawak la kan ? haha

ejulz said...[Reply to comment]

waaaa.. pandai masak.. nak sikit.. hehe

¿n0die? said...[Reply to comment]

Laen kali if kene tinggal sorang, ajak aku bole? Belagak maskulin betol!