Saturday, November 3, 2012

Laser Mata - Bab 2



Bismillah



Lepas berbulan-bulan aku abaikan keyword search blog ni, lantas aku pun memerhatikannya tadi. Rupanya ramai rakyat Malaysia yang nak tau pasal laser mata. Dan komen-komen dari entri pengalaman aku laser mata sebelum ni, semuanya kata ia menakutkan seiras neraka.


Mohon bertenang.



Memanglah proses-proses tu melibatkan direct contact antara bijik mata anda dengan medium lain. Tapi tak mungkinlah proses cucuk-cucuk mata tu membuatkan bijik mata anda berdarah ataupun tercabut dan jatuh bergolek ke bawah meja. Mari aku simpulkan setiap proses, tingkat demi tingkat.


Proses 1 : Titik-titik eyedrop

Sepanjang penglibatan aku dalam arena laser mata ni, tak adalah pulak aku kena guna eyedrop yang membuatkan bebola mata aku terbakar ataupun bertukar jadi bebola ikan. Tak ada. Kalau ada pun sejenis dua ubat titis yang pedih sikit. Tak mati pun.


Proses 2 : Cucuk mata

Bukanlah aku kata mata tu kena cucuk dengan jarum. Jauh sekali Mami Jarum. Ada sejenis menatang mesin yang macam pen, gunanya untuk check pressure mata. So, hujung mesin tu akan disentuh-sentuhkan kat bijik mata korang supaya dapat bacaan tekanan mata. Sebelum tu doktor akan titiskan ubat kebas dalam bijik mata supaya tak rasa apape waktu dia nak cucuk-cucuk sikit guna mesin pen tu.

Faham?

Kalau tak faham, tolong pergi ambil wudhu' sekarang.
Moga terang hati.


Proses 3 : Proses me-laser

Sama lah macam korang buat operation punggung.

Jangan tanya kenapa aku pilih punggung sebagai contoh. (Hak menulis, hak kami!)
Mestilah korang di-operate dalam keadaan tak rasa sakit. So, sebelum laser nanti doktor akan titis macam-macam ubat termasuk ubat bius. Sepanjang proses toreh-toreh lapisan mata tu, korang nampak bayang-bayang tangan doktor, peralatan, dan view yang kejap terang kejap kabur, tanpa rasa sakit. Memanglah cuak bila tengok semua tu tapi memang tak rasa apape. Cuma rasa sejuk gila kat mata bila doktor titis-titis ubat macam-macam tu.


Proses 4 : Neraka

Ya.
Peringkat ini memang sakit. Yakni, sekitar 2-4 jam lepas operation. Waktu ni kesan ubat bius dah hilang, jadi rasa sakit tu memang berdenyut-denyut. Rasa bijik mata macam terbakar dan view pun blur. 

Tapi jangan risau, tu semua sementara je. Dalam seminggu tu rasanya dah ok. Aku dulu hari ke-empat dah tak sakit. Pasal cuti jangan risau. Memang korang akan di-provide MC selama seminggu. So kalau menderita 2,3 hari pertama lepas laser tu, korang boleh menggelupur di atas katil rumah. Alang-alang sakit, biar dalam keadaan selesa. Bhahahahah! Terkelakar pulak rasanya.


Sekarang dah faham?

Semua orang duk takut dengan cerita detail aku tu. Bawak bertenang. Sakitnya cuma 2,3 hari lepas laser je. Sepanjang proses tu dan sebelum proses, semua tak sakit. Jadi jangan takut bagi yang ragu-ragu nak buat laser mata after baca pengalaman aku tu.


Heyy..

Tengok ni.
Aku mampu menaip entri dengan keyboard dan skrin yang jauh dari mata, tapi aku nampak!! Hoiyehhh!!

Jeles kan.?



Sakit sekejap je, tapi kesannya, korang tak rabun dah sampai mati. Sebab, kalau power korang naik lagi lepas beberapa tahun dan keadaan fizikal mata kau masih ok, korang boleh buat laser lagi secara FREE!


So, lantak koranglah. Aku nak sarapan ni. 
Nak melihat nasik lemak dengan pandangan yang terang.

Daa~




27 tindakbalas kimia:

Bluewendy said...[Reply to comment]

hewhewhew..syiok nye.. tak yah kai spek dah.. :)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

Aku cuba bayangkan kalau laser punggung cam mana...

cik miera said...[Reply to comment]

bestnye... xyah pakai spec. punggung pn tak sakit. jgn tnye knp aku komen punggung jugak (hak mengomen,hak aku!!)

Miss Xyz said...[Reply to comment]

oh, jelesnya.. teringin nak buat laser tapi kena siapkan duit menggunung.

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

ooh? syukur urusan laser dipermudahkan :)

cik anim said...[Reply to comment]

lama dah tak jenguk belog kak mulan jameelah(lah sangat)haha.ayat power macam dulu jugak^^

tetiba rasa nak laser mata *tetibe ok

khaifaiz said...[Reply to comment]

alahai ni yg nak mintak pembiayaan dari ko ni...

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

boleh gosok mata tak tu time sakit datang? peh...

nub said...[Reply to comment]

masuk jawi lagi power.

Cik Muda said...[Reply to comment]

aku nak wat jugak.. tapi guna duit biasiswa ko boleee???

Alia said...[Reply to comment]

I was thinking of getting a LASIK treatment here in Malaysia jugak. Tapi terbantut sebab I only know (now knew) sorang je yang pernah buat. Tak boleh nak buat comparison level in terms of costs and pain threshold.

Roughly how much does it cost per eye? And did you buat both eyes at the same time? And also kat mana you buat?


Thank you kerana membaca soalan soalan tongok saya ini! Haha

Alia said...[Reply to comment]

Oh ok nvm. I've skimmed through your entries and found answers to my own questions! Amat kagum dengan diriku ini.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Bluewendy:

pakai gak.

spek hitam.


selamat menggelabah.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

ala..buat2 bayangkan pulak.


tu punggung kau yg terbakar haritu ape cerita?

cik ungu said...[Reply to comment]

@cik miera:

punggung kau sehat.?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Miss Xyz:

kau siapkan duit je.

xyah siapkan gunung.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Rapunzeel Cikilolo:

Alhamdulillah semua selamat.

tak ada kemalangan jiwa.

cik ungu said...[Reply to comment]

@cik anim:

tak sia-sia berpakwekan power rangers.

cik ungu said...[Reply to comment]

@khaifaiz:

boleh je.

dalam tabung aku ada baki 13hengget.

cik ungu said...[Reply to comment]

@nub:


aku pura2 faham.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Muda:


maaf.

aku penghutang tegar ptptn.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Alia:

ni gaya sendiri tanya soalan tapi sendiri jawab yang buat aku stress ni.


yes. i suggest u to do ur treatment at Optimax. Or another choice buat kat PrinceCourt medical centre, KL but surely will cost u more.

if nak murah, come to my house.

aku buatkan sendiri. free.

Hana said...[Reply to comment]

Assalamualaikum..hey, can I have your number? *xcited, nak tanya pasal lasik boleh?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Hana:

hi!~

alamak fon number x dapat la wakk.
awk add twitter sy ke, boleh email jugak ke. maybe lepas tu bru dpt explain thru fon

Princess Maira said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Princess Maira said...[Reply to comment]

boleh saya dapatkan e'mail awk?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Princess Maira:

farae_z@yahoo.com