Sunday, October 14, 2012

Tatkala Serius Nak Tulis Entri





Bismillah



Ayuh serius menaip. 


Siapa yang terbaca 'Ayah' tadi sila hiris diri sendiri dengan pisau.


Sekali lagi.
Ayuh serius menaip.


Waktu perut lapar, semua benda boleh jadi serius. Tak tipu.
Waktu macam ni, kalau aku kata nama aku Zakaria pun tak ada siapa yang berani 
nak mempertikaikan.



Betul tak aku cakap, tak ada yang berani.



Eh, 

siapa yang angkat tangan tadi.?



Biadap. Amat.



Baiklah, baiklah. Petang tadi aku baru sampai dari Terengganu.
Ya, ada urusan bisnes jota-jota punya. 
Drama melayu, haruslah ada cerita bisnes jota-jota. Nama syarikat harus nama ala-ala Kencana Jaya Holding. 'Holding' tu wajib. Paling busuk pun harus ada 'Wisma'.
Lepastu anak lelaki Tan Sri yang jadi pengarah syarikat. Jatuh cinta pulak dengan si gadis kurang berada yang kerja part-time kat Sogo. Satgi adalah gadis seksi yang cantik berebutkan anak Tan Sri. Supporternya haruslah emak si hero yang ber-title-kan Datin Sri.
Selang 4,5 episod, si gadis seksi datang Sogo bagi pelempang sedas kat si gadis kurang berada.


Ahh..

Waktu lapar, semua jadi serius.



Ekceli, itu bukan apa yang aku nak tulis. 


Esok mula kerja di tempat baru. 
Maksud aku 'tempat baru' bukanlah tempat yang semalam baru siap bina, esok aku dah start kerja situ bersama dinding batu-bata merah belum ber-cat. 


Bukan. 

Diharap tingkatkan IQ masing-masing. Masih di taraf negatif gamaknya.


Ehmm.. Maksud aku tadi, esok aku bakal mula berkerja di syarikat yang lain. Mohon doa tulus ikhlas agar semuanya berjalan dengan baik dan cantik. 




Yang pasti,
aku tak berkerja di Kencana Jaya Holding.


5 tindakbalas kimia:

AKU CHUN said...[Reply to comment]

Selamat bekerja di Jutaria Berhad.

nurul syuhadah said...[Reply to comment]

hahaha cerita cinta yg sgt ... apatu org kata tu .. klise ea? haha ye kot. last-last gadis sogo tu kahwin dgn ank Tan Sri haha. nangis pula si gadis seksi. bgus kak, ada bkt terpendam nk jdi writer. huhu. btw, happy working at the new company. yg pasti bkn kat Kencana Jaya Holding hahaha.

Tukang Karut said...[Reply to comment]

selamat datang ke dunia yang bosan!

Cik Muda said...[Reply to comment]

oh, Kencana Jaya Holding.

shedameor said...[Reply to comment]

haha, cik ungu cik unguu. haha