Tuesday, September 11, 2012

Ibarat Nasik Sudah Menjadi Sushi. Tak Sedap Pulak Tu.




Bismillah



Salah satu kelemahan aku yang susah nak diselamatkan adalah berkomunikasi.
Kadang-kadang aku pilih ayat yang tak kena dengan keadaan. Kononnya nak beramah-mesra. Kononnya nak cuba ringan mulut. Tapi tak semua orang ada bakat berkomunikasi.


Kata orang, melentur buluh biar dari rebung. Tapi kalau kategori aku ni, rebung itu memang sangat jauh untuk dicapai. Bahkan status buluh pun aku tak layak.



Waktu aku sekolah menengah, mama selalu bawak aku pergi sekolah dia. Waktu tu mama penolong kanan hal ehwal murid.


Ya.. Aku tau apa kau cakap dalam hati..
'Amboi..Mak penolong kanan hal ehwal murid..tapi anak perangai macam set...'

cukup.. cukup.. 

Demi mengawal statistik kematian di Malaysia, maka aku cadangkan agar kau jangan berani-berani nak sambung ayat di atas.


Kat sekolah mama waktu tu, ada dua orang kerani yang baik dengan aku. Kak A dan Kak B. Bukan nama sebenar. Diriwayatkan, lepas beberapa bulan aku pun habis sekolah, dan mama pun dah tukar sekolah lain. Dan dengar-dengar kakak kerani tu pun dah kawen.


2007 :

Petang tu, aku teman mama beli barang rumah. Jalan-jalan-jalan, terserempak dengan Kak A dengan Kak B. Kami salam-salam. Tegur-tegur. Aku nampak perut Kak A berisi. Aku pun mula beramah mesra..

"Ehh pregnant kee!" *bulatkan mata tanda excited.

-"Ha'ah. Dah masuk 6 bulan." Kak A jawab penuh excited.


Rupa-rupanya Kak B pun dah berisi. Maka demi menjadi adil dan saksama, aku pun tegur Kak B..

"Ehh pregnant jugak kee!" *sekali lagi bulatkan mata.

Kak A, Kak B dan mama pandang aku secara berjemaah..


-"Akak kawen pun belum.." dia senyum kelat-kelat-gaya-nak-membunuh sambil cuba kontrol pernafasan.



Akak.. Saya tak bermaksud... 
err...





Aku rasa berdosa.




Moral Sang Kancil : Flush jamban selepas guna.



22 tindakbalas kimia:

amranaiman said...[Reply to comment]

hahaha... mesti sentap akak tu.. huhuhu :P ramah x bertempat

aisya said...[Reply to comment]

haha.. sebab tu lagi suka diam je.. takut tersalah cakap..

AKU CHUN said...[Reply to comment]

Jumpa masa ambik robe nanti kalau kau cakap ayat yang kau cakap dekat kak B kepada aku memang statistik kematian di Malaysia akan bertambah.
Sekian.

amyra said...[Reply to comment]

eh tak boleh nk like plak comment si chun tu! kte men sep je lah cik chun *high 5*

Encik Atan said...[Reply to comment]

Teringin nk komen....tp malu...ah~

unguisme said...[Reply to comment]

kalau ko wat mcm tu kt aku mesti aku kecik hati.
hahaha.

:D

Tukang Karut said...[Reply to comment]

Kalau aku, aku rasa bersalah sepanjang hidup...

Cik Muda said...[Reply to comment]

ahahaaaaa...
kau ni ...
dari itu, lebih baik diam dari berkata-kata... salah kata buruk padahnya....ngeeee~

Anonymous said...[Reply to comment]

salam..hehe,kelaka betul

bella luna said...[Reply to comment]

lau aku jadi akak tu, confirm tak hidup dah ko hari ni, hehe

seafarer said...[Reply to comment]

hahaha..mmg best blog cik ungu ni..tiap2 kali aku sign off or ade peluang utk on9 dari kapal..mst aku baca kt blog ni..
dpt kurangkan sengsara mental aku masa tgh sailing berbulan2..

hidup cik ungu!hidup cik ungu!
banzaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
hahahahaha..cheers~!

cik ungu said...[Reply to comment]

@amranaiman:

kena ramah. baru ramai skandal.

cik ungu said...[Reply to comment]

@aisya:

diam kang org kata kite berat mulut plak.

ce lempar beras seguni kat mulut org tu, tengok berat tak berat.

cik ungu said...[Reply to comment]

@AKU CHUN:

nampaknya amek robe semalam aku berjaya tak tnya cmatu kat kau.

yes.

cik ungu said...[Reply to comment]

@AKU CHUN:

nampaknya amek robe semalam aku berjaya tak tnya cmatu kat kau.

yes.

cik ungu said...[Reply to comment]

@amyra:

statistik kata, sape sokong budak aku-chun tu, nasib mereka malang.


tatau lah tu kan..

cik ungu said...[Reply to comment]

@Encik Atan:

teringin nak reply...tapi malu..puih

cik ungu said...[Reply to comment]

@unguisme:

kau mmg bernasib baik.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:


buat masa ni, aku masih rasa bersalah

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Muda:

diam kang dia kata aku ayu. pastu nak kawen ngan aku.

dah sudahhh

cik ungu said...[Reply to comment]

@bella luna:

nasib baik akak tu tak jadi kau.

cik ungu said...[Reply to comment]

@seafarer:

gedebak gedebuk skali kau puji aku wahai pengemudi kapal.

eh seafarer tu pengemudi kapal ke.?

maaf. saya tak pass english. bahasa jawa je berjaya dapat D7 utk spm.


apapepun, trima kasih.
sila jangan mabuk laut. nanti apa pulak orang kampung kata.