Sunday, September 30, 2012

Aku Sombong Sekarang



Bismillah



Ya..
Ya..

Tak perlu mengalirkan airmata sebab akhirnya aku update entri.

Tak perlu.


Dan sekarang pula tak perlu cebikkan bibir sebagai tanda protes dengan statement aku di atas.

Tak perlu.



Dua bulan ni banyak cerita sebenarnya. Tapi sebagai wanita berkerjaya, kenalah buat-buat jarang update sikit, demi meluap-luapkan impak kesibukan wanita kota.

Tu diaaaaa... 
Ayat mintak meninggal.


Tapi aku tak tipu wehh.. Sumpah sibuk. Penat. Cuba kau bayangkan.



hmm..


Baca apa lagi tu? Kan aku suruh kau cuba bayangkan.

Tutuplah mata. Sambil dua-dua tangan pegang kiri dan kanan bahagian kepala. Tambahkan kerutan dahi untuk kesan yang lebih meyakinkan.


Ok. Bayangkan eh. Office hour aku start pukul 9.30. Tapi 7.30 pagi aku dah kena mulakan perjalanan. Kaedahnya, aku ulang alik Shah Alam-Ampang. Naik public transport. Kalau drive, meninggallah aku dalam traffic jam berserta duit minyak dan tol secukup rasa. Jadi travelling hours pergi dan balik secara kasarnya dalam 4 jam. Itu belum masuk train lambat, bas lambat, tayar bas terkeluar, dan lain-lain.


4 jam.

Tempoh tu aku boleh pergi-balik Kuantan, tahu?
Tahu??

Kau angguk sekarang.


Habis office hour 6.30. Sampai rumah dalam 8.30 malam. Makan. Solat. Terus tak sedarkan diri. Dah lah makhluk-makhluk dalam train tu kadang-kadang buat perangai gaya first time sampai planet Bumi. Stress Mak Jemahh oii..! 

Yang style dah nampak orang beratur ikut line, dia aci potong terus wujudkan line ilusi kat sebelah line asal. Pastu bila nak masuk train, dia aci senggol punggung dengan bahu kau, berebut nak masuk dulu. Ya ampunnn.. Tak rasa nak gigit ke taiklalat makhluk camtu? Yang style rambut nak dreadlock tapi tak reti nak cover bau, itu paling mintak digilis keretapi tu. 


Dreadlock tu apa?

Eh, kau pernah dengar menatang nama 'Google Search'?


Ehem.
Jadi celah mana aku nak dapat mood nak update blog pulak? Celah liang lahad?


Sekarang ni aku jadi accounts exec. untuk satu event management company. Aku nak sangat buat promosi besar-besaran tapi aku tak selesa if ada antara orang ofis aku yang stalk blog aku nanti. Eeeii tak seronok la hidup camtu. Tapi kalau ada yang nak buat majlis kahwin ke, majlis tunang ke, majlis harijadi ke, bersunat ke, wat majlis cukur jambul ke, cukur misai mahupun cukur wallet suami, boleh roger aku. 


Dan sekarang pulak aku tengah sibuk buat persiapan lain.


Apa?

Persiapan hari mati?


hmpphh...
Terasa pedih pulak perli diri sendiri ni kan.



Err...
Takpelah. Aku nak gi amek air semayang dulu demi meneutralkan perasaan bersalah ni.

Daa..~


AKU MEMANG MENGHARAPKAN
PUJIAN KATA AKU CANTIK!
Pic lepas habis belajar 4 bulan lepas aku edit bagi
nampak macam manusia. Kalau kau
masih kata macam puaka, sumpah aku tacing.



p/s : pasni aku nak letak gambat camwhore banyak-banyak, stok untuk dua bulan.
       post hari-hari sampai semua followers aku unfollow. 






18 tindakbalas kimia:

nurul syuhadah said...[Reply to comment]

tu dia~~ bila da update, meletup perut bacaa hahaha. ayat semua nak buat perut pecah haha. mmg cantik pun akk ungu ni :D <- pujian ikhlas hehe :B

zila manaf said...[Reply to comment]

acct exec??? ade kosong x??? urgent nak uhuk2 sedih,,,

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

wah. memang sibuk.

maybe kena pindah ke ampang utk ada masa rilex?

Tukang Karut said...[Reply to comment]

orang lain pun sibuk kerja gak weh... ok... statement ni buat aku rasa nak terjun bangunan gak!

cik ungu said...[Reply to comment]

@nurul syuhadah:

perh..
awk reader peberet akak ah camni.
nah coki2! tangkap!

cik ungu said...[Reply to comment]

@zila manaf:

alamak sini takde kosong la pulak. cuba try register agency

cik ungu said...[Reply to comment]

@Rapunzeel Cikilolo:

maybe awak mahu bayarkan sewa rumah tiap2 bulan yg mahal macam sakaratulmaut kat K.L ni.?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

ahh..sibuk mengumpat di dapur tu bukan tergolong dalam pekerjaan.

Cik Muda said...[Reply to comment]

ohh bz kerja upanya ...

igt kan da tak mo bagi orang datang singgah g dah...
kejam la ...

lah said...[Reply to comment]

penat baca post lama, ada jgk post baru akhirnya!heheh. semoga tabah naik public tgh2 kl tu.. :D

cik ungu said...[Reply to comment]

cik muda :

terharunya dengan keprihatinan anda.

nah seposen.

cik ungu said...[Reply to comment]

lah :

wahh reader sejatiii.

terharu.

nah doposen.

izzamri said...[Reply to comment]

style ah blog cik ungu ni
klako bangat
kakaka
=D

cik ungu said...[Reply to comment]

@izzamri:

sape puji kene blanje sy makan.


*tersipu~

nurul syuhadah said...[Reply to comment]

@cik ungu :

haha mne choki2 nyee tak nampak punn :p

caliph shuriken said...[Reply to comment]

wahh, dapat baca en3 ni rasa mcm dapat mamam vitamin, hikk...

farz zull said...[Reply to comment]

ahaha, tudiaa cik ungu punya sibuk...kesian aiihhh

Blogger said...[Reply to comment]

Did you know that you can make dollars by locking premium pages of your blog / site?
Simply open an account with AdscendMedia and run their content locking tool.