Wednesday, August 1, 2012

Kerana Asam Itu Membunuhku



Bismillah



Hampir 20 tahun lepas, aku mula belajar berpuasa. Waktu tu aku masih belum sekolah. Aku ada sorang sepupu yg lebih muda dari aku. Afiq nama dia. Tahun tu aku baru belajar puasa. Afiq pun nak belajar puasa.

Mana boleh. Dia lagi muda dari aku. Mana boleh dia dapat puasa penuh kalau aku tak dapat puasa penuh. Entah mana datang perangai hasad dengki shaiton waktu tu. Bila kenang-kenang balik, agak kagum jugak aku pada level kedengkian diri sendiri waktu kecik lagi.

Sambung cerita. Waktu tu baru pukul 11 pagi. Dah nak masuk tengahari. Afiq masih lagi gigih berpuasa. Aku mulai stress. Aku bingit betul kalau kena banding-banding dengan mak, maksu dan ahli keluarga lain tentang ke-terer-an Afiq yang jauh lebih muda dari aku tapi mampu menyaingi aku dalam acara berpuasa 400meter. Mana boleh..mana boleh..

Siang tu aku bawa Afiq turun dapur. Aku tunjukkan dia jajan asam yang aku beli malam sebelumnya. Aku makan tak habis malam tu sebab masam sangat. Tak sedap. Pembaziran lagi. Haruslah shaiton suka kawan dengan aku kan. Aku cakap kat Afiq...

"Sedap ni asam ni. Cuba la makan." 

Boleh tahan jahanam perangai kecik-kecik menghasut orang supaya buka puasa. Gila berdosanya diriku ini. Afiq pandang plastik asam dengan mata bercahaya, tapi lepas tu Afiq kata...

"Taknak lah.. Nanti masam.."

Kuang aja..
Berani dia membantah cubaan bisikan nafsu hasad dengki aku ni. Aku cuba yakinkan Afiq.

"Taklahh. Tak masam. Sedap je. Cuba la rasa sikit." Masih berusaha.

Afiq geleng-geleng. "Masam.". Masih berpegang pada paksi keimanan nampaknya budak 3 tahun lebih ni.


Penat argue seminit,dua. Aku geram. 

"Kak Iqa kata tak masam, tak masam lahh. Sedapp! Tak caya, tengok.." kata aku, lantas aku melakukan suatu bentuk demonstrasi terhadap asam itu. Dalam sekelip mata kepingan kecil asam tu berguling-guling dalam mulut aku. 


Aku terdiam tiba-tiba. Terkebil-kebil.


Aku pandang Afiq. Afiq terkebil-kebil pandang aku sebelum blah dan kata..


"Masam ah."





Moral : Aku berjaya puasa sampai pukul 11 pagi. *hnssfff hnnssff....~




25 tindakbalas kimia:

aisya said...[Reply to comment]

hahaha... kelakar!

Tukang Karut said...[Reply to comment]

apa daaa... dengan budak kecik pun boleh kalah...

Juno said...[Reply to comment]

kenapa asam tapi bukan fish n chip? ee rimas la cerita low budget macam ni.

kau ni, tulisan kejap kiri, kejap kanan. kau ingat aku tak perasan ke hah?

fYZa said...[Reply to comment]

aku nak cuba ingat balik ape sebab aku ada kawan syaiitonnn cm kau ni..

cik bulan said...[Reply to comment]

asam, mmg la masam, aku pon tahu tu. eh. haha #gengafiq

AKU CHUN said...[Reply to comment]

orang kata syaitan kena rantai masa bulan puasa. Macam mana ketua dia boleh terlepas ni?

Encik Atan said...[Reply to comment]

seronok?(emosi tetibe)

Cik Muda said...[Reply to comment]

ahahhaha... niat serong ko ni...~

Alin Marlini said...[Reply to comment]

hehehehe..noty girl..

shedameor said...[Reply to comment]

kak iqa, peeeewit. haha. tak poce !

Amir said...[Reply to comment]

Niknem aku Afiq.

bella luna said...[Reply to comment]

besar2 ni jangan buat perangai jahanam tu lagi dah, hehe

En Boss said...[Reply to comment]

Karipap dalam beg saya ni masam ke tak? meh cuba rasa...

cik ungu said...[Reply to comment]

@aisya:

sape gelak dia gila

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

kau la..
tak bersorak di tepi padang utk aku.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Juno:

aku org kampung.
tak mampu makan ikan dan cip kentang.

mikrocip apatah lagi

cik ungu said...[Reply to comment]

@fYZa:

kau sbnrnye berebut2 nak kwn ngan aku kan

cik ungu said...[Reply to comment]

@cik bulan:

sape geng afiq die sewel

cik ungu said...[Reply to comment]

@AKU CHUN:

apsal kau tanya aku tentang diri kau ni..?

aku komfius.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Encik Atan:

da lama hidup?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Muda:

serong.

pembaris hilang.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Alin Marlini:


skrg da taubat

cik ungu said...[Reply to comment]

@shedameor:

janganla pewitkan i

i rasa riak nie

cik ungu said...[Reply to comment]

@Amir:

sama2 sengal la tu

cik ungu said...[Reply to comment]

@En Boss:

tak payah la encik bos.

sy tgh kuatkan iman ni, tak nampak?