Wednesday, August 29, 2012

Ayah Den Idola Den



Bismillah





" Aku ada Master,
  aku ada Bachelor,
  aku ada sijil.
  Tapi aku tak tau nak buang ke mana semua tu.
  Tapi kalau kau hafal separuh Al-Quran,
  itu boleh bawak kau lebih jauh
  dengan nikmat yang lebih luas."


- Ayah



Bukanlah maksudnya tak perlu mencari ilmu di dunia. Ilmu tu wajib dicari. 
Selagi mampu, carilah. Selagi mampu, belajarlah tinggi-tinggi.
Sesetengah orang, bila disebut ilmu agama lebih penting, terus melenting.
Katanya kita berfikiran sempit, berasa cepat puas, taknak majukan diri.
Bukan semestinya bila orang itu namanya ustaz, 
dia cuma tahu ilmu agama dan bodoh tentang ekonomi,
atau bodoh tentang politik, atau bodoh tentang sains, atau bodoh tentang hal dunia.
Bukan itu.

Cuma,
andainya aku mampu belajar sampai korbankan tidur malam,
andainya aku mampu wat research pagi petang siang malam,
andainya orang panggil aku Doktor atau Professor,
hafal references buku tebal-tebal dengan tulisan font 8,
tapi bila solat balik-balik baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dengan An-Nas..

..malu lah dengan Tuhan.



Walaupun yang wajib tu Al-Fatihah. 
Tapi kalau dari sijil kita nak majukan diri dapat Diploma,
dari Diploma kita nak majukan diri dapat Degree, Master, PhD,
lebih lagi sepatutnya kita majukan diri dari duk ulang-ulang Surah Al-Ikhlas aje,kan.


Untunglah berjaya dunia dan akhirat.
Kalau tak berjaya dunia, biarlah berjaya akhirat. 
Kalau berjaya dunia, tapi tak berjaya akhirat, itu risau.




*pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri. 
 ketidaksukaan anda pada pendapat saya, tidak akan dihalang.



6 tindakbalas kimia:

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

menghafal separuh al-quran. bile la kite mampu eh??

unguisme said...[Reply to comment]

nasihat ayah mmg selalu bernas.
kirim salam ayah eh~~~

:P

Norden Salam said...[Reply to comment]

owh ayah..tersentap rasa didada dengan nasihat mu itu

Tukang Karut said...[Reply to comment]

aku menjadi malu di sini,...

Cik As said...[Reply to comment]

akak, rindu lh... akak, nak tau x. as tgok isteri ustaz don tu nak mirip akak la skit...bila dia senyumlh.. hehe.. try lh tgok nanti.. gmbr isteri dia time snyum...lalala~

fizafantagirO said...[Reply to comment]

Salam ,

aduhh lama sungguh tidak jejakkan kaki kat sini , ohh!
entry sudah bertukar ke sebelah kiri :p

tidak putus berusaha untuk mantapkan diri dlm ilmu akhirat :)