Friday, July 20, 2012

Entri Gula-gula Picisan



Bismillah



Komfem ramai duk post entri puasa ni. Bagi orang yang puasa tak penuh macam aku, terasa malu lah nak buat entri puasa sehari sebelum Ramadhan. 


Aku masih ingat entri-entri yang aku putarbelitkan setahun yang lepas. Alih-alih esok dah sampai Ramadhan lagi. Rasa macam masa cepat sangat berjalan walaupun aku tak berapa nak komfem yang masa tu ada kaki ke tidak.


Tak perasan ke cubaan lawak loyar buruk aku yang gagal di atas tadi..?

Hmm.. Tak ada penonton gelak nampaknya.
Terluka hatiku.

Takpe..takpe. Ayuh tukar topik.


Seminggu lepas Angah aku beranak sudah. Secara tak langsung tanggungjawab aku bertambah kena jaga anak-anak saudara. Tapi melihatkan kredibiliti aku sebagai makcik yang pengasih dan penyayang, aku rasa tak ada masalah. Hah... Sekarang nampak tak cubaan masuk-lif-tekan-butang-sendiri aku tadi.? 

Dan atas faktor itu, aku berfikir untuk mula bekerja Isnin ni 23 Julai. Walhal ikutkan hati aku nak kerja lepas raya je. Gila tak feeling kerja bulan puasa kan. Bayangan-bayangan suci aku mengemas meja dengan gaya amboi-bajet-keje-banyak-nak-mati bila jam tepat pukul 1 tengahari untuk bergegas makan, nampaknya tidak kesampaian. Ahh.. Pedih hulu hati camneh.

Aku kalau boleh nak ngulur kat anak-anak saudara aku nanti duit raya. Kalau ada rezeki lebih nak ngulur kat mak ayah aku jugak bulan pertama kerja kan. Aku tak bercadang nak kerja lama sebab niat nak sambung belajar tu ada. Cuma atas faktor malas dan miskin ni yang niat terbantut tu. Jadi kepada sesiapa individu kaya yang nak support aku sambung belajar, memang dialu-alukan lah ye. Tapi tak ada refund, harap maaf.


Doakan aku serasi dengan kerja ni ye. 

Dan selamat berpuasa. Tolong hentikan taktik simpan karipap sahur pagi tadi dalam laci meja untuk ponteng puasa. 

Tu semua taktik klasik. 

Zaman sekarang orang simpan dalam beg laptop. * sambil lap beg laptop yang penuh semut~



21 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

selamat berpuasa bagi yang berpuasa sahaja...

Cik Muda said...[Reply to comment]

selamat menyambut bulan ramadhan tuk semua kawan2 kat sini..huhuhuuhhu~

¿n0die? said...[Reply to comment]

"Sekarang nampak tak cubaan masuk-lif-tekan-butang-sendiri aku tadi.?"

Bukan kau tekan butang turun, tapi kau masuk lif yg naek atas ke aritu? HAHAHHAA

Salam Ramadhan. High five kat geng aku, Iman hehe

shedameor said...[Reply to comment]

selamat berpuasa cik ungu. nanti raya, hulur2 la sikit yea. sheda support akak belajar :) amacam ? haha

akem said...[Reply to comment]

kakak2, kite pun nak duit rayew!~
hahaha :P


Selamat berpuasa cik ungu! :)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

sebab tu aku tak ucap selamat berpuasa pd kau

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Muda:

kau ucap kat sape tu? hantu?

cik ungu said...[Reply to comment]

@¿n0die?:

tu namanya pantas. tak tgk pun naik turun. aci masuk je.

cik ungu said...[Reply to comment]

@shedameor:

hulur? hulur apa?

tahik hidung?

cik ungu said...[Reply to comment]

@akem:

org yang akil baligh x layak terima duet raya.


selamat berpose ;)

caliph shuriken said...[Reply to comment]

pepelll, salam ramadhan & selamat berpuasa ^^

Juno said...[Reply to comment]

mulan.

hmm aku tak sanggup nak panggil kau macam tu. jangan marah aku. aku dah cuba.

Ungu,
untuk cubaan lawak masa ada kaki tu, aku boleh bagi kau 4 per 10. Not bad.

Hmm kau kerja apa?

Aku tahu, mesti kau ada mention dalam entri sebelum2 ni.
Tapi aku malas nak tengok balik.

AKU CHUN said...[Reply to comment]

Aku baca kau cakap mula bekerja je? Sila explain lebih. *muka tak puas hati*

En Boss said...[Reply to comment]

Selamat berpuasa dan selamat bekerja

Office saya ada berkira2 nak bagi biasiswa pelajaran, tp kontrak kerja seumur hidup..

sekian terima kasih...

jgn letak karipap je dalam beg saya, duit raya jgn lupa letak sekali :)

Yellow LEOpard said...[Reply to comment]

ngulur ke sini sikit lah duit raya tu..eheh

cik ungu said...[Reply to comment]

@caliph shuriken:

salam ramadhan calipphhhh

cik ungu said...[Reply to comment]

@Juno:
takpe takpe. aku tak kecik hati.

lagipun after puasa aku leh teruskan niat nak santau kau.


jgn menipu. aku tak penah mention lg aku keje apa.

cik ungu said...[Reply to comment]

@AKU CHUN:

aku da reply kt tuiter kan.

dah. gi main jauh2.

cik ungu said...[Reply to comment]

@En Boss:

kerje seumur hidup tu yg buat sy rasa nak tikam diri sendri tuh

cik ungu said...[Reply to comment]

@Yellow LEOpard:

ngulur ke sini tu ke mana?

lubang idung?

Juno said...[Reply to comment]

@cik ungu:

Ha aku memang dah agak dah kau dah lama dengki dengan aku.

Juga, aku dah lama agak dah yang kau tak pernah mention kau kerja apa sebelum ni.

hmmm