Wednesday, June 27, 2012

Yang Senang Disebut Itu Yang Susah



Bismillah




Betul lah tu. Benda senang kat dunia ni mmg susah nak dibuat. Aku bagi satu contoh la. Sedekah.

Ya..ya.. tahu. Sedekah ni memang satu proses yang susah. Kalau tengah duduk makan kat gerai, tiba-tiba ada pakcik buta bertongkat datang dengan pinggang bergantung tisu-tisu kecil. Oh sungguh susah bagi sesetengah orang nak keluarkan barang seringgit dua. Ye lah, nak berhenti makan tu bukan senang. Kena letak sudu, garfu. Kena alih pinggan sikit takut terlanggar. Kena tolak kerusi ke belakang, angkat punggung. Nak-nak badan berat pulak kan..makin susah la nak angkat punggung. Nak keluarkan wallet kat poket belakang lagi. Pulak tu wallet dicipta penuh bentuk dan gaya yang komplikasinya tahap kostum Maharaja China Dinasti Ching. 

Oh susahh!


Maka mari kita beralih pada bentuk sedekah yang satu tingkat lebih mudah. Yakni, menghilangkan halangan di laluan untuk kesenangan orang ramai. Atau contoh termudah, kau jalan kat koridor nak ke toilet, ada bola snooker sebijik kaler merah kat tengah-tengah jalan tu. Kau tunduk, ambil, buang. Dah siap satu sedekah. Satu sen pun tak payah keluar.

Oh kenapa bola snooker?
Korang ada masalah dengan bola snooker ke?

Takde? Sila diam-diam.


Dan tolong jangan bebal sangat bila aku bagi contoh camni, korang nampak duri landak kat tengah-tengah jalan lalu korang biarkan saja. Bila tanya 'kenapa tak alihkan duri landak tersebut?' Korang nak jawab 'sebab contoh diberi cuma bola snooker.' Ayuh ke mari! Sesi menampar bakal berlangsung!


Percaya atau tidak, itulah intro untuk entri ni. Haaa.. Yang mana dah letih tu boleh pergi buat air sirap sejuk sikit. Yang mana terbaca waktu bulan Ramadhan tu, boleh habiskan Terawih dulu pastu nanti sambung.


Aku nak bercerita tentang satu konsep yang masih aku sedang gilap, insyaAllah. Yang bunyinya senang, tapi implementation-nya susah. Yakni, tawakal.

Senang nak sebut. Sebut nama hospital pun boleh. Bila tanya apa maksud tawakal ni, semua orang tau maknanya berserah. 'Berserah' itu adalah sesuatu yang susah gila, kau tahu takkk?? 


Eh, kenapa tiba-tiba ada aura patriotik di situ?

Hmm ehem.. Ulang suara..


'Berserah' itu adalah sesuatu yang susah gila..kau tahukah..? 


Dan tawakal tu bukan sekadar berserah kosong. Tawakal itu 'penyerahan secara total' kepada apa pun yang Allah tentukan dengan kepercayaan yang terbaik dariNya. Dua konsep besar di sini adalah 'berserah' dan 'percaya'.


Contoh yang semua orang pernah lalui atau sedang lalui. Exam. Ya aku tahu contoh ini cliche. Tapi kalau bagi contoh tahap Maharaja China Dinasti Hu nanti ada yang tak faham. Baik. Selesai proses study, selesai proses menjawab exam. Cuma tunggu hari announcement result. Maka dari habis masa menjawab exam dan pengawas peperiksaan suruh berhenti menulis, sampailah waktu tangan nak klik check result, itulah tempoh tawakal yang dilalui. Iringan doa itu tak susah, kan? Berdoa semua orang tahu. dan doa waktu-waktu susah SAHAJA tu memang ramai yang expert...kan..?


Eh panas pulak telinga bila perli diri sendiri ni. Hmpphhhh..!


Tapi siapa boleh bagi 100% jaminan bahawa sepanjang tempoh tu, tak terlintas dalam hati bunyi-bunyian seperti..

"Kalau fail macamana..."

"Kalau dapat B nanti jatuh la CGPA.." (gila..aku dapat B pun dah bersyukur tahu?? Lempang kang..)

"Kalau kertas aku terbakar macamana.."


Tak ramai yang boleh lupakan saja semua dan cuma kata 'InsyaAllah. Aku tawakal saje..' dengan penuh kepercayaan bahawa Allah boleh handle. 

Ya. Allah boleh handle. Maka biarlah Dia handle. Setakat subjek Add-Math atau Programming tu bagi Allah kacang gila ok. Maka bila kata tawakal, berserahlah. Berserah sungguh-sungguh. Jangan sekat-sekat. Dan percayalah. Percaya sungguh-sungguh- Jangan sekat-sekat.


Memang susah nak elak rasa ragu-ragu kalau keputusan tak elok. Doa aja yang tinggal. Maka berdoa pun sungguh-sungguh. Jangan sekat-sekat. Orang kiri kanan depan belakang mungkin akan duk berlawak tentang keputusan kau yang entahkan elok entahkan tidak. Kata-kata itu doa. Dan bila mereka dah berdoa macamtu, lawanlah. Lawan jugak dengan doa. Berharap dalam doa. Dan percaya dalam doa. 


"Aku mengikut persangkaan hamba-hamba-Ku.."

..kalau baik yang kita sangkakan pada Allah, maka baiklah Allah pada kita.


Andai takdirnya apa yang kau harapkan A tu akhirnya dapat A-. Cukup. Itu yang terbaik untuk kau, untuk hal itu, untuk waktu itu. Makanya cukup. Adalah sebabnya kenapa itu yang Allah bagi dan sebabnya tu kita tak tahu. Jangan persoalkan. Jangan bagi syarat pada Allah. Allah dah susun semuanya cantik mengikut strategi Allah sendiri. Allah tahu kerja Allah.


Aku pun masih dalam proses menyempurnakan konsep tawakal bila waktu aku bertawakal. Serius tak se-senang menyebut. Cantiknya ibadah tawakal ni tak terzahir macam ibadah yang lain. Puasa nampak berpuasa. Bila ibadah yang dinampak orang, boleh timbul rasa riak. Mengaji dinampak orang. Bila timbul rasa nak menunjuk, maka datang riak. Tawakal tu tersembunyi. Tak perlu pong-pang-pong-pang bercerita hebat. Tawakal ni bila jadi, menusuk kat hati. Dan yang keluar dari mulut adalah 'Alhamdulillah'.


Ya. Memang selalu orang kata kalau usaha sungguh-sungguh, mesti dapat lagi elok. Walhal kau dah usaha sesungguh kau. Tapi selalunya kawan-kawan dan orang sekeliling yang bergolongan hebat dan berdarjat tinggi ada moto hidup sendiri. Moto hidup yang lebih kurang sama. 'Semua benda dalam dunia ni kalau nak berjaya kena ada usaha! Second place is not number one and that means you lose." Kepala hotak!! Mana perginya perasaan bersyukur kau tuu?? 


Ini dilema zaman moden. Orang mengejar dunia dengan berpegangkan konsep usaha terlalu tinggi. Nak mengejar kejayaan bermati-matian. Prosesnya dah betul, tapi kesudahannya salah. Bila dah berjaya, katanya 'sebab aku usaha kuat. Aku kerja pagi petang siang malam. Kejar client. Cari contact. Nak berjaya kena usaha.' 

Betul. Dah cantik. Cumanya kau berjaya bukan sebab usaha kuat. Kau berjaya sebab Allah bagi kesihatan untuk kerja siang malam pagi petang. Allah bagi masa untuk kau kejar client. Allah bagi laluan untuk dapat contact bagai. Semua Allah bagi. Apa salahnya sebut Alhamdulillah.?


Tak kira fesyen telefon cawan kertas bersambung benang, mahupun fesyen telefon touch screen. Agama tu tak pernah berubah ikut fesyen. Dia tetap nombor satu. Utamakan.


 Cuba pelan-pelan. Kita sama-sama belajar. 



38 tindakbalas kimia:

Kay Greenleaf said...[Reply to comment]

kalau gua pula, terlebih tawakkal. masuk exam, tak baca buku tak baca apa. tinggal tawakkal je. tak boleh juga. tapi gua selalu macam tu. kena balance la kan. yang penting kalo nak tawakkal, jangan tiru gua.

LydSunshine said...[Reply to comment]

Erm... inspiring ini entry. Banyak lagi benda yg mudah kita sebut tapi sgt susah kita nak buat... selain tawakal, istiqomah pun susah. kalau awk tawakal dlm result exam, tapi org yg dah kerja, tawakal dalam benda lain plak. Mcm akak, tawakal tu bila dalam waktu kesempitan duit, time tu jugak perlu spent duit utk benda2 penting. Masa tu mmg tawakal je la. Setakat ni alhamdulillah rezeki telah dtg drpd jalan yg tak pernah akak terfikir. Itulah nikmat tawakal kan? Akak suka ayat ni "Cumanya kau berjaya bukan sebab usaha kuat. Kau berjaya sebab Allah bagi kesihatan untuk kerja siang malam pagi petang. Allah bagi masa untuk kau kejar client. Allah bagi laluan untuk dapat contact bagai. Semua Allah bagi. Apa salahnya sebut Alhamdulillah.?"

Cik Muda said...[Reply to comment]

thumbs up ... !!

hee... tak semua benda yg kita fikir orang lain fikir... Dan apa yang ko cakap ni buatkan aku terfikir....

hmmm~

kembali pada yang SATU tu... sebab semua yang kita ada harini adalah dari keredhaan Dia ... Bersyukur tu bukan susah pun.. Tapi orang selalu lupa...kenapa??

El said...[Reply to comment]

dah lama tak baca sini. bila dah baca, rasa malas nak menulis. nak tukar hobi baca pulak.

apa benda aku cakap ni aku pun tak tau. the point is, good entry.

Asyiqin Haulisah said...[Reply to comment]

wah best entri awak. yup sgt betul apa yg awak katakan. :)

diera_nadiera ulalaaa~ said...[Reply to comment]

:) terima kasih untuk entri yg sgt membina nih :') suka

caliph shuriken said...[Reply to comment]

yup, btul tu part kjar client & cari contact tu.. klau Allah x bagi mmg xde hasil laa kn, huh...

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

usaha - doa - tawakal. 3 perkara yang paling berat nak fulfill kan? chaiyok!

Tukang Karut said...[Reply to comment]

aku suka idea tawakkal tu... kalau tak berusaha nak tawkkal nak buat apa ye ndak?

unguisme said...[Reply to comment]

Zaman ak blaja tawakal mmg susah.
Tp zaman ak keje skrg.
IKHLAS y susah gler nk wat.

Wahai cik ungu bijak bestari.
Cube la ko kaji word tu pulak.

Kui3

Encik Atan said...[Reply to comment]

akhirnyer aku komen...

James Buns said...[Reply to comment]

dalam masa 6 bulan utk tahun ini.

dengan secara jujur dan iklasnya..

aku ada masa terluang untuk baca blog.

hihi.

=)

si ngokngek said...[Reply to comment]

betullah,tawakal tue senang disebut tapi susah sebenaqnya meng-iakannya,waktu kita sebut"tawakal" tue pun masih ada ragu-ragu...

first entry sepanjang ini..nice!

cik ungu said...[Reply to comment]

@Kay Greenleaf:

makanya kalau aim nak fail tu mmg wajib tiru kau la eh.?

cik ungu said...[Reply to comment]

@LydSunshine:

thanx kak.

sy try explain dengan ayat yang mudah faham dan 'sampai'.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Muda:

semua org suka ketawa, tapi ketawa biar berisi. tak banyak, sikit pun jadi.

ya betul-betul.


rasa kelakar pula menjadi serius bersama kau ni.

cik ungu said...[Reply to comment]

@El:

aku pulak da lama tak membaca dan menulis.

nasib baik aku kenal huruf di keyboard lagi.

tq.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Asyiqin Haulisah:

trimas ;)

cik ungu said...[Reply to comment]

@diera_nadiera ulalaaa~:

trimas ;)

cik ungu said...[Reply to comment]

@caliph shuriken:

ya betul.

selalunya terlupa.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Rapunzeel Cikilolo:

betul2.

trimas ;)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

betul.

tergoda aku dgr kau berbicara.

cik ungu said...[Reply to comment]

@unguisme:

ikhlas tu tahap tertinggi tu.

nantilah insyaAllah aku ckp pasal tu.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Encik Atan:

akhirnya aku terkejut

cik ungu said...[Reply to comment]

@James Buns:

kau kan bakal perdana menteri azerbaijan. haruslah bz.


oh maaf ye sepanjang 3 hari lepas aku tak bawak fon. aku gi teganu. ahah.

cik ungu said...[Reply to comment]

@si ngokngek:

first entri?

cis ekau.

byk da entri panjang akak. awk tak alert pada artis indonesia agaknya.

-.-

Lukman Hakim said...[Reply to comment]

postingan yang bermanfaat bagi pengalaman hidupnya. dan pengalam hidup adalah guru terbesar dalam dirinya..
I like it..:)

cik ungu said...[Reply to comment]

Betul.

boleh dikatakan pengalaman. thanx ya~

Ibnuismaini Ismail said...[Reply to comment]

Tawakkal datang setelah usaha, dan ketahuilah... InnAllaha Yuhibbul Mutawakkiliin.

"..sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal"

:)

cik ungu said...[Reply to comment]

dan sabar. :)

Anonymous said...[Reply to comment]

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberianMu
malah terkadang ku terasa
itu hanyalah diatas segala usaha
dan penat lelah ku sahaja
-setiap kali-

"...waa'lallahi falyattawakalil mukminun..."

"...dan kepada Allah org2 beriman berserah diri..." (Al-Mujadillah)

Anonymous said...[Reply to comment]

panjang entry ni,penuh dgn contoh2..hehe..
tp mcm ada bau2 mcm gelisah nak tunggu result exam ke cik ungu?? XD
btw, tawakal je la ye :)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

eh eh org kerteh ni.

result dah keluar seminggu sebelum tu ye. harap maklum.

Anonymous said...[Reply to comment]

oo..result ok?tahniah2..syukur cik ungu xde repeat2 paper kan.

¿n0die? said...[Reply to comment]

Terbaik :)
Terima kasih.
Syukurnya aku dapat kawan macam kau :')

cik ungu said...[Reply to comment]

@¿n0die?:


sama2 if memanfaatkan kau.

aku lapar. ahaha

¿n0die? said...[Reply to comment]

Asyik lapa ja =,=
InsyAllah wkdays nxt week malam, aku belanja ok? ;)

Outbound di malang said...[Reply to comment]

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !