Saturday, June 23, 2012

Kegelian Di Waktu Cuti



Bismillah



Geli pulak mengenangkan ada member-member suruh hapdet blog. Terasa bajet Cameron Diaz di situ. 2 hari lepas result final exam aku keluar. Maka dengan rasminya aku menjadi penganggur tetap selama dua hari ni. Entah sampai bila, aku pun tak tahu. 

Sudah lah.. geli pulak nak cerita tentang kerja lepas dua hari keluar result. Jadi izinkan aku lagha dulu lah sekarang ni. 

Hari keluar result tu juga hari parent aku balik dari holiday. Menjelajah tanah Eropah, merentasi 8 buah negara. Bencinya... Tapi nak benci sangat pun mak ayah sendiri jugak. Esok bangun jadi batu kang siapa nak bertanggungjawab?

Dalam beratus gambar, ada beberapa gambar yang aku rasa sungguh pilu melihatnya...








dan juga ini walaupun aku bukan fan mereka...




Fine. Fine.


Walaubagaimana pun, terima kasih kepada parent sebab masih ingat anak kandung di kampung halaman..




Nampaknya kena terima hakikat. Cucu diutamakan. Sekarang boleh nangis pelan-pelan belakang pintu bilik. Siapalah aku ni...


Haa..
Nampak tak gaya kufur nikmat aku? Istighfar sikit pelissss.. *tepuk-tepuk bahu sendiri~


Memandangkan sekarang dah pukul 12 tengah malam, eloklah aku tunggu bola Germany vs Greece pukul 2 pagi nanti. Dan tolong.. 

Tolong jangan persoalkan 'kenapa sanggup sengkang mata tengok bola tapi qiamulail tak buat..?'... 


Tolong...

Tak nampak aku dah menyorok bawah sofa ni..?


Ehh.. Cantiknya langit tu..! *sambil jari tuding langit luar tingkap~



Nampak tak macamana taktik aku taknak jawab persoalan qiamulail tuhh..? Nampak? Nampak?





Oh ya.
Antara German dengan Greece aku sokong mana.?





Aku sokong Selangor FC.




19 tindakbalas kimia:

Anonymous said...[Reply to comment]

Gile!

bella luna said...[Reply to comment]

hah, bagus,ko memang anak murid yang tak menjawab persoalan cik ungu,. sadis lau cikgu ko bace blog ni nanti

fYZa said...[Reply to comment]

IB ko A tak?

Tukang Karut said...[Reply to comment]

oooo... aku pulak sokong gemenceh fc...

Asyiqin Haulisah said...[Reply to comment]

lepas tgok bola boleh qiamulail. kehkehkeh.

shedameor said...[Reply to comment]

buat qiamulail laaa. haha

Mama2Q said...[Reply to comment]

haha...padan mute kene tinggal...

Chachos Cheezy Wedges said...[Reply to comment]

nakkkkk jugakkkk!! jeles nye...

cik bulan said...[Reply to comment]

:3 nk jugak jersi tu. huwaaaa

*padahal bukan kipas susah mati pon. wakakakak

cik ungu said...[Reply to comment]

@bella luna:

biasa lah.

sebab tu tak apply jadi cikgu.

cik ungu said...[Reply to comment]

@fYZa:

kurang ajar soalan ini.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

dengar kata penyokong gemenceh fc semua sewel.

ye ke..?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Asyiqin Haulisah:

*tunduk sambil menitik airmata~

cik ungu said...[Reply to comment]

@shedameor:

*amek air semayang~

cik ungu said...[Reply to comment]

@Mama2Q:

oh padan muka ya.


mana anak akak?
mana?mana?

*culik anak dia

cik ungu said...[Reply to comment]

@Chachos Cheezy Wedges:

nanti eden pos beg plastik

cik ungu said...[Reply to comment]

@cik bulan:

kalu cmtu sok eden pos kipas je la kang

Kay Greenleaf said...[Reply to comment]

gua tak suka jersey baru Menyu. hodoh. yang dulu lagi cun.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Kay Greenleaf:

Ramai cakap macamtu.

Tapi aku tak gundah. sebab aku takda satu pun jersi menyu.


ya. kau bleh tumpang menangis di sana.