Thursday, May 31, 2012

Tips Study Untuk Exam Gaya Tak Efektif


Bismillah


Sekarang ni universiti banyak tengah berdepan dengan musim final exam. Ya. Akulah salah seorang mangsanya. Dari darjah satu aku kena jawab peperiksaan. Korang ingat aku dah tak ada kerja lain nak buat?


Aku dah lama tak tulis tentang tips. Ye lah kan.. Memandangkan setiap kali aku bagi tips, ada je disusuli dengan berita kehilangan jiwa pada keesokan harinya. Emm.. Emm.. Jadi memandangkan bila aku takde bagi tips pun, kemalangan jiwa tetap berlaku, maka aku bagilah sekarang ya. Tak ada beza pun kan.


Tips Study / Revise untuk Exam (Cara Saya)

Hah!

Tengok. Baru bagi tajuk topik dah ramai yang mencarut. Aku tau aku tak sesuai nak bagi tips-tips berfaedah macamni. Tapi kau rasa aku kesah ke.?

Tips 1 :
Mula dengan doa penerang hati. Alahh.. yang selalu korang baca sebelum start kelas waktu sekolah-sekolah dulu. Tak perlu doa panjang-panjang macam tajuk Rancangan Malaysia Ke-9 dalam buku teks Sejarah form 5. Pendek sudah cukup, asalkan doa.

Apa? Dulu tak pernah baca?

Canteekkkkkkkkk...!


Walaupun tips ini agak cliche, tapi ini serius. InsyaAllah walaupun korang baca menggunakan kaedah 'Malas', apa yang korang baca tu akan melekat kat kepala. Tak perlu nak ikat kain kat kepala gaya gigih sangat. Oh ya.. Kalau tak keberatan, start study dalam keadaan berwudhu'. 


Tips 2 :
Pilih waktu yang sesuai. Waktu all-time favourite aku untuk study adalah malam dan awal pagi. Waktu macamni adalah lebih sejuk, tenang dan senyap. Lebih mudah info nak masuk dalam kepala. Tapi bila ada banyak subjek yang nak study, waktu-waktu begini memang tak cukup.

So, bila subjek yang aku nak study tu melibatkan nombor dan kira-kira, aku pilih waktu petang. Subjek yang perlukan aku untuk membaca, aku pilih waktu malam atau pagi. Aku ingat lagi cikgu aku bagitau masa nak UPSR tentang benda ni. Dan aku jarang study tengahari sebab faktor panas dan mengantuk boleh bikin kalkulator aku menemui ajal di dalam bakul sampah.


Tips 3 :
Jangan study secara konsisten untuk jangka masa yang lama. Katalah aku dah bernawaitu-sawma-ghodin nak start sesi study selama 2 jam, jangan mimpilah aku duk istiqamah depan buku tu 2 jam.Gila apa? Selalunya lepas study secara konsisten dan fokus selama setengah jam, aku akan ada waktu kecederaan barang 2,3 minit untuk aku berfoya-foya. Lepastu baru start balik selama setengah jam. Ada eloknya di waktu kecederaan tu stretchkan badan, jari, tangan, kaki dan medula oblongata supaya lebih segar.

Ni terpulang pada individu. Kalau dah set nak study selama 3 jam, mungkin masa kecederaan boleh dibuat tiap 40 minit. Kalau tahap fokus dan gigih korang boleh straight sejam setengah, terpulanglah. Tips ni untuk elak aku rasa bosan waktu study je.

Tapi pelis jangan kata kau nak masa kecederaan setiap 10 minit kalau kau set nak study 20 minit je. Elok pergi tampar diri sendiri. Aku juga boleh tolong tampar kau untuk impak yang lebih meriah.

Tips 4 :
Jangan paksa otak. Ya, sebab kalau dah bengap tu bengap jugalah kan.

Ehh bukan, bukan.

Maksud aku kat sini, bila sampai satu maklumat yang aku tak boleh nak faham, tak kira macamana aku ulang-ulang baca ayat tu sampai mata aku terhakis sekalipun, aku masih tak dapat nak faham, maka berhentilah. Aku akan pergi cari air. Minum-minum dulu. Berak jika perlu. Bila agak-agak hakisan di mata tadi mula berkurang, baru aku start balik baca kat mana yang aku berhenti tadi. InsyaAllah, selalunya second time approach maklumat senang nak masuk tanpa dipaksa-paksa.

Tips 5 :
Kadang-kadang, bila hormon Rajin-Melampau mula aktif, aku cenderung untuk study hingga mulut buih. Tapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang elok untuk otak sebab otak jadi stress, mata jadi stress dan badan pun jadi stress. Aku masih ingat masa kem kecemerlangan dulu..


Apa?

Pelis ok.. kem kecemerlangan tak semestinya disertai oleh pelajar cemerlang. Yang tak berapa nak cemerlang pun boleh join.


Hahh..Tak payah nak pandang-pandang aku sangatlahhh.

*baling kalkulator~

Emm..enm.. Izinkan aku sambung.

Fasilitator tu pernah kata, kalau dalam keadaan tak berminat nak study tapi kena study, maka standby sesuatu yang boleh release tension kita bersama-sama di sebelah. Itu akan motivate diri korang untuk stay study. Contohnya bagi yang suka coklat, prepare coklat kat sebelah time study. Sambil study, sambil makan coklat. Atau handphone. Lepas satu chapter, stop jap, main mesej. Lepas satu subtopik, stop jap, main Twitter (aku la nie). Lepas jawab satu soalan latihan yang panjang dan susah, stop jap, melukis. Secara tak langsung benda ni akan buat kita keep on going study secara sedar tak sedar sehingga berjam-jam, berchapter-chapter sebab sentiasa fresh dan tak restless atau bosan.

Tapi ini bahaya bagi mereka yang kalah dengan benda-benda yang mereka suka tu. Ada yang bila dah makan coklat, terus khusyuk sampai habis satu coklar bar saiz XXL. Pastu kenyang, nantok, tido. Takpun bagi yang setiap minit update status Twitter atau FB, itu bahaya. Jangan ada yang update blog time tengah study pulak. Haruslah minggu depan baru kau sambung study.

Tips 6 :
Baca notes sendiri. Aku tak boleh masuk kepala kalau baca notes orang lain atau notes yang lecturer bagi. Aku kena tulis sendiri. Yang ni perlukan kegagahan individu untuk mencatit nota dengan pantas tiap kali tengah lecture. Sebab kita cenderung untuk ingat apa yang kita tulis berbanding baca apa yang orang tulis. Kaedah ni dah boleh save masa study sebab dah ingat 30%-40% waktu tulis notes sendiri. 

Tapi kadang-kadang aku malas jugak. Ada jugak chapter-chapter yang aku bergantung dengan notes lecturer bagi. Tapi haruslah aku conteng notes tu dengan tambahan nota sendiri sampai kotor. Serius. Aku lebih senang faham notes sendiri yang kotor dan serabut dari nota yang kemas ber-print-kan tulisan komputer.


*     *     *     *     *     *

Exam aku start 4 Jun. Dah tak lama lagi. Tak boleh buang masa. Tak kira macamana pun kaedah yang aku guna, aku harus study. Tak boleh malas-malas dan tidur banyak.


Goodluck kepada semua mangsa-mangsa exam seluruh Malaysia.


Aku nak pergi tido dulu sekejap ni.

Emm..emm..



27 tindakbalas kimia:

Rapunzeel Cikilolo said...[Reply to comment]

Nasib baek aku da keje.... Hehe

miza kimbum said...[Reply to comment]

gud luck akk XD all de bset !

cik ungu said...[Reply to comment]

@Rapunzeel Cikilolo:
amboi amboi amboiii

cik ungu said...[Reply to comment]

@miza kimbum:
thanx yang!~

shedameor said...[Reply to comment]

haha, banyaknya tips. goodluck kak :)

cik ungu said...[Reply to comment]

@shedameor:

sila doakan ye.

alang2 tu doakan sekali dapat kawen anak raja.

mkaseh

Arif Sam said...[Reply to comment]

ungu..,u punya entri semua best..,suka mencarut n ceria2 je,, btw,good luck ea~ ;D

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ok... kali ni tak mengarut... aku suka entry ni...

BP Boy said...[Reply to comment]

haha sokong2!!
subjek kira2 = ptg, subjek bace = pg or mlm
yg bab jgn pakse otak tu pon same.. klu dah tak masuk otak tu, baik tido jek kan??

ape2 pon, gudlak k utk exam!! =)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Arif Sam:

ohoi.

bila mana den mencarut.

hakdushum

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

aku x pnah mengarut.


mengarut kan statement aku tu.?

cik ungu said...[Reply to comment]

@BP Boy:

kamu ni bagusla.
asek setuju je.

nah seposen.

thanx

fiza said...[Reply to comment]

gdluck kakak comel..
doakn sy jgk..sy ade viva senin ni..:)

Encik Atan said...[Reply to comment]

gud lak awk.....



kdg2 aku comel jugak...bhaha


[via henset]

Hzndi said...[Reply to comment]

helooo there :)

fYZa said...[Reply to comment]

hek elehh 4jun tuh aku dah abes 4 paper tau!! wehhhh cer bagi tips camne nk study ics??? hahahah panggg!!

Nur Aischa said...[Reply to comment]

wahh ada betul juga tips2 yg akak yg bagi tu :D btw aisyah tak lama lagi bakal sambung belajar, nak guna juga lah beberapa tips akak ni :D hehe

cik ungu said...[Reply to comment]

@fiza:

goodluck adik manissss!

cik ungu said...[Reply to comment]

@Encik Atan:

mekaseh awak..




hmphh geli.


[via burung merpati]

cik ungu said...[Reply to comment]

@Hzndi:

halo halo~

cik ungu said...[Reply to comment]

@fYZa:

aku mmg saje nak bg kau habis paper byk2 dlu.


ics?
tipsnya tak payah dtg exam.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Nur Aischa:

kalau tips tak betul pun akak tetap bagi gak. pedulik hape. haha


goodluck ya~

ZURAINI said...[Reply to comment]

waaa... Islamik sgt ko punya tips. anyhoo, thanx and best of luck! :D

cik ungu said...[Reply to comment]

@ZURAINI:

haa kann?

penat aku berpura2.

thanx babe~

semutsengal said...[Reply to comment]

klau tak paksa otak, mmg selamanya bengap aku rasa. aku rasalah kankan.

cik ungu said...[Reply to comment]

@semutsengal:

ahh.

aku kesian kat otak aku.

bagi rehat kejap 2,3minit tak mati punye.

Anonymous said...[Reply to comment]

Hi all, here every person is sharing such knowledge,
so it's nice to read this webpage, and I used to visit this blog every day.

My web blog: http://www.youtube.com/watch?v=AHHFqUe6Akw