Monday, May 7, 2012

Plot Drama Dan Filem Yang Membunuh



Bismillah


Tayang buku lima yang membunuh


Sesetengah orang dari kita pernah hidup seiras babak drama atau filem. Jadi watak protagonist, atau antagonist. Selalunya watak sampingan.

Bila ada dalam babak macamtu, kita cenderung untuk harapkan plot yang sama macam filem. Atau boleh diklasifikasikan sebagai angan-angan.


Sila sedar.


Kalau kau ada dalam babak diserang perempuan gedik di shopping complex dan sedang mengangkat tangan nak tampar kau, sedarlah takkan ada watak hero hensem datang dari belakang dan tiba-tiba tahan tangan perempuan si gedik dari sentuh pipi kau.


Kalau kau ada dalam babak terpijak kulit pisang dan hampir terjatuh, sedarlah takkan ada kemungkinan kau diselamatkan jejaka hensem. Atau mungkin kau terlanggar tiang lampu dan buku-buku kat tangan kau jatuh, sedarlah takkan ada hero hensem datang tunduk untuk tolong kau kutip buku dan selit nombor telefon.


Kalau kau ada dalam babak terjatuh dari bangunan yang tinggi, takkan ada langsung kemungkinan yang kau akan jatuh tepat ke dalam tong sampah besar berisi kotak kosong atau bantal sehingga kau selamat tanpa sebarang kecederaan. 


Kalau kau ada dalam babak terlibat dengan cinta tiga segi, sedarlah takkan jadi plot kau direbut dua-dua orang tu. Takkan jadi.



Sekarang boleh bangun dan pergi cuci muka.


9 tindakbalas kimia:

farah hanim said...[Reply to comment]

hehheee
bnda tu semua bole jadi kalau kita jadi pelakon filemm
hehehehe

El said...[Reply to comment]

tolong jatuhkan buku. aku nak tolong kutip

Cik Muda said...[Reply to comment]

yer...baiklah..

aku akan sedar diri aku siapa... hmmm~

Encik Atan said...[Reply to comment]

kenape xde watak gua?

watak penyayang

shedameor said...[Reply to comment]

haha, yea sheda sedar dah. sobsobsob

Akim Iqbal said...[Reply to comment]

Lamanyaa tak updateee

Tukang Karut said...[Reply to comment]

confirm ngigau malam tadi ni...

Aqim said...[Reply to comment]

sy rasa macam nk ambik je gmbar akak tu jadikan avatar twitter sy. boleh tak?
hahahaha

caliph shuriken said...[Reply to comment]

sila jatuhkan buku, nk selit nombor tepon, hukk...