Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman Aku Laser Mata Untuk Hapuskan Rabun


Bismillah


Sebelum tu, agak bodoh bukan title entri ni? Macam tajuk karangan.

Dari pertengahan bulan 4 sampai awal minggu lepas, aku bercuti dari blog, twitter, ym, dan segala apa yang memperuntukkan untuk aku memandang skrin laptop, termasuklah assignment. Bukan lah tak tengok langsung tapi boleh la kira berapa kali. 

Persoalannya, ke mana kah aku?

Tak, tak. 
Jangan risau. 

Aku belum kahwin.
Tolong berhenti buat muka kecewa tu.
Nanti apa pula orang kata. Em..em..


28 April lepas aku selamat menyempurnakan pembedahan laser untuk dua-dua mata aku di Optimax Eye Specialist Centre cawangan Shah Alam. Quoted that "OPTIMAX Eye Specialist Centre, Malaysia's only ISO certified Lasik Centre and pioneer in the Malaysian eye care industry". Mari aku cerita proses dan pengalaman aku. Kepada mereka yang bernawaitu-sawma-ghodin nak buat treatment laser mata ni, sila baca dengan teliti.


Proses pertama, kau akan lalui beberapa ujian mata. Termasuklah ujian rabun untuk tengok power mata kau. Tak ada power rangers yang terlibat dalam proses ni. Tapi, bagi mereka yang pakai contact lens, kau tak dibenarkan pakai lens untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 hari sebelum boleh datang buat first step ni.

Kemudian, kau akan dibawak ke satu mesin untuk mereka tengok keadaan anak mata. Mesin ni agak menakutkan rupanya sebab muka kau akan disirami cahaya gegelung warna merah. Waktu tu terasa diri akan bertukar menjadi mutant. Tapi jangan risau, tak ada orang mati pun. Test ni menunjukkan mata aku normal, cuma ada urat-urat mata aku dah masuk sikit dalam bahagian anak mata kiri. Ni maybe sebab terlalu lama pakai lens, sebab bila pakai lens, anak mata tak dapat oksigen, Jadi pembuluh-pembuluh darah ni di-push masuk dalam anak mata untuk bantu mata aku dapat oksigen.

Tenang,ya. Aku masih manusia.

Test selepas itu adalah menakutkan. Kau akan di titiskan ubat dua jenis ubat untuk kebaskan mata. Bila dah kebas, kau akan rasa nak tido. Ikutkan hati aku tido je atas kerusi tu, tapi nampak tak sopan pulak kan? Dengan mata kebas, kau disuruh duduk, pandang depan dan jangan bergerak juga jangan kelip mata. Dengan satu alat besi macam pen, mata kau akan dicucuk sikit. Sikit je untuk ukur ketebalan tisu lapisan mata. Test ni lah yang akan menentukan banyak mana duit kau akan keluar.

Disebabkan tisu mata aku adalah sangat nipis. Saaangaatt nipiisss.. (sumpah. Aku masih manusia.) Maka tak semua kaedah laser sesuai untuk aku. 

Laser ada beberapa kaedah. Yang paling popular adalah kaedah Lasik. Ini untuk keadaan mata normal. Angah aku tahun lepas dah buat, dia buat kaedah Lasik ni lah. Tapi untuk insan istimewa macam aku, yang tisu sangat nipis atau sangat tebal, kaedah laser yang mata sesuai adalah Lasek. Ya.. tukar satu huruf saja. Senang hidup.

3 minggu lepas hari test pertama, akan ada test kedua. Mata kau akan dititiskan ubat baru yang pedih sikit. Fungsinya untuk merehatkan otot-otot mata. Dalam tempoh ubat tu masih bereaksi, pandangan mata kau akan jadi gila. Bila nak membaca, makin dekat kau tengok, makin tak nampak. Haa.. cacat kan? Secara automatik rabun jauh aku jadi rabun dekat. Reaksi ubat ni akan kekal dalam tempoh 24-28 jam

Lepas seminggu, hari cuak tiba. Peringatan penting, tidak dibenarkan pakai alat kosmetik pada muka, dan juga tidak dibenarkan pakai minyak wangi. Ini untuk elakkan dari apa-apa bahan chemical memenuhi atmosfera bilik pembedahan. Kau akan dimintak salin pakaian kepada pakaian bilik bedah. Baju yang surgeon pakai tu. Siap stokin dengan penutup kepala. Assistant surgeon akan bagi briefing apa kau kena buat. Pastu macam biasa, titis-titis ubat. Mata kau akan disapu iodin untuk bunuh bakteria. Kemudian doktor akan mark dalam mata kau guna marker. Setan bunyinya, bukan? Aku tak tipu, dia memang betul-betul tanda dalam mata kau guna pen. Doktor cuma tanda bahagian anak mata mana yang nak dibakar tu je, bukanlah dia lukis gambar Doraemon bagai. Senonoh sikit otak tu,boleh? 

Masuk bilik operation, 4 orang makhluk berbaju surgeon serta bertopeng dah menanti dan renung kau masuk bilik. Waktu tu rasa nak mencarut dalam hati. Apakah semua kena buat gaya macam nak bawak aku ke tali gantung tu?? Nak nanes pun ada gak, tapi terpaksa buat gagah di situ.

So, aku baring atas katil tu. Tak bagi salam, tak bagi apa, terus bahagian atas dan bawah kelopak mata aku ditarik dan di-plaster supaya aku tak berkelip. Dalam keadaan seram tu, aku nampak besi cangkuk diletak kat mata aku untuk elakkan mata aku bergerak. Titis-titis ubat lagi. Kemudian doktor letakkan satu besi logam bulat berlubang tengah yang sama saiz dengan anak mata. Ya.. dia letak besi tu atas mata aku. Atas. Diulangi. ATAS. Aku dapat rasa waktu dia tekan besi tu atas mata aku tapi tak sakit sebab mata dah bius. Titis ubat lagi. Banyak betul ubat yang dia titis.

Pastu aku nampak doktor tu pegang pisau dan toreh-toreh mata aku. Keadaan ini adalah sangat shaitan dan puaka. Kau nampak pisau tu menari-nari atas mata kau tapi kau tak mampu nak berkelip pun. Ini lebh seram dari Final Destination. Ini proses di mana doktor potong lapisan pertama dan kedua mata aku. Sebab area untuk di-laser adalah pada lapisan ketiga.

Tiba-tiba aku dengar suara assistant surgeon tu kata 'In 10. 9. 8. 7. 6...' Dalam hati aku dah baca macam-macam, selawat bagai nak rak. Silap-silap khatam satu quran. Punyalah cuak. Bila aku dengar countdown habis '3. 2. 1. Start', aku dengar bunyik mesin yang kuat. Dengan anak mata yang cuma pandang tepat ke atas, aku cuma nampak cahaya lampu merah bergerak-gerak dan aku tahu itulah cahaya laser. Selang 4,5 saat lepastu, aku terbau benda hangit terbakar. Aku tau bahagian anak mata aku yang bertanda marker tu dah terbakar. Lepas beberapa saat, bunyi mesin berhenti. Aku nampak tangan doktor tu cepat-cepat titis air ubat ntah apa-apa. Masa tu aku dah boleh nampak mesin laser tu lagi jelas. Kemudian doktor akan letak contact lens tanpa power atas anak mata tadi. Ini berfungsi sebagai bandage/plaster sebab lapisan pelindung tadi dah kena toreh kan. Punya lah hepi time tu. Lepastu doktor bukak besi cangkuk, dan alih ke mata sebelah dan ulang semua proses di atas.

Sakit tak?
Serius waktu laser langsung tak rasa apape. Terima kasih kepada ubat bius yang mujarab.

Lepas salin baju dan bayar payment, pakai spek hitam dan balik rumah. Oh ye, sila bawak spek hitam pada hari laser sebab mata korang masih belum dapat berfungsi dengan baik. Cahaya yang terang akan menyakitkan mata. Jangan gatal nak drive waktu malam dan jauhi tempat-tempat berhabuk. 

Hari kedua.
Gila aahhh artis siuttt!~
Kau akan ada follow-up beberapa kali selepas laser. sehari selepas, seminggu selepas, sebulan selepas. Contact lens atau bandage yang masih ada dalam mata tu akan dibukak lepas selang seminggu-10 hari. 

2,3 jam lepas laser, ubat bius tadi akan hilang kesan. Maka bersedialah menempuh jam-jam penyeksaan selama 3-7 hari pertama. 3 hari pertama tu aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis. Pedihnya sikit, tapi airmata tak berhenti mengalir. Ada waktunya kau langsung tak boleh angkat kelopak mata sebab bila cahaya masuk dalam anak mata, kau rasa pedih. Nak gosok tak boleh sebab mata masih dalam keadaan 'cedera' dan ada contact lens dalam tu. Malam pulak kau akan diberi eye shield untuk pakai waktu tido supaya tak ada tekanan pada mata. Tapi sebab aku jenis tido sopan dan tawaduk, maka aku guna eye shield tu dua malam pertama je.


Masih ada beberapa ubat yang tak masuk dalam
gambar. Mereka kata mereka malu.
Beg ini akan dibekalkan oleh Optimax Eye Specialist Centre.


Eye shield. Pakai tiap kali nak tido.

Hari ni dah lebih kurang 3 minggu aku hidup selepas hari laser. Buat masa ni pandangan masih belum 100% clear. Vision akan fluctuate untuk dua-dua mata dan untuk treatment Lasek, tempoh untuk baik adalah lebih lambat. Average 3 bulan untuk vision yang clear. So buat masa ni masih pakai spek hitam di waktu siang. Sepatutnya kena pakai dalam kelas jugak, tapi bukankah sungguh jahanam perangai itu? Mulan Jameelah pun tak pakai spek pergi kelas.


Harga.
Untuk Lasik, harga jauh lebih murah sebab kaedah ni adalah untuk mata normal. Maka risikonya rendah. Risiko rendah maknanya bayaran ada sedikit murah. Angah aku dulu buat lebeh kurang RM 3,000/mata.
Tapi untuk kaedah Lasek, risikonya lebih tinggi. Maka harganya pun tinggi sikit. Harga asal adalah RM 3,800 untuk satu mata. Tapi aku dapat in-house promotion, jadi RM 2,900 untuk satu mata.

Jangan risau. Tak semestinya korang kena guna kaedah aku sebab mungkin mata korang sesuai untuk kaedah Lasik. Apape pun kena check dulu, baru doktor tentukan yang mana sesuai.


*     *     *     *     *


Currently aku ada 8 jenis ubat untuk guna lepas laser. Aku ambil ubat lebih kerap dari aku buang air kecik. Macamana tu?



** Thanx kepada family aku yang tolong tong-tong sorang sikit untuk kos laser treatment.
     Duit bank aku pun dah habis, so sekarang aku nak gi tanah depan umah tu.
     Nak kais. Buat makan petang.



Follow up Laser Mata ----> klik sini

78 tindakbalas kimia:

fiza said...[Reply to comment]

huhu. xbrani la..
mnakotkan je dgr..

Akim Iqbal said...[Reply to comment]

siannya :(

Mama2Q said...[Reply to comment]

patut la lama tak nampak.....

Sepul Lupes said...[Reply to comment]

Haha pinjam mata baruuuuuu

Norlida Ramli said...[Reply to comment]

weee...bestnya mata dia pasni dh x rabun la ek..
sy pun tringin nk buat tp memandangkan duit tu blm ckup...
so terpksa tangguhkan..
huhu..

Encik Atan said...[Reply to comment]

mase mnaip entri nih,mate hang ade ark?bhaha

Cik Penguin_Solehah said...[Reply to comment]

nak buat juga tapi tak mampu.. Rimas pakai spek -,-'

cha'e said...[Reply to comment]

perghh. seram je aku dengar.
teringat cerita final destinantion .gilosss

En Boss said...[Reply to comment]

Ok, tetiba mahu menyumpah pencerita boleh kah?

Cabut gigi bonngsu pun dah mengerikan inikan pula laser mata.

dan pencerita telah berjaya membunuh harapan mengambil insuran untuk menampung belanja baiki mata saya...

terima kasih pencerita atas cerita lagi sadis dari cerita saw dan seangkatan dengannya...

Tukang Karut said...[Reply to comment]

terus aku malas nak fikir nak buat rawatan laser bagai ni... diharamkan terus...

ZEEQA AJIE said...[Reply to comment]

seram sangat2. serius! huhu..

Anonymous said...[Reply to comment]

alhamdulillah, entri ni buat kta bersyukur sgt2 ada mata yg normal. -nisfami-

BP Boy said...[Reply to comment]

panjang kot entry ni!! tp each & every word saye bace, sbb cik ungu mmg pandai story-mory.. huhu..
ape2 pon, get well soon k.. =)

Wan Zaleha Zain said...[Reply to comment]

seram dow entri kauuu....aku telan air liur banyak2 ! -.-

armouris said...[Reply to comment]

terjumpa info ni, juga pasal pembedahan lasik… sharing is caring :) - LASIK Teknik Pembedahan Laser Kornea

Nur Aischa said...[Reply to comment]

ya allah.. seram kot baca entri akak ni :( boleh rasa kepedihan dia. arghhh tak sanggup >,< tp akak mmg kuat, saya kagum.

cik miera said...[Reply to comment]

wah.. mahalnye.. bab pedih pas buat tu yg takut.. huhu..

scha cha said...[Reply to comment]

mahal.. terus xjadik nk bwat.. :(

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

mahal. bila la mmpu nk buat..huhu. tp sumpah...mmg seram cite nih

cik ungu said...[Reply to comment]

@fiza:

mana ada.
semua tak sakit sebab kebas.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Akim Iqbal:

kesian je x guna.

bak sini duit

cik ungu said...[Reply to comment]

@Mama2Q:

rindu ke kak?


tenang ya. jgn meraung.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Sepul Lupes:

mata apa?

matahari?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Norlida Ramli:

tunggu next sale.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Encik Atan:

aku taip guna matahari

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Penguin_Solehah:

penah dgr peribahasa 'sikit2 lama2 jadi bukit'.?


bukit cerakah skrg banyak pencemaran.

takde kena mngena.

cik ungu said...[Reply to comment]

@cha'e:

bunyi seram. tapi prosesnya berapa saat je.

tak sakit.
mata kebas.

cik ungu said...[Reply to comment]

@En Boss:

ada eloknya ncik bos menyumpah sesumpah.

untung2 dia menyamar jadi mata palsu.da xyah wat laser.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

buat la.

kalau kau nak kawen ngan aku, kau buat.

cik ungu said...[Reply to comment]

@ZEEQA AJIE:

bunyi seram. tapi tak rasa pape pun sepanjang proses.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

anda baru 24. ingat tu.

cik ungu said...[Reply to comment]

@BP Boy:

maaf.
pujian anda tidak akan dibayar.


*ps: puji selalu,pelis..

cik ungu said...[Reply to comment]

@Wan Zaleha Zain:

ok la tu telan air liur.

jangan telan mati mak, luah mati bapak.

cik ungu said...[Reply to comment]

@armouris:

trimas ;)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Nur Aischa:

sia2 akak minum milo selalu kalau x kuat

cik ungu said...[Reply to comment]

@cik miera:

pedih 3,4 hari je.

cik ungu said...[Reply to comment]

@scha cha:

yang murah pon ada.

meh datang rumah.

saya buatkan.

cik ungu said...[Reply to comment]

@M.E Z.A.F.I.R.A.H:

dengar cerita, anak Dato' skrg ramai single.

bella luna said...[Reply to comment]

gile seram, bila bace tajuk tadi baru pasang niat nak buat gak, sekali bace process, mohon ampun,gile seram, mmg aku rela pakai spek sampai tua >.<

*~♥SheQueen♥~* said...[Reply to comment]

Aarrgghh...!!! Apesal pr0ses dia ngeri sgt? Ngeri sgt2! Ngeri,scary,gerun gler!! Warrgghh rasa mcm nk mnjerit meraung stu hsptal klw dduk d tmpat awk! (T_T)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Norlida Ramli:

Alhamdulillah la senang bila xyah pakai spek or lens.

apa kata awk wat survey kot2 tengah ada promotion.

cik ungu said...[Reply to comment]

@bella luna:

proses bunyik seram tapi semua proses tu tak sakit pun.

cuma beberapa hari lepas bedah tu je yg sakit.

cik ungu said...[Reply to comment]

@*~♥SheQueen♥~*:

err..

harap bertenang.

saya x mati lagi ni.
haha

Fara Ahin Alias Ali said...[Reply to comment]

Aiyoooo. Batal niat den .

Nazim Sham said...[Reply to comment]

Total kos utk dua2 mata berape kak? nak kumpul duit ni :)

cik ungu said...[Reply to comment]

@Fara Ahin Alias Ali:

takpe.jgn batal pose sudah.

alah x sakit pun prosesnya. sekejap je sakit.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Nazim Sham:

depends pd kornea awak. if kornea normal, total around RM6000 utk dua2 mata.

if kornea sgt nipis/sgt tebal, total around RM7600 utk dua2 mata.

tp if tgh ada promotion, dpt diskaun byk ;)

zuzan michael said...[Reply to comment]

Info yg sgt berguna... :)

Anonymous said...[Reply to comment]

Skrg dok tgh survey semua tmpt nk buat laser mata nie. Semangat jer rasa. Tp bila baca entry awk, terus gugur jantung menggigil 1badan, hahahahaha seriously terus takot kot! hmmm seumur hidup eye-mo setitis tu pun tk penah msuk lg dlm mata, mcm mne la sy nk bg mata sy disentuh sebegitu rupa mse operation? huwaaaaaaaaaaaaaaaa

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

kalau macamtu, kita cuba kaedah lain.

cuba bedah waktu dalam mimpi. harap2 awk selamat

cik ungu said...[Reply to comment]

@zuzan michael:

sape da baca kne bayar 10hengget.

bayar! bayar!

Anonymous said...[Reply to comment]

wahhh... sgt tkot ble tau nmpk doktor hiris2 mata kte... huhu.. tp nk wat laser mata jugak...T_T

wanie said...[Reply to comment]

wahhh nk try jg la

Anonymous said...[Reply to comment]

Nak buat tapi takut

nini said...[Reply to comment]

sangat seriau bila baca cerita awak...my mom nak buat....huhu...ada any suggestion atau story selepas embedahan dak...tq ya

slovencaesar said...[Reply to comment]

haha lawak ar minah ni...;)

shah haikal jovi said...[Reply to comment]

sekarg dah nampak jelas atau ada kabur lagi tapi kurang?

Hermin Tom said...[Reply to comment]

Try VZIO. Supplemen utk kesihatan mata. Satu-satunya supplemen yang dipaten di USA untuk masalah rabun.

Princess Maira said...[Reply to comment]

Assalamualaikum..boleh saya tahu perkembangan mata awak? Family awak yang lain ada juga menjalani rawatan ini kan, dah berapa lama ya?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Princess Maira:

wslm wbt

buat masa ni Alhamdulillah ok.
Last sy pgi follow up dalam 3 bulan lepas kot.

masa tu power saya 'kosong'.makin lama makin malas nk follow up. hahaa. tp vision buat mas ni xde masalah,insyaallah ok.

Anonymous said...[Reply to comment]

Salam, sy nak tanya. Kalau power tak tinggi below 200 tu kalau nak buat operation yang Lasik ke Lasek ha ?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

wslm.

kaedah lasek or lasik tu tak ditentukan based on power mata awk.
tapi keadaan kornea mata.

if kornea awk ok, maybe doc akan propose guna lasik.

macam saya, kornea mata nipis sangat. bahaya guna lasik. so doc suh guna lasek. different treeatment coz of different level of risk.

Fazrie Azrai said...[Reply to comment]

Salam cik ungu , macam mane saye nak contact no cik. Sebab nak bertanye procedure2 dia.

Ni no saye kalau tak keberatan tolonglah insan yang rabun ni ○__○
0145231903. Nik

Fazrie Azrai said...[Reply to comment]

Salam cik ungu , macam mane saye nak contact no cik. Sebab nak bertanye procedure2 dia.

Ni no saye kalau tak keberatan tolonglah insan yang rabun ni ○__○
0145231903. Nik

Anonymous said...[Reply to comment]

blh sy tau power awk berapa?ada ats 500?

rostam mohd zairi said...[Reply to comment]

ade side income, ops.. side effect x? sbb takut dari rabun jd babun.. maksud sye dr 50% nmpk, trus 0%.. wowowo.. tu lg menakutkan.. harap dpt bg semangat la yer cik Purple.

adie khairie said...[Reply to comment]

ang menakutkan..tak jadi aku nak buat

mariani said...[Reply to comment]

Niat nak buat.tapi awk dok citer menakutkan.seram sgt.duit no hal.anytime nk buat...nk tak nak nak tak nak.sampai bila nk pkai spek mata n contac lens.huhuhu

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

yup. around 500 seingat saya.

cik ungu said...[Reply to comment]

@rostam mohd zairi:

buat masa ni, side dish yang kita ada cuma mashed potato.

eh?

side efek cuma fluctuate vision dalam sebulan cmtu.

sekarang saya rasa ok. bebola mata masih bulat. belum bentuk bola ragbi lagi.

cik ungu said...[Reply to comment]

@adie khairie:

eh bunyi je takut. sakit jap je.

pas habis sakit, terus rasa diri kacak!

siyes!

cik ungu said...[Reply to comment]

@mariani:

hahaha buat je lahh

mmg la prosesnye seram2 tapi takdelah sakit pun.

buat la. x nyesal punye.
die punye debor tu mcm nak pgi beraya rumah bakal mertua first time je.

Anonymous said...[Reply to comment]

Saya nk wt gak..tapi sya ni bdk sek..kecik lgi..tkut lha.btul ckp doirg..it sooooo...scary...!!!tpi mata sye rabun dh meningkat..aiyoyo!!!sye dh x snggup pkai spek tpi also x snggp gak proses laser mata ni..harga pon..mak aii..mahalnyer..so,sye try guna madu je.tpi myb berbulan-bulan lha kan :( sedih lah..akak tlg lha tenangkan sye ni.rasa cm nk nangis pkai spek mcm bdk mata katak.huhuhu T_T

AkmalAmira said...[Reply to comment]

HAI.. nice entry. lama dah tercari2 artikel or blog someone yg ceritakan experience doing lasik.. anyway i nak tye u sepanjang treatment tu makan kena jaga x ? and ade possibility x untuk mata kembali rabun. i hope u dpt membantu serba sedikit. :)

amierahayob said...[Reply to comment]

mcm nk pengsan baca...penakut ni..btl ke x sakit..btl ke ok..sbb sy ni..baru kena inject pon blh pitam..mcm nk try wat lasik ni..tlg la bg jwpn membina jap..huhu..penakut..penakut..

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

macamana akak nak tenangkan kau ye dik.

nak akak tepuk2 bahu sambil nyanyi lagu tema `Malaysia ke camne?

takpelah. kumpul duit sikit2. ataupun akak sajes kau usha2 kat Groupon ke, haritu akak nampak promo Lasik RM 500 je dua2 belah mata!!! Kau mampoooooooooooo????

*bunuh diri~

cik ungu said...[Reply to comment]

@AkmalAmira:

Nak masuk 3 bulan baru reply. Kejam x?

Biasa lah mata dah tak rabun kenalah berlagak sikit. Bhhhahahahha!

Saya takde pantang apape. Doc pon takde suruh pantang/ Ok je.

Cuma kena pantang drive malam, pantang tempat berhabuk dengan pantang gosok mata kuat2.

cik ungu said...[Reply to comment]

@amierahayob:

Jawapan membina ye?

Tak sakit pun sebenarnya sepanjang proses.
Cuma mungkin rasa tak selesa je lah. Dah doc kau duk tenyeh2 mata, celah mana nak selesa ye dakk?

tapi memang xde sakit pun. kena berani je. tu je.

tabahlah! orang malaysia gagah!