Thursday, May 10, 2012

Kadang-kadang Perangai Kami Macam Manusia Juga


Bismillah



Kau tahu kan bagaimana hubungan aku dengan adik-beradik yang lain?
Kami tak pernah menunjukkan kasih-sayang secara terang-terangan. Tapi kami lebih selesa menunjukkan kebencian masing-masing.


Ya.

Seperti contohnya, bila ada lauk ayam, Along aku akan berlari ke arah meja. Tanpa mengambil pinggan dan nasi terlebih dahulu, Along akan rembat ayam bahagian peha dan pegang dengan ketat-ketat. Kemudian baru dia ambil pinggan. Shaitan, bukan..?

Dan dulukala, bila kami sekeluarga nak keluar jalan-jalan, kami menunjukkan rasa iri hati sesama sendiri. Bila antara kami dah mula sarung selipar, yang lain akan cepat-cepat lari ke arah kereta dan cop kerusi depan sebelah driver. 

Pernah sekali akibat nak berebut seat depan, pinggang aku terlanggar side mirror dan aku meninggal di tempat kejadian. Ya... Sekarang yang sedang menaip entri ni adalah hantu.


Ok. Tak dengar orang ketawa.

Fine. Tak lucu.


Walaubagaimanapun (dah lama tak guna kata sendi macamni.. eh, sendi ke? ke senda? sendawa?) ini tak bermakna kami adik-beradik angkat. Kami sayang satu sama lain, cuma kami tak pandai tunjuk. Mulut kami tak reti nak cakap 'goodluck' sambil tepuk-tepuk bahu. Kami juga takkan wish 'congrats' bila salah sorang dari kami mengalami sesuatu kejayaan.

Tapi tak tunjuk tak bermakna tak rasa. 

Malam Angah bernikah, dia duduk bersimpuh atas kusyen putih.
Dia pakai baju kurung putih. Dia tunduk. Waktu baca doa, Angah tadah tangan tutup separuh muka, dan aku masih nampak mata Angah. Angah cantik sangat..
Tangan angah berinai merah cantik. Dan doa aku malam tu cuma untuk Angah. Aku tau, walaupun kami tak tunjuk, kami selalu doa untuk satu sama lain.

Along pun. Walaupun perangai dia mulia sikit dari puaka, Along masih cuba nak bajet sebagai abang yang berdedikasi. Bila aku diam dan tak ada mood, Along akan buat lawak murahan depan aku supaya aku gelak. Sebenarnya aku tahu, dia nak ceriakan aku dan dia betul-betul nak tahu kenapa aku tak ok. Tapi, tu bukan cara kami. Faham..? Bukan cara kami berkomunikasi. 

Tapi, betul lah kata orang. Setiap keburukan itu akan datang bersamanya kebaikan. Ada suatu masalah menimpa kami waktu aku nak SPM. Tak perlulah aku cerita apa, tapi aku hampir putus asa dengan hidup. Seluruh hidup. Dan lepas 17 tahun hidup, baru pertama kali Along peluk aku. Nangis sama-sama dengan aku. Dari situlah Along menjadi sangat 'Along'. 

Aku benci Along yang selalu kutuk aku macam-macam.
Tapi aku sayang Along aku yang puji masakan aku sedap walaupun gaya tak ikhlas.


Habis perenggan ini.
Di sinilah part kau orang semua harus menangis bersama-sama aku.


Ok dah cukup.
Tak perlu meraunglah..


Over je..


*   *   *   *   *

Tengahari tadi Angah mesej.

'Iqa, kau nak apa? Nak Angah belikan emas?'

Kau bayang.. Tengah-tengah panas buta camtu, dan berjalan nak balik lepas beratur setahun nak draw duit kat ATM dan peluh menitik, tiba-tiba kakak kau mesej tanya kau nak emas tak?
Tak cam aneh tahap sembilan elektron di petala ke-lapan kah itu?

Aku reply aku kata aku tak faham. Beli apa ni? Dan Angah reply.

'Takde. Aku masuk bonus. Angah kan jarang2 bagi Iqa.sbb miskin la katekan.so ade duit sikit ni.nak la ngulur.mane tau esok2 xde umur.at least merasa duit angah.haha'

Langkah aku terhenti tiba-tiba. Rasa macam sebak.
Bukan sebab Angah nak bagi hadiah, tapi sebab part 'mane tau esok2 xde umur.at least merasa duit angah.haha' itu... Dan perkataan 'haha' itu langsung tak kelakar bagi aku.

Dalam hati aku kata...

Takpelah Angah. Aku pun dah nak grad. Takde buku ke keperluan nak dibeli. Kalau kau nak bagi, ikut sukalah nak bagi pape. Tak kesah pun. Kalau tak pun, guna la duit tu. Kau kan nak kena pindah rumah nanti. Guna lah duit tu buat beli perabot semua.


Tapi apa yang aku reply adalah..


"Nak bagi duit ke barang? Ferrari?"




Moral of the story :

Aku sayang adik-beradik aku yang sewel.
Cuma itu bukan cara kami.

Btw, Angah tolong sponsor sikit duit treatment mata aku.
Trimas sis!~



28 tindakbalas kimia:

cha'e said...[Reply to comment]

aku juga macam tu. kasih sayang tak perlu show direct. asalkan perasaan tu masing2 rasa. cukup.

Faaizz d. Zul said...[Reply to comment]

peh, sangat manis bila mengabdikan famili momen sebagai entri.

Aqim said...[Reply to comment]

so cik ungu ni sebenarnya hantu?
hai hantu!

Anonymous said...[Reply to comment]

Raizan : Awesome family! haha! >.<

Encik Atan said...[Reply to comment]

=')

shedameor said...[Reply to comment]

haha, setiap kali baca cikungu mesti sheda akan gelak, happy and dapat pengajarannya :)

BP Boy said...[Reply to comment]

haha mmg camtu la kan adik beradik.. tunjuk la sket gamba along & angah tuu.. hehe

Tukang Karut said...[Reply to comment]

aku rasa macam nak menganis... tapi tak terkeluar... adakah aku juga tak berperasaan?

Camy Alya said...[Reply to comment]

aku rasa sedih pulak pas baca entry kau ni. haih -_-

si ngokngek said...[Reply to comment]

air dicincang takkan putus*eh

ini kira entry berhantu ker..mak aii puaka nih

caliph shuriken said...[Reply to comment]

klau korang down giler2, singgah laa sini baca en3.. msti korang terpaksarela gelak guling2 nanti, hukk...

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

entry ini touching. buat aku rindu kat adik beradik aku.

:)

Mama2Q said...[Reply to comment]

ops..ternangis jugak masa baca part takde umur tu....rsiau jer masa bace tu kan, takut betul2 jadi...

E F F said...[Reply to comment]

bergenang jugak air mata ni.
dah la lama tak balik rumah ;'(
sebenarnya femly kami pun macam tu
walaupun rindu tak pernah ckp dpn2..
tp masing2 fhm.

cik ungu said...[Reply to comment]

@cha'e:

bagus.

nah 10sen.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Faaizz d. Zul:

sila nanes skrg

cik ungu said...[Reply to comment]

@Aqim:

hantu hot.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

ramai ckp cmtu.


*riak

cik ungu said...[Reply to comment]

@Encik Atan:

hingus tu cover skit

cik ungu said...[Reply to comment]

@shedameor:

sejak bila entri aku ni ada pengajaran.....................?


*muka aneh

cik ungu said...[Reply to comment]

@BP Boy:

kalau tnjuk, nak bayar ke?

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

bukan.

kau sbnrnya gila.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Camy Alya:

sedeh.?


padan muka.

cik ungu said...[Reply to comment]

@si ngokngek:

motif nak cincang air.?


hantu hot.

cik ungu said...[Reply to comment]

@caliph shuriken:

sila btau orang kampung.

cik ungu said...[Reply to comment]

@ipa faiza~:

tenang.


aku tau kau teringin nak beradik-beradik-kan aku.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Mama2Q:

apa nanes2 ni.

tak ultraman lah.

cik ungu said...[Reply to comment]

@E F F:

ala apa nanes2 ni.


power rangers kan kuat.