Sunday, May 20, 2012

Aku Manusia Biasa Yang Kadang-kadang Nak Mengkritik



Bismillah



Manusia ni, tak boleh buat baik sikit, atau cakap benda agama sikit, mesti ada yang tak suka akan kata 'Ala...nak tunjuk baik je tu..'

Bila yang berbuat baik tu adalah orang-orang yang memang alim, dia buatlah apa pun, semuanya terkecuali dari dipandang tak baik. Tapi bila orang yang biasa-biasa ni nak buat baik, adalah mulut berbunyi. Kononnya bila kau tak alim, kau tak sesuai nak bercakap hal agama.


Buat baik dan tunjuk baik adalah dua benda yang sangat tak berkaitan.


Buat baik.

Tak perlu ada situasi yang spesifik pun nak buat baik dari segi agama. Aku pun tak tahu, tapi ini pendapat akulah. Bila ada orang perangai shaiton, atau rambut merah, atau pakai skirt pendek, atau lelaki tindik telinga, dan mereka sentuh soal agama, semua orang pandang slack. Termasuk aku. Aku mengaku. Kadang-kadang terasa diri lagi bagus dari orang macamtu. Kadang-kadang rasa diorang tak layak nak bercakap soal agama. Tapi kita lupa. Belum tentu iman kita lagi tebal dari diorang. Perempuan pe***** itu masuk syurga hanya sebab bagi anjing yang haus minum air. Belum tentu kita mati dalam islam dan mereka mati dalam munafik. Belum tentu. 

Tunjuk baik.

Ini susah nak cakap sebab ini bergantung kat niat. Kalau aku cakap 'harini buka puasa kat bla bla bla...'

Akan ada orang nampak ayat ni sebagai just nak bagitahu aku buka puasa kat mana. Tapi akan ada jugak orang akan nampak ayat ni sebagai menunjuk yang harini aku puasa sunat. Oh, baiknya aku~ 

Faham tak? Sudahnya, semua bergantung pada niat aku yang menulis. Kalau betul niat, maka luruslah. Kalau salah niat aku, maka sengetlah.

Memang kita akan fikir, 'pedulikan apa orang nak kata'. Memang tanggungjawab setiap orang untuk selalu bersangka-baik. Tapi pelis,lah... Aku manusia kot. Kadang-kadang aku sendiri gagal nak bersangka-baik. Jadi aku tahu aku pun selalu disangka-buruk. Bukan aku buruk. Aku cantik. Eh?? Sempat lagi???

Klik button 'share' atau 'retweet' benda-benda islamik, tak menandakan kita seorang islamik. Sila faham. Tu sekali lagi bergantung pada niat. Tulis quote islamik, tidak menandakan aras iman di mata Allah. Ada orang rasa bila klik button tu, orang akan nampak kita sebagai seorang yang islamik, tapi ada juga yang rasa kita amat bajet untuk share benda-benda macamtu. 

Kalau dengan share benda-benda islamik tu kita rasa cukup untuk meng-gah-kan islam, maknanya kita silap besar. Kalau kita share benda tu untuk tunjuk refleksi pada orang lain bahawasanya aku-pun-tau-jugak-bab-agama, lebih besar silap kita. Kalau kita share benda tu sebab benda tu ada efek pada diri sendiri dan harap orang lain pun dapat efek yang sama, maka silakanlah. Siapa tahu benda yang kita share tu boleh bawak kebaikan pada orang lain. Tapi asasnya sekarang, apa niat kita?

Hal niat memang bukan dalam bidang kuasa manusia. Kalau aku kata 'malam ni tarawih kat Masjid Tunku Mizan pulak~' pada waktu bulan Ramadhan, mungkin orang tak rasa aku menunjuk sebab waktu bulan puasa, solat tarawih tu adalah perkara biasa. Macam korang duk 4Square masjid mana korang gi solat Jumaat,kan? Tapi kalau aku cakap 'tengah nak masuk duit kat tabung masjid nieee..'.. tidak kah korang semua rasa nak lastik aku dengan laju-laju? Atau aku cakap 'baru lepas solat n mengaji. Pasni nak baca Yaasin n solat Taubat~'. Korang fikir apa? 

Maaf cakap, tapi aku rasa benda macamtu takde faedah untuk nak dikongsi dengan orang lain. 10 kali lebih digalakkan untuk klik je button 'share' dan 'retweet' quote-quote islamik itu, sekurang-kurangnya dapat bagi peringatan kat orang lain. Kadang-kadang aku macamtu jugak. Siyes. Ini bapak segala jujur dah aku mengaku ni. Tapi cubalah.. Kita je tahu apa niat kita. Bila mulut dah mula nak sebut,.. stop. Bila tangan dah mula menaip,.. Backspace. Backspace. Backspace. Sampai niat kita betul, maka silakanlah.

Ini bukan tentang cakap-cakap 'harini nak makan nasik ayam femes kat JB!' atau 'dapat Dean's List!' atau 'pakwe i bagi hadiah tedi beaarr!shukeeww..!~'. Itu kegembiraan kau, kami tak kisah. Kadang-kadang statement bodoh macamtu buat kami senyum, itu pun sudah ok. Tapi bila sampai bab agama, kami nak kita bersama-sama. 

Aku tak point kat siapa-siapa. Sebab semua kategori di atas aku berani jamin selama 24 tahun hidup, semua perkara di atas aku pernah buat, pernah rasa, pernah nampak. Mungkin entri ni pun korang akan kategorikan sebagai 'tunjuk baik'. Ahh lantakk. Aku tak kata aku bajet islamik atau aku betul-betul islamik bila tulis entri ni. Anggaplah entri ni sebagai satu 'klik button share' dari aku.



p/s  : Tak senang aku nak tulis ni tanpa rasa bersalah akan menyakitkan hati sesiapa.
        Tak senang aku tulis ni tanpa jaminan yang aku pun akan sama 2x5.
        Tapi kita cuba sama-sama. Tak jadi, takpe. Janji cuba.




** thanx bez untuk teguran fakta.

24 tindakbalas kimia:

miza kimbum said...[Reply to comment]

ehem ehem ehemm.....





setuju....



sy bagi 5 bintang kat akk , suka ? ^^ kihkihkih

shedameor said...[Reply to comment]

good la kak entry ni :)

NunAlifNunAlif said...[Reply to comment]

Memang kita ni lebih takut dengan 'cakap-cakap' manusia. Lantakkan 'cakap-cakap' mereka.

Sama2 beringat kita mencari REDHA ALLAH, bukan manusia! InsyaAllah.

good entry!

Anonymous said...[Reply to comment]

Lai3x! Like entry ni! =D

~Raizan~

P U C A T said...[Reply to comment]

saya faham perasaan anda dan faham ape yg kamu luahkan.hehe

VanillaKrimSoda said...[Reply to comment]

Owh dah 24 tahun ke kau...eh salah.. Kak ungu... Aku muda lg la rupenye --> apakah jenis statement ini¿

kakyon said...[Reply to comment]

jangan peduli cakap2 orang.yg penting kita tau apa yg kita buat..

bez said...[Reply to comment]

"Perempuan KAFIR itu masuk syurga hanya sebab bagi anjing yang haus minum air"

mmm..bkn pompuan penzina ke?

farah hanim said...[Reply to comment]

manusia kan suke mengkritik dana xkn lepas dari di kritik
kadng2 melebh2 kritik pom xleh gakk
hee

Encik Atan said...[Reply to comment]

=')

Cik Muda said...[Reply to comment]

hmmm segalanya terletak pada niat kita....

betul niat kita, betul lah hala tuju kita...!!


Islamik cikit entry ni...
style la mulan jameela...!!

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ada seorang ustaz cakap, buat amal baik ni macam buang air besar... lepas buang tu, jangan nak kenang kenang lagi...

BP Boy said...[Reply to comment]

cik ungu mmg terbaekk!! tegur & bg advice dgn sempoii.. paling penting, rasional & boleh diterima kepale otak.. hehe =)

cik ungu said...[Reply to comment]

@miza kimbum:

5 bintang..?


akak ni tamak, tahu tak..?

cik ungu said...[Reply to comment]

@shedameor:

sikit sgt puji tu.

tak cukup.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Anonymous:

yang kamu ni dah knapa anonymous pulak

cik ungu said...[Reply to comment]

@P U C A T:

tahniah.


10 markah utk anda,

cik ungu said...[Reply to comment]

@VanillaKrimSoda:

kau muda.

tp tak semuda aku.

aku ahli kelab rakan muda.

kau ada..?

cik ungu said...[Reply to comment]

@kakyon:

sy cuba nak fahamkan akak reply tang mana

cik ungu said...[Reply to comment]

@bez:

dah betulkan. dia yahudi.

trimas.

cik ungu said...[Reply to comment]

@farah hanim:

kritik best.

macam karipap.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Cik Muda:

ok ok.

nak gi kelas agama ni.


poyo sgt.

cik ungu said...[Reply to comment]

@Tukang Karut:

kenanglah memori daun pisang.

cik ungu said...[Reply to comment]

@BP Boy:

ni kau puji2 ni, den tak bagi duit tau.