Tuesday, April 17, 2012

Mari Menjadi Polis Penyiasat Tak Bertauliah


Bismillah



Petang semalam aku selamat ponteng kelas buat pertama kalinya dalam semester ini.
Hah!! Kagum, kann??!


Ya, aku pun tak percaya ini baru kali pertama aku memonteng. Tak sia-sia mama aku lahirkan aku.
Syabas! *tepuk-tepuk bahu sendiri~


Petang semalam mama aku baru balik dari Terengganu dan call aku yang tengah ada kat hostel.
Mama aku kata rumah kena rompak.
Lagi.

Diulangi. Lagi.


First time dulu masa aku praktikal. Dan selambanya balik rumah. Naseb baek encik bos baik.
Ya. Baik. Sebab encik bos aku selalu stalk blog aku ni dan kadang-kadang tinggalkan komen berpuaka.
Nak tak nak terpaksa aku kata dia baik. 

Oh..
Hai encik bos. *lambai-lambai tangan~


Maka petang semalam lepas mendapat khabar itu, aku terus pulang.
On the way tu aku menangis sikit. Bukan sebab rumah kena rompak. Aku tak terkesan langsung pasal tu.
Tapi yang aku tacing adalah sewaktu mama aku call, mama aku tanya..;

"Letak kat mana benda tu?"

Aku jawab 'dalam almari'. Dan mama bersuara..;

"Dah habis, Dah kena curi."

Aku dapat sense suara mama frust gila tahap jembalang tanah sebab 'benda' tu hilang.
Padahal mama dah sebulan duk sebut kat aku suruh guna, guna, guna. Sayang beli mahal tapi tak guna.
Masalahnya aku taknak guna lagi sebab aku sayanglah! Mama bagi hadiah. Tu yang sedeh sangat tu.

Time tu macam regret gila sebab tak dengar cakap mama aku. Aku tau benda tu tak murah, sebab bila mama call, itu barang pertama yang dia tanya. Kan dah padan muka aku.
Terus kena curik. Hahahahahahha gelakkan aku!

Sampai rumah selepas 45 minit drive, aku terus memulakan tugas aku sebagai polis penyiasat.


Tinggal kotak kosong je. Haaa magik an??

Ni siapa nak kemas balik ni?

Ha.. kau nak kemas ke?

Aku taknak kemas!


Cantik je dia tergantung camtu.
Yang ni berlian palsu. Komfemlah tak kena curi.

Aksesori jenis galian batu (kristal,etc) tak kena curi.
Memang lah tak mahal mana. Tapi kalu satu utas 30USD,
kau darab je la.

Koleksi minyak wangi 2 kotak tak hilang. Alah,
semua tak full pun.
Apa yang hilang?

Adalah sikit-sikit. Anggaran kerugian tak perlulah nak cakap kan. Sekitar 2,3 ringgit je punn.
Sampai tengah malam aku mengemas balik. Stress pulak rasanya. Kalau sehelai dua baju, takpe weii.
Dia selongkar semua almari pulak tuuuuuu. Rajin sangatlah aku nak lipat sebijik-sebijik kheennnnnn!!

Semua laci dan pintu meja, almari dibukak. Cuma aku rasa pintu mikrowave dengan oven je yang selamat.
Untunglah jadi mikrowave dengan oven. Hidup selamat. Aman sejahtera.

Dan ini pula kreativiti mereka dalam bidang pertukangan..

Perkenalkan... Ini pintu dapur saya.

Siapa kata kami tak ambil langkah
berjaga-jaga selepas kes pertama dulu?
Nampak padlock sebesar mesin pembajak sawah tu?

Mereka sudah pecahkan gril dan
kasi patah sama tempat cangkuk padlock tadi.
Itu pasal pagar ini berlubang sudah, bhai..


Komen ayah :

"Aku bosan betul la dengan perompak ni.."

Komen aku :

"Malasnya nak kemaaaaaasssss!!"

Komen Along :

"Tali pusat Sofea diorang tak curik pulak ye."

Komen mama :

"Dah orderkan jubah mama haritu.?"



Apa ada hal. Takde rezeki tak perlu nak frust sangat lah kan. Alhamdulillah family aku pun semua selamba je. Gaya macam jutawan kan. Padahaaaallllllll... petang kang kais tanah depan rumah lah tu kang buat makan malam. 

Oh ye, hadiah mama aku bagi tu rupanya tak hilang. Aku jumpa dalam longgokkan baju-baju. 

Ahahahahha gelakkan perompak tu balik!!



Moral of the story :
Untuk kawasan kediaman yang memang hot dengan jenayah macam kawasan rumah aku yang berkali-kali masuk tv sebab kes rompak, rogol, hatta bunuh juga, eloklah pertingkatkan sistem sekuriti rumah anda agar mampu berdiri gagah setanding dengan sistem sekuriti unit pertahanan tentera darat Amerika Syarikat.





19 tindakbalas kimia:

Sepul Lupes said...[Reply to comment]

Lagi....... Kena padang cctv la....

Tukang Karut said...[Reply to comment]

lain kali pasang sekali perangkap tikus...

Mama2Q said...[Reply to comment]

allah kesiannya...moga ada rezeki yg lebih baik dr yang diambil itu...

fYZa said...[Reply to comment]

wehhh terok sgt,,takziah!
nanti aku melanja ko makan yeh!

En Boss (Kudus) said...[Reply to comment]

takziah

nampaknya kena pasang alarm jgk la ni

blog ni hebat sampai boleh tag akaun twitter saya...mana privasi saya!!! siapa lagi stalker???

p/s : surat cuti ni awak nak suruh saya buat apa? jauh bebenor hantar surat ponteng kelas ni..:P

BP Boy said...[Reply to comment]

alahai siannye awak satu femly.. sabar je k..

Cik As said...[Reply to comment]

Innalillah..:) smoga allah sntiasa melindungi kita smua setiap keadaan dan ketika. Akak, nak kongsi petua sikit ni. Hm,, ada kawan akak sye prnah kena rompak gak.brg kemas byk hilang. dan ada sorg ustaz(alim) suh amalkan ayat ni. baca ayat 16 surah luqman start ya bunayya ,baca 121x. dan lpas tu buat adab tidur. Insyaallah,brg yg kita hilang insyaallah akan jumpa kmbali,. yg pnting ikhlas... mmg bnar, lpas tu , pagi esk ada longgokan sparuh brg2 kmas bat dpan umah umah,.dia htr balik.... wallahua'lam... :) just bkongsi...slm rindu akak, jga diri baik2.

khaifaiz said...[Reply to comment]

uishhhh

bahayanya kwsn rumah ko

Cik Muda said...[Reply to comment]

ko kene bubuh satu pondok jaga kat tepi pagar umah ko...

pastu ko amik la El ke sesape wat partime guard kat umah ko. paling penting orang yang ko percayai la...

erkkk.... El tu bole dipercayai tak??

Encik Atan said...[Reply to comment]

inalillah...

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

adiah ape?kalau aku la kan.. barang2 berharga aku surukkan dalam spender

Alin Marlini said...[Reply to comment]

inilah namanya Malang Tidak Berbau...ada rezeki lain nanti

Arif Sam said...[Reply to comment]

"tali pusat sofea diorang tak curi pulak yaa" =="

fizafantagirO said...[Reply to comment]

aduhh .. kes naya jgk ni . jahanam punya perompak ! .. jom ramai-ramai doa biar perompak tu kena kurap kt tangan sbb suka sgt nk mencurik kan .!

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

astaghfirullah... keja halal xnak buat...buat jgk keja haram... esh3... sabar ye.. nnti ada la tu rezeki lain... i'allah...

cik mun said...[Reply to comment]

uihh..bahaye ni..kena upah security guard jage dpan pintu la mcm ni..

RahsiaSocialBookmarking.com said...[Reply to comment]

rasanya macam ada doa pendinding untuk elakkan rumah daripada kena masuk pencuri. sabar je la.

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

caliph shuriken said...[Reply to comment]

aisey, krap diorg serbu umah pepel...

Blogger said...[Reply to comment]

Did you know that that you can generate dollars by locking special pages of your blog / website?
Simply open an account on AdscendMedia and embed their content locking tool.