Saturday, April 14, 2012

Kerana Tandatangan Seorang Artis


Bismillah



Kelmarin,
purse syiling warna biru bercorak gajah kuning kepunyaan aku hilang.


Comelnya??

Pelis lah wei... Takkan korang baru perasan?
Aku perangai je ganas, tapi dalam hatiku ada hutan hujan tropika.

Hilang kat mana?
Itu yang korang nak tanya?


Kalau aku tau kat mana, bukan hilanglah namanya.
Pelis.. 
Tingkatkan kadar IQ anda sebab aku tak ada mood nak pukul orang harini.


Maka, semalam dari pagi sampai ke petang, aku membesar di dalam pejabat kerajaan. Hari Jumaat, haruslah sibuk di sana sini. Kebanyakkan ofis kerja separuh hari dan lama rehatnya. Aku pulak harus bergegas untuk buat kad ATM baru. Aku terpaksa parking kereta kat bangunan yang lain dari bangunan yang aku nak pergi. Agak tak cerdik bunyinya,kan? Shadap yu...


Berjalan meredah panas dalam jubah hitam (pilihan yang sangat baik) menuju ke bangunan sebelah. Sampai di Bank Muamalat Shah Alam, dah tulis report, dah ambil nombor giliran, dah sampai giliran, dah duduk kenyit mata kat brother kaunter, sekali salinan fotostat police report tertinggal kat kereta yang di sinuuunnnnnnnn..!

Malaysia memang sejuk pun nak main ulang-alik jalan tengah panas..kan.?


Takpe. Dugaan.


Babak kedua di kaunter Bank Muamalat pun bermula. Dah bagi dokumen tu, dah bagi dokumen ni. Sain sana, sain sini. Penat duk main lentik-lentik jari nak sain segala.


Apa?
Sain tu apa?


Sain itu maksudnya tandatangan. Pelis lah jangan buat aku macamni...
Bukan tahap aku nak jawab soalan-soalan tahap ayam macamni.


Ya, ayam. 
Yang 'binatang apa keris di kaki' tu lahhh.
Kau tanya la ayam tu apa kalau nak kena tendang punggung tu.


Mana tadi?


Haaa...

Banyak dokumen menuntut sain dariku. Waktu main sain-sain tu muka haruslah berlagak sikit. Terasa gaya macam orang-orang penting nak approvekan bisnes jota-jota punya cerita, bhaiiiii...! Rugi tak pakai spek hitam waktu sain-sain tu. Kot tak memang bergaya maharaja-berlagak-nya lah aku kan. Selesai sain-sain, brother kaunter suruh duduk dulu tunggu.


Tunggulah. Tunggulah.
Sambil main game apps Triple Town dalam fon.


Tiba-tiba brother kaunter panggil..'Cik Fara!'. Aku dengan lagak Mulan Jameelah-versi-dah-taubat sebab tengah pakai jubah, terus ke kaunter. Betul lah.. Kalau aku pakai spek mata waktu tu, makin banyak nak kena sain autograf semua orang dalam bank kan. Takpe.. Dah biasa pun. Aku sangka kad aku dah siap, tapi rupa-rupanya brother tu kata..


'Cik Fara, sain cik tak valid'.



Pelis lah weiiii.......!!!

Sebelum kad ATM hilang


Selepas kad ATM hilang


12 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

tak pe... orang kalau dah terlampau banyak sangat sign tu yang jadi gitu tu... sampai sign sendiri pun dah tak betul...

Akim Iqbal said...[Reply to comment]

Eh ?

Cik As said...[Reply to comment]

oloh, ciannya... Innalillah, insyaallah moga ada gantian yg lebih baik kakak cyg... harap2 dapat jumpa balik.

Mama2Q said...[Reply to comment]

ciannya, bnyknya dugaan..sabar yer....

ZURAINI said...[Reply to comment]

nape x valid? pelik

Bluewendy said...[Reply to comment]

cian kat akak.. sabo yek..=.=" hihi..sker akak nye penulisan..klakor.. =)

caliph shuriken said...[Reply to comment]

aisey, klau sain byk beza drp yg asal mmg x valid laa, huh...

Juno said...[Reply to comment]

apa jadah tak valid. Engkau ni cane, mulan?

Lepas tu cane?

En Boss said...[Reply to comment]

kalau dah nama farah sain la nama farah...

mulan jameela tak buka akaun bank muamalat

dia bukak CIMB Indo je :P

Cik Muda said...[Reply to comment]

tak valid....

ko guna sain mulan jameela ke sain gadis melayu msa wat kad atm tu?

lupa?

penyakit ko datang balik tu....

jangan lupa makan ubat.

Alin Marlini said...[Reply to comment]

mmg payah kalau hilang kad ni..keje jd remeh

fizafantagirO said...[Reply to comment]

hahahaha .. ape la mulan jameelah nih . pelis la pelis la .. ni mesti kes dah patbelas kali asyik tukar sign nih .adehh