Wednesday, April 4, 2012

Aku Tak Ada Kebolehan Untuk Nampak Hantu. Tapi Aku Ada Kebolehan Lain.


Bismillah



Setiap manusia ada satu simptom aneh dalam diri.


Betul.

Aku juga ada satu simptom aneh.


Oh sebelum itu..
Ya.
Aku manusia.


Bila aku nervous, aku akan tergelak.

Aneh, kan?


Dulu, bila aku kena present depan kelas dengan perasaan yang sangat gemuruh,
aku tergelak secara tiba-tiba di depan kelas.

Kau mampu bayangkan?

Berlatarbelakangkan projektor slide besar, dengan nota kecil di tangan yang terselit pen Stabilo warna biru.
Tengah aku bercakap-cakap, aku akan tergelak secara tiba-tiba.


Tidak. Tidak. Ini bukan perkara lucu.

Ini berkaitan reputasi, tahu?
Reputasi...

Sekarang, bila aku tengah present dan tahu aku rasa nak tergelak, aku akan sedaya upaya cuba cover. Satu pertempuran refleks antara nak teruskan presentation atau nak tutup mulut atau nak lepaskan gelak..

..ini lebih susah dari Addmath topik pengamiran.

Lagipun nama aku bukan Amir. Kalau nama aku Amir mungkin topik itu senang bagi aku.

Ah..
mana tadi?

Oh ya.
Dan kau boleh bayangkan macamana muka orang yang tengah bercakap lebat mulut menganga, tiba-tiba dengan drastiknya cuba tahan gelak..?

Tak manis dipandang orang.

Serius tak manis.

Dan macamana pulak kalau dalam situasi macamtu, ada jejaka berpotensi di meja baris belakang kelas?
Inilah yang aku katakan..

..reputasi.


Tapi keadaan macamtu aku dah pakar.
Cuma baru hari itu tadi aku discover satu lagi simptom aneh pada diri aku.



*   *   *   *   *   *

Tahu tak hari itu tengah hujan lebat. Aku pergi toilet ambil wudhu'. 
Hujan, sejuk. Kena air, dua kali ganda sejuk. Angin kuat, tiga kali ganda sejuk.

Dan sedang aku menggigil menahan sejuk yang amat,



tiba-tiba aku ketawa.



Reputasi.... Reputasi...





9 tindakbalas kimia:

fYZa said...[Reply to comment]

Dan macamana pulak kalau dalam situasi macamtu, ada jejaka berpotensi di meja baris belakang kelas?


hahhh ni aku tau sapa jejaka tuh. khalid kan? hahahaha~

suk said...[Reply to comment]

simptom2 awal nak jadi gila tu.

Cik Muda said...[Reply to comment]

tunggu 3 kali jumaat....

IEQAH said...[Reply to comment]

sama la kita yunk..tapi ieqah tak sekritikal yunk la..HAHAH

ZURAINI said...[Reply to comment]

wayar ada tergeliat kat memane tu.. haha

Not so Randy said...[Reply to comment]

ouh! ni yg smlm ipin cite mase lepak mamak. ipin kutuk kaw-kaw!! hahahaha. xde la gurau!

caliph shuriken said...[Reply to comment]

semakin melarat simptom ni, gi check cpat2 ^^

AKU CHUN said...[Reply to comment]

Comelnya kau! IB nanti kau ke present?

Zarith said...[Reply to comment]

haha..pelik ni..simptom apakah..tak penah dgr pun..