Wednesday, March 7, 2012

Sila Jadi Doktor Peribadi Saya




Bismillah




Sejak kebelakangan-kedepanan-kekananan dan kekirian ni, aku kurang selera makan. Aku jugak kurang selera minum. Ini membawa kepada kurang selera berak juga sebab tak ada benda yang nak diberakkan. Mungkin sebab tu aku rasa sistem dalam badan aku ni semakin pelik. 


Aku seorang yang susah untuk sakit. Susah untuk demam, susah untuk selsema, susah untuk batuk. Tapi bila sekali aku sakit, nahhh...! Sediakan keranda cepat sebab selalunya aku akan sakit teruk. Tapi malam tadi aku demam. Gigil. Makan ubat cepat-cepat. Harini Alhamdulillah dah ok.


Aku tak pernah kena admitted di mana-mana. Sekali je dulu, waktu mama aku baru pas beranakkan aku. Aku teringin sebenarnya nak merasa duduk hospital. Makan free. Pakai baju seragam. Oih.. Baju seragam pesakit tu lahh. pejadah aku nak pakai baju pengakap pulak dalam wad kan? Aku jeles dengan Angah aku. Rekod habiskan duet kompeni sebab masuk wad memang dia pegang. Sakit merepek-merepek pulak tu. Kau tahu dia pernah operation buang pekejadah-ntah-namanya yang sama sebanyak 3 kali. Aku agak doktor pun malas nak layan sebenarnya. Setakat nak operate bodoh-bodoh camtu, aku pun boleh tolong buat kat rumah laa.. Tapi insyaAllah meninggal la Angah aku tu kang.

Haaaiippp!!
Saya manusia sehat dan gagah sebab makan
muntah sendiri!

Tapi bila aku tak penah masuk wad, itu menandakan sesuatu yang Alhamdulillah la kan. Saje je buat gaya tak bersyukur kan kau ni Fara. Owh.. Tapi sebenarnya jantung aku sangat membimbangkan aku. Harap-harap simptom bertahun-tahun ni tak ada pape.



** Harus sehat sebab saya belum kawen. 


16 tindakbalas kimia:

Akim Iqbal said...[Reply to comment]

Woha !

cik ungu said...[Reply to comment]

APSAL AKU RASA TAJUK ENTRI YANG AKU CIPTA TU ROMANTIS SEMACAM..?

Rapunzel Cikilolo said...[Reply to comment]

aku tak pernah masuk ward jugak, tak teringin nak masuk... hehe

Anonymous said...[Reply to comment]

nakk tanye name penoh akak aape? selame ni macam tak penah tau. hihi

ZURAINI said...[Reply to comment]

xnak masuk ward as patient tapi nak masuk ward as visitor or doctor baru cooollll. hoho

Fiksyida said...[Reply to comment]

Jaga kesihatan :)

si ngokngek said...[Reply to comment]

muda-muda dh sakit..apa celop!

Tukang Karut said...[Reply to comment]

aku rasa baik cari calon suami doktor haiwan... lagi bagus kot...

Cik Muda said...[Reply to comment]

aku tengok ko sehat ngn saket serupa je....

muekekekeke....~

smuge sihat selalu lah.... nanti buhsan plak aku...

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...[Reply to comment]

Dulu teringin gak nak masuk hospital. Sebab nak dapat makan free, lepas tu makan atas katil.

Dulu masa omak den bersalinkan adik kecik, kitorang 'tolong' makankan makanan mak. Haha.

Tapi kalau sihat tu, kita bersyukurlah kan. =)

farz zull said...[Reply to comment]

ak pun jrang masuk wad, haiishh, jangan minta jangan..:P
ohh cik ungu nama fara ke...hoh0

shedameor said...[Reply to comment]

nak penyakit buasir tak ? haha

Wan Zaleha Zain said...[Reply to comment]

nak berak pon susah yaw!

caliph shuriken said...[Reply to comment]

bole apply jadi doktor peribadi pepel ni, hikk...

Mama2Q said...[Reply to comment]

dah boring masuk hospital ....dulu tiap2 hari selama setahun...penat lak tu....pernah masuk kul 7 pagi 3hb balik kul 5 ptg 4hb...almost 48 hours....balik terus pengsan kat umah!!Tu la keje kuli kat spital...

ekabukanmakcikkau. said...[Reply to comment]

nasib baiklah aku bukan angah engko, kalau tak semakin berpotensilah aku utk mati . nasib baik kita ni gepreng boipreng je , yedok?