Saturday, March 3, 2012

Penderitaan Kerana Terung Sambal


Bismillah



Satu fakta suci tentang aku adalah
aku sangat suka makan lauk terung sambal.


Ya.
Maintenance aku sangat mudah.
Makan terung sambal 5 hari seminggu sekalipun, aku rasa aku mampu.
Tapi suami aku mungkin akan bunuh diri.
Mungkin juga dia akan jadi gila dan cuba membunuh terung-terung yang ada.
Atau mungkin dia akan baring mengiring di dalam peti ais sebab dia ingat dia juga adalah terung.


Aku jenis yang makan sedikit, tapi berulang.
Namun begitu, asalkan dalam pinggan aku cuma ada nasi putih dan terung sambal,
aku mampu makan dengan pinggan tu sekali.


Sungguh.



*penonton senyap~



Ok fine. Aku tipu.
Hiperbola sangat.


Kisah cinta aku dan terung sambal bolehlah dikategorikan seglamer Hombak Wendu.

Tapi, semua kisah cinta ada memori pilu, bukan.?



*   *   *   *   *


Petang itu, aku makan nasi putih dengan lauk terung sambal macam biasa.
Setiap suapan penuh dengan momentum kegembiraan yang tak putus-putus.
Hampir saja airmata mengalir dek kerana perasaan terlalu bahagia itu.

Sampai suapan terakhir, mata aku terpaku.


Aku rasa diri aku sedang diperhatikan.
Walaupun begitu kecil, aku masih mampu mengesan sepasang matanya yang sangat kecil..
Serta bilangan-bilangan kakinya yang banyak dan halus...
Juga perutnya yang berlipat-lipat kecil....


Tak syak lagi..

Ada jenazah di sebalik terung sambal aku.



Kali ni aku betul-betul mahu mengalirkan airmata.


Airmata derita.



*  *  *  *  *  * 


Dari saat tu, aku habiskan masa 3,4 hari asyik terfikir,
apakah 9 bulan dari sekarang, aku akan melahirkan seekor ulat berkaki banyak...?



Shetonnn...



Shetoonnnn...




Moral of the story :

Hidup ini ibarat roda.
Bila bergolek, akan langgar semua benda.
Kadang-kadang terlenyek nasi.
Kadang-kadang terlenyek bukan-nasi.



14 tindakbalas kimia:

RAIZAN said...[Reply to comment]

>.< Haha! Akak! Haahaa! Sedap tak?? Saya pernah makan ulat dalam Nes-lo. Lagi shetonn! =.=

caliph shuriken said...[Reply to comment]

nk tau jgak apa yg bakal kuar 9 bulan dari skrg, hukk...

Eyka said...[Reply to comment]

kesianyerr...hahaha ;p

Puan Pelangi said...[Reply to comment]

ketawa ketawa . sekali terlebih kuat . anak menangis . semua kerana entry nie XD

Tukang Karut said...[Reply to comment]

owh... aku tunggu lagi 9bulan... mana tau boleh masuk dalam 1 perkara ajaib!

Rapunzel Cikilolo said...[Reply to comment]

anggap je ikan bilis. hehe

Mama2Q said...[Reply to comment]

jap..jap...dia tu dah jadi jenazah kan? so apa maknanya matanya sedang memerhatikan adik unguku ini? apakah jenazah itu bangkit lalu membuka matanya? atau apakah matanya tidak tertutup rapat lantaran kesangatan bahagia dijamah sang ungu?

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

xpe..protein tu..

si ngokngek said...[Reply to comment]

kahkahkah...naya!!
nasib bukan taik cicak ke apa..

saya dewi said...[Reply to comment]

9 bulan dari sekarang? ah cantikkk. siap set calender la macam nieh.

ohokkk. kalau masuk muka depan metroll jangan lupa sebut nama dewi sekali. BHAHAHAHA

ekmal said...[Reply to comment]

mkn sikit tp berulang? sama la! gimme 5! :)

iekasub said...[Reply to comment]

hahaha. nasib x berape nk baik tu. krm slm syg kt ulat perosak itu. semoga x beranak pinak dlm perut :D

xila riston said...[Reply to comment]

yewww loya kot, naseb snap gambaq!

Zarith said...[Reply to comment]

wakaka..padan muka..eh..salam kenal..he2